View: 36805|Reply: 31
|
[Tempatan]
Ibu tunggal dua anak ‘tumpang’ pondok kolam pancing di Setapak, selepas dihalau pemilik rumah
[Copy link]
|
|
Ibu tunggal dua anak ‘tumpang’ pondok kolam pancing di Setapak, selepas dihalau pemilik rumah
Oleh KOSMO!
29 Disember 2024, 1:45 pm
Pondok dalam kawasan kolam pancing yang dihuni tiga beranak terbabit.
PETALING JAYA – Ibu tunggal bersama dua orang anak terpaksa berteduh di sebuah pondok dalam kawasan kolam pancing di Kampung Puah, Setapak dekat sini akibat gagal melunaskan hutang sewa rumah.
Perkara itu didedahkan seorang petugas Skuad Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah berjaya menjejaki keluarga itu baru-baru ini.
Menceritakan keadaan keluarga itu, petugas terbabit memaklumkan bahawa ibu tunggal berusia awal 40-an bersama dua anak yang masih bersekolah rendah telah dihalau dari rumah sewa di sekitar Setapak selepas sewa tertunggak lebih dua bulan.
“Semasa kejadian mangsa bersama anaknya telah pulang ke kampung untuk menziarahi salah seorang ahli keluarga meninggal dunia.
“Bagaimanapun selepas pulang semula ke ibu kota mereka mendapati semua barang-barang termasuk pakaian telah berada di luar rumah sewa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Keadaan dalam pondok yang dihuni tiga beranak itu.
Buntu dengan keadaan itu kata petugas terbabit, tiga beranak itu telah membawa diri sehingga menetap di sebuah pondok dalam kawasan kolam pancing atas ihsan pemilik kolam.
Bagaimanapun katanya, kawasan pondok itu agak terpencil dan berada di dalam kawasan semak serta tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air.
“Mereka hanya menggunakan ‘powerbank’ untuk memasang lampu dan sebuah kipas kecil. Sumber air pula di ambil dari kawasan sungai berdekatan.
“Lebih membahayakan apabila mereka kerap terserempak dengan binatang berbisa seperti ular di kawasan kolam terbabit,”katanya.
Tambah petugas itu, ibu tunggal terbabit telah tinggal di pondok itu hampir sebulan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, hanya bergantung kepada makanan percuma daripada pihak MAIWP.
“Wanita ini hanya bekerja apabila dipanggil menolong di kedai makan atau mencuci rumah. Ada kerja, adalah gaji, kedua anaknya juga tidak dapat bersekolah selepas mereka berpindah ke pondok itu,”katanya.
Mengulas lanjut, petugas itu memberitahu bahawa MAIWP akan menyediakan bantuan kewangan bulanan dan bantuan sewa rumah.
“Selain itu MAIWP juga akan menyediakan bantuan segera ‘one off’ sebanyak RM1,500 untuk digunakan wanita itu bagi membayar deposit sewa rumah dan sebagainya,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan wanita ini dgn keluarganya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudah semuanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum terdetik utk kesian
Kalau masih sihat tak berpenyakit silalah rajin2 carik kerja
Duduk kat Bandar boleh try kerja speedmart/fast food rest
KFC dan apantah kat rumah mak akak ramai oku dan aci tua kerja
Sila malu dgn golongan ini |
|
|
|
|
|
|
|
Acik porem sekaliannn! Jalankan kewajipan anda! Suruh beliau jangan beranakkk! Gantikan populasi dengan PATI dan selamat menuju M'sia Negara Tua 2030! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ade kg,balik la kg...Ade yg iolss kenal,sanggup jd gelandangan dr balik kg...sbb katanya x tau nak bt PE kat kg..sedangkan parent msh hidup...tanah tuk diusahakan pun beratus ekar... |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 29-12-2024 08:16 PM
Acik porem sekaliannn! Jalankan kewajipan anda! Suruh beliau jangan beranakkk! Gantikan populasi den ...
Anak baru 2 sis... dimàafkan.. sheols bukan kaki cret merata....
