|
alhamdulillah, ambo telahpun menamatkan ketiga2 novel siri tombiruo. Bermula dengan TOMBIRUO, kemudian SEMAGAT HUTAN, ditamatkan dengan TOMBIRUO TERAKHIR.
hingga ke akhir pembacaan, ambo masih meminati SEMANGAT HUTAN (SH). tidak ambo nafikan TOMBIRUO dan TOMBIRUO (TT) jua menarik, cuma SH berjaya membangkitkan keseraman yang agak ketara. Seolah-olah ambo turut sama dalam hutan keningau tersebut, diburu Rogon.
"Woooo"...ambo tak boleh lupakan bunyi ini...
Tombiruo Terakhir seolah-olah cuma merealisasikan watak2 ejim dalam dunia nyata. Kebetulan pula, ambo pernah ke FRIM, kepong (salah satu lokasi dalam TT). Maka ambo dapat bayangkan suasa di sana. Watak Teraji tidak seperti rogon, Teraji cuba untuk seperti Tombiruo, namun teraji punya kelemahan yg nyata. Istimewanya Teraji konon-konon ada kuasa mistik. Beliau mampu menguasai fikiran manusia!!! Mereliasasikan alam imaginasinya. Mungkin ini yang dirasakan istimewa dalam watak teraji. Selain itu, unsur2 keislaman banyak diutarakan dalam novel ini. Hinggakan satu ketika ambo berasa cukup insaf. Kiranya ambo tidaklah setabah dan sesabar Ejim.
Sapa yang kenal Hilman (ADAM), watak tersebut telah dipinjam ke dalam TT. Usaha ini cukup menarik . Penulis berjaya mengembalikan nostalgia ambo membaca ADAM satu ketika dulu. hehehe
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
waa...
RAM pun dah jadi pelakon tambahan....
jap lagi jadi hero lah...
chett!!! |
|
|
|
|
|
|
|
melati pun dah katam baca ketiga2 buku ni..
fffuuuhhh..ambil masa 3 hari nak bagi habis baca...
antara ketiga3 buku tu..
Tombiruo..
garapannyer membuat kita tertanya2 umpama
macam teka teki lak..tapi melati dah agak pembunuh
kepada 12 mangsa ni mesti si Omar tu..
juga diselitkan juga rasa cinta agung Amarudin pd
salina isterinyer..part yg tu memang thouching
Semangat Hutan...
lebih suspen..dan seram...
tak senang duduk masa baca buku nie..
rasa macam melati ada sama kat dlm hutan tu
dan watak Amiruddin..masa saat2 kematian
memang menyentuh perasaan..
Tombiruo Terakhir...
lebih pd watak Ejim...
penulis cuba utk meletakkan Ejim dlm dunia luar
dan bila sampai satu part tu buat kita tertanya2
siapakah orang ke empat yg dlm hidup Ejim...
dan RM sebagai pelakun tambahan..rasa macam kelakar lak
lebih macam sterotaip je..
aperpun ketiga3 buku ni memang best..tak rugi beli..:bodek: |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah melati...
ambo tumpang gembira.
secara peribadi...walaupun Tombiruo Terakhir dikatakan pelengkap siri tombiruo, namun ambo berpendapat masih ada ruang-ruang untuk disambung...mungkin penulis sengaja buat begini, manalah tahu secara tidak diduga, penulis mendapat ilham. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by insankecil at 8-6-2004 12:12 PM:
tahniah melati...
ambo tumpang gembira.
secara peribadi...walaupun Tombiruo Terakhir dikatakan pelengkap siri tombiruo, namun ambo berpendapat masih ada ruang-ruang untuk disambung...mungkin pe ...
:setuju:..cam watak2 amirul, hidayah atau waris tombiruo...kalau la
RM buleh menyambung lagi citer ni dan memantapkan lagi watak2
yg tak menyerlah sebelum nie kan..pun best gak kut..:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maya2020 at 1-6-2004 18:36:
buku-bukunya, dr sudut nilai sastera, mcm mana? Keindahan bahasanya, mutu penulisannya dan sebagainya? Hebat-hebat tak?
Ah, barangkali, dah adapun member yg jawab soalan saya kat atas ni.. si ...
novel "Pie Pan" berjaya mendapat tempat kedua Hadiah Sako. bagi ambo bahasa yg digunakan agak biasa dan mudah difahami.
satu kelebihan RAM, beliau tak suka buat cerita meleret-leret. satu-satu isu yang ditimbulkan kerapnya disudahi dengan pantas tanpa perlu pembaca berasa bosan. |
|
|
|
|
|
|
|
Igauan Maut (RAM) ...ada forumer yang pernah baca novel ini? |
|
|
|
|
|
|
damia This user has been deleted
|
ramlie awang murshid
masa lunch tadi pi mph tengok2 buku... ada buku baru bagi peminat ramlie awang murshid .... tombiruo terakhir. |
|
|
|
|
|
|
|
i just finish trilogy TOMBIRUO ni...
kesimpulan yang aku buat...
tak nyesal aku beli 3 buah novel sekaligus...
cerita dia best!!! |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun ambo bukan pengulas profesional, namun ambo ingin sekali ulaskan buku Pie Pan hasil tulisan RAM. izinkan yer...
ambo percaya ramai di luar sana telah membaca novel ini. memandangkan novel ini menyandang tempat kedua Hadiah Sako 2. Lantaran itu, tidak perlulah ambo menceritakan kembali ringkasan novel ini.
Secara keseluruhan, ambo berpuas hati dengan novel ini dari segi bahan dan mesej yang cuba disampaikan. Watak Dato' Karim diolah dengan baik oleh penulis.
