|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL.
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 4-9-2020 07:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kak-Leen replied at 4-9-2020 07:31 PM
Selamat berhujung minggu semua. Walau akak dari Johor tp ni baru terasa permulaan hujung minggu.. Cu ...
Mesti seronok kak leen.. Cucu balik |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 4-9-2020 07:24 PM
Mandi hujan.. hihihi
Tadah la mn yg dapat utk kegunaan blk air..
x penuh pun... beli mineral yg besar ni... so hahahah... satu botol 2liter tu utk mandi... jgn nak membuang sudah. Tapiiii agak merisaukan klu 4 hariii |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-9-2020 07:19 PM
Meh kongsi ni...nom nom
Ni beli saiz XL..
X muat utk 1 blk.. so kena cari 2 keping saiz L..
Yg ni pn dh ada peminat jugak..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 4-9-2020 06:57 PM
at least something i bought from shopee berguna time xde ayaq...
Anak2 kita klu nmpk ni..semua g dapur amek mangkuk..anak yg sulong buat sendiri..kena min 2 pack big curry..kejap je kena pau dgn adik2 |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 4-9-2020 06:50 PM
meols ni rakyat kingdom of saudi arabia ke acaner ni
kat luar hujan lebat tp air paip tak dak..
...
Hari tu masa mlk xde air berjadual pun penatnye tuhan shj la yg tahu..kena simpan air..bila ada air kena buat laundry byk trip, pastu kena masak cepat2 sblm air stop..isi blk..
Time pkp awal2 pn masa tu xde air juga..dgn semua ada kt umah..mmg kena budget elok2..
bila semua kerja yg libatkn air ni kena buat cepat2..penat dia berganda2..
Semua bekas, botol..mn yg blh isi air..semua guna sebaiknye |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 4-9-2020 07:33 PM
x penuh pun... beli mineral yg besar ni... so hahahah... satu botol 2liter tu utk mandi... jgn nak ...
Kena beli yg botol 5L tu..mcm botol minyak masak tu..
Letak je tong2 kosong / baldi etc kt luar umah..mn tau mlm nnt hujan lg..ada la stok tadahan..
Cuaca beberapa hari ni hujan x menentu..tgh mlm hujan..ptg td hujan lg..
Moga tabah la menghadap kunjungan air |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 4-9-2020 07:31 PM
Selamat berhujung minggu semua. Walau akak dari Johor tp ni baru terasa permulaan hujung minggu.. Cu ...
Comel..
Moga selamat smp kak..
Happy birthday utk cucu akk.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-9-2020 06:21 PM
Ni hujan dah berhenti.. Tapi x pasti juga.. Kot2 mlm ni sambung pulak hujan.. Kata org tua2..kalau ...
Hujan rintik2 dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 4-9-2020 06:29 PM
Hujan2 mkn karipap panas2 dgn teh o panas..
Baru beli karipap frozen dari jiran mak..husband pu ...
Sedapnya
Dpt bubur Asyura...nom nom... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 4-9-2020 06:34 PM
Ni beli saiz XL..
X muat utk 1 blk.. so kena cari 2 keping saiz L..
Yg ni pn dh ada peminat juga ...
Suka suka lawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 4-9-2020 06:31 PM
Beli dh carpet..
Yg ni L shape.. ingat nk letak kt dapur..
Tp ramai pulak yg minat
Cumill...hepi miau2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 4-9-2020 06:31 PM
Selamat berhujung minggu semua. Walau akak dari Johor tp ni baru terasa permulaan hujung minggu.. Cu ...
Nah bubur Asyura...buat bekal |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-9-2020 08:01 PM
Sedapnya
Dpt bubur Asyura...nom nom...
Sedap tu mkn time sejuk2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-9-2020 08:02 PM
Suka suka lawa...
