CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Jalan Penarikan The forgotten trail.

[Copy link]
Post time 27-7-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna jalan ni la kan yg ada dalam lagu dari melaka ke negeri pahang Singgah di johor beli berangan. Tak tau tajuk ape kahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-7-2019 02:18 PM
Kalau kt sungei Pahang ngaler ke Pekan mmg ander kapei tersadei weh. Mmg ander xpdc membawa naik s ...

Byk lg misteri tanam melayu semenanjung emas ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nanananananana replied at 27-7-2019 03:26 PM
Guna jalan ni la kan yg ada dalam lagu dari melaka ke negeri pahang Singgah di johor beli berangan.  ...

Lagu joget Pahang. Probably yes. Sy lupe. Sy ade ulas dlm thread mana tah. Ade kt Wikipedia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nanananananana replied at 27-7-2019 03:26 PM
Guna jalan ni la kan yg ada dalam lagu dari melaka ke negeri pahang Singgah di johor beli berangan.  ...

Yes awak betul. Sy dh tengok kt Wikipedia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 27-7-2019 04:53 PM
Byk lg misteri tanam melayu semenanjung emas ni..

Kan. Sy ingat nk anjurkan seminar la psl bende2 ni. Tp sy akan tumpukan pada Pahang. Sbb sy org Pahang.hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-7-2019 05:07 PM
Lagu joget Pahang. Probably yes. Sy lupe. Sy ade ulas dlm thread mana tah. Ade kt Wikipedia

Nak godek balik thread pahang sis tu..ada benda nak post..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2019 06:30 PM | Show all posts

Buat apa nak baca kalau ada yang boleh beritahu dan menceritakan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru jugak tahu wujudnya historic facts kat jempol.

Blog sini ada cerita  jalan penarikan tu masa skrg ada apa
http://catatanberkat.blogspot.com/2015/06/jalan-penarikan-jalan-tertua-di-malaysia.html?m=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 27-7-2019 09:15 AM
Siam belajar guna gajah dari melayu. Seawal kurun ke 7 lagi dokumen china dah sebut penggunaan gaj ...

Catatan menunjukkan melayu champa antara yg mula main dgn gajah kan? Depa byk guna gajah dlm pertempuran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lesprincesse replied at 27-7-2019 07:09 PM
Baru jugak tahu wujudnya historic facts kat jempol.

Blog sini ada cerita  jalan penarikan tu masa ...

Kalau rajin copy n paste n post la dlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Johore people pulau people. Yeyyy!!!!

Ayat last nih.. Kihkihkih.. Nak gelak meols.. Walopon meols pon bangsa jay mael lambong neh wakaka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Petikan dari portal Astro awani. Tulisan Doc Mohd hazmi.

TERLETAK di tengah-tengah laluan maritim utama di Asia, Semenanjung Melayu telah lama membentuk sejarah perdagangan dan pembinaan empayar di rantau ini.

Sehingga kini, Selat Melaka dan Selat Singapura disanjung sebagai dua selat bagi pelayaran antarabangsa yang paling penting di dunia dalam menjana ekonomi global.

Baru-baru ini, apabila saya menonton filem terbaru arahan U-Wei Haji Saari berjudul Hanyut, suasana dan jalan cerita filem tersebut mengingatkan saya kepada keadaan Tanah Melayu di zaman silam.

Tidak seperti jalan raya berselirat yang kita ada sekarang, jalan pengangkutan sungai adalah amat penting di Tanah Melayu pada ketika itu.

Jauh di dalam belantara Tanah Melayu dan tersembunyi 116 kilometer jauhnya dari persisiran Selat Melaka, letaknya ‘Jalan Penarikan’, laluan darat menerusi jalan sungai yang diterokai sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400. Pernah menjadi laluan yang mashyur di zaman kegemilangannya, Jalan Penarikan kini terbiar tidak dipedulikan dan dilupakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Bagaimanakah pentingnya Jalan Penarikan ini dalam membentuk sejarah negara ini?


Gambar dr filem Hanyut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 27-7-2019 07:40 AM
Bukan ditarik oleh gajah ke ? Hmmm

Possible tak jln ni itsing lalu masa ke kedah tua? Sy tak rasa jln ni wujud zaman melaka.. Mesti dah lama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan Perdagangan Utama

Tanah Melayu pernah menjadi wilayah kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu ulung di zaman silam seperti Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Melaka, Acheh dan Johor. Kerajaan-kerajaan ini berkembang dengan memanfaatkan aliran perdagangan maritim yang melewati Selat Melaka dan Singapura. Namun begitu, sesetengah pelayar gerun melayari Selat Melaka yang dihurung lanun-lanun yang berleluasa terutamanya di bahagian selatan Selat Melaka yang mengunjur ke arah Selat Singapura.

