CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 21-1-2015 02:40 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 02:17 PM
salam perkenalan,

saya ahli baru, register pon sebab dok baca cerita dalam thread nih. insyaAllah ...

welcome to the club! (terseliuh lidah nak sebut feuersturm...perghhh!)

Meh la citer2 jgn memalu...dah ketandusan citer ni. @cik.nana  sibuk tu agaknya nak jenguk umah dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 03:11 PM | Show all posts
ok sebagai pembuka cerita, bagi background dulu la sikit. maaf mungkin pjg sket cerita nih.

mak saya masa kecik2, bapak sedara dia (kira tok sedara saya lah) bela sebagai anak angkat sebab takde anak sendiri. adik beradik ada 2 kakak dan seorang abang, semua anak angkat. tapi mak saya je lah yang ada hubungan keluarga dengan 'abah' dia nih. adik beradik betul ade 3-4 orang lagi.

abah nih dulu kerja meniaga, saudagar kain zaman dulu2 kat kelantan (tahun 60an). jadi selalu la dia travel merata sebab kerja. isteri dia, mak saya panggil 'che' which is a common panggilan untuk mak bagi orang kelantan dulu2. orang dulu2, nak pulak orang jenis selalu kena tinggal anak bini macam abah tuh, ada la bela benda untuk jaga harta dan keluarga.

masa saya kecik, saya selalu juga bertandang ke rumah che nih sebab tak jauh dari rumah kami. maaf lah tak boleh bagitahu exactly kat mana rumahnya, sebab tanah tuh tgh nak dijual. nanti takde orang nak pulak kalau tahu hehe. boleh la saya kongsi tempatnya di kota bharu. kalau time makcik2 lain balik ke rumah che, saya pon tido sana sekali seronok sebab sepupu kebanyakan lelaki masa tuh. memang geng!

okay, cerita sikit psl rumah tuh dulu. rumah memang rumah kayu lama yang besar. pintu pagar wrought iron tinggi dalam 6-7 kaki, pagar pula ditumbuhi pokok2 menjalar. rumah jenis tiang tinggi, kira bawah rumah tuh kosong dan dijadikan mcm stor tinggal barang2 lama mcm basikal la ape la. tepi rumah ada pokok rambutan yang tak tinggi mana, kira boleh dipanjat dgn senang. tangga rumah jenis batu naik ke pangkin, tepi tangga ada tempayan besar buat basuh kaki. kat pangkin ada rocking chair rotan tempat che selalu habiskan masa berzikir petang2 hari. tak silap rumah tuh ada 4 atau 5 bilik, biasalah rumah lama jadi dalam tuh sentiasa suram dan setengah bilik tuh mmg tak pernah saya lihat dibuka seumur hidup saya. kalau tido sana pon, kami sepupu lelaki semua tido satu bilik atas katil besi yg besar gabak tuh (korang tahu kot katil jenis lama nih). belakang rumah tanah kosong yg sgt luas, tp dh jadi agak semak masa tuh. di hujung tanah ada satu bangsal apa pon saya tak tahu.

masa saya sekolah rendah dalam umur 8-10 tahun cmtuh, hari2 saya dan mak akan ke sana hantar lunch dgn dinner sbb che dok sorang. anak2 semua dok jauh, kitorang je paling dekat. time tuh dh start rasa seram everytime pegi sbb rumah besar gile tuh che dok sorang. kalau time die ade kat rocking chair dia, ok la. bagi makanan borak2 jap then terus balik. kalau dia xde, then kena gi letak makanan atas meja dapur, fuhh kecut gak rasa time tuh. masa tuh saya x tahu pon lagi cerita.

kisah bermula masa saya dah form 4, dok sekolah asrama di negeri lain. call mak, dia ckp che dh sakit tenat. rupanya lama betul dia dalam icu, mcm org dok cerita sakit tp bila makan lalu - camtuh la realitinya. tapi sampai masanya, che meninggal dunia juga. seperti biasalah lepas tuh harta pon dibahagikan antara mereka 3 beradik seadilnya, termasuk barang2 kemas dan rumah2 peninggalan.

kisah pertama masa saya tgh cuti sekolah tak lama selepas tuh. tgh tgk tv mlm2 buta tiba2 phone rumah berbunyi. biasa emergency je tgh2 mlm org call nih, saya angkat tgk2 makcik saya call suruh panggil mak dgn nada cemas. saya lari gi kejut mak ingatkan ada kematian dah. lama saya tgk mak ckp tepon, muka makin lama makin berkerut. lepas letak, dia datang dok dekat saya dan bukak cite.

makcik saya tgh tido dia tersedar bunyi mcm ada orng atas bumbung. dia kejut suami dia tp x dgr pape so suami dia tido balik. dia dok dengar bunyi gerak2 atas bumbung, then bunyi tuh mula hilang dan start bunyi cakar2 dinding rumah. dinding batu ye. masa tuh la dia call mak saya sbb suami dia x dgr apa. masa dia call, mak saya pon boleh dengar bunyi cakar kat background. makcik dok suruh mak saya pegi temankan dia, mak saya takde la berani mana nak pegi so dia ckp esok je la die pegi hehe

lepas tuh ada neighbour depan rumah che pulak call mak saya nak bgtau, ada bebudak pecah pagar gi curi besi2 buruk bawah rumah. mak saya ckp tak kesah la, asal jgn masuk dalam rumah je. tak lama pastuh bebudak tuh bawah balik semua brg tuh and hantar kat rumah neighbour nih sbb x berani nak masuk balik. diorang ckp malam2 che datang mintak balik brg2 tuh semua kat diorang *gulp*

lepas tuh ingatkan xde ape dah. masa kat universiti mula2 pon xde dgr pape dah so ingatkan dh habis mcm tuh. masa nih rumah che tuh mmg tinggal kosong je.

ada satu cuti nih, saya balik kota bharu. mak saya bukak cerita, rupanya ada kejadian baru pulak dah. tp nanti la saya sambung, panjang sgt dah nih, boring pulak org baca hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:27 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 03:11 PM
ok sebagai pembuka cerita, bagi background dulu la sikit. maaf mungkin pjg sket cerita nih.

mak s ...

Best best! sila smbg lagi ye...eerrr...tak koser nak taip nama ...susah nak eja
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:45 PM | Show all posts
hehe sorry la nama panjang beno, zaman2 mirc dulu pakai nama nih..malas nk pk nama baru dah

memandangkan arinih cuti tak keje, bleh la type cite pjg2 nih, maka saya sambung cerita..

ok, masa tuh saya cuti from u dok melepak saja kat rumah. petang2 biasa la borak2 dgn mak sambil tgk tv, time tuh la dia bukak cite baru. ada sorang sedara dia kat kampung sama dgn rumah che tuh call arituh, bgtau rambutan dh berbuah and nampak penuh pokok merah. die suruh la mak pegi amek nanti rugi busuk cmtuh je. mak saya bgtau die abe kob gi amek je la, kalau nak jual pon boleh tak kesah. so sedara dia yg bernama abe kob nih pegi la rumah tuh bawa guni. masa che masih hidup dulu pon, die yg tlg tebas lalang trim pokok bunga, repair2 lampu la ape la kat rumah tuh gak. so die pon dh biasa.

dia masuk pagar (dia dtg rumah amek kunci dgn mak saya dulu) dan terus gi ke pokok rambutan tuh. letak guni kat bawah, die pon panjat je la. pokok tuh mmg senang nak panjat, budak2 pon boleh. masa kecik2 pon saya ingat pokok tuh mmg bila berbuah mcm lebih buah dari daun lagaknya. penuh merah. so abe kob nih naik and dok takik la rimbun2 buah tuh dengan parang dia, kira nanti dia turun just masuk dalam guni je. tgh sedap dok buat keje, bukkk dada dia macam kena tendang. jatuh berdebuk la dia ke bawah. mujur dia kat dahan tak tinggi mana, jadi jatuh pon setakat sakit je la xde patah ke ape. dia terus keluar kunci pagar tak amek pon rambutan semua. masa dia hantar balik kunci pagar la dia cerita kat mak saya.

