|
Bagi MK: Teori 'Imam Ghaib Syi'ah' = Teori 'Jesus Christ adalah Tuhan'
[Copy link]
|
|
Originally posted by pipi at 4-7-2006 11:27 PM
alahai... dah anda minta jawapan daripada SYIAH....... bila dah beri... kata tak nak pula..... apa ler.. :nerd:
memang ler saya minta pandangan orang syiah dalam hal ini. lain la kalau pipi anggap orang syiah saja yamg islam. kalau itu anggapan pipi maka jawapannya sudah dijawab. dan jawapan itu hanya menjawab orang syiah sahaja. tapi saya tak mahu berburuk sangka. saya anggap pipi tak faham maksud saya. soalan saya mudah dan terus sahaja. saya ulang buat kali terakhir......
adakah orang islam (sunni, syiah, wahabi, anti hadith ke apa ke) di kira bertepuk tangan (atau bergembira menyokong muawiyah) sekiranya tak mengamalkan mataam (atau apa-apa amalan yang lain utk menunjukkan kesedihan seperti azodari dll)? |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong Mu'awiyah dan mataam dua perkara yang berlainan.... satu nya mengiakan pembantaian ke atas Ahlul Bait dan meminta 'ditutup sebelah mata' akan keterlanjuran berterusan sejak hari Rasulullah s.a.w. wafat... dan yang satu lagi adalah amalan sebahagian Syi'ah... ianya merujuk kepada dua entiti dan golongan yang berlainan... jangan keliru Ibnur. Adakah Ibnur menyokong Mu'awiyah atau menyokong Ahlul Bait? Biar jelas... jangan mengaku menyintai Ahlul Bait seperti dilafazkan dalam tahiyat akhir tetapi menyokong musuh mereka... apa nama nya manusia Islam jenis itu? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Bahawasanya Imam yang Ke-12 akan muncul daripada gua "Sura Man Raye" di Iraq, apabila dekatnya Kiamat. Imam yang Ke-12 ialah Imam Mahdi yang diTunggu-tungu,yang selalu dikendali dengan pangkatnya Imam- e-Asr dan Sahib-al-Zaman, adalah anak kelaki ke Iman Ke-11. Namanya adalah sama seperti yang Nabi Muhammad SAW. Beliau telah dilahirkan di Samarah dalam tahun 256 AH (868 AD) dan sehingga 260 AH (872 AD) apabila bapanya shahid, hidup di bawah penjagaan dan bimbingan ayahnya. Sayyidinah Hakima adalah kakak kepada Imam yang Ke-10 (Imam Taqi) meriwayatkan bahawa semasa dia pergi kepada rumah anak saudara lelakinya, Imam Hassan Askari (Imam Ke-11) untuk Iftaar pada 14hb Syaaban 255 AH.
The 11th Imam asked her to stay as his son was to be born soon. There was no sign of pregnancy on Sayyada Narjis. The 11th Imam asked her to recite Surat-ul-Qadr on Sayyada Narjis. At the time of Fajr on 15th Shaban Sayyada Hakima heard the Surat being recited from the womb of Sayyada Narjis. The 11th imam told her that the birth would occur very soon. As soon as the 12th Imam was born he did Sajdah and proclaimed the oneness of ALLAH and the Prophethood of the Prophet Muhammad (s.a.w). The last Imam was hidden from public view and only a few of the elite among the Shia were able to meet him. After the martyrdom of his father he became Imam and by Divine Command went into occultation (Ghaybat).
Imam Ke-11 telah meminta Sayyidinah Hakima tinggal dirumahnya kerana anak lelakinya bakal dilahirkan tidak lama lagi. Tetapi beliau tidak mempunyai petanda kehamilan pada Sayyidinah Narjis. Imam Ke-11 meminta Sayyidinah Hakima membaca Surat-ul-Qadr keatas Sayyidinah Narjis. Pada waktu fajar pada 15hb Shaban, Sayyidinah Hakima mendengar ayat-ayat suci dibacakan dari rahim Sayyidinah Narjis. Imam Ke-11 memberitahunya bahawa kelahiran akan berlaku sebentar lagi. Sebaik saja Imam yang Ke-12 dilahirkan, beliau terus melakukan Sujud dan mengucapkan keesaan Allah dan Kerasullan Nabi Muhammad SAW. Imam yang Ke-12 dirahsiakan dari pemandangan dan pengetahuan umum dan hanya beberapa orang dikalangan elit Syiah telah dapat untuk menemuinya. Selepas kesyahidan ayahnya beliau menjadi Imam dan telah diperintah Ilahi untuk memasuki Alam Keghaiban.
