View: 11556|Reply: 120
|
"Saya Hanya Bertanya Di Kedai Runcit," -Pelajar Tingkatan Lima Didenda
[Copy link]
|
|
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak mendaftar butiran atau mengimbas menerusi aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka.
Pelajar Tingkatan Lima itu yang enggan dikenali, mendakwa dia dikenakan kompaun tersebut pada Ahad, ketika bergegas ke kedai runcit berdekatan dengan rumahnya bagi mendapatkan ubat parasetamol untuk ibunya.
"Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama parasetamol di kedai tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis berpakaian biasa melihat saya dan mengeluarkan kompaun," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
"Saya tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan dan kompaun terus dikeluarkan, tetapi saya faham, polis menjalankan tugas mereka," tambahnya.
Foto: mStar Online
Remaja itu berkata, dia mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah.
Tambahnya, pendapatan bapanya tidak cukup untuk membayar kompaun tersebut, sementara ibunya merupakan suri rumah.
"Saya amat berharap, saya dapat membuat rayuan berhubung kompaun tersebut dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa membebankan ibu bapa saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi berkata, pelajar tersebut boleh membuat rayuan kepada pegawai kesihatan daerah (PKD) Melaka Tengah bagi pengurangan jumlah kompaun. -CARI
Sumber: The Star |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah bertambah lak kerja Pegawai Kesihatan Daerah. Dalam nak mengurus covid, nak kena layan rayuan saman pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
prihatin n pakai otak la sikit wp ada kuasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg golongan kayangan tak dihukum setimpal rakyat marheam yg kais pagi makan pagi ni jugak nak diambil kesempatam |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 16-3-2021 09:33 AM
Vavi nya....kalo masuk habis tawaf satu kedai runcit tu ya lah nak kompaun..ni masuk just tanya x sa ...
Iols pernah gi rayu saman kkm 500 sbb ada nyamuk dlm pasu...dr rm 500 dia kurang jd rm250...so kalu 10k...maybe kena 5 k kot....hahahhh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak salah Ketua Polis Negara (KPN) kata hanya pesalah degil dan berulang akan dikenakan dendaRM10K...ni macm pukul rata semua kena...
ka pegawai bawahan tak faham ..main saman ja? |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan pakai pelitup muka walau sekejap. Virus tak kira ko masuk nak tanya sekejap atau lama.
Soal denda 10k tu nanti gi je la merayu. Pegawai masih ada belas kasihan berdasarkan situasi |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan budak sekolah pon melebih nak kompaun sana sini. Mmg kerajaan sekarang ni zalim xbertempat ke? Rakyat ditindas, islam makin terancam? |
|
|
|
|
|
|
|
budak 17 tahun pun nak paww ke |
|
|
|
|
|
|
|
Wak yidin masuk kaabah Terus Rasa dia takde dosa dah, selangkah kaki dah masuk syurga. Bila balik sini apa jadi kat rakyat dia pedulik apa |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan tewas next pemilu agak nya..laa..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Now bertambah 1 lg beban parents. Anak tak/lupa scan. Abihlah duit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aunty Sarah kata ini semua adalah fitnah ke atas Abahcow seperti mana fitnah kepada Najib pendekar Bugis |
|
|
|
|
|
|
|
dia da pakai mask. masuk tak sampai seminit. budak umur 17 tahun. nak beli ubat utk mak dia yg tak sihat. kamonn la.. mana hati perut woi? polis tu pun nak ada 10k pun kena buat personal loan. ehh cib u la |
|
|
|
|
|
|
|
baghal! langsung takde timbang rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 pihak2 berkuasa guna budi bicara kalau nak kompaun.
Lainla kesalahan berulang2.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian ko dik.
doa kan saja moga Tuhan beri balasan yang setimpal pada manosia zalim ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai kat pegawai bawahan hancurrr semua nk disaman. Kesiannyaaa mana nak cekau 10k. |
|
|
|
|
|
|
| |
|