'Laksamana Sunan' bakal ke layar perak Shafizan Johari, Astro Awani
Diterbitkan pada Oktober 22, 2017 17:38 MYT
Novel 'Bagaikan Puteri' mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Filem adaptasi “Bagaikan Puteri” tulisan Ramlee Awang Murshid akan diadaptasi ke layar perak tidak lama lagi.
Malah, penulis novel thriller terkemuka negara itu mendedahkan pihaknya sudah meneliti skrip filem itu dan sudah masuk draf ketiga.
Menurut Ramlee, pihaknya sedang mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak Laksamana Sunan dan pemilihan bakal melibatkan beberapa pelakon tempatan dan luar negara.
“Paling memeningkan saya sekarang ialah skrip dan individu yang paling layak untuk membawa watak Laksamana Sunan,” jelas Ramlee ketika ditemui di Astro AWANI baru-baru ini.
Bakal menyaksikan kerjasama antara syarikat milik Ramlee dan Astro Shaw, Ideate Media serta Grup Buku Karangkraf, ini merupakan kerjasama kedua dengan keempat-empat syarikat itu selepas kerjasama terjalin untuk filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”.
Setakat ini, 'Tombiruo: Penunggu Rimba' berjaya mengutip RM4 juta selepas seminggu ia ditayangkan di pawagam
Novel “Bagaikan Puteri” mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan.
Jap.. jap.. nak tanya pembaca novel sekelian.
Dani dan Sunan ni orang yang berbeza kan? Ke roh yang sama dari dua zaman ?
Jadi untuk Dani dan Sunan kena ada dua aktor lain lah kan.
x sume part lama..cer ko baca sinopsis Bagaikan Puteri..
Haryani koma n dlm koma tu roh die 'pergi' ke zaman Saifuddin Jalis a.k.a Laksamana Sunan.
and buku ke brape ntah aku x ingt Sunan lak 'termasok' dlm abad ke 21 and brjumpe Haryani..nyaris nk nikah lg..
ha..seterusnye nk tau, baca lah..
Laksamana Sunan ni byk mnde2 positif and Islamic mcm cara2 nk melindung diri dr Syaitan, segala firman2 Allah byk dlm tu...membaca smbil tambah ilmu..serius bole buat org insaf.
jangan la aeril.....aku nak Eman Manan...buat CGI la kasi muka dia muda sikit...mcm dalam filem Puteri (eman manan n ogy (1987) tu...masa tu mmg betul2 muka dia ada karisma Sunan tu..
citer sunan ni panjang..
start dari haryani koma, roh dia mengembara ke zaman kesultanan melayu melaka..jumpa sunan..
dia nyamar jadi puteri jawa (PGL)
then sambung siri dani kembara ke acheh ..pahtu berlaku tsunami 2004..
dani pulak hilang ingatan...jumpa dgn saliha (org acheh)
pasal Manggala, manusia serigala jadian yg berasal dari Tibet...
then bangsa Polip lagi..kisah Luna yg jatuh hati dgn Saifuddin Jalis...
then sambung lagi pasal kerajaan Pulau Utara
pahtu Mariam lagi yg berbangsa portugis..datang ke melaka masa penjajahan portugis..
Prequel duology:
7. Sunan Nanggroe Sang Kembara
8. Sunan Cinta Nan Sakti
Kalau nak follow semua cerita, terlambau banyak. Saya lebih suka follow my two favourite lead characters: Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Turutan kronologi kisah percintaan Saifudin dan Ratna adalah seperti berikut:
7. Sunan Nanggroe Sang Kembara
8. Sunan Cinta Nan Sakti
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir