CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satriamerah

SOLAT WAJIB TAPI MALAS [merged: EddyAdy, Katak Pisang, jagung, sunquick]

[Copy link]
Post time 5-6-2006 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by jagung at 3-6-2006 11:46 AM
Kita sebagai muslim memang tahu solat itu adalah wajib...
tapi persoalannya kenapa masih ada yang malas melakukannya...

sila beri pendapat anda..
terima kasih.. JaG..

http://www.e-solat.gov ...

...sebab manusia nie kebanyakan nya bersikap sombong...kita tau kebenaran tapi terlalu angkuh untuk menerimanya...just like iblis...tau yang nabi adam a.s tu mulia tetapi enggan sujud hormat kepadanya kerana apa??...kerana dia sombong jugak..heh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2006 11:36 AM | Show all posts
apakh cara terbaik untuk mendidik umat nih cinta kepada ibadat SOLAT ?
rata2 semua tau, solat tu wajib..dosa besaq kalu ditinggaikan..
tapi dlm masa yg sama, dok tinggai jugak..kalu tak suma waktu pun, mesti berlubang jugak la satu dua waktu..ni utk yg paham tinggai solat tu berdosa..(menda ni bukan utk budak2 ja, mak pak budak pun kenkadang sama naik gak..)
kalu hat yg tak pernah solat tu, dah satu golongan la pulak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 12:14 PM | Show all posts
Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:58 PM | Show all posts
solat dan hukum hudud adalah kedua2 WAJIB dilaksanakan oleh setiap umat islam dan pemerintah negara yg beragama islam. Pemerintah yg mengamalkan hukum hudud hendaklah sendiri memimpin umatnya supaya bertaqwa. tp lihatlah ape malaysia skrang nih?.... no comment. Allah yg tahu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:19 AM | Show all posts
memang salah satu sbb utama ialah kelalaian manusia itu sendiri....dan mungkin jugak manusia tak pernah tengok sendiri balasan yg diterima oleh manusia yg lalai tu....tu yang membuatkan manusia kurang menitik beratkan hal solat ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:41 AM | Show all posts
kita semua tahu akan sholat itu WAJIB.....

tetapi kebanyakan kita tidak tahu FHADILAT sholat yang dikatakan wajib itu..

Perumpamaan:

Apabila ada orang berkata kepada kita, "wajib pakai topi keledar!" kita akan buat endah tak endah jer...

tetapi bila orang itu menekankan kepentingan 'wajibnya memakai topi keledar' dengan berkata, "itu penting untuk keselamatan diri, sebagai pelindung kepala dimasa kecelakaan, bla.. bla.. bla.." berulang2 kali, tentu sekali kita merasakan wajibnya kita melaksanakan kewajiban tersebut setiap kali kita menunggang motorsikal....




Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2006 12:52 AM | Show all posts

Reply #1 jagung's post

kesedaran bersolat tuh patut di didik dari kecik...se awal usia 7 tahun...

kesedaran bersolat tu bergantung pada diri sendiri, bukan dari faktor luaran....kesedaran kita sebagai seorang Islam...

Malas tu penyakit....mesti di atasi....tapi macam mana ?....tepuk dada tanya iman...tak takutkah kita pada siksaan Allah ?


heh, my 10cents opinion..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 01:44 AM | Show all posts
Hadith nabi menyebut supaya menyuruh anak solat ketika berumur 7 tahun.  Dan rotanlah kalau dia tak solat ketika berumur 10 tahun.

Kalau kita tak mahu anak-anak kita bertanya soalan "kenapa aku malas sembahyang".  Mungkin jawapannya ada pada hadith tersebut.  Tapi tak semestinya 100% berjaya.  Sebab ada orang yg tak tinggal sembahyang boleh jadi murtad.  Yang pentingnya, didikan yg berkesan adalah dari kecil.  Walaupun bukan 100% berjaya.  Seperti juga hukum hudud, walau dilaksanakan, masih tetap ada yg segelintir buat jenayah.  

Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2006 02:07 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 6-6-2006 01:44 AM
Hadith nabi menyebut supaya menyuruh anak solat ketika berumur 7 tahun.  Dan rotanlah kalau dia tak solat ketika berumur 10 tahun.

Kalau kita tak mahu anak-anak kita bertanya soalan "kenapa ...


kalau sentuh bab hukum hudud bab syariat ni  ... kat sini saya ada satu kulaih dari rufaqadaily yang saya masukkan kat sini... sekerap jerr tajuknya KENALKAN TUHAN DAHULU BARU SYARIATNYA

Sebenarnya kalau kita faham, tentang Tuhan memang elok diutamakan dan didahulukan. Tetapi hari ini para ulama, para pendakwah, pejuang-pejuang lebih banyak menceritakan syariat daripada menceritakan Tuhan, sedangkan syariat orang tidak seronok dengar. Kalau ada orang yang mujahadahnya kuat, yang membolehkan dia ikut syairat, tapi syariat itu akan jadi ideologi. Sembahyang, naik hajinya banyak, tapi perangai tidak berubah. Kenapa? Sebab dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan Tuhan. Dia beribadah itu bukannya sedap, dia berbuat dengan rasa tidak seronok dan rasa terpaksa, sembahyangnya bukan dari hati, hanya kerana berfikir aku orang Islam, terpaksalah dibuat.

Manusia kalau sudah asyik dengan Tuhan, bersyariat pun ketagih. Ertinya payah hendak diungkai walaupun menanggung risiko dan halangan. Cuba tengok orang ketagih rokok. Sedangkan mereka tahu ada risikonya. Tapi oleh kerana ketagih sangat susah hendak ditinggalkan tabiat itu.

Sebab itulah para Sahabat sangat suka bersembahyang. Sembahyang sunat yang paling `lekeh` di kalangan mereka sekurang-kurangnya 100 rakaat sehari semalam. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Sembahyang itu cahaya mataku (kesenanganku dan kebahagiaanku)."

Sayidina Ali k.w., ketika bersembahyang sunat dua rakaat, begitu
asyiknya dengan Tuhan sehingga apabila dicabut panah yang melekat di betisnya, dia tidak sedar dan tidak terasa sakit sedikit pun.

Sebaliknya kalau Tuhan tidak ditakuti, tidak digeruni bahkan tidak dikenali, syariat-Nya mudah terbarai. Susah sikit saja, bukannya boleh bawa mati, baru kena bisul umpamanya atau kesukaran dalam keretapi, sudah tidak sembahyang.dengan Tuhan, ini merupakan satu kesalahan. Apa ertinya bersyariat kalau tidak ada hubungan dengan Tuhan. Hasilnya sembahyang atau ibadah itu tidak akan dapat membangunkan insaniah seseorang.

Bagaimana menyelesai masalah jenayah dan moral?

Apabila manusia sudah menjadi baik, sudah ada rasa bertuhan dan subur rasa kehambaan dalam hatinya, maka akan datang rahmat, bantuan dan berkat dari Allah SWT. Begitu caranya menangkis masalah. Sebaliknya kalau manusia ini sudah derhaka dengan Tuhan, Tuhan sudah tidak suka, walaupun negara aman, serba canggih, simpanan duit di bank yang canggih, habis juga dirompak oleh orang.

Patutnya apabila melihat masalah jenayah dan moral yang semakin menjadi-jadi, para ulama dan pemimpin syarahkan pada rakyat tentang Tuhan. Sekarang yang jadi masalah, ulama menceritakan syariat dan halal haram sahaja tapi tidak menceritakan Tuhan. Padahal kalau sudah cintakan Tuhan, automatik syariat orang akan ikut. Keutamaannya patut diberi pada Tuhan, sampai orang cintakan Tuhan, menjadikan Tuhan cinta agungnya. Barulah berkesan wirid, sembahyang, naik haji dan lain-lain.

