Post time 10-3-2018 02:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by JeepersCreepers at 10-3-2018 02:50 PM
Saya pernah pinjamkan wang pd seorang kawan. Masa tu sy mmg tengah murah rezeki jd sy tak berkira & sy beritahu dia bayarlah bila mampu. Tiba masa sy perlukan wang, sy terfikir ttg kawan ni tp dah lost touch sbb telefon sy kena curi. Sy pernah berdoa moga dia cari saya & byr hutang tu. Bertahun berlalu, sy pon dah lupa psl hutang tu. Baru2 ni dia berjaya cari saya & bagitahu yg dah byk tahun dia cuba jejak sy tapi silap alamat. Mungkin ms dulu ketika sy berdoa agar dia byr hutang tu, dia sedang berusaha cari saya. Jd betul spt yg saya baca, kadang2 rezki kita bukan tiada tp belum sampai. Andai kata dia byr hutang ketika sy sedang poket tebal, sy pasti take for granted saja... jd Allah lebih tahu bila masa yg terbaik utk makbulkan doa kita.
Author|Post time 10-3-2018 04:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hari ni, kasut saya dah tak kuat gam di tapak. Ingat nak beli baru je sebab takde gam kasut. Ada satu sandal pun dah tak kuat gam tapaknya. Tadi singgah Petronas ada plak ternampak jual gam kasut. Selesai. Tak payah beli kasut baru
kuasa fikiran ni sgt penting.. itu membeza kan orang yg waras dan tidak waras.
org waras pasti akan berfikir sebelum buat sesuatu dan tidak waras itu sebalik nya
guna kan akal yg diberi Tuhan dan berfikir bukan hanya bertindak mengikut nafsu dan emosi.
jika manusia gagal mengunakan kuasa fikiran maka agak susah untuk seseorg itu membuat keputusan yg rasional dan akan mengakibatkan kesan yg buruk pd masa akan datang juga kepada orang kelilingnya.
jd berfikir lah dulu sebelum bertindak atau melakukan sesuatu kerana anda mempunyai kuasa fikiran utuk berbuat demikian supa anda tidak mnyesal di kemudian hari..
Best topik tt ni, sbb iols selalu fikir, even tho kita brcakap mengenai redho lah, takdir la etc etc, tp at the same time kita dikurniakan akal fikiran oleh Allah utk berfikir dlm stiap tindakan.
mostly apa yg kita teringin dan angankan , ada kalanya usaha sikit dah dapat pon. Allah tu memerhati je stiap tindakan kita and keikhlasan hati.. tp kalau dah tak dpt, iols anggap je bkn rezeki, n mybe ada yg lebih baik menanti or myb jgak mengelakkan diri dr perkara buruk berlaku dr angan2 kita tu.
Time kerja di kanser unit dulu, iols observed patient leukemic on chemo yg happy n fikiran nya jenis clear and tak byk kira ni, lifespan mcm panjang je. buat apa2 procedure pon, walau sakit, still boleh tersenyum, ini smua sbb fikiran mereka positif. cuba yg asyik kata sakit la, refused itu ini, n mostly negative thinking about their own future...hermm end up dgn additional symptoms yg prolong kan hospital stay mereka.
iols ada terbaca dulu , 4 perkara yg mcm "kunci" memainkan peranan kuasa berfikir setiap manusia.
- kepercayaan diri
- pengetahuan
- kesabaran dlm mempelajari ssuatu perkara
- disiplin diri
doa dan tawakal of course!
“A negative mind will interpret the most positive messages negatively but a positive mind extracts the best, even from a negative message.” Mufti Ismail Menk
Post time 3-7-2018 01:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya hanya mintak pemimpin negara kita pandai tadbir negara aje dan jangan sampai kita kena serang dengan negara lain. Cuba tengok negara2 yang berperang tu. Mase Arab Spring tu pon habis lintang-pukang padehal nak buat reformasi je. Kuasa punye pasal habis bergaduh yang kat atas tu dan rakyat makin susah dan melarat. Ape pon yang kita angankan akan musnah berkecai bila negara berperang. Nauzubillah..
bagaimana nak jadi positif jika sepanjang zaman kanak2 dan remaja dikelilingi org gila tak waras pendera mental, melainkan keluar dari kelompok org gila mental tersebut
jika zaman muda umur 20-25 fikirian kita limited, kawan 2 sebaya terhad, kurang cabaran hidup semuanya boleh men positifkan fikiran, tak terfikir utk mencarut2 dll
apabila sudah fasa bekeluarga beranak pinak bekerjaya jumpa macam2 masalah macam2 hal macam manusia dan cabaran dunia, kita dah tak boleh berfikiran positif lagi spt muda2. begitu mudah mencarut2, walaupun sekadar jem hari2 pun mencarut2 babi celaka bagai, kohkohkoh
Post time 15-12-2018 01:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu pengkongsian yg baik.....lepas ni aku akan cuba praktikkan ape yg ditulis...aku nak capai ape yg aku nak.....niat yg baik2 dan fikir yg baik2....satu terapi diri jugak ni.....
Keliru tentang masalah kesihatan anda? Risau? Bimbang? Atau nak sertai kuiz-kuiz kesihatan yang menjanjikan hadiah-hadiah yang menarik?!!! Boleh sertai di bod Kesihatan/Perubatan di sini.
Pernah menonton filem thriller terbaru arahan Lars Von Trier? The House That Jack Built penuh dengan unsur-unsur sastera di dalamnya!!! Jom ajukan pendapat anda di The House That Jack Built
Post time 6-4-2019 09:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa yg kita fikir itu yg akan kita dapat. Hati dan akal kena seiringan. Jangan sesekali memikir apa yg akan berlaku tetapi berfikirlah untuk apa yg akan dilakukan. Apa yg difikir & apa yang diluah akan berbalik kpd diri sendiri.
Post time 6-4-2019 10:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu, selalu terfikir, semua yang jadi tu dah takdir. Sebenanrnya takdir tu boleh diubah dengan berusaha keras dan berdoa bersungguh2. Klu menyerah, memang sah2 takdirnya kekal begitu.