selain tuh, mak saya ckp dh start dgr org kampung cerita mcm2. sbb kg tuh ramai sedara mak saya, sepupu sepapat dia pon ade lg situ, so cerita sampai la gak kat mak saya. org kampung dh bergosip dh, rumah tuh berhantu. ada orang nampak arwah che masih duduk kat rocking chair dia petang2.

neighbour depan rumah (yg budak2 hantar balik besi tuh) pon ckp kadang2 boleh dengar rocking chair tuh tengah2 malam. korang bleh imagine la kot bunyi rocking chair camne, yg macam ekkkk, ekkkkk tuh (susah pulak nak type sound effect hehe). tp of course la, mungkin angin je tuh.

gangguan paling hebat berlaku masa saya dh mula berkerja. nih kena sambung episode 3 la jap2 lagi, nk makan dulu. lunch pon belum nih hehe, sejuk dah nasik. harap maaf kalau jalan cerita berterabur, lama dah tak buat karangan nih

Comments

hi feuer... napa tk bukak thread sendiri? :D best juga kalo ada rumah sendiri... leh kami dtg bertandang  Post time 29-1-2015 03:21 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2015 03:56 PM | Show all posts
Yeehaaa! Ada cerita lain buat pengisian benang ni. Terima kasih @feuersturm

Nana ada cerita ni, paling latest. Kejak ye, nak menaip.

P/S: Lama tak menjenguk ke rumah sendiri sebab sibuk dengan kerja. Maafin!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 04:04 PM | Show all posts
cik.nana replied at 21-1-2015 03:56 PM
Yeehaaa! Ada cerita lain buat pengisian benang ni. Terima kasih @feuersturm

Nana ada cer ...

cepat nana cepat...hehehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 04:19 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 03:45 PM
hehe sorry la nama panjang beno, zaman2 mirc dulu pakai nama nih..malas nk pk nama baru dah

meman ...

alololooo lum mkn ye....takpe, mkn slow2. Nanti smbg lagi ye. Best citer ala2 citer cik ton @cik.nana  giteww
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 04:20 PM | Show all posts
cik.nana replied at 21-1-2015 03:56 PM
Yeehaaa! Ada cerita lain buat pengisian benang ni. Terima kasih @feuersturm

Nana ada cer ...

cik.nana  ku tunggu citer mu itewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2015 04:58 PM | Show all posts
Kisah 24 - Sesi Suai Kenal

Minggu lepas, start hari Isnin, ada budak praktikal masuk opis aku. Ada dua orang - Atika dan Rahman. Dua-dua orang budak praktikal ni diletakkan di bawah seliaan aku. So hari-hari diorang kena report kat aku dan aku jugak kena assign work kat diorang ni. Masa mula-mula start, okey lagi semuanya, macam hari-hari biasa.  Tapi hari Jumaat tu, terjadilah satu insiden yg buat budak Atika ni mintak nak tukar tempat praktikal.

Awal-awal lagi bos aku dah pesan belaka, yg kejadian member aku nampak perempuan dalam toilet tu jangan cerita kat staf baru or budak praktikal sebab nanti diorang lari sebab takut. Jadinya kami pun buat tak kisah je la dengan kejadian tu. Sebenarnya, ada je beberapa insiden tak best yg jadi kat opis, tapi kami anggap macam tak ada apa-apa je. Aku pulak, semenjak dah 'berubat', memang aku jarang sangat nak nampak apa-apa yg pelik. Cuma perasaan je kadang-kadang ada, macam tiba-tiba bulu roma menegak ke, rasa seram sejuk. Tapi kat opis ni, memang macam-macam bunyi ada yg selalu kami dengar tapi buat tak endah je.

Hari Jumaat tu, bos aku ada meeting kat luar, jadi bilik dia kosong. Meja aku pulak memang dekat dengan bilik bos. Alkisahnya, Atika ni datang kat tempat aku, nak bertanyakan sesuatu. Masa kami dok bercakap-cakap ni, terdengar macam bunyi pen bergolek atas meja dari dalam bilik bos. Aku dan Atika sama-sama diam dan Atika menjenguk ke dalam bilik bos. Bos ni memang tak pernah tutup pintu bilik dia pun. Senang nak tengok staf dia buat apa, katanya.

