|
thessailly replied at 20-6-2020 07:48 AM
Di mana Allah?
Allah berada di mana-mana saja yg dikehendakiNya. (Di atas Arasy, turun ke bumi di sepertiga malam, dsb sepertimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Topik ni memang berat jika dibincangkan. Contohnya, dengan ayat di atas pun boleh berlaku perbahasan kerana perbezaan kefahaman.
Jika ayat di atas itu diambil makna zahir dengan membawa erti Allah itu diliputi tempat, seperti bersemayam di atas Arasy (dalil pemahaman zahir dari Al-Quran), turun ke bumi sepertiga malam (dalil pemahaman zahir dari Hadith Sahih), akan jadi satu pemahaman Allah itu berada dalam lingkungan tempat, sedangkan mana-mana tempat itu merupakan ciptaan Allah belaka. Jika tempat-tempat itu bukan ciptaan Allah, jadi ciptaan siapa? Seperti Arasy, Langit dan Bumi? Bukankah semua itu ciptaan Allah?
Yang tiada permulaan (Al-Awwal), dan tiada pengakhiran (Al-Akhir) hanyalah Allah. Setiap tempat merupakan ciptaan Allah, justeru setiap tempat yang dicipta Allah, ada permulaannya. Mana-mana ayat Al-Quran yang dilihat secara zahirnya mensabitkan tempat pada Allah, kita beriman tanpa membuat perincian kerana akal kita tak dapat faham Zat Allah yang Maha Hebat melangkaui segala tempat.
Maha Suci Allah, dengan Kekuasaan-Nya, Dia sepertimana yang Dia sendiri firmankan seperti di Arasy, di Langit, Bumi, di mana-mana saja, tanpa berhajat kepada atau memerlukan tempat. Dia tidak seperti makhluk yang dicipta, dan semua makhluk yang dicipta berada dalam dimensi tempat.
Yang jadi pening, sebab kita ni termasuk sebagai makhluk, kita boleh faham dengan mudah yang sesuatu itu memerlukan tempat untuk wujud. Kalau tak perlu tempat, kita susah nak faham. Hanya makhluk yang memerlukan tempat. Jadi hukum bertempat itu layak untuk makhluk, akan tetapi untuk Allah, Dia lah yang Menguasai segala tempat.
Timbul persoalan, ada ayat menyebut Allah di Langit... bukankah Langit itu tempat?
Ya, dari kefahaman secara zahir, Langit itu termasuk juga sebagai tempat. Cumanya beza kefahaman, samada:
1. berada dalam lingkungan tempat sepertimana makhluk berada di tempat tertentu, atau
2. berada di tempat sesuai dengan keAgungan-Nya tanpa memerlukan tempat itu (susah nak faham kan?)
Bila manusia dikatakan naik ke langit, kita faham manusia ni MASIH dilingkungi ruang di bumi mahupun ruang langit untuk naik (berada dalam batasan ruang dan masa). Sebabnya fizikal manusia ni diciptakan berjisim, dan jisim manusia ni tertakluk pada ruang dan masa yang diciptakan Allah (langit dan bumi). Roh manusia pula tak tertakluk pada ruang di langit dan bumi, hal ini termasuk dalam Rahsia Allah. 'Ruang' untuk Roh manusia pula batasannya lain bukan di langit atau bumi. Antara yang diketahui, Roh orang yang beriman di 'Illiyyin. Roh orang yang tak beriman di Sijjin.
Sedangkan Allah tidak tertakluk pada tempat dan ruang atau apa-apa bentuk ciptaan yang Dia Sendiri ciptakan. Allah Maha Berkuasa berada di mana-mana tempat, sesuai dengan keAgungan-Nya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 2-7-2020 02:19 PM
Kenyataan ini boleh timbul perbahasan.
Kalau saya, saya cenderung untuk berkata:
Ruang/tempat
- termasuk dalam kategori makhluk
Al-Quran
- Kalam Allah (sebaiknya elak perbahasan yang mendalam samada makhluk atau bukan).
- Kalam Allah juga berkait dengan Zat Allah, sebab tu susah nak faham, akan tetapi mushaf Al-Quran (kitab fizikal) tu makhluk.