Pada waktu itu, serangan-serangan lanun sering berlaku di kawasan berdekatan pulau peranginan Singapura, Pulau Sentosa yang dahulunya pernah dikenali sebagai Pulau Belakang Mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau  Kukup yang terletak berdekatan Pekan Kukup di Johor, pernah menjadi sarang lanun, dipercayai mendapatkan namanya dari perkataan Melayu ‘gugup’, menggambarkan betapa gugupnya pelayar-pelayar ketika mereka melayari laluan berbahaya ini suatu ketika dahulu.

Tidak ada catatan sejarah yang kukuh mencatat bilakah Jalan Penarikan diterokai. Namun begitu, Jalan Penarikan dipercayai telah diterokai oleh sekumpulan sembilan keluarga dari Pasai (sekarang Acheh) di dalam ekspedisi mereka untuk mencari tanah subur bagi penempatan baru mereka.

Akhirnya, penerokaan mereka berakhir di Jempol, Negeri Sembilan, kawasan yang terletak di antara dua sungai utama bagi pengangkutan sungai – Sungai Muar dan Sungai Pahang. Tanah di kawasan tersebut subur untuk penanaman padi dan peneroka-peneroka dari Pasai ini telah menamakan tempat ini sebagai ‘Jempol’ yang menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud ‘amat bagus’.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila peneroka-peneroka ini tiba, mereka mendapati bahawa Sungai Muar dan Sungai Pahang (melalui Sungai Serting) dipisahkan oleh daratan sempit sejauh 600 meter. Ini memerlukan mereka untuk menarik bot ke daratan untuk berpindah ke sungai yang satu lagi – makanya nama ‘penarikan’ telah diberikan untuk laluan ini. Sejak itu, Jalan Penarikan menjadi semakin popular di kalangan pedagang-pedagang Arab yang mengimpikan laluan yang lebih selamat untuk ke Laut China Selatan tanpa perlu mengelilingi Tanah Melayu menerusi Selat Melaka dan Selat Singapura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain menjadi laluan utama untuk perdagangan, Jalan Penarikan juga penting dalam usaha penjajahan dan pengembangan empayar kerajaan-kerajaan serantau. Jalan Penarikan ditempuh oleh bala tentera Srivijaya sewaktu kerajaan ini mengembangkan wilayahnya ke Tanah Melayu dalam usaha mereka menyebarkan agama Buddha. Apabila Melaka muncul di puncak kegemilangan, ianya telah digunakan oleh kesultanan ini bukan sahaja sebagai laluan perdagangan, tetapi juga sebagai medium dalam pengembangan agama Islam.

Siam dipercayai telah menggunakan laluan ini di dalam ekspedisi ketenteraannya menentang Kesultanan Melaka. Fakta sejarah ini diperkukuhkan menerusi penemuan batu nisan seorang panglima Siam bertahun 1265, memungkinkan bahawa Melaka telah wujud lebih awal dari tahun 1400. Malah, Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia (IKSEP) berpendapat bahawa Melaka mungkin ditubuhkan pada tahun 1262.

Sebagai jalan utama menghubungkan barat dan timur, Jalan Penarikan pernah menjadi sebuah laluan yang sarat dengan aktiviti perdagangan. Walaupun kini sulit untuk membayangkan sungai-sungai di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia boleh dimudiki kapal-kapal besar, sungai-sungai ini dahulunya mempunyai kedalaman 6-9 meter, sesuai dimudiki kapal-kapal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-7-2019 02:06 AM
Dasar bbnu, mls membaca

Cam biase dengar ayat tuh mak
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harini saya check in dulu, esok baca. Tak tido dua hari ada deadline
Menarik tajuknya mak. Twenty two thumbs up ^.^
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cam menarik. i suka sejarah kegemilangan orang melayu/islam. supaya boleh relate dan bersemangat.

tapi tak suka baca pasal jajahan eventhough banyak je pengajaran kan. nanti rasa down.

tapi pasal jalan penarikan ni kalau kesempatan nak gi tengok la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.287073 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list