CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: asbat79

Bertudung...tapi... (merged: rahmat, Normala17)

[Copy link]
akunakparking1 This user has been deleted
Post time 18-11-2004 03:34 AM | Show all posts
Apasal aku rasa mcm thread ni pernah ada orang buat eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2004 02:36 PM | Show all posts
sebenarnya bukan salah tudung ..  tetapi sikap atau mentaliti .

tetapi apa pun saya masih menggangap mereka yg bertudung

tetap mengikut Islam .  lagipun bukanlah majoriti yg menutup aurat

ini melakukan maksiat bukan   ??  jika dibandingkan dgn yg tidak bertudung..
Reply

Use magic Report

Dita_liebely This user has been deleted
Post time 19-11-2004 10:35 AM | Show all posts
betul tu!

pg dah! baik tak yah r pkai tudung klu tkt nak kuar dating scr mlmpau tu! memalukan umat islam je!

ASTAGHFIRULLAH AL AZIM
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 10:55 AM | Show all posts
macam ni kot?:hmm::hmm:




Fleurzsa:  Harap maaf, I delete gambar tersebut.  I fikir tanpa gambar pun perbincangan boleh diteruskan.

[ Last edited by fleurzsa on 19-11-2004 at 07:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 11:09 AM | Show all posts
duh ...memalukan
Reply

Use magic Report

kidzs_7dunk This user has been deleted
Post time 19-11-2004 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by Paparazio at 2004-11-19 10:55 AM:
macam ni kot?:hmm::hmm:

persoalan pertama yg akan ditanya kalo tgk owang islam cenggini..

sapa mak bapaknya?

ermm..bagi aku...bertudung bukan nak menunjuk-nunjuk

bukan jugak sebab nak berfesyen...tapi tak salah owang bertudung nak

berfesyen..tapi biar la kena pada tempatnya..

aurat mesti la tutup...jangan plak pakai tudung..

sana sini nampak...hehe...kalo cam tuh baik tok sah pakai..

[ Last edited by fleurzsa on 19-11-2004 at 07:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
UFWL2.0 This user has been deleted
Post time 19-11-2004 04:52 PM | Show all posts
Saya nak cakap camnie ..org hari nie nak tunjuk bertudung tu tak menghalang .maknanya dgn bertudung tak semestinya tak boleh jadi artis..tak boleh jadi ahli sukan tak boleh masuk taru cantik dan macam -macam lagilah ..tapi mereka tak faham maksud bertudung yg sebenar..samada bertudung sebab ibadat atau sebab adat...

Jadi itulah jadinya..bertudung semata-mata ambik hukum tudung tanpa mendalami maksud sebenar menutup aurat...tanpa memahami makna aurat itu ialah "sesuatu yg memalukan"...

cukupla  dulu saya dah penah komen camnie...habis kena bantai ...mcm-mcm ..macam saya ckp kat atas tu le....

wallhua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 08:30 PM | Show all posts
Antara sebabnya juga, adalah kerana ramai orang Islam kat Malaysia ni, bila kita berbicara soal aurat, mereka hanya nampak tudung. Sedangkan rambut itu mungkin hanya 1/20 dari keseluruhan aurat yang nak dijaga. Dalam An-Nur 31, Al-Ahzab 59 tu, definisinya jauh lebih besar dari itu. Tetapi ramai antara kita hari ini, yg meletakkan emphasize hanya pada "tutup rambut". Sebab tu kalau nak ajar anak-anak tutup aurat, jangan ajar depa dgn kata "pakai tudung tu tutup aurat", tapi ajar depa konsep aurat yg lain dulu. Bila yg lain dah complete baru masukkan tudung sebagai pelengkap.

Sebab itu secara peribadi, saya lebih hormat wanita yang tak pakai tudung tapi berpakaian longgar, tak kira lah pakai baju kurung ke baju punjabi ke blaus dgn seluar ke apa ke, daripada wanita yg bertudung tapi kita nampak setiap lekuk pada tubuh diorang. Sebabnya, pada saya yg berbaju longgar tak bertudung tu lebih hampir kepada An-Nur 31 dan Al-Ahzab 59, daripada yg bertudung tapi balut badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2004 04:54 PM | Show all posts
aku setuju ngan antique...

ada orang cakap, drpd pakai tudung tp buat maksiat, baik tanggal je tudung tu.. aku rasa tak patut kita cakap camni.. berhati2lah dgn mulut anda.. sbb tudung masalah lain, maksiat masalah lain... kalo pakai tudung + pegang tangan boyfriend =satu maksiat . tapi kalo bukak tudung + pegang tangan boyfriend = 2 maksiat, kan beza tu.. bukak tudung + tak pegang tangan boyfriend = 1 maksiat jugak.. tapi berapa besar dosa antara bukak tudung dgn pegang tangan boyfriend, tak sama, hanya Allah saja yg tahu..

