|
KRU Studios Cyberjaya Tutup Kedai - Al Hijrah Big Studio Ganti
[Copy link]
|
|
sblum ni bukak kedai rakyat 1 malaysia tp dah tutup sbb orang tamau pegi
|
|
|
|
|
|
|
|
wikedsaikel replied at 6-8-2016 08:33 AM
Skrg opis lama tu dah jadi kedai bahan kek nama LOYANG.
Hahaha. Lama dah tak ke situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru je google lepas forummer lain ada sebut pasal KRU Studio kat Ipoh nun
Diorang baru je pindah ke Ipoh selepas buat deal dgn PKNP untuk 3 tahun haritu, bermula jun 2016.
http://peraktoday.com.my/2016/04 ... -meterai-kerjasama/
IPOH: Satu jalinan kerjasama antara kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan KRU Malaysia Sdn Bhd telah dimeterai untuk menggalakkan peluang pelaburan serta meningkatkan industri kandungan kreatif di negara ini.
Berikutan itu, KRU Malaysia Sdn Bhd akan memindahkan studio penerbitannya di bangunan Perak Innovation and Creative Resources Centre (PINCER) apabila memeterai kerjasama tersebut selama tiga tahun.
Timbalan Ketua Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) PKNP, Sayed Shariffuddin Sayed Shamshuddin berkata, pihaknya telah bersetuju untuk membiayai sebanyak RM3.3 juta yang meliputi kos untuk memindahkan dan menaiktaraf peralatan yang berada di dalam bangunan tersebut.
“KRU Malaysia yang kini berada di Cyberjaya telah bersetuju untuk memindahkan studio penerbitan dan peralatan yang berada di Cyberjaya ke bangunan PINCER.
“Pihak KRU akan menggunakan peralatan sedia ada yang dimiliki oleh PKNP dan juga peralatan dari Cyberjaya akan digunakan bagi tujuan penerbitan yang berkaitan dengan kandungan kreatif,”ujarnya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Ekspo Outreach Dana Bumiputera@perak di Stadium Indera Mulia, hari ini.
6
Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan negeri akan menerima banyak manfaat antaranya dapat menghasilkan peluang pekerjaan di samping menarik pelabur dalam dan luar negara yang terlibat dengan industri kreatif.
Sementara itu, Presiden Eksekutif KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri lawatan teknikal dan melihat peralatan yang dimiliki oleh PKNP antara yang tercanggih di Malaysia.
“Bagaimanapun, peralatan tersebut diperolehi pada tahun 2011 dan ada beberapa aset-aset tersebut perlu dinaiktaraf dan baikpulih.
“Kami akan menerbitkan kandungan kreatif kami khususnya dalam animasi, kesan khas visual dan juga suntingan daripada penerbitan audio bertempat di studio baru mulai Mei nanti,”ujarnya.
Namun begitu, katanya, tarikh untuk berpindah ke PINCER belum lagi ditentukan kerana studio di Cyberjaya perlu melalui ‘shut down process’.
“Studio sekarang ini masih mempunyai kerja-kerja penerbitan dan ianya terpaksa diberhentikan sementara untuk memindahkan aset-aset kami yang bernilai RM10 juta.
“Kerja-kerja kami yang akan dibawa kesini dalam tempoh tiga tahun sekurang-kurangnya akan membawa projek bernilai RM30 juta untuk penerbitan di sini,”ujarnya.
Tambah beliau lagi, beliau mensasarkan akan mewujudkan 200 peluang pekerjaan dimana beliau mengharapkan majoritinya adalah anak-anak Perak.
“Pada peringkat permulaan, kita akan menghantar sekitar 30 hingga 50 orang pekerja daripada ibu pejabat.
“Kita mensasarkan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 pelatih yang boleh dimasukkan ke dalam industri kreatif dan melahirkan sekurang-kurangnya 300 tenaga mahir dalam industri ini,”ujarnya.
Majlis penyerahan dokumen kerjasama itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
ni lagi satu update tapi awat media belah2 Perak ja bagi liputan ? Utusan dan lain2 boikot KRU kah ?
http://www.suaraperak.com/#!TPM- ... 9d40cf2dd6f7fc3bceb
IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan syarikat produksi KRU Malaysia Sdn Bhd bagi melatih anak muda tempatan dalam pembangunan industri kreatif.
