CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: serihartatie

NOVEL : BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA

 Close [Copy link]
Post time 24-8-2006 05:07 PM | Show all posts
sambungannya.... nice story
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2006 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by peaceofme at 24-8-2006 05:07 PM
sambungannya.... nice story


insyaAllah...sedikit masa lagi...sy agak sibuk krg ni...sy bercadang nak letak dlm PDF file dan boleh akses terus dari website....dlm perancangan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2006 04:41 PM | Show all posts
Aku suka jika sesebuah rumah itu kelihatan selesa dan lapang. Tidak perlu banyak perabot tetapi cukup untuk keperluan seisi keluarga. Aku ada banyak koleksi gambar pemandangan dan khat yang memerlukan kreativiti untuk menggantungkannya di sudut yang sesuai dan memerlukan pencahayaan yang tepat supaya keindahan gambar-gambar tersebut dapat dinikmati.





Seri cukup tertarik dengan sebuah gambar cat minyak pemandangan tepi laut yang dibelinya kerana ia berlatarbelakangkan warna kegemarannya iaitu biru muda.




Elok jika digantungkan di ruang makan kerana ruang itu dicat dindingnya warna hijau epal dan kuning pastel.

Hijau dan biru satu gabungan yang harmoni tentulah mendamaikan suasana sewaktu menikmati hidangan sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari pintu sliding yang dibina khas untuk ruang makan tersebut. Lagipun ia satu ruang penting sewaktu meraikan tetamu. Seri memang sengaja membina pintu sliding di ruang makan tersebut kerana mahukan udara segar menemani suasana ruang makan.




Aku memang suka bermain dengan warna-warna kerana dengan itu aku dapat membina satu keseimbangan mengikut kesesuaian ruang yang akan didekorasi supaya ia nampak serasi dan hidup. Bagiku, hiasan dalaman adalah manifestasi  perasaan individu itu, ia menggambarkan keperibadiannya. Ia perlukan perincian dan perancangan yang menyeluruh tidak sekadar susun atur yang caca merba. Walaupun aku ini sukakan kepelbagaian dan tidak terlalu fokus tetapi aku amat mementingkan hubungkait dan keseimbangan.

Cuma mungkin kadang-kadang aku perlu berhati-hati supaya tidak jadi terlalu inginkan kesempurnaan kerana ia akan menimbulkan ketegangan pula. Hidup ini harus ada sedikit kelenturan jika tidak kita akan memberi satu tekanan kepada diri kita dan juga kepada orang lain.

Belajar untuk menerima dan menghormati pendirian dan pegangan orang lain yang berbeza dengan pandangan dan pegangan kita juga memerlukan sifat kelenturan ini,  cuma perlu diseimbangkan hingga jangan sampai menafikan dan menggoyahkan pendirian sendiri.

Seperti aku dan Yazid, walaupun tidak sama sefahaman tetapi kami tetap menghormati pendirian masing-masing, yang penting sebagai seorang kawan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan diri masing-masing.

Rasulullah SAW mengajar kita mengenai Islam yang bersifat love and care, bukankah itu yang baginda didik umatnya sehingga dalam sejarah hidup Rasulullah SAW walaupun berpuluh kali beliau terlibat dalam peperangan namun tidak pernah sekalipun beliau membunuh musuhnya. Dan kerana sifat love and care itu jugalah ramai musuh islam yang tersungkur dengan akhlak baginda dan bukan tersungkur di mata pedang, dengan pendekatan love and care ini  mereka menerima Islam dengan rela hati.

Itulah sunnah Rasulullah SAW di dalam kehidupan bermasyarakat bukan seperti pejuang islam hari ini yang membawa kepada ketakutan dan huru hara di tengah masyarakat awam dengan pengeboman, penculikan dan sebagainya ke atas orang awam.

Itulah juga sunnah yang diikuti oleh para sahabat, tabien dan tabiut tabien yang menyebabkan dalam tiga kurun pertama Islam telah dapat menguasai ¾ dunia.

Zaman kegemilangan tamadun dunia yang telah tercatat dalam tinta emas sejarah peradaban dunia dan tidak pernah dapat ditandingi hingga ke hari ini.

Bisakah ia berulang kembali, sejarah kegemilangan itu? Seri bertanya kepada dirinya.

Aku yakin kerana Rasulullah SAW sendiri bersabda dalam hadisnya bahawa Islam akan kembali gemilang buat kali kedua di hujung zaman ini, Seri yakin dengan sepenuh hati dan mendoakan agar dirinya dan keturunannya sama-sama dapat menikmati zaman tersebut.