[ Last edited by palong on 22-11-2004 at 04:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by palong at 22-11-2004 04:54 PM:
aku setuju ngan antique...

ada orang cakap, drpd pakai tudung tp buat maksiat, baik tanggal je tudung tu.. aku rasa tak patut kita cakap camni.. berhati2lah dgn mulut anda.. sbb tudung masalah l ...


yup...I agree with u...

kita yang tau..patut bantu betulkan yang tak berapa tahu....

wallahuahlam...

ini soal aurat yang hukumnya haram jika membukanya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 06:05 PM | Show all posts

salam,

Islam amat menitik berat ttg pendidikan terhdp kaum perempuan. Perempuan yg dididik sejak kecil dgn pendidikan Islam akan terbentuk peribadi mereka menjadi mulia dan terpuji.

Sebaliknya perempuan yg tidak dididik sejak kecil, especially ttg aurat yg betul,  apabila menempuh zaman remaja dan dewasa, mereka akan menjadi liar dan mudah terpengaruh dgn kehidupan yg merosakkan agama dan diri mereka.

Tanggungjawab utama yg menentukan perancangan terhdp masa depan kaum perempuan adalah terletak kpd kaum lelaki krn mereka diberi tugas oleh Allah swt selaku pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti ttg prestasi kepimpinan mereka.

Punca fitnah dtgnya drp kaum perempuan, tetapi tanggungjawab dan punca utama ialah terletak di tangan kaum lelaki.  Mereka bertanggungjawab mendidik kaum perempuan.

Perempuan yg hendak keluar rumah:

1-  Tidak mendedahkan dan menampakkan perhiasan.

2-  Dlm menutup seluruh tubuh dgn pakaian yg tidak menampakkan kulit dan bentuk badan.

3- Disertai mahramnyer atau jumlah mereka melebih 3 org

4- Tidak terdedah kpd suasana bersunyian dgn lelaki yg ajnabi.

5- Tidak memakai wangi2an yg baunya merebak jauh.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by lose at 18-11-2004 02:53 AM:
Assalamualaikum
Sedarkah anda semua dlm hari ni ? kita selalu nampak ramai remaja wanita yang bertudung tapi tidak sopan ?
ya la,bertudung tapi berbaju lengan pendek,berbaju ketat,berbaju nipis d ...


Kadangkala wanita yang bertudung tapi memakai pakaian yang kurang sopan tu menganggap tudung hanya perhiasan bagi mereka. Sepatutnya, wanita yang bertudung, mestilah memakai pakaian yang sopan baru dikatakan punya ciri2 wanita yang baik. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek, terlalu ketat, nipis dan kadangkala nak tunjuk punggung, lebih baik jgn pakai tudung. Tu hanya nak menjatuhkan maruah wanita seorang muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 03:59 PM | Show all posts
I kurang bersetuju di atas ungkapan "kalo pakai tudung bla bla..... lebih baik tak pakai tudung"

Kewajipan asas perempuan adalah menutup aurat.  Bagaimana cara mereka menutup aurat itu adalah mengikut tahap2 kefahaman dan keimanan mereka.  Bukan kita yg menentukan samada perempuan yg bagaimana boleh pakai tudung atau perempuan yg bagaimana tidak boleh pakai tudung.

Sebagai ahli dlm masyarakat kita cuba menjelaskan atau memberi contoh bagaimana cara menutup aurat yg telah ditetapkan oleh Islam.

Mengenai perempuan yg bertudung melakukan maksiat.  Maksiat itu sudah masuk dlm hukum dan dosa yg lain pula.  

Islam itu adalah cara hidup, kewajiban yg diamalkan oleh umat Islam adalah dlm pelbagai cabang kehidupan. Segala kebaikan itu adalah dr Allah swt jua, segala kelemahan itu dr umat manusia itu sendiri.

Firman Allah swt,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An Nur :30)

Firman Allah swt,

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Ahzab: 59)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by lose at  02:53 AM:
Assalamualaikum
Sedarkah anda semua dlm hari ni ? kita selalu nampak ramai remaja wanita yang bertudung tapi tidak sopan ?
ya la,bertudung tapi berbaju lengan pendek,berbaju ketat,berbaju nipis dan ketat.Patutkah ciri bergitu sebagai wanita islam ? Mengapa ek mereka berpakaian begitu ? Kat KL mmg penuh ar.Aku penah nampak budak pakai tudung baju lengan pendek dok berpeluk rapat gila dengan budak laki yang bukan muhrim.Apa nak jadi ni ?



