CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Update #52 Untuk Melayu dan Peribumi, #83, #86 Nama parti = BERSATU

[Copy link]
Post time 5-8-2016 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 5-8-2016 12:47 AM

Banding jaman nuar daya tarikan yes nuar himself. Funder x sebagus parti baru ni...Plus...loyalty jeneral2 keliling Jibun tu semua goyah...anytime paling tadah tinggalkan Jibun sensorang. Jibun dah boleh kemas2 siap apa yg patut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku Jibun silap langkah sebab drag game ni lama sangat....and kerat ramai sgt general2 keliling dia...yang ada2 sekarang semua hauk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 07:36 AM | Show all posts
kihkih,boleh idup lama ke parti cai ni,kalu x melingkup mesti bergabong,adeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 5-8-2016 12:42 AM
Walaupun sendu tapi pada aku bahaya untuk umno bagi pru akan datang sbb parti baru ni kompom byk fun ...

Makna kata pemimpin pemimpin pembangkang yang bersama dgn tun sebab tun banyak cash?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:15 AM | Show all posts
Ketua Umno Bendang Baru Akhramsyah Sanusi keluar parti bagi menunjukkan sokongan terhadap komitmen Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru.

Akhramsyah ialah anak bekas menteri besar Kedah dan bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dah daftar lum??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
wajevo replied at 5-8-2016 08:14 AM
Makna kata pemimpin pemimpin pembangkang yang bersama dgn tun sebab tun banyak cash?

Funder faham dak? Tun takde cash la bongok...setakat jual roti berapa sen sgt untung dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 5-8-2016 08:47 AM

[quote]wajevo replied at 5-8-2016 08:14 AM
Makna kata pemimpin pemimpin pembangkang yang bersama dgn tun sebab tun

-double-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 10:42 AM | Show all posts
Parti 5M .. Mahathir,Muhyiddin,Mukhriz,Mohd Shapiee Apdal,Mahfuz

sapiee apdal tubuh parti baru pstu geng dgn parti baru ni..cash la sabah jatuh ke pmbangkang BN turut jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 10:45 AM | Show all posts
parti tapawerrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
wajevo replied at 5-8-2016 08:14 AM
Makna kata pemimpin pemimpin pembangkang yang bersama dgn tun sebab tun banyak cash?

5 bilion loss so far celah gigi je
Imagine 5 billion tu dah dapat berapa jutawan melayu?
Instead that the money park at proxy dia mcm vincent tan AK ytl etc
5000 millionaires there! Patut DEB fail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 01:14 PM | Show all posts
Parti baru Mahathir hanya untuk Melayu, bumiputera

http://www.malaysiakini.com/news/351205

Hari ini, 11:19 tengahari      Hari ini, 12:54 tengahari

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).

“Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

“Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan,” katanya di blog.

Kadir - yang menyatakan sokongan untuk pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata ini adalah antara fakta awal atau tentatif yang didengarnya mengenai parti itu.

Kadir yang juuga adalah bekas ketua editor Kumpulan New Straits Times juga mengesahkan bahawa permohonan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dilakukan secara atas talian seawal hari ini.

"Dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Kadir berkata parti baru itu juga difahamkan akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.

“Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru,” katanya.

Muhyiddin semalam mengesahkan bahawa parti baru akan didaftarkan tidak lama lagi, berikutan mesyuarat yang diadakan pada malam sebelumnya.

Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa penaga terdiri daripada bahli Umno yang dipecat berikutan k kritikan terbuka mereka ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan skandal ‘derma’ RM2.6 bilion.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 01:27 PM | Show all posts
Khairuddin Tak Minat Sertai Parti Dr Mahathir

http://www.mstar.com.my/berita/b ... -parti-dr-mahathir/

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 1:09 PM



PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak akan menyertai parti politik baharu yang diusahakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan Khairuddin itu bagaimanapun agak mengejutkan kerana beliau sering dikaitkan sebagai penyokong kuat bekas perdana menteri tersebut.

Tegas Khairuddin, beliau tidak mempunyai cita-cita dalam politik dan memilih untuk berjuang menentang rasuah atas kapasiti individu tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

"Saya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak.

"Saya tidak perlu berada dalam parti politik baharu untuk mencapai matlamat melawan penyelewengan kes skandal 1MDB. Sebelum Tan Sri Muhyiddin bercakap tentang isu 1MDB, saya secara bersendirian telah pun mengambil langkah proaktif memerangi kes itu bersama dengan beberapa pemimpin pembangkang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini menerusi posting di Facebook, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri menyatakan akan menyerahkan permohonan penubuhan parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.