Nak cari yg design geometry pulak.. td dh jmp.. tp kiv dl..hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-9-2020 08:03 PM
Cumill...hepi miau2
Ni rm12.90 besar gak saiz dia.. anak dara dok tanya..bkn hari tu kt shopee dh habis ke mama.. tiba2 smp je kt umah..
Design kartun2 xjmp lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-9-2020 08:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 4-9-2020 08:01 PM
Sedapnya
Dpt bubur Asyura...nom nom...
Sedapnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 4-9-2020 07:16 PM
Senang kan?
Anak akak bawa ke kolej. Kawan pinjam. Sekali kena spotcheck. Terus dia kena surat a ...
Kak leen..
kita seorg yg agak tegas skit bab minta hutang ni.. sbb tu la kot jadi mak kutu..hahaha
Ape yg akan kita buat adalah mmg kita akan keep remind org utk byr hutang..sbb bg kita, klu x remind, org tu pasti lupa yg dia berhutang berdasarkan track record byrn..
Akk blh snap je buku 555 akk tu wasap kt dia.. tulis skali kira2.. klu byrn rm200x berapa bulan.. klu dia start byr katala last 2 years, so akk dh dpt blk pn RM4800..baki hutang pn makin kurang or dh langsai..
Bkn dia je ada kisah pilu.. akk pn ada juga.. inform je kt dia wlpn dia dh tau.. akk ni x bekerja..xde simpanan tetap..ada masalah kesihatan juga..tu je la duit akk ada yg akk bg pinjam tu.. akk bg sbb ada percaya kt dia akan byr ikut perjanjian..tp sygnye dia dh 2x tak tepati janji.. so jln terbaik adalah byr skit2 supaya dia xterasa payah nk cari duit & dlm masa yg sama akk pn dpt juga duit utk kegunaan akk..akk pn ada jugak keinginan utk beli brg peribadi akk pakai duit sendiri..
Org yg mcm ni kak..mmg kita kena inform..x perlu pn call.. just text sahaja..sbb dia lupa, Allah akan gandakan lg rezeki setiap org yg bkn sahaja berniat tp ada duit, byr hutang dl..dia cari duit sbb nk byr hutang, maka hidup dia xkn dihimpit kesusahan..
berbanding dgn org yg ada duit, enjoy dl..penuhkn keperluan&kepentingan diri..last2 duit x cukup byr hutang..
Ni ada hadis/ayat al quran kan utk org yg mati x byr hutang, amalan tergantung..malah nabi pn x nak mandikan jenazah bila nabi tanya, ada hutang si mati yg x langsai lg ke selama hayatnya..
Nnt kita cari tepek kt sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-9-2020 06:58 PM
Hahaha.. Sebab sy sendiri yg test semua ni sebelum bagi update barang2 yg berguna ni..
ye ke... berguna jugak ek... since selangor ni selalu sgt xde air.. perlu jugak kot some of it... tapi awat mandi pakai wet tissue tuuu.... nak gi umah adik sat gi tumpang mandi and sebagainya... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 4-9-2020 06:59 PM
Yum2..sedapnya megi..sy tungg 9.9 ni nak beli periuk ni
nak tunjuk sarah.. aritu kak dila test masak tomyam and goreng telor..not bad la... best pulak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 4-9-2020 07:31 PM
Selamat berhujung minggu semua. Walau akak dari Johor tp ni baru terasa permulaan hujung minggu.. Cu ...
Soalan:
Adakah sekiranya kita tidak sempat untuk melunaskan hutang pinjaman bank untuk membeli rumah, kereta atau pinjaman peribadi, maka roh dan amalan kita akan tergantung juga? Mohon penjelasan.