Ruh
- termasuk makhluk (diciptakan Allah)
Makhluk akan musnah
Dan Allah Maha Kekal.
Dan kepada Allah kita akan kembali.
Setuju
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 2-7-2020 02:13 PM
Kenyataan ini boleh timbul perbahasan.
Kalau saya, saya cenderung untuk berkata:
Tahu
Prinsip keabadian tenaga
&
Prinsip keabadian jirim??
Tenaga dan jirim tak boleh dicipta dan dimusnahkan. Ia hanya bertukar bentuk.
Tenaga dan jirim inilah yg mewujudkan ruang & membentuk makhluk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 3-7-2020 12:07 PM
Ini masuk ilmu sains moden.... Ya saya tahu. Asasnya seperti 1st Law of Thermodynamics, dimasukkan dalam silibus pengajaran ilmu sains moden sekarang.
Prinsip keabadian jirim??
Ini juga termasuk ilmu sains moden untuk memahami dan mendalami Hukum Alam. Berguna untuk makhluk (manusia) mengkaji Hukum yang Allah tetapkan (Sunnatullah) sekitar alam fizikal dalam ruang langit dan bumi.
Tenaga dan jirim tak boleh dicipta dan dimusnahkan. Ia hanya bertukar bentuk.
Tenaga dan jirim inilah yg mewujudkan ruang & membentuk makhluk.
Ini termasuk dalam Sunnatullah, ketetapan Allah ke atas hukum alam (untuk makhluk - manusia). Ketetapan ini Allah jadikan untuk manfaat manusia, supaya belajar, mengkaji, ambil manfaat....
Selain Sunnatullah, juga ada Qudratullah yang tidak mengikut ketetapan hukum alam. Contohnya Allah mencipta dari tiada kepada ada. Cukup dengan 'kun' (jadi), maka jadi lah ia. Tak kira samada jirim, jisim, tenaga, ruang, tempat, atau apa-apa, dengan Qudratullah segalanya boleh terjadi mengikut Kehendak Allah.
Segala jisim, jirim & tenaga semuanya akan fana (musnah). Semua ini ciptaan Allah yang mana akan tiba masanya Allah akan musnahkan. Yang Maha Kekal hanya lah Allah.
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬
وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
(Ar-Rahman, 27)
WAllahu a'lam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 3-7-2020 11:51 AM
Ini masuk ilmu sains moden.... Ya saya tahu. Asasnya seperti 1st Law of Thermodynamics, dimasukkan ...
Bila dikata "musnah" tu...musnah bentuk dan sifatnya. Jisimnya terurai..terbebas tenaganya. (Terbebas, bukan musnah)
Tapi jirim (atom) tu kekal
Bukanlah aku nk kata atom tu Allah..tapi atom2 ni milik Allah*...ia bergabung (membentuk makhluk/ciptaan) dan bercerai (musnah) atas kehendakNya. "Kun".
Ini dpt dikaitkan larangan "melampaui batas" yg banyak kali diulang dalam Quran.
Menarik ni...sebab setiap ciptaan itu ada batas-batasnya. (Batu..apa batasan bagi batu? Bentuknya. Kalau dihancurkan..ia jadi pasir...bukan batu lagi).
Mushaf Quran tu memanglah makhluk. Haha...cuma ayat2 Quran telah di "inscribed on the Grand Tablet". (Grand Tablet ni Luh Mahfuz la kan)..
Memahami inner workings of the world ni mmg ada manfaatnya..tapi yg lebih penting dari tu ialah, apa tujuan kita diciptakan? Untuk apa semua ini?
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Al-Imran:190-191
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan hal
Allah Bersemayam DI ATAS ArasyNya.
Kenapa ini dikaitkan dgn Allah "perlu" kepada tempat? Yg kemudiannya dikaitkan dgn kelemahan, dan kebergantungan Allah kpd sesuatu??
Allah bebas dan mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya.
Fahamkan betul2 tentang hal ni.
Bila faham, takkan timbul persoalan tersebut.
Dan juga takkan timbul SLOGAN KUFUR (maaf cakap) seperti "Allah wujud tanpa tempat".
Apa tu?