(Ampun Maaf kalau² kurang menyenangkan dengan cara saya cuma nak berkongsi apa yang saya baca)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 6-6-2006 02:07 AM


kalau sentuh bab hukum hudud bab syariat ni  ... kat sini saya ada satu kulaih dari rufaqadaily yang saya masukkan kat sini... sekerap jerr tajuknya KENALKAN TUHAN DAHULU BARU SYARIATNYA

Se ...


betol, dan jika diri kite tidak mengenal tuhan kite sendiri, amalan ibadah sepanjang hayat pun tidak diterima. Mengenal tuhan adalah terpenting sekali. Tuhan menjadikan kite sebab nak kite carik tuhan dlm dunia ini, tuh lah sebab kite kene kenal Allah.

apa yg paling teruk sekali umat islam skrang lebih bertuhankan nafsu, hiburan, budaya barat dan maksiat drpd bertuhankan Allah. Allah menganggap kite kekasihnya, tp kite paling tadah kpdNya.... cinta ngan tuhan adalah cinta yang paling suci dan mulia serta tidak pernah diragui. tetapi cinta ngan manusia semata2 nafsu memang bermusim dan susah diramal. Adakah patut diterima syurga? semestinyer tidak....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 09:17 PM | Show all posts
jgn kite slalu tau menghentam sesama sendiri atau mengkritik kafir shj.... kite kene berusaha dan bertaqwa supaya mendapat pertolongan yg sebenar-benarnye dari Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 09:40 PM | Show all posts

Salam,

Pengalaman I...

Sukar utk membuang atau melupakan dunia.  Sometimes bila solat pun terasa mcm jadi zombie je...

Bila hati benar2 terasa akan kehadiran Allah swt baru berusaha utk solat dgn khusuk.  Selalunya bila ditimpa kesusahan... insaf oleh sesuatu.. bila berseorangan.. mendpt kejayaan...

Kalo hari2 biasa mcm zombie je... lebih2 lagi bila kerja byk.

Hmmm susah betul nak jadi manusia yg  tinggi imannya...


Pd ibu bapa....

Didik la anak2 dr kecil supaya rajin beramal ibadat...

Dah dewasa mcm liat nak melentur pulak...

[ Last edited by  fleurzsa at 6-6-2006 09:51 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:55 PM | Show all posts
Solat.....

Hati-hati bersolat... jangan sampai kita bersolat kepada berhala. kerana berhala adalah sesuatu yang direka oleh manusia sendiri. Jangan pula kita mereka-reka Tuhan, terutama ketika bersolat. Apabila Tuhan kita adalah Tuhan rekaan semata-mata, maka ikut suka hati pereka tersebutlah mahu solat ataupun tidak. kerana jika tidak solat, maka tidak akan terjadi apa-apa, kerana Tuhannya adalah rekaan. Seseorang yang mengenal, dan khusyu' di dalam solat, adalah mereka yang benar-benar mengenal Tuhannya. Jika tidak, simpan sahaja bekas-bekas sujud kerana sujud bukanlah kepada yang ESA, tetapi kepada yang direka.

Tak kenal, maka tak cinta. Kenal pun tidak, cintanya menjadi pura-pura. Jikapun kenal, yang dikenalinya itu, adalah yang sepatutnya tidak dikenal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:42 PM | Show all posts
semua orang yg beragama islam kat m'sia ni tak kan tak taw yg hukum solat 5 waktu adalah wajib...bagi aku horang yg tak taw memangle bukan islam yg sebenarnya dan orang tak sekolah....sekarang ni dah banyak sana sini media lagi...kat sekolah pun diajar...
cam aku dulu2 mula2 jarang tinggal solat...then dah mula kerja....tuang2 juga...specially waktu zuhur...tapi sekarang aku dah sedar...sukar aku tinggalkan solat....aku dapat sakit...may be ini adalah kifarah kerana dosa2 aku....Insyaallah selalunya kalu ada masa aku akan qadakan solat2 yg tertinggal...aku juga banyak wat solat taubat...Takut lah barang siapa yg tinggalkan walau 1 waktu...kerna amarah Allah dan pembalasan Allah amatlah pedih...Nauzubillah....kalau di dunia ni tak tertanggung...inikan pula disana....wallahhualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 06:17 PM | Show all posts
Terima kasih kepada yang memberikan pandangan dan pendapat yang sememangnya bernas..