Jawapan:
Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mencatat segala hutang dan masa bayarannya. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).” (Surah al-Baqarah: 282)
Hutang juga merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan dengan secara adil dan hukum untuk melangsaikannya sebagai satu akad antara sesama manusia adalah wajib, ini seperti disebutkan di dalam al-Quran:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.” (Surah al-Nisa: 58)
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” (Surah al-Maidah: 1)
Selain itu, terdapat banyak hadith yang menerangkan tentang ancaman terhadap golongan yang sengaja enggan membayar hutang dan tidak berusaha untuk melunaskan hutangnya tersebut.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.” [Riwayat al-Bukhari: (2387)]
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri.” [Riwayat Ibn Majah: (1969)]
Di samping itu, hutang akan dibayar kepada si pemiutang dengan pahala amal kebajikan si penghutang di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.” [Riwayat Abu Daud: (3597)]
Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagimana dia tidak melunaskan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” [Riwayat Tirmidzi: (1079)]
Dosa berhutang tidak terampun kecuali dihalalkan oleh si pemiutang tersebut walaupun mati sebagai mati syahid. Rasulullah SAW bersabda:
“Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” [Riwayat Muslim: (1886)]
Orang yang berhutang tidak disembahyangkan oleh Rasulullah SAW. Daripada Salamah bin Akwa’ RA bahawa dia berkata:
:
“Pernah suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian kami dibawakan sekujur jenazah. Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah SAW: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW: “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab: “Tidak”. Rasulullah SAW bersabda: “Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu?” Mereka menjawab: “Tidak”. Lalu Baginda mengsolatkan jenazah itu. Kemudian dibawakan jenazah lain dan mereka memohon: “Wahai Pesuruh Allah! Solatkan jenazah ini”. Sabda Rasulullah SAW: “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab: “Ya”. Rasulullah SAW bersabda: “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Mereka menjawab: “Tiga dinar”. Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu. Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW: “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab: “Tiga dinar”. Lalu Baginda bersabda: “Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini.” Lalu Abu Qatadah merespon: “Mohon solat ke atas jenazah ini wahai Pesuruh Allah, aku akan menanggung hutangnya.” Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.” [Riwayat al-Bukhari (2286)]
Berdasarkan kepada dalil yang umum daripada ayat al-Quran dan hadith di atas, maka hutang tersebut termasuklah juga hutang kepada bank. Oleh itu, hutang pinjaman bank juga termasuk di dalam hutang yang wajib dibayar dan diancam dengan ancaman yang berat di dalam hadith sekiranya sengaja tidak mahu membayarnya.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk memastikan pinjaman tersebut dilunaskan antaranya seperti mengambil pelan takaful bagi menjamin pembayaran hutang dan sebagainya. Kita haruslah berusaha memastikan bahawa kita dapat melunaskan hutang tersebut. Tambahan pula, hutang tersebut merupakan al-dayn al-muajjal (hutang yang boleh ditangguhkan), justeru ia boleh ditangguhkan kepada masa-masa tertentu jika sekiranya mempunyai kekangan.
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyatakan bahawa hutang pinjaman bank adalah sama seperti hutang-hutang yang lain. Justeru itu, ia termasuk dalam ancaman berat terhadap hutang yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.
Oleh itu, kami menasihati kepada masyarakat supaya berusaha sedaya-upaya mengelakkan diri daripada berhutang kecuali jika diyakini mampu untuk membayarnya semula. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri berlindung daripada masalah hutang. Dalam satu hadith yang diriwayatkan al-Bukhari:
: . : . : .
Bahawasanya Rasulullah SAW berdoa selepas daripada menunaikan solat: “Ya Allah SWT, aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan banyak hutang.” Lalu ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Kenapakah engkau selalu meminta perlindungan dalam masalah hutang?” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jika orang yang berhutang berkata-kata, dia akan selalu berdusta. Jika dia berjanji, dia akan mengingkari.” [Riwayat al-Bukhari: (832)]
Pada akhirnya, kita berdoa kepada Allah SWT dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW bagi menyelesaikan hutang, antaranya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kpada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” [Riwayat Abu Daud, (4:353)]
Wallahua’lam.
+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media |
|
|
|
|
|
|
| |
|