Apakah benda KeGhaiban itu? Lihatlah di bawah:
Selepas itu beliau hanya muncul kepada timbalan-timbalannya (Naib) dan itu pun hanya didalam keadaan luar biasa sahaja. KeGhaiban Imam ini terdapat dalam dua fasa saperti berikut:
Fasa 1:
KeGhaiban Kecil (Ghaybat-e-Sughra) adalah untuk kira-kira 69 tahun masanya, dari 260 AH (872 AD) hingga 329 AH (939 AD)
Fasa 2:
KeGhaiban Besar (Ghaybat-e-Kubra) adalah bermula dari 329 AH (939 AD) dan akan berterusan sehingga Allah SWT menghendakiNya.
Dalil-dalil mengikut golongan Syiah;
Imam Ke-6 (Al Saddiq) menyatakan sebab-sebab Ghaib adalah cara pencegahan untuk melawan pembunuhan.
Ishaq Bin Yaqoob dengan kuasa yang diberi oleh Imam Ke-12 telah berkata: Bahawa semua Imam-Imam mengalami penghidupan di bawah pemerintah yang kejam lagi menindas. Jadi, kami Imam Ke-12 mestilah bersembunyi kerana kelak akan bangun bersiap sedia menentang mereka tanpa mematuhi kepada sesiapa pun.
Muhammad Bin Yaqoob Kulayni, pengarang Asool Kaafi berkata: Ghaib adalah satu ujian daripada Allah untuk menguji ketabahan kepercayaan kepada Imam.
Apa ke benda Ghaybat-e-Kubra?
Imam Ghaib saperti digambarkan oleh Ayema iaitu seperti Nabi Yusuf (a.s.) yang merupakan diantara abang-abangnya tetapi mereka tidak mengenalinya.
MK ~ Wow ada berfasa-fasa pula... macam rumah fasa 1 dan fasa 2 :no::no::no:
[ Last edited by Mat Kampong at 5-7-2006 12:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mat Kampong at 5-7-2006 12:07 PM
MK ~ Wow ada berfasa-fasa pula... macam rumah fasa 1 dan fasa 2
Tentulah nak buat rumah pun ada fasa-fasa. Kalau tidak jadilah rumah pasang siap kos rendah...itu pun perlu ada fasa-fasa....atau rumah yang di buat oleh Jin agaknya yang boleh siap satu malam. Heheheheeee........ |
|
|
|
|
|
|
Panglima Hitam This user has been deleted
|
Seorang sarjana Syiah terkenal iaitui Sayyid Murtada Askari telah menghabiskan bertahun-tahun umur kehidupannya, dengan tujuan mewujudkan dua atau tiga jilid penerbitan bahawa 慉bdullah bin Saba |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Panglima Hitam This user has been deleted
|
Tetapi...........
Semua orang tahu bahawa zaman Sheikh Saduq Junior ialah 100 tahun selepas kematian Imam Askari. Kematian Sheikh Tusi ialah dua abad selepas tarikh itu. Walaupun begitu, kedua-dua mereka telah me rakamkan apa pun cerita-cerita 'mursal' dan kabar-kabar angina yang mereka dengar berkaitan dengan kelahiran 'Muhammad bin Hassan Askari' (Imam ke-12), atau menyampaikan riwayat daripada sebilangan golongan pelampau-pelampau, periwayat-periwayat yang lemah, orang-orang yang tidak dikenali dan pereka-pereka hadis palsu.
Sebab tu ada berfasa-fasa kerana insan semakin cerdek maka cerita dongeng pun kena diubahsuai....
Syiah ingat dunia nak kiamat cepat.... tetapi la ni dah 1426 AH (2006 AD)... tu ler dok kalut kira imam-imam, bila dah cukup 12 depa dah tak tau nak buat apa sebab dunia tak kiamat lagi...:... teori Imam Ghaib... habis cerita!
Pang5 - Terfikir juga..., sapa si-mamat yang dapat idea 'Imam Ghaib' ni. Tentu dia genius mcm Einstien ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 5-7-2006 09:16 AM
Sokong Mu'awiyah dan mataam dua perkara yang berlainan.... satu nya mengiakan pembantaian ke atas Ahlul Bait dan meminta 'ditutup sebelah mata' akan keterlanjuran berterusan sejak hari Rasulullah ...
Kan senang sikit kalau kita bincang macam ni.
Cuma jawapan Lax ni ada sikit indirect, dan apa yg saya harap sebenarnya secara direct. tapi tak apalah tu. saya nampak kita masih berselindung persepsi sebenar masing-masing. apa yang saya boleh simpulkan buat masa ni, orang syiah menganggap orang sunni sebagai menyokong pembunuhan cucu-cucu baginda rasulullah. ini kalau saya baca dari post-post lax yg hanya sebut 2 option sahaja.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 5-7-2006 12:16 PM
Tentulah nak buat rumah pun ada fasa-fasa. Kalau tidak jadilah rumah pasang siap kos rendah...itu pun perlu ada fasa-fasa....atau rumah yang di buat oleh Jin agaknya yang boleh siap satu malam. ...
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Assalaamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Ya Allah! Limpahkanlah salawat atas Nabi Muhammad SAW dan keatas