Atika: Bunyi mende tu, kak?
Aku: Entah ler. Bunyi dari opis atas kot.

Aku pun ubah topik ke lain. Bunyi dari opis atas kunun! Terang-terang bunyi dari dalam bilik bos tu ha. Atika ni macam tak puas hati, dia pergi kat bilik bos, tengok kat dalam. Memang takde apa la. Pen pun takde atas meja bos tu. Aku dari meja aku pun boleh nampak. Bunyi hilang. Atika keluar dari bilik bos, kembali menempel semula kat aku. Kami sambung discussion sikit. Sekali lagi kedengaran bunyi pen bergolek atas meja dalam bilik bos. Atika pandang aku, aku pandang Atika. Lepas tu, selamba Atika pi tutup pintu bilik bos. Sambung discussion macam takde apa-apa jadi. Aku sebab dah biasa dengan bunyi-bunyian tu, aku buat tak tau je la.

Lepas tu, Atika balik duduk tempat dia yg tak jauh mana pun dari tempat aku. Seminit kemudian, telefon kat meja aku berbunyi. Aku jawab.

Aku: Hello, BLABLABLA Sdn. Bhd.
Bos: Panggil Atika

Oh, bos aku telepon rupanya. Memang aku camla suara bos aku tu. Aku macam pelikla, kenapa tiba-tiba nak cakap dengan Atika. Aku pun panggil Atika, suruh jawab call. Oleh kerana aku ni memang kaki sibuk, aku pasangla telinga.

Atika: Hello?
Bos: KAU BUKA BALIK PINTU BILIK AKU!

Terkedu aku dan Atika. Aku dengar dengan jelas sebutir-sebutir ayat bos. Suara dia kuat gila, macam dia ada dalam opis. Atika pulak, macam panik + gelabah, terus dia letaknya gagang telefon. Muka Atika pucat. Lama kami terdiam kaku kat situ. Sampailah Suzie panggil aku ajak keluar lunch.

Suzie: Woi, korang berdua ni apahal macam keras kejung sini?

Suzie merapati meja aku. Aku kelam kabut bangun, tarik tangan Atika dan Suzie berlalu dari situ. Kami pergi ke tempat Suzie. Wajah Atika berubah, macam dah nak menangis. Suzie terpinga-pinga.

Suzie: Apahal ni?
Aku: Eh, bos ada pasang CCTV ke dalam bilik dia? Dalam opis ke?
Suzie: Hah? Setahu aku, memang takde. Kot dia pasang diam-diam ke, aku taktaula pulak. Apa hal?

Aku pun cerita la kat Suzie apa yg dah jadi. Suzie pun terkejut, macam aku jugak. Sebelum ni bos tak pernah pulak tinggikan suara pada sesiapa, apatah agi nak berkasar cakap 'aku kau'. Tetiba hari ni marah pintu bilik dia ditutup. Padahal dia bukan ada di opis pun. Takpelah, macam mana pun benda dah jadi. Aku beranikan diri pergi buka pintu bilik bos. Karang dia balik tengok pintu bilik dia bertutup, lagi naik angin pulak kan. Lepas tu kami turun pergi lunch. Si Atika pulak macam sedih sangat kena marah dengan bos. Tapi dalam pada tu, sempat lagi tertanya-tanya macam mana bos tau yg Atika yg tutup pintu bilik dia.

Lepas lunch, kami sambung kerja macam biasa. Dalam pukul 4.30 petang, bos masuk opis. Bila bos masuk, opis jadi sunyi sepi sebab semua staf expect bos tengah hangin kuskus lepas dengar cerita Atika kena tengking dalam telefon. Aku nak jumpa bos pergi mintak sign pun, kecut perut. Tak pernah la lagi aku tengok bos naik angin sampai berkasar atau tinggi suara selama 3 tahun aku kerja dengan dia. Tapi aku masuk jugakla menghadap.

