salmon This user has been deleted
|
Salam ke atas anda wahai makhluk tuhan yang diciptakan untuk beribadah dan beramal soleh kepadaNya.
Kami Shia disini bukan nya untuk mencari kesalahan orang lain. Kami semua mengambil dari sumber Ahlul Sunnah Wal Jamaah SENDIRI.
Silalah baca dengan teliti dan sabar, tak perlulah mengkafirkan orang lain kalau diri sendiri/kita tidak memperbetulkan diri kita dahulu!
Berdakwahlah menggunakan akhlak!
Kerana Kehidupan kita sekeliling berpengaruh pada AKHLAK!
Salam kepada semua.. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
SESSI 5
ISNIN MALAM, 27 RAJAB 1345 HIJRAH
Hafiz: Daripada ucapan kamu yang begitu fasih semalam, saya merumuskan bahawa kamu cuba membuktikan bahawa Ali adalah pengganti seterusnya sesudah nabi, walaupun yang sebenarnya hadith itu hanyalah untuk tujuan yang tertentu. Ianya telah disebutkan semasa perjalanan hendak ke Tabuk. Tidak terdapat sebarang bukti yang tujuannya umum.
Shirazi: Di dalam hadith ini, perkataan 慚anzila |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
HADITH MEMPELAWA KEPADA SAUDARA DAN RASUL MELANTIK ALI SEBAGAI PENGGANTINYA.
Dari semua hadith mengenai Ali sebagai wazir, hadith pada mempelawa adalah yang paling mustahak. Pada hari Rasul mengistiharkan kerasulannya, baginda juga mengistiharkan Ali sebagai penggantinya. Ulama kamu, termasuk Imam Ahmad bin Hanbal; Muwaffaq bin Ahmad Khawarizmi; Abu Jafar Muhammad bin Jarir Tabari; Ibn Abil-Hadid Mutazali, dan kebanyakkan yang lain telah melaporkan bahawa apabila ayat 214 dari Surah Shu抋ra: 慏an peringatkan saudara terdekat kamu, |
|
|
|
|
|
|
|
jgn amik hati salmon, sheikhbelalang mmg mcm tuh...dia bagai satu haiwan tuh..suka menyalak tak tentu pasal.dia pon ilmu nya zero so satu sen pon postnya takde nilai. mmg suka bermusuh. semoga Allah melindunig kita semua dari kejahilan yg sepertinya, amin. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
KEREKTER [CIRI-CIRI] PARA SAHABAT.
Sheikh Abdus-Salam: [Memandang kepada Hafiz Muhammad Rashid Sahib] Izinkan saya untuk menyatakan sesuatu dengan ringkas. [berpaling kepada Shirazi] Kami tidak pernah menafikan kemuliaan yang tinggi terhadap Ali, tetapi untuk mengatakan pujian kepada dia sahaja adalah tidak adil oleh kerana para sahabat rasul yang utama, satu dan semuanya adalah manusia yang mulia. Kamu berucap dari sebelah pihak, yang telah memesongkan manusia. Izinkan saya untuk menyatakan hadith yang menyangjung mereka supaya kebenaran pada perkara ini akan terserlah.
Shirazi: Saya tidak memandang berat pada personaliti. Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang diterima sahih akan memandu kita kepada satu arah. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak mencintai atau membenci sesaorang dengan membuta tuli. Saya meminta para hadirin untuk memberhentikan saya pada bila-bila masa jika saya menyatakan sesuatu tanpa sebarang hujah atau diluar penerimaan akal, hanya hadith yang diterima oleh kedua golongan sahaja yang saya sandarkan kepadanya. Saya tidak menafikan kualiti yang baik pada para sahabat Rasul yang lurus, tetapi kita hendaklah mencari diantara mereka jika ada seorang yang lebih utama dari seluruh ummah. Perbincangan kita bukanlah mengenai orang yang mulia, kerana mereka yang mulia ada ramai. Kita harus mencari siapa yang paling tinggi kemuliaannya selepas Rasul supaya kita dapat mengikutinya.
Sheikh: Kamu telah membuat halangan yang tidak diperlukan. Di dalam buku kamu tidak terdapat satu hadith yang memuji para khalifa. Bagaimana kita hendak berbincang dengan asas ini?