Namun begitu, ambo menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan cara penulis menamatkan cerita. Semacam ingin mengejar dateline jer. Ceritanya tergantung. Ambo tidak fikir dengan membuat jujukan peristiwa di akhir muka surat novel ini sudah memadai. sedangkan watak-watak di dalam novel dihidupkan dengan begitu susah payah, tetiba jer mati dengan ending yang mudah. Mustapha pula mati katak. Mira sambung belajar. Basir dijatuhkan hukuman gantung (belum final).Tak semena-mena jer.
biarpun begitu, ambo masih boleh terima kewarasan kejadian sampul surat yang tersorok lebih 10 tahun di dalam pasu (walaupun ramai yang tidak boleh terima). Bagi ambo ianya logik, sebab sampul surat tuh tersorok ke DALAM pasu. ambo andaikan pasu tersebut jenis yang pasu besar dan tinggi. Rumah ambo ada sebijik dan selalu jer barang disorokkan dalam pasu tuh...(bebudak punya keja). Dengan mata kasar memang tak nampa isinya. Kena selup tangan.
Biar apa pun...penulis sepatutnya menyempurnakan novel ini dengan lebih teliti.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
ambo masih mencari-cari novel Igauan Maut...ada sesapa yang pernah membacanya? |
|
|
|
|
|
|
afieza This user has been deleted
|
Hi...Igauan Maut ....dah susah nak dapat novel ni skrang.....
Sekarang ni Ramlee Awang Murshid tengah siapkan novel yg bertajuk
Rahsia Perindu...blum siap lagi...tungguuu.......:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
ambo ada terbaca juga perihal Rahsia Perindu (tajuk sementara)...mungkin 2005 baru keluar...
bagi peminat RAM, novel Ranggau (yang telah lama hilang dari pasaran) telah dicetak semula. Sesiapa yang belum mendapatkannya, bolehlah beli...
p/s: ambo terpikir, mengapa yer dbp tak cetak semula novel Igauan Maut tuh yer...berbeza dengan alaf21, jika ada permintaan, selagi itulah diulang cetak |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon peminat setia RAMLEE AWANG MURSHID..boleh dikatakan semua novel dia aku ada..termasuk yg latest..TOMBIRUO TERAKHIR..kalo baca buku2 RAM ni..memang tak senang duduk dibuatnye..dada mesti berdebar2..mesti nak abeskan citer dia..
antara buku dia yg aku ada:-
1) RANGGAU
Sinopsis: RANGGAU
SATU pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama.
Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat
2) TOMBIRUO
Sinopsis: TOMBIRUO
TIGA kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.
3) SEMANGAT HUTAN
Sinopsis: SEMANGAT HUTAN
BILA Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.
Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?
4) MANDATORI
Sinopsis: MANDATORI
BERMULA dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!
5) SATU JANJI
Sinopsis: SATU JANJI
BALAS dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
6) A.D.A.M (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)
Sinopsis: ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)
DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA...
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...
7) PEI PAN (TEMPAT KEDUA HADIAH SAKO)
8) TOMBIRUO TERAKHIR
yg lagi 2 ni tak jumpe la sinopsis dia
bestnye citer2 diaaaaaaaaaaaaaaaaaa............aku addicted RAM
[ Last edited by articulate on 28-7-2004 at 02:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
usah dilupa:
1. igauan maut (terbitan DBP)
2. Anugerah pertama (terbitan Creative Enteprise)
ambo sedang menunggu kiranya dbp cetak semula igauan maut tuh...susah nak jumpa novel nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by insankecil at 29-7-2004 13:39:
usah dilupa:
1. igauan maut (terbitan DBP)
2. Anugerah pertama (terbitan Creative Enteprise)
ambo sedang menunggu kiranya dbp cetak semula igauan maut tuh...susah nak jumpa novel nih.
PENCARIAN IGAUAN MAUT:
alhamdulillah, sekadar untuk berkongsi pengalaman.
Ambo telah lama mencari novel igauan maut tersebut. Hinggakan satu ketika tergerak di hati untuk bertanyakan dbp. alhamdulillah, stok igauan maut masih ada lagi dijual di kedai buku dbp. Lantaran itulah, tiada cetakan baru dilakukan.
emm, sesiapa yang berminat nak cari novel ini, silalah melawat kedai buku dbp (di ibu pejabat dbp, kl)
harga tidaklah mahal, ada potongan 10% lagi. Jika tidak silap ambo, ada dua naskah lagi.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
camne citer igauan maut ngan anugerah pertama tu?
rasa cam penah baca anugerah pertama...
tapi... ingat2 lupa...
tak pun.. penulis lain kut... tajuk je sama
kalau ikutkan.... mandatori pun citer dia cam tak habis betul...
citer pasal amran tu je jadi bilal piut
watak2 lain... tinggal cam tu je
tak pueh hati jugak!!!
eh... igauan maut ada kat dbp kl je ke???
kat tempat2 lain??
kedai2 buku lain ke??
tak de ke? |
|
|
|
|
|
|
m_vaughn This user has been deleted
|
RAM : Ramlee Awang Murshid (merged akubukangrunge + insankecil)
dah ada ker thread ni? kalo dah ader sorry ar...
anyway aku nak tau... saper yang minat novel dia?
[ Last edited by seribulan on 4-1-2005 at 05:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by m_vaughn at 3-1-2005 03:45 PM:
dah ada ker thread ni? kalo dah ader sorry ar...
anyway aku nak tau... saper yang minat novel dia?
cat pun minat gak kat ramli awang murshid.....cat dah baca novel dia trilogi thriller ...tombiruo..semangat hutan dan tombiruo terakhir....dan juga satu janji....semua keluaran alaf21.semua karya2 dia memang best tak nyesal kalau beli pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|