Aku: Bos, nak sign.
Bos: Ha, apa tu? Letak situ kejap. Nana, awak ada nampak phone saya tak?
Aku: Ha? Phone?
Bos: Iye, phone saya. Tadi pi meeting, saya tak jumpa phone saya. Tah mana saya letak. *bos mula selongkar laci meja dia*

Yang aku dok berdiri depan bos ni dah dup dap dup dap dup dap. Bos cari telefon. Maknanya tadi telefon takde kat dia tadi. Mulala aku rasa seram sejuk.

Aku: Bos... tadi kan, bos ada call office tak?
Bos: Macam mana nak call, phone saya yilek. Mana la saya tercicir ni...

Berderau darah aku dengar bos cakap macam tu. Aku duduk kat kerusi depan meja bos. Kepala lutut rasa lembut tetiba. Aku yakin, suara yg aku dengar dalam telefon tadi, memang suara bos. Aku pandang bos yg masih dok cari-cari telefon dia.

Aku: Bos, kalau ada orang tutup pintu bilik bos masa bos takde, marah tak?
Bos: Nak marah kenapa pulak dah? Eh, cuba awak tolong tengok sat mana phone saya ni. Nanti bini saya call, marah pulak kalau saya tak jawab. Dahlah saya yg kena pick up anak kat sekolah hari ni.

Adui... Bos tak perasan dah masa ni aku tak keruan.

Aku: Bos tinggal dalam kereta kot?
Bos: Takde. Saya dah cari dah tadi. Habis bawah seat semua saya dah check. Awak miss call jap.

Aku pun dail nombor bos dari handphone aku. Kedengaran lagu annoying nak mampos "Under my umbrella, ella, ella eh eh" (ye, bos aku pakai ringtone tu untuk phone dia) dari dalam salah satu laci meja bos. Aku tak pasti yg mana satu sebab aku tak nampak bos tarik laci. Tau-tau je iPhone dia dah kat tangan.

Bos: Haaa... ada pun! Bila masa pulak saya simpan phone dalam laci ni? Ish ish ish. Nyanyuk dah ke saya ni...

Bos dok membebel sorang. Phone bos kat opis. Bos takde call opis.

Aku: Bos...

Aku pun ceritalah kat bos apa yg telah terjadi tengah hari tadi. Kelat terus muka bos aku. Bos suruh aku panggil Atika. Aku pun keluar la, panggil Atika. Budak ni, bila dengar je bos panggil, terus menangis. Huk aloh. Dah satu hal pulak aku memujuk budak ni. Tengah aku dok pujuk tu, bos keluar bilik, nampak la Atika ni menangis. Atika nampak bos je, terus mintak maaf berulang kali sebab tutup pintu bilik bos. Bos aku garu-garu kepala. Staf-staf lain dah sibuk dah menjenguk kepala, nak tengok drama swasta petang Jumaat.

Nak tak nak, terpaksalah aku bagitau Atika yg bos tak call pun. Bos tertinggal handphone kat opis. Bos pun mengiyakan cakap aku. Ingatkan dah cakap macam tu, dia berhentilah menangis. Sekali makin galak pulak dia menangis! Adoi!

Atika: Habis tu, siapa yg marah sayaaaa? Wuwuwuwu...
Bos: Ala... dia nak berkenal-kenalan dengan awak je tu. Awak kan orang baru kat sini.
Atika: Hah? Uwaaaaaaaa!!!

Dah meraung pulak Atika dengar bos cakap macam tu. Adoi bos aku ni! Sudahnya, petang tu aku dapat cc email dari Atika yg dia hantar kat uni dia, mohon pertukaran tempat praktikal secepat mungkin. Sampai hari ni, Atika masih lagi buat praktikal kat opis aku. Cumanya, dia tak berani langsung dah nak masuk bilik bos. Bos pulak, pantang ada kesempatan, diusiknya budak Atika tu.

Bos: Atika, awak ada tutup pintu bilik saya tak hari ni?

Mulala pucat lesi muka Atika. Lepas tu mengekek bos aku gelak.