Shirazi: Pada malam yang pertama dari perbincangan kita, kamu pasti ingat bahawa Hafiz Sahib sendiri telah bersetuju bahawa perbincangan kita hendaklah berasaskan pada ayat al-Quran dan pada hadith yang diterima oleh kedua golongan. Oleh kerana saya mempunyai buku-buku sahih kamu, maka saya bersetuju. Sebagaimana yang kamu boleh mengakui, saya belum lagi menyimpang dari pendirian ini. Di dalam menyokong pendapat saya, saya telah sebutkan hanya ayat Quran dan hadith yang telah dirakamkan oleh buku-buku dari ulama kamu yang terkenal. Apabila kamu membuat syarat ini, kamu tidak sedar yang kamu akan terperangkap kemudian. Tetapi saya masih tidak mengambil syarat ini sebagai mutlak. Saya bersedia untuk mendengar hadith dari satu pihak jika ianya sahih. Maka dengannya barulah kita dapat menentukan fakta dengan adil dan betul. Saya tidak keberatan untuk menerima fakta pada perbandingan kemuliaan yang ada pada Ali.
Sheikh: Kamu menyebut hadith mengenai Ali sebagai wazir, tetapi telah mengabaikan kepada fakta bahawa terdapat banyak hadith mengenai khalifa Abu Bakr.
Shirazi: Kamu harus ingat, bahawa ulama kamu yang terkenal seperti Dhahabi, Suyuti dan Ibn Abil-Hadid telah menyatakan bahawa Amawi dan pengikut Abu Bakr telah memalsukan banyak hadith di dalam memuji Abu Bakr, kamu boleh menyebutkan hadith itu dari kebanyakkan mereka supaya manusia yang adil dapat menilai kesahihannya. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
HADITH PADA MEMUJI ABU BAKR.
Sheikh: Ada hadith yang sahih disampaikan oleh Umar bin Ibrahim bin Khalid, yang menyampaikan dari Isa bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dan dia dari bapanya, dan dia dari datuknya, Abbas, bahawa Rasul Islam mengatakan kepada orang itu, '慦ahai bapa saudara! Allah telah menjadikan Abu Bakr khalifa kepada agama ini. Maka dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya supaya kamu akan selamat. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
IBN ABD RABBIH TELAH MENGHINA SHIA.
Seorang penulis kamu yang terkenal, Shahabud-Din Abu Umar Ahmad bin Muhammad bin Abd Rabbih Qartabi Andalusi Maliki [mati 48 Hijrah] di dalam bukunya 慖ndul-Farid |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
ABU HURAIRA BERSUBAHAT DENGAN BUSR IBN ARTAT DI DALAM PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI TERHADAP MUSLIM.
Kami juga mengutuk Abu Huraira kerana bersubahat dengan Busr Ibn Artat di dalam pembunuhan ribuan Muslim. Ianya telah disampaikan oleh ahli sejarah kamu, termasuk Tabari, Ibn Athir, Ibn Abil-Hadid, Allama Samhudi, Ibn Khaldun, Ibn Khallikan, dan lainnya bahawa Muawiya Ibn Abi Sufyan telah menghantar Busr Ibn Artat yang kejam bersama dengan 4 000 tentera Syria ke Yaman melalui Madina untuk menghancurkan penduduk Yaman dan shia Ali. Si pembunuh yang kejam itu telah membunuh ribuan Muslim di Madina, Makah, Tabala [kota Tahima], Najran, Safa dan kawasan sekelilingnya. Mereka tidak melepaskan kanak-kanak dan juga orang tua dari Bani Hashim atau shia, Ali. Malah mereka membunuh dua budak kecil dari sepupu Rasul, Ubaidullah bin Abbas Gabenor Yaman yang telah dilantik oleh Ali. Telah dikatakan lebih dari 30 000 telah dibunuh dengan perintah si zalim ini. Bani Umayyad telah melakukan kezaliman yang gila ini. Abu Huraira yang kamu kasihi menyaksikan pembunuhan ini, bukan saja dia berdiam diri malah secara aktif menyokongnya. Manusia yang tidak berdosa, seperti Jabir bin Abdullah Ansari, dan Abu Ayyub Ansari telah meminta perlindungan. Bahkan rumah Abu Ayyub Ansari, seorang sahabat Rasul yang utama, telah dibakar. Apabila tentera ini menuju arah Makah, Abu Huraira tinggal di Madina. Sekarang saya meminta kamu untuk menerangkan kepada kami, dengan nama Allah, sama ada manusia yang hina ini yang berada bersama Rasul selama tiga tahun, dan telah menyampaikan lebih dari 5 000 hadith dari Rasul, tidak pernah mendengar hadith yang terkenal mengenai Madina. Para ulama dari kedua golongan [seperti Allama Samhudi di dalam 慣arikhul-Madina |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
HADITH YANG MENINGGIKAN ABU BAKR DAN UMAR DAN PENOLAKKAN PADANYA.