Nak mengikat Allah dengan hukum akal kamu kah?
Seterusnya apa?
Nak masukkan Allah dalam tabung uji?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 8-7-2020 10:48 AM
Jika begini yang dikatakan musnah, ini merupakan satu bentuk tafsiran atau takwilan (bukan musnah tetapi terbebas tenaga). Jadi ada khilaf dari segi tafsiran 'musnah' berdasarkan kefahaman saudara. Untuk mengelakkan perbahasan tanpa kesudahan, sebaiknya saudara sertakan fakta yang menyatakan sedemikian dari Al-Quran & Hadith itu sendiri.
Tapi jirim (atom) tu kekalBukanlah aku nk kata atom tu Allah..tapi atom2 ni milik Allah*...ia bergabung (membentuk makhluk/ciptaan) dan bercerai (musnah) atas kehendakNya. "Kun".
Berdasarkan Al-Quran, semua akan musnah (tidak ada yang kekal apabila musnah), kecuali Allah Yang Maha Kekal.
Memahami inner workings of the world ni mmg ada manfaatnya..tapi yg lebih penting dari tu ialah, apa tujuan kita diciptakan? Untuk apa semua ini?
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Al-Imran:190-191
Kita berbahas satu-satu. Point sekarang ada atau tidak makhluk yang tidak musnah, berdasarkan kefahaman saudara?
Adakah jirim atau tenaga yang ada didunia ini ciptaan Allah?
|
|
|
|
|
|
|
|
thessailly replied at 3-7-2020 08:35 PM
Berkenaan hal
Allah Bersemayam DI ATAS ArasyNya.
Kenapa ini dikaitkan dgn Allah "perlu" kepada tempat? Yg kemudiannya dikaitkan dgn kelemahan, dan kebergantungan Allah kpd sesuatu??
Apa-apa yang memerlukan sesuatu, itu bersifat lemah. Allah Maha Kaya dan Berdiri dengan Sendiri-Nya, tidak memerlukan sesuatu apa pun, termasuk tempat. Bahkan Allah yang menciptakan segala ruang dan tempat, termasuk Arasy.
Allah bersemayam di atas Arasy itu, dengan cara yang bersesuaian dengan keAgungan-Nya. Tidak timbul isu 'lemah'.
Hanya orang yang kata Allah perlu tempat itu lah yang menisbatkan sifat yang lemah pada Allah.
Allah bebas dan mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya.
Fahamkan betul2 tentang hal ni.
Bila faham, takkan timbul persoalan tersebut.
Yang ini sememangnya semua orang Islam bersetuju. Persoalan hanya timbul bila bercakap pasal 'tempat', kerana akal manusia ni sukar untuk memahami sesuatu yang di luar jangkauan akal. Untuk makhluk, manusia faham yang makhluk memerlukan tempat.
Dan juga takkan timbul SLOGAN KUFUR (maaf cakap) seperti "Allah wujud tanpa tempat".
Apa tu?
Nak mengikat Allah dengan hukum akal kamu kah?
Seterusnya apa?
Nak masukkan Allah dalam tabung uji?
Sebelum meletakkan SLOGAN KUFUR, mari kita bahas TANPA libatkan isu TAKFIR. Boleh? Ini untuk mengelakkan dari KAFIR-MENGKAFIR.
Orang-orang yang berkata Allah bertempat itu lah yang 'mengikat' Allah dengan hukum akal, seolah-olah tempat itu kena ada dulu...sedangkan Allah itu Qadim. Dia Al-Awwal, dia Al-Akhir.