Ceh bos aku ni!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:12 PM | Show all posts
teddpapel replied at 24-11-2014 11:07 AM
Dik..dr tdi akk bayangkan uitm lendu.dengan pusat islam nye dengan shooting nye dengan tasiknya..klu ...

kolej dang anum ke? (sebelum tukar nama)


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:23 PM | Show all posts
cik.nana replied at 21-1-2015 04:58 PM
Kisah 24 - Sesi Suai Kenal

Minggu lepas, start hari Isnin, ada budak praktikal masuk opis aku. Ad ...

lawaklah bos cik.nana, leh plak dia ngusik budak tu...sabo jela
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:24 PM | Show all posts
fuh cerita cik nana mmg power.

pasal phone nih, paling pelik saya penah dapat call dari number sendiri je. tgk je la phone tuh ringing sampai dia stop, x berani nak jawab haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2015 05:30 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 05:24 PM
fuh cerita cik nana mmg power.

pasal phone nih, paling pelik saya penah dapat call dari number se ...

Erk... call dari number sendiri? Mak aih. Lenkali try la jawab tengok ape jadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:22 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-1-2015 05:24 PM
fuh cerita cik nana mmg power.

pasal phone nih, paling pelik saya penah dapat call dari number se ...

itu answering machine call back. kluar no sendirik. xcaye soh kenkawan call tinggalkan pesanan suara. nnt dapat la call back no sendirik

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 09:15 AM | Show all posts
takut plak bila baca citer nana ni psl bdk praktikal kat ofis tu... dh terpk yg bkn2 lak kat sini..huhu~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 09:52 AM | Show all posts
uiksss ganasnyer..
siap main call2 lagi..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 09:53 AM | Show all posts
Radzor replied at 21-1-2015 11:22 PM
itu answering machine call back. kluar no sendirik. xcaye soh kenkawan call tinggalkan pesanan sua ...

wallahualam, mungkin betul. sekali tuh je pon jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 12:54 PM | Show all posts
aisya mintak izin nak citer jugak ye..

1. Baru je terjadi dalam dua minggu lepas, aisya dan suami menjual burger dan kebiasaan blik dari menjual dalam pukul 12 @ 1 pg..da satu malam nie, macam biase bersihkn diri dan solat isyak, pas tu masa tido tu kaki sebelah kiri aisya diangkat dan digoncang. dalam sedar tak sedar aisya nampak macam seorang pak cik, berbaju melayu hitam, badan hitam dan memakai songkok hitam. mukanye bengis. aisya tak dapat nak gerak langsung..bila sebut Allahuakbar pon tak boleh, nasib baik suami belum tido lagi, die yang kejutkan aisya, baru la ilang semuanya.suami tanye kenapa, aisya cakap esok je la..

2. Hari yang kedua plak, masa lebih kurang la, aisya baru je nak lelapkan mata, tibe2 aisya nampak sebelah tangan tarik2 aisya punya puting tetek, yang sebelah lagi tumbuk tepi perut, mmg sakit..aisya sebut Allahuakbar, tapi tak kluar..pas tu, suami perasan dan die kejut kan aisya..punya la die marah sebab tiap malam aisya kena kacau (bukan marah aisya, tp marahkan benda tu)..die pon baca ape yang patut, baru lena tido..

3. selang beberapa ari, dalam 2@3 ari mcm tu la, petang dah nak magrib, aisya tengok tv sambil baring atas kerusi panjang, tak sedar dah terlelap jap, dalam terlelap tu, aisya nampak budak perempuan menangis dengan muka marah pandang aisya terus die datang dekat aisya dan die pulas dada aisya, sebut Allahuakbar banyak kali, last2 dapat bangun..terus p kat suami, masa tu suami duk dalam bilik. tp x crita pon kat die....takut kna marah tido dah nak magrib..(sbenarnye x tido pon, tibe2 terlelap)

da lg..kalau bleh sambung, aisya sambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam. Baru harini tergerak nak baca thread cik Nana. Kisah masa acik kena rasuk tu hampir sama dgn saya..cuma saya mcm cik Nana, sedar cuma tak boleh lawan. Sama sgt2. Situasi yg alang alami pun sama mcm saya..n apa yg @hest kata tu mmg betul. Susah nak cakap tapi tu lah yg saya rasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:32 PM | Show all posts
seramnya citer cik.nana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.070541 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list