Sheikh: Tidak terdapat sebarang keraguan bahawa Rasul telah berkata: 慉llah akan menunjukkan Dirinya kepada semua manusia secara umum dan kepada Abu Bakr secara khusus. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
HADITH YANG KEDUANYA HASAN DAN HUSAIN ADALAH KETUA REMAJA DISYURGA.
Shirazi: Hadith yang sahih adalah bahawa Rasul telag berkata: 慔asan dan Husain adalah ketua remaja disyurga dan bapa mereka adalah lebih utama dari mereka. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
AYAT AL-QURAN PADA MENCINTAI KELUARGA NABI.
Sebagai tambahan, Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam 慡ahih |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
HADITH MENGENAI BURUNG PANGGANG.
Kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal seperti Bukhari; Muslim; Tirmidhi; Nisai; dan Sijistani di dalam siha mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha; Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma; dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda; Bab 8, dan dari buku penulis yang dipercayai, telah merakamkan Hadirh-e-Tair di dalam kerja-kerja mereka. Mereka mengesahkan bahawa hadith ini telah disampaikan oleh 24 penyampai hadith dari Anas bin Malik. Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma menulis mengenainya dalam perkataan yang berikut: Di dalam buku hadith yang sahih dan penyampaian yang boleh dipercayai, hadith-e-tair dari Anas bin Malik adalah benar dengan tidak dipertikaikan. Sibt Ibn Jauzi; pada ms 23 dari Tadhkira; dan Sunan dari Tirmidhi dan Masudi pada ms 49 Jilid II dari Murujudh-Dhahab, telah menumpukan terutamanya pada bahagian akhir hadith ini, yang mengadungi doa Nabi dan penerimaannya oleh Allah. Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, dalam hadith yang ke sembilan dari Khasaisul-Alawi, dan Hafiz bin Iqda dan Muhammad bin Jarir Tabari semuanya telah merujuk kepada rataian penyampai yang tidak putus dan kepada punca kesahihan hadith ini, dengan mengatakan bahawa ianya telah disampaikan oleh 35 para sahabat Nabi dari Anas bin Malik. Secara ringkas semua ulama kamu telah mengesahkan kesahihan hadith ini dan telah dimuatkan kedalam buku mereka. Allama Seyyed Hamid Husain telah memperuntukan satu jilid khas di dalam bukunya Abaqatul-Anwar kepada hadith ini. Dia telah mengumpulkan segala punca yang dipercayai dari ulama terkenal dan dengan jelas membuktikan kesahihan hadith ini.
Menurut hadith ini, satu hari seorang wanita membawa hadiah seekor burung panggang kepada Nabi. Sebelum memakannya, Nabi mengangkat tangan berdoa kepada Allah: 慦ahai Allah! Dari kesemua kejadian Kamu, hantarkanlah seorang yang kamu dan aku sayangi, supaya dia dapat menikmati burung panggang ini bersama aku. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
SEBUTAN DARI AYAT AL-QURAN MENGENAI PERLANTIKAN EMPAT KHALIFA, DAN JAWAPANNYA.
Sheikh: Allah dengan jelas berkata di dalam al-Quran, 慚uhammad adalah Rasul Allah, dan mereka yang bersama dengannya keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang diantara mereka. Kamu akan melihat mereka rukok dan sujud, mengharap kurnia dari Allah dan keridhaanNya. Pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud.. 匸48:29]
Pertama ayat ini menunjukkan keutamaan Abu Bakr.
Kedua, ia menunjukkan kedudukan empat khalifa, sebagai tentangan pada tuntutan oleh shia yang Ali adalah yang pertama. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa Ali adalah khalifa keempat.
Shirazi: Pastinya ayat ini tidak menunjukkan sebarang petanda mengenai mode [cara] perlantikkan para khalifa atau mengenai keutamaan Abu Bakr. Makanya, kamu perlulah menunjukkan pada tempat mana diayat ini maksud itu diterangkan.
Sheikh: Pada permulaan ayat ini, rangkap 憁ereka yang bersama dengannya |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
PERKATAAN NABI 慉LLAH BERSAMA KITA |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
PENGHANTARAN KETENTERAMAN ADALAH UNTUK NABI ALLAH.