MoU itu diadakan bersempena dengan perasmian Outreach Unit Dana Bumiputera @ Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Ahad.
Pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Perak, Datuk Aminuddin Muhammad Desa telah bertukar-tukar dokumen dengan Presiden Eksekutif KRU Malaysia Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim.
Turut menyaksikannya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Melalui kerjasama ini Kumpulan PKNP bersetuju untuk menyewakan studio dan peralatan yang terdapat di bangunan Perak Innovation and Creative Resources Center (PINCER) selama tiga tahun bermula Jun 2016.
Sementara itu menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) PKNP, Sayed Shariffuddin Sayed Shamshuddin, sasaran pihak PKNP agar KRU akan dapat melatih 300 animator di negeri Perak untuk tempoh tersebut.
"PKNP akan melabur RM3.3 juta untuk kos menaiktaraf kos peralatan dan membaikpulih studio di PINCER untuk dijadikan sebagai Studio Kandungan Kreatif,’’ katanya.
Beliau berkata, ini umpama `KRU Balik Kampung’ kerana mereka adalah anak-anak Perak dan akan menyokong aktiviti kerajaan negeri Perak bagi menggalakkan peluang pelaburan serta meningkatkan industri pelancongan termasuklah sokongan promosi bagi Movie Animation Park Studios (MAPS).
Norman pula berkata, ia merupakan usaha KRU bagi menyokong kerajaan Perak membangunkan industry kreatif dan pelancongan khususnya melalui kursus latihan dan peluang perniagaan bagi usahawan b aharu.
"Pihak kami akan membawa peralatan bernilai RM10 juta selain menerbitkan projek-projek bernilai RM30 juta di KRU Animation HQ Bandar Meru Raya Ipoh.
"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak khususnya PKNP dengan peluang jalinan kerjasama ini,’’ katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
parapppaa awass...parapp awas gerak langkah mu woo oooo |
|
|
|
|
|
|
|
offwhite replied at 5-8-2016 02:28 PM
dlm biz mmg cam tu..ade ups n down..
lisa suri pun x belakon lg ke...dah jd suri sepenuh masa..
Suri yang sebenar benar suri |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tu la meols ada terbaca dekat IG yusry hari tu.. heols otw singgah office KRU @ ipoh.. nak pindah office rupanya.. tapi berbaloi ke?.. macam downgraded jah |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 dok sibuk fact itu fact ini.
Tapi kelaut juga fact pun
Kalau tengok siapa guests dorang masa 2 open house yg berbeza yg personal & corporate, baru lah tahu side mana party |
|
|
|
|
|
|
|
ofis baru KRU kat klsentral kan.. aku penah tgk kat ig norman tak lama dulu |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 5-8-2016 10:35 PM
Restoren kat dpulze cyberjaya tu masih beroperasi kah???
Dah tutup rasanya... Hot Jamz ke apa ntah namanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala. Sewa kan pun untung jugakk. |
|
|
|
|
|
|
|
dh kenapa pindah jauh sangat. nak jadi cam tok vida ke duk ipoh |
|
|
|
|
|
|
|
mov
Edited by oni313 at 6-8-2016 12:55 PM
KRU moved to ipoh dik, dekat ngan meru raya, area MSC gak meru raya tu,lagipun sebelah MAPS, movie animation park studio, so senang la skit buat apa2 hal berkaitan animasi..
ni seidkit pasal MAPS di perak, kerjasama dngn company Aussie.. dah 80% siap...
https://www.mapsperak.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sempat lisa suri nak keluarkan album....sbb haritu ura2 heshe nak keluarkn album under kru kennn? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar konsert kru? Ke dah lepas?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujur iols smpt duk bgambo kenangan kt dpn signbod kru studio tuuu arr.. |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 6-8-2016 10:04 AM
Mami maamiii.. apsal gigih bermami mami tu? Dah knp si zehar ni : |
|
|
|
|
|
|
|
RVP20 replied at 6-8-2016 11:21 AM
Masing2 dok sibuk fact itu fact ini.
Tapi kelaut juga fact pun
Meh ler sini fakta awak.
Yg corp dgn yg personel.
*urut urut bahu* |
|
|
|
|
|
|
| |
|