Sementara itu mengulas mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir, Khairuddin berkata beliau akan terus setia dan taat kepada bekas pemimpin Umno itu atas kapasiti peribadi.

"Hubungan peribadi saya dengan Dr Mahathir akan tetap terjalin erat. Tidak ada sesiapa yang boleh pisahkan saya dengan Dr Mahathir. Hanya Allah yang mampu pisahkan saya dengan beliau.

"Secara peribadi juga saya akan tetap memberi apa saja bentuk bantuan yang diperlukan oleh Dr Mahathir pada setiap detik dan setiap masa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 01:32 PM | Show all posts
Again parti rasis....pengundi saluran 2 memang tegar sikit nak perjuangkan bangsa....dah 50 tahun merdeka pun masih sibuk kebangsaan  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Err takde thread divorce case simpanan wak yidin ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 03:43 PM | Show all posts
Penasihat Suaram: Penyokong parti Mahathir hilang akal?

http://www.malaysiakini.com/news/351226

Hari ini, 2:01 tengahari      Hari ini, 2:25 tengahari

Penasihat kumpulan hak asasi manusia Suaram, Kua Kia Soong hari ini membidas pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil yang menyokong parti politik baru yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau benar-benar terkejut bahawa pemimpin Pakatan Harapan serta beberapa masyarakat sivil menyambut parti baru ini dengan tangan terbuka sedangkan ia bukannya sivil.

"Bolehkah mana-mana pemimpin masyarakat sivil atau pemimpin politik yang mendukung agenda reformasi progresif menerima sebuah parti politik yang hanya terbuka kepada bumiputera?

"Adakah mereka mula kehilangan akal semata-mata kerana Mahathir lantang mahu menyingkirkan Najib?

"Lebih baik mereka sedar cepat atau berdepan kemungkinan kehilangan kredibiliti...,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kua menegaskan bahawa rasisme dan diskriminasi kaum telah menjadi sebahagian daripada realiti politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan Malaysia sejak zaman penjajahan.

Pada masa ini, beliau berkata, soal institusi bangsa begitu kuat dan menjadi faktor utama menentukan manfaat daripada dasar pembangunan kerajaan, tawaran bagi kontrak perniagaan, dasar pendidikan, dasar sosial, dasar kebudayaan, kemasukan ke institusi pendidikan, diskaun untuk membeli rumah dan dasar rasmi yang lain.

"Institusi rasisme adalah sebahagian penting dalam sistem sosio-politik Malaysia. Parti pemerintah masih didominasi oleh parti komponen berasaskan kaum yang jelas - Umno, MCA dan MIC.

"Pihak-pihak ini bersaing untuk sokongan pengundi dari kawasan kaum masing-masing dengan menjaga kepentingan kaum. Selalunya, kecenderungan perkauman mereka terdedah pada kongres parti masing-masing," katanya.

Penasihat Suaram itu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Ops Lalang ketika pemerintahan Mahathir , berkata tidak ada keraguan bahawa bekas perdana menteri itu masih terperangkap dengan ideologi perkauman.

Menurut Kua, kewujudan parti-parti politik berasaskan perkauman sudah ketinggalan zaman.

"Di mana dalam dunia hari ini seseorang boleh menjumpai parti politik yang terhad kepada hanya satu kaum?" soalnya, sambil menambah bahawa masanya telah tiba untuk penyelesaian bukan perkauman bagi menghadapi cabaran Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 03:50 PM | Show all posts
bagus melayu nih
suka benar banyak2 parti
yg tua gigih dgn bermacam parti politik
yg muda gigih berparti seks sana sini



Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:00 PM | Show all posts
semuanya asal parti UMNO

sekarang dah serpih sampai lima ka enam ka

itulah hasil keamanan dan suasana senang berpanjangan

bila terdesak dijajah ditekan dan diperangi
baharulah melayu tahu nak bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
laki mak cun le ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:23 PM | Show all posts
Iol setuju Tun Tubuhkan Parti baru..tapi xsetuju kalo dibuka hanya utk melayu/bumiputera jer. Honestly, ramai je my fren yg cina and india sokong Tun...bile buat parti baru khas utk melayu, macam tutup potensi utk ramaikan sokongan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.285739 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list