Shirazi: Jika penganugerahan rahmat tuhan merujuk kepada dua orang, nahu Arab akan memerlukan pada gantinama digunakan sebagai menunjukkan dua orang di dalam semua rangkai kata pada ayat ini. Tetapi gantinama merujuk kepada satu orang, iaitu Nabi, dan rahmat Allah hanya untuk dia sahaja. Jika melaluinya penganugerahan dimaksudkan untuk yang lain juga, nama mereka akan disebut. Makanya, penghantaran ketenteraman di dalam ayat ini hanyalah untuk Nabi sahaja.
Sheikh: Nabi Allah adalah tersendiri dari penganugerahan keamanan dari tuhan. Dia tidak memerlukannya kerana dia telah dipastikan dengan keamanan. Makanya anugerah itu adalah untuk Abu Bakr.
Shirazi: Atas dasar apa kamu katakan bahawa Nabi adalah tersendiri dari rahmat tuhan? Tidak ada siapa |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
SESSI KE 6
Selasa malam, 28 Rejab 1345 Hijrah.
Mr. Ghulam Imamain, seorang pedagang sunni yang dihormati, datang ketempat perjumpaan ini sebelum matahari terbenam. Dia menyatakan sebab kehadirannya. Dia berkata bahawa dia dan beberapa orang yang lain sangat tertarik dengan penerangan Shirazi. Dia berkata bahawa dia telah mendengarkan fakta yang tidak didengarinya sebelum ini. Dia dan beberapa orang sunni yang lain telah mengadakan perbincangan yang tidak begitu menyenangkan dengan ulama mereka, yang setelah tidak dapat mematahkan hujah-hujah Shirazi tetapi tetap keras berpegang kepada kedudukannya. Apabila waktu solat Magrib tiba, Mr Ghulam Imamain mendirikan kedua solat Magrib dan Isyak dengan dipimpin oleh Shirazi. Apabila perwakilan semuanya tiba, perbincangan bermula dengan ulasan dari Nawab Sahib.
Nawab: Sila sambong tajuk semalam. Penterjemahan pada ayat tersebut belum selesai.
Shirazi: [melihat kepada ulama sunni] Jika kamu mengizinkan.
Hafiz: [sedikit marah] Tidak ada apa salahnya. Jika ada sesuatu yang perlu diperkatakan, kami sedia mendengarnya.
Shirazi: Semalam saya buktikan, dari sudut pandangan nahu [grammer], bahawa kenyataan dari sebahagian pengulas bahawa ayat ini merujuk kepada cara untuk menentukan khalifa tidak dapat diterima. Sekarang saya akan berhujah dari sudut pandangan yang lain pula.
Sheikh Abdus-Salam Sahib berkata semalam bahawa terdapat empat kualiti disebutkan dalam ayat ini. Kualiti ini, dia kata, menunjukkan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam merujukkan kepada khalifa pertama dari yang empat, dan bahawa ayat ini menunjukkan susunan para khalifa. Jawapan saya pada hujah ini adalah, pertama sekali pengulas yang dipercayai tidak pernah membuat kenyataan yang sedemikian mengenai pengertian ayat tersebut. Kedua, kamu semua tahu bahawa apabila sesuatu kualiti dikatakan kepada sesaorang ianya berkait rapat dengan ciri-ciri kerekternya, maka barulah wajar untuk dipertimbangkan. Jika kita melihat kepada fakta secara objektif, kita akan dapati hanya Ali yang memiliki kemuliaan yang diterangkan di dalam ayat ini. Kualiti-kualiti ini tidak dapat di katakan kepada mereka yang telah dinamakan oleh Sheikh Sahib.
Hafiz: Tidakkah semua ayat-ayat yang telah kamu ucapkan mengenai Ali mencukupi? Adakah sekarang ini kamu berhasrat, dengan kepandaian kamu didalam berbahasa [rhetorical], untuk membuktikan bahawa ayat ini juga diwahyukan pada memuji Ali? Jika begitu, sila maklumkan kepada kami bagaimana ianya tidak sesuai kepada khalifa pertama dari empat khalifa.