Persoalannya... macam mana nak tanamkan sifat cintakan solat ni dalam jiwa kita dan juga anak2 kita...?
dan macammana nak datangkan kemanisan bersolat dan kelazatan serta keseronokan semasa melakukannya...?

Kita tahu sangat ramai yang melakukan solat...
tapi mereka tak dapat merasai kelazatan bersolat...

bahkan pahala pun tak dapat...
maka timbullah solat ala kadar...

solat terpaksa.. solat cincai... solat ikut-ikut.. solat malu kat org..
solat takut kena leter.. solat menunjuk2.. solat ayam patuk..
buat2 solat dan bla bla bla..

Macammana nak didik anak yang masih kecil 7 - 10 bahkan belasan tahun untuk solat sendiri tanpa disuruh atau diperingatkan...

dan macamana plak nak bagi tau otang yang dah kerepot2 tu (yg tak solat ) untuk menunaikan solat..

wallahu A`lam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 11:54 PM | Show all posts
sebab manusia tidak boleh bayangkan betapa  azabnya siksa meninggalkan solat wajib
sebab manusia tidak boleh bayangkan betapa manisnya saat bertemu/berbicara dengan penciptaNYA, ALLAH S.W.T ketika solat

kalaulah manusia dapat bayangkan semua itu dengan jelas,nyata dan zahir tentu tidak malas utk solat
malah tidak sabar untuk solat, bukan hanya solat wajib tetapi solat sunat dsb

lalu berjayalah syaitan melalaikan anak Adam
bukankah syaitan sudah berjanji dengan Allah sebelum dia dicampak keluar dari syurga, yg dia akan menyesatkan manusia hingga ke akhirat?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2006 12:07 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum,


seseorang telah mengkhabarkan kepadamu bahawa gula itu rasanya 'manis'.
Sekarang engkau sudah tahu bahawa 'gula' itu manis... bukankah begitu?
Tetapi APAKAH 'manis' itu? Tentu engkau tidak akan tahu hakikat 'kemanisan' tersebut sampai bila2pun, yakni selagi engkau BELUM merasainya sendiri...


begitulah manusia. Rasulullah saaw telah menyampaikan perkhabaran bahawa sholat itu 'lazat'.
Kelazatan sholat itu hanya bisa dirasai oleh mereka yang mengerjakannya.
Oleh itu, barangsiapa yang bersholat tetapi masih tidak merasakan kelazatannya, sebenarnya dia belum lagi termasuk dalam golongan orang2 yang mengerjakan sholat. Selama dia tidak 'benar2' mengerjakan sholat, selama itulah dia tidak akan bisa merasakan hakikat kelazatan tersebut...




Jika hendak di huraikan perkara HAKIKAT ini, bukanlah di sini tempatnya. Engkau dan aku hanya mampu beroleh 'ilmu hakikat' tetapi bukan ISInya hakikat. . Namun kebanyakan manusia menyangka apa yang telah diperolehinya itu adalah sebenar2nya Hakikat. Atau bisa juga aku umpamakan seorang yang bertemu dengan 'kulit kacang' dan dia menyangka yang ditemuinya itu sebenar2nya 'kacang'....  