Buleh apply duduk rumah gelandangan waniter waniter kot.. rm1 je sehari sewa nya |
|
|
|
|
|
|
|
tak brp suka dgn ayat "dihalau"
sebab tuan rumah tu bukan halau pun. Perkataan sebenar ialah "sita" |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 29-12-2024 08:55 PM
Kalo ade kg,balik la kg...Ade yg iolss kenal,sanggup jd gelandangan dr balik kg...sbb katanya x tau ...
Betul....
Apa lah yg nk dipertahankn sgt dok kl klu jd gelandangan....kat kg, lg byk peluang pekerjaan....org² tua perlukn khidmat bersihkn rumah, blh meniaga makanan....mcm² blh buat...sewa rmh pun murah
... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla, Indon elok je hidup selesa di Malaysia.
Engko pulak merempat di tanah air.
Macam takde maruah.
Tu penting jaga solat dan hubungan dgn Tuhan, baru senang cari rezeki...hati tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2024 03:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
jazaa100 replied at 29-12-2024 10:49 PM
Betul....
Apa lah yg nk dipertahankn sgt dok kl klu jd gelandangan....kat kg, lg byk peluang peke ...
Itulah yang sukar nak hadam. Dia ada kampung tapi memilih untuk tinggal dalam pondok di KL. Lainlah kalau dia memang asal situ dan tak ada tempat lain lagi dia nak pergi. Balik kampung dan buat kerja di kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia janda "muda" orang kg masih bermentality -> janda is penyondol. So kalau buat kerja cuci rumah orang nanti cepat la pulak gossip tersebar. Kalau kerja di kedai makan pun sama.
Elok dia tinggal di bandar. Tak ada siapa yang kisah status janda. Kerja cleaner pejabat, kerja cleaner di shopping mall, jaga anak orang etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu jdmcm tu sbb si isteri surirumah,bila suami meninggal terkontang kanting xde pendapatan utk kos hidup,kalau ada wali sekalipun x reti tgwb
|
|
|
|
|
|
|
|
awal 40an masih dalam umur produktif..
takde pendidikan pun masih boleh cari kerja tetap macam fastfood or kedai mamak segala...
kata ada buat kerja cuci rumah..
kalau rajin sehari boleh buat 3/4 rumah dengan upah rm20 sejam maksimum 4 jam satu rumah, boleh dapat lebih rm200 sehari..
which is lagi banyak dari orang makan gaji..
rajin dengan malas je kunci..
lagi kat belah setapak tu..
kawasan perumahan kot..
tampal je flyer, ramai la orang panggil..
amik upah jaga budak 3 4 orang pun easy dapat rm1000 sebulan..
atau sebenarnya kau pati takde ic? |
|
|
|
|
|
|
|
anak 2 nasib kalau 4 5 mmg aku maki |
|
|
|
|
|
|
|
macam boss iolss cerita la...boss iolss ni aktif jugak la buat charity, bagi makan gelandangan sume.
ada la sekali tu dia borak dgn couple gelandangan ni, tanya asal mana, dorang cakap asal negeri pantai timur ni.
boss iolss tanya la, tak nak balik kg ke? kerja sana.
dorang cakap taknak...kalau kat sini makan ada orang bagi, duit pun orang bagi camtu je
|
|
|
|
|
|
|
|
Malas nk kesian..umur ko baru awal 40s kut
Aku pun pernah lalui umur mcm tu and yes, pegi l cari keje |
|
|
|
|
|
|
|
tengok ke pondok tu nampak kemas
okay la jugak
anak pun dua je bukan bersusun paku
so cecepat la cari kerja lain ya
tu zakat dah bantu sikit2 tu
yang lain kena usaha juga ye bukan tunggu kena suap je |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 29-12-2024 08:55 PM
Kalo ade kg,balik la kg...Ade yg iolss kenal,sanggup jd gelandangan dr balik kg...sbb katanya x tau ...
Ini sejenis pemalas kalau ada tanah berekar2..
Keje kilang skrg pun ada yg dpt RM 3000 |
|
|
|
|
|
|
| |
|