Adakah kamu cuba ikat Allah dengan hukum akal kamu? Dengan menyatakan tempat atau ruang BUKAN MAKHLUK? Kerana kamu faham Allah perlukan tempat atau ruang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mushaf Quran tu memanglah makhluk. Haha...cuma ayat2 Quran telah di "inscribed on the Grand Tablet". (Grand Tablet ni Luh Mahfuz la kan).. salah tu, bahkan kurang tepat...tersasar jauh...
sebenarnya tebing alquran ini tidak dapat diterjemah dengan sains
kerana sains itu lebih rendah dan lemah dari alquran [kalamullah]
nak faham alquran sebenar kena mengaji tasawufla, kuasai nur ilmu melalui amal soleh yg ada SANAD [bimbingan mursid,rosululah, malaikat,khidr dan ...)
akal tu perlu makanan iaitu ilmu - ilmu yg suci menjadi nur - fanafillah - teman malaikat
semua tu disusun oleh BIMBINGAN RUHANIAH...ni semua atas dari SAINS...
so jika susunan salah, asas foundation beterabur
ramai org sakit jiwa - tak capai mutmainah - jiwa tenang - wilayah mukmin -
kerana mutmainnah boleh dicapai hanya dengan amal soleh (buah ikhlas - tauhid bertangkai taqwa) hanya setelah DIBASUH nafsu amarah lawamah mulhamah - melalui jalan fana - melebur dan mencuci sifat2 mncela keji dan sikap2 jin manusia...melalui didikan mursid membentuk jatidiri dan peribadi salikin...
kena tahu batas sempadan jiwa, apa hakikat jiwa tu...dari mana awal dan akhir jiwa yang bertempat di jasad tu
apa peranan dan balasan jiwa tu, apa beza jiwa dari ruh....
tu semua sains takleh cerita, hanya jalan tasauf nur musyahadah saja oleh mursid...
dah ada sanad mursid, dah TEMPUH LALUI alam nafsu, jin setan, jiwa ,ruh, malaikat
barulah NAMPAK alam dunia, luh mahfuz, ladunni, barzah, akherat...
|
|
|
|
|
|
|
|
thread macam ada bau bau pak wahab je. conference para ulama sunni di chechnya 2016 bersepakat, wahabi bukan dari ahli sunnah wal jamaah.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
topic "Di mana ALLAH ?"
Jawapan saya yang dhaifa ialah
cari d'dalam kalimah tauhid ..
لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
وحده لاشريك له
Dari Muadz bin Jabal Radhiallahu ‘Anhu,
bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
من كان آخر كلامه لا إله إلا اللّه دخل الجنة
"Man kana akhiru kalamihi لا إله إلا اللّه dakhalal jannah"
“Barang siapa yang akhir ucapannya adalah لا إله إلا اللّه,
dia akan masuk surga.”
(HR. Abu Daud No. 3116. Al Hakim No. 1299,
katanya: shahihul isnad (sanadnya shahih).
Syaikh Al Albani juga menshahihkan dalam Shahih Sunan Abi Daud, 3/190/3116)
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 8-7-2020 10:46 AM
Jika begini yang dikatakan musnah, ini merupakan satu bentuk tafsiran atau takwilan (bukan musnah ...
Jika begini yang dikatakan musnah, ini merupakan satu bentuk tafsiran atau takwilan (bukan musnah tetapi terbebas tenaga). Jadi ada khilaf dari segi tafsiran 'musnah' berdasarkan kefahaman saudara. Untuk mengelakkan perbahasan tanpa kesudahan, sebaiknya saudara sertakan fakta yang menyatakan sedemikian dari Al-Quran & Hadith itu sendiri.
Assalamualaikum saudara mnm77..
Saya tahu kita tak boleh takwil ayat2 mutasyabihat. Saya tak takwil pun "musnah" tu. Dlm Quran kata "musnah", musnahlah. Sy beriman dgn isi kandungan Quran.
Bila sy kata atom terurai, tenaga terbebas tu
.sy AGAK dari sudut sains (pemerhatian) saja. (Err..Ada ke orang yg dah berjaya musnahkan atom? Ini tujuan projek CERN tu kan?
Kalau tak boleh terima, abaikan je. Takde faedahnya berbahas panjang tentang ni.
Yg penting, ia tak menyalahi wahyu dan akal..hehe
Kalau ikut yg saya faham ni..memang salahlah kalau org kata "Allah wujud tanpa tempat"... Sebab tempat (atom) itu hanya wujud kerana kewujudan Allah.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
rantaikendoq replied at 12-7-2020 01:44 AM
salah tu, bahkan kurang tepat...tersasar jauh...
sebenarnya tebing alquran ini tidak dapat di ...