300 AYAT AL-QURAN PADA MEMUJI ALI.
Shirazi: Saya tidak berdusta dengan mengatakan ayat-ayat al-Quran pada memuji Ali. Kamu telah keliru. Bolehkah kamu mengabaikan fakta bahawa pengulas dan pengarang buku yang boleh dipercayai dari ulama kamu telah menyebut banyak ayat-ayat pada memuji Ali? Bagaimana kamu boleh menganggapnya sebagai satu tindakkan khas bagi pihak saya sahaja? Adakah Hafiz Abu Naim Ispahani, pengarang buku 慚a Nazala minal-Quran Fi Ali |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
NABI MELATIH ALI DARI KANAK-KANAK.
Saya meminta kamu untuk mempertimbangkan apa yang telah diucapkan oleh ilmuan kamu, Nurud-Din bin Sabbagh di dalam bukunya Fusulul Muhimma, Bab 慣arbiatun-Nabi, |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
KEIMANAN ALI SEDANG DIA HANYA KANAK-KANAK.
Hafiz: Kamu telah membuktikan maksud kamu, dan tiada siapa pernah menafikan bahawa Ali adalah yang mula-mula di dalam menerima Islam. Tetapi fakta ini tidak melayakkan dia sebagai cemerlang di dalam perbandingan dengan para sahabat lain. Benar, khalifa yang tinggi mengatakan kepercayaan kepada Islam bertahun-tahun selepas Ali, tetapi keimanan mereka berbeza dengan dia dan lebih baik. Sebabnya adalah, Ali hanya kanak-kanak, dan mereka ini dewasa. Pastinya keimanan orang yang lebih dewasa adalah lebih utama dari yang kanak-kanak. Sebagai tambahan, keiman Ali adalah ikutan yang membuta tuli, dan keimanan orang ini adalah berasas pada hujah. Kepercayaan yang didapati dari keterangan adalah lebih baik dari keimanan ikutan. Oleh kerana kanak-kanak, yang tidak lagi dituntut oleh agama untuk melakukan amalan, tidak mempunyai keimanan melainkan ikutan yang buta sahaja, maka Ali, kanak-kanak yang berusia 13 tahun, menyatakan keimanannya melalui ikutan yang membuta tuli.
Shirazi: Ucapan yang begitu sungguh memeranjatkan datang dari seorang yang terpelajar seperti kamu. Saya tidak tahu bagaimana hendak membantah hujah yang sedemikian. Jika saya katakan bahawa kamu mengambil kedudukan itu dari perasaan benci, ianya adalah bertentangan dengan naluri saya untuk menyatakan motif yang sedemikian pada seorang yang terpelajar. Biarlah saya bertanyakan soalan kepada kamu: adakah penerimaan Ali kepada Islam berasaskan pada kehendak peribadinya atau pada ajakan dari Nabi?
Hafiz: Mengapa kamu mengambil pandangan yang begitu teruk pada cara kami bercakap, oleh kerana kami mempunyai keraguan, kita perlu membincangkannya. Sebagai jawapan kepada soalan kamu, saya setuju bahawa Ali menerima Islam pada ajakan nabi yang suci.
Shirazi: Apabila nabi mengajak Ali pada menerima Islam, adakah nabi tahu bahawa kanak-kanak tidak dituntut oleh komitmen agama? Jika kamu katakan nabi tidak tahu, kamu telah mengatakan kebodohan terhadap nabi, dan jika nabi memang tahu dan mengajak Ali juga, maka tidakannya adalah janggal [pelik]. Untuk mengatakan kepelikkan perbuatan ini kepada nabi adalah kafir, kerana nabi adalah ma抯um. Allah berkata mengenai nabi di dalam al-Quran: 慣idaklah dia berkata-kata dari kehendaknya. Ini tidak lain dari wahyu yang telah diwahyukan. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
KEIMANAN ALI ADALAH SEBAGIAN DARI SEMULAJADI DIRINYA.
Selain dari fakta bahawa Ali adalah yang pertama di dalam memeluk Islam, beliau memeliki kemuliaan lain yang khas untuknya, dan lebih penting dari kemuliaannya yang lain: Islamnya Ali timbul dari semulajadi dirinya, sedangkan bagi yang lain terjadi setelah kefir sebelumnya. Tidak seperti Muslim yang lain dan juga sahabat nabi, Ali tidak pernah kafir. Hafiz Abu Nuaim Ispahani di dalam Ma Nazalul-Quran Fi Ali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba menyebutkan bahawa Ibn Abbas berkata: 慡aya bersumpah dengan Allah bahawa tidak ada sesiapa yang tidak menyembah berhala sebelum Islam melainkan Ali. Dia menerima Islam dengan tidak pernah menyembah berhala. |
|
|
|
|
|
|
| |
|