Mungkin mereka bertudung kerana fesyen....fesyen waheeda,fesyen bienda,fesyen CT dan Fesyen Wardina.....Tapi taklah semua seperti yang dikata...ada jugak yang baik....cuma susah nak amal sikit nih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2004 09:00 PM | Show all posts
kalo pompuan bertudung pun kurang sopan..apa lagi yg tidak bertudung?
jgn bila nampak yg bertudung melakukan perkara yg x senonoh..yg x bertudung boleh bangga kater yg bertudung lagi teruk!!!!

pakai tudung atau lebih jitu tutup aurat ni kena tau niat sbb aper...
kalo sbb bergaya.... x baguslah..
kalo sbb nak tutup perangai jahat tuh..lagilah puak munafik nih!!!
Kalo yg kena paksa ngan mak bapak...tu di atas tidak rela memakainya..sbb itu kita kena tau aper sbb dia wanita tu tutup aurat!!!

kalo surveylah kat malaysia ni..pompuan yg bertudung ngan yg x bertudung..maner satu paing banyak wat maksiat? yg maner satu paling banyak masuk pub atau disko? yg maner satu singgah surau atau masjid kalo kuar rumah?

yg bertudungkah? yg tidak bertudung kahh?

oleh itu, jgnlah asyik nak menuding pada wanita yg mcm tuh!!! sifat dia yg kita nampak tegurlah... kalo x leh tegur atleast ader kesedaran kat diri dah memadai dlm Islam.. bukan mengutuk aper yg mereka lakukan...

Aku yakin pompuan yg bertudung kebanyakannya lebih menjaga kehormatan diri dr yg tidak bertudung!!

kadang2 yg bertudung tu hanya nak tunjuk baik...depan pakwe bukak sana sini... motif memakai tudung ni untuk ditutup sumer aurat kita dr pandangan laki bukan muhrim..so? kalo dia bukak depan pakwe merangkap laki bukan muhrim dia..itu bermakna dia mmg x pikir pasal aurat!!!! hanya menggunakan tudung untuk menutup kesalahan.. well, kita sendiri boleh pikir kan?
Reply

Use magic Report

Reign This user has been deleted
Post time 26-11-2004 07:55 AM | Show all posts
aku tengok gambar kawan aku masa tak bertudung huduh gila...tapi klu dia bertudung...huh... cair...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Reign This user has been deleted
Post time 26-11-2004 07:59 AM | Show all posts

Moral Value....

Allah jadikan sesebuah peraturan adalah yg terbaik utk hambanya....:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 11:42 AM | Show all posts
masa study dulu, ramai kengkawan bile masuk kelas ke  or pergi campus pakai tudung, tp bile tak masuk kelas,pergi shopping ke, makan ke bukak balik tudung tuh,

sungguh tak paham .. ape lah salahnye kalau pakai tudung tuh setiap masa bila keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 04:14 PM | Show all posts
kadang2 aku mengharapkan adanya satu jemaah yg dpt mewujudkan satu gelombang kesedaran spt yg pernah dilakukan oleh Arqam dulu (Abuya dan Aurad Muhammadiah cerita lain ye)...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 01:29 AM | Show all posts
Originally posted by dak_ker at 26-11-2004 11:42 AM:
masa study dulu, ramai kengkawan bile masuk kelas ke  or pergi campus pakai tudung, tp bile tak masuk kelas,pergi shopping ke, makan ke bukak balik tudung tuh,

sungguh tak paham .. ape lah salah ...

diorg pakai sbb peraturan...kekadang tuh sbb malu member2 pakai tudung dia x pakai..
ader jugak pakai sbb bg mereka tulah pakain nak gi kelas....

benda ni seelok2nya pakailah dengan hati yg ikhlas..jgn dipermain2kan agama tuh..kejap pakai..kejap x pakai..nanti org ckp x tetap pendirian plak...

aku lebih rela org tu x pakai jer dr dia kejap pakai kejap x pakai..tapi kalo gi kubur atau masuk masjid ker..pakailah...untuk menghormati masyarakat sekeliling!!!!!!!

salah satu yg penting..kalo dah start pakai tuh! tetapkanlah iman tu pakai jer....bukan pakai time kuar rumah jer..bile laki bukan muhrim dtg rumah x pakai tudung..alasan dlm rumah!!kena ingat tujuan tutup aurat ni adalah untuk menutup segala tubuh badan dari pandangan bukan muhrim..bukan org luar rumah!!!!!!

Tudung ni perkara wajib... mmg lah ramai kater..kalo nak pakai tuh kena ikut niat gak!!!!!! tapi, kalo kita dah pakai..atleast satu tanggungjawab kita dah patuhi!!!!

lantak pilah minah bertudung tu nak wat aper... yg penting kita tau tutup aurat tu perkara wajib dlm Islam..bermakna kalo x buat dpt dosa....

perkara2 yg x senonoh tu..kalo kita nampak tegurlah..kalo kita x nampak itu antara dia dgn Tuhan..yg pasti bab x bertudung ni kita dah nampak salahnyer..

member2 aku byk yg x bertudung... aku slalu cakap...aku tunggu ko start pakai tudung betul2...sampai dia segan ngan aku then ckp balik"jgnlah tunggu!" walopun dia x bertudung..tapi niat dia ader..but belum sampai seru agaknya... tapi, sebaik2nya...jgnlah ditangguhkan suatu niat yg baik tuh..manerlah tau takut x sempat!!!!!! umur kita ni x boleh dijangka....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056714 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list