Ini brader ni masih tak lepas2 lagi dari dunia cermin nya. Tgk aku, dia nampak dirinya sendiri
Banyakkan zikir je bang. Nnt datang la tenangnya tu Insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 8-7-2020 10:46 AM
Jika begini yang dikatakan musnah, ini merupakan satu bentuk tafsiran atau takwilan (bukan musnah ...
Semuanya musnah melainkan Allah yg Maha Kekal.
Cuma jirim dan tenaga tu...yg tak musnah..ia kembali kepada Allah.
"Ia milik Allah". Yg dikatakan makhluk itulah ciptaan.
Wallahua'lam sedara. Awak pun sebenarnya takkan dapat buktikan yg jirim ni akan musnah. (Yg musnah tu makhluk, lain tu).
|
|
|
|
|
|
|
|
thessailly replied at 2-8-2020 11:48 AM
Semuanya musnah melainkan Allah yg Maha Kekal.
Cuma jirim dan tenaga tu...yg tak musnah..ia kem ...
Macam mana nak quote post?
Dah lama tinggal forum..dah tak reti lak
guna fon lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je yg bezikir, dan ramai yg keliru xkemana...nak beramal wajib ade guru..tu no 1...
lepas tu taat path guru, ditanam adab...
jika dlm solat tiada adab, maka perilaku dgn manusia gagal...
apatah lagi Rabb, lagi la jauh..
muhasabah byk2 lagi, insyallah
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju Allah yang Maha Kekal
Wallahua'lam sedara. Awak pun sebenarnya takkan dapat buktikan yg jirim ni akan musnah. (Yg musnah tu makhluk, lain tu).
Apabila dikatakan makhluk, sudah tentu akan musnah, sebab Hanya Allah yang Maha Kekal. Buktinya dari Al-Quran.
Masalahnya, kalau jirim tu bukan makhluk seperti yang saudara dakwa, apa buktinya?
Sudah tentu ia (jirim) diciptakan oleh Allah yang Maha Kekal. Apa-apa yang diciptakan, semua ada permulaan. Hanya Allah yang tiada permulaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
thessailly replied at 2-8-2020 11:37 AM
Saya tahu kita tak boleh takwil ayat2 mutasyabihat. Saya tak takwil pun "musnah" tu. Dlm Quran kata "musnah", musnahlah. Sy beriman dgn isi kandungan Quran.
Alhamdulillah.... berkaitan musnah tu, ayat tersebut muhkam (jelas), bukannya ayat mutasyaabihat. Antara contoh ayat mutasyabihat antaranya yang berkaitan sifat Allah yang mana sifat tersebut juga ada pada makhluk secara zahirnya. Ayat yang mengandungi huruf-huruf pada permulaan surah-surah tertentu juga termasuk dalam ayat mutasyaabihat.
Bila sy kata atom terurai, tenaga terbebas tu
.sy AGAK dari sudut sains (pemerhatian) saja. (Err..Ada ke orang yg dah berjaya musnahkan atom? Ini tujuan projek CERN tu kan?
Pada saya, kudrat Allah melebihi segalanya, bila kita beriman dengan Allah yang Maha Kuasa yang menciptakan segala sesuatu, maka Allah yang sama juga berkuasa memusnahkan segala sesuatu.
Kalau tak boleh terima, abaikan je. Takde faedahnya berbahas panjang tentang ni.
Yg penting, ia tak menyalahi wahyu dan akal..hehe
Ok, tiada masalah
Kalau ikut yg saya faham ni..memang salahlah kalau org kata "Allah wujud tanpa tempat"... Sebab tempat (atom) itu hanya wujud kerana kewujudan Allah.
Wallahua'lam
Itu kefahaman saudara sebab logik saudara (dan mengikut logik makhluk) semua perlu bertempat. Pada saya, yang bertempat ini, makhluk. Ini tiada masalah. Masalah timbul bila guna logik yang sama pada Allah... walhal....
Allah yang menciptakan tempat-tempat, Dia tidak berhajat pada tempat, ruang, atom... semua itu ciptaan-Nya. Apabila atom merupakan ciptaan Allah, bukan bermakna atom kena ada dulu, sebagai syarat kewujudan Allah...
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|