[ Last edited by  serihartatie at 11-9-2006 10:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2006 10:49 PM | Show all posts
Malam itu Seri membuka e-mel yang sampai kepadanya,  dia kembali membaca e-mel yang dihantar oleh Yazid kepadanya beberapa hari yang lalu. Dia tidak tahu apakah perlu dijawab atau tidak e-mel tersebut atau biarkan sahaja tanpa dibalas. Ah ! serba salah rasanya aku untuk membuat keputusan, bisik hati Seri.




Pada mulanya dia memang gembira kerana menerima berita dari Yazid itu. Setelah empat tahun tanpa khabar berita, tentu sahaja e-mel itu memberikan keceriaan kepadanya yang selalu terkenangkan Yazid. Tetapi anehnya, dia kembali memikirkan dan menilai kembali realiti yang perlu dihadapinya.

Yazid, engkau tidak  tahu betapa sengsaranya aku setelah kita berpisah dahulu, betapa aku berhempas pulas mengubat hati sendiri tanpa siapa dapat aku mengadu tentang kelukaannya, aku rasa cukuplah sekali ia berlaku dalam hidupku. Aku tidak mampu untuk menghadapinya lagi buat kesekian kalinya, Seri terkenang kembali tragedi itu.




Mungkin Tuhan mahu beri aku peluang untuk memberitahu kepada Yazid tentang kesengsaraan yang aku hadapi itu, tapi apa gunanya lagi, Seri bertanya kepada dirinya.

Memang aku tidak pernah melupakan Yazid, tetapi Yazid yang aku ingati itu adalah Yazid yang hidup dalam kenangan bukan Yazid yang hidup dalam realiti. Mungkin kadang-kadang aku keliru di dalam membezakan Yazid yang di dalam kenangan sehingga aku menyimpan impian untuk bertemunya kembali, getus hati Seri.

Padahal, dia sudah menganggap Yazid sudah mati dalam alam realiti jika masih wujud dia sudah tidak kenal siapa Yazid itu walaupun dia masih bernama Mohd Yazid Anuar.

Ya, betapa hatinya begitu terluka dengan perbuatan Yazid yang meminta perpisahan dan terus menyepikan diri darinya suatu ketika dahulu telah memaksa dia menganggap Yazid sudah mati, yang hidup hanya kenangan lama yang tersimpan jauh di sudut hatinya.

Yazid tidak ada lagi, dia hanya tinggalkan aku kenangan manis untuk aku kenang sehingga ke akhir hayat, Seri menyeka air matanya yang turun dengan laju tanpa dapat ditahan lagi.

Mengapa kau hadir kembali Yazid, cukuplah, kehadiranmu hanya sebagai duri dalam alam realiti, aku tidak bisa dan mampu lagi menerima kenyataan kau masih wujud, walaupun sebagai kawan.

Izinkan aku menyendiri dan menjauhkan diri darimu untuk selama-lamanya kerana aku hidup bahagia menyimpan kenangan indah yang pernah kita pahat bersama.




Seri sedar hati perempuan memang lembut dan penuh dengan kasih sayang tetapi jika ia terlalu dilukakan maka hati itu akan jadi beku dan begitu dingin.

Yazid maafkan aku, aku tidak dapat lagi menerima kehadiranmu dan berhubungan denganmu lagi, bisik hati Seri sayu.

Inilah e-mel pertama dan terakhirku untukmu wahai Yazid supaya kau tahu bahawa aku juga bukan Seri yang kau kenali dulu.

Kau hanya kenal Seri seorang gadis yang naif, yang penuh dengan harapan dan impian, yang kau belai dengan janji-janji tetapi akhirnya kau robekkan hatinya yang suci dan tulus itu padamu dengan begitu kejam dan kau tinggalkan dia sendirian mengubat hati sendiri. Tetapi aku tidak pernah membencimu Yazid kerana tidak pernah wujud benci dan dendam di hatiku terhadapmu cuma aku tidak mampu lagi mengenang kembali dirimu dalam realiti. Maafkan aku. Aku juga punya harga diri dan bukan boneka yang dibelai bila diperlukan dan dibuang bila tidak diperlukan, aku hanya insan biasa yang ada perasaan.


[ Last edited by  serihartatie at 9-3-2007 01:19 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2006 11:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 12:25 PM | Show all posts
Untuk akses keseluruhan NOVEL ini sila layari website di bawah :

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&& (maaf kerana tdk dapat memberikan urlnya)

Sekian, saya tidak akan lagi menyambung novel ini di sini kerana para pembaca boleh terus melayari website tersebut.

Ampun Maaf jika ada kesilapan dan kesalahan saya selama ini.

[ Last edited by  serihartatie at 9-3-2007 01:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
1127lili This user has been deleted
Post time 30-9-2007 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 17-9-2006 11:03 PM
http://members.cox.net/ls_eternity6167/Roses/Roses0417006.gif



lovely... but this is some thing i found...different...Real Life Ghost...That I met! 65,658 views
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040478 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list