Jika engkau bersungguh2 mahu merasakan kelazatan sholat dan juga segala kelazatan amal agamamu yang lain, tiada cara lain melainkan engkau duduk di dalam suasana yang engkau kehendaki itu. Jika engkau hendak merasakan kelazatan bersholat, engkau hendaklah duduk disamping orang yang sedang berada dalam kelazatan tersebut. Engkau tidak akan bisa menemukannya di rumah2mu, atau dipejabatmu, atau ditempat yang orang sibuk dengan urusan keduniaan mereka.

Adakah engkau percaya seorang yang tidak pernah merasakan manisnya gula dapat memindahkan kemanisan itu terus kepada lidah engkau (yang dia sendiri tidak pernah merasakannya)?

Adakah engkau percaya seorang yang lidahnya sentiasa mengulum butiran gula, dapat pula membuatkan engkau terasa ingin sangat berbuat seumpama itu juga?



Adakah engkau percaya seorang yang sholatnya 'hentam keromo' dapat pula memberikan bimbingan tentang melaksanakan sholat secara betul kepada engkau?

dan adakah engkau percaya seorang yang benar2 kusyuk dalam sholatnya dapat pula membuatkan engkau sendiri terasa berkeinginan untuk menjadi seperti dirinya?



Untuk memperolehi Hakikat amal dalam sholat dan amal agama lainnya, engkau hendaklah sentiasa mendampingi orang2 yang memiliki sifat yang tersebut, setiap saat siang dan malam dalam jangka masa yang panjang sehingga engkau memperolehi 'buah'nya... Setelah itu bolehlah engkau kembali kesamping keluargamu dan pejabatmu...




Adakah anjuran aku di atas terasa sukar buat dirimu?

Aku hampir pasti jawabannya YA.


Engkau tidak bisa meninggalkan keluarga rumahmu. Engkau tidak bisa meninggalkan perkerjaanmu dan selainnya.
Namun ketahuilah, tiada cara lain buatmu untuk memperolehi HAKIKAT ILMU!



Hakikat Ilmu hanya bisa engkau perolehi melalui jalan2 bermujahadah, tiada pilihan lain lagi.



Engkau fikir2kanlah......






Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 05:45 AM | Show all posts
Originally posted by jagung at 7-6-2006 06:17 PM
Terima kasih kepada yang memberikan pandangan dan pendapat yang sememangnya bernas..

Persoalannya... macam mana nak tanamkan sifat cintakan solat ni dalam jiwa kita dan juga anak2 kita...?
dan  ...


ingat kematian sentiasa
berzikir byk2 supaya mengingati Allah dan sembahyang lebih kusyuhk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 09:03 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

KENAPA manusia TINGGAL or MALAS nak bersolat??
Adakah mereka tidak tahu HUKUM meninggalkan solat??
Adakah mereka tidak di beritahu akan AZAB nya di siksa di akhirat kelak?
Adakah mereka tidak di ajar utk bersolat?

99.99% tahu

TAPI kenapa mereka masih malas/tinggal solat???

Itu lah TAUFIQ n HIDAYAH...
Sesungguhnya Allah swt mempunyai KUASA MUTLAK utk memberi TAUFIQ n HIDAYAH kepada sesiapa yg di sukai nya!!
Anak Rasul a.s. pun mati kufur....
Isteri Rasul a.s. pun mati kufur......
Bapa sedara Rasul a.s. pun ada yg mati kufur....

TETAPI adakah Para Rasul itu berputus asa terhadap mereka ini??
Malah Para Rasul a.s ini TETAP ber:pray: pagi petang siang malam ......agar Allah swt membuka hati mereka ini.

So, kiter pun WAJIB mengikuti jejak langkah deme....yakni JANGAN BERHENTI ber:pray: sambil terus berdakwah kpd mrk sehingga tiba 2 perkara.
Iaitu.....
1. kiter mati or
2. dier yg mati

Wsalam :lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 08:32 PM | Show all posts
terima kasih nice ghost n kuman,explanation yang padat dan senang difahami dan senang untuk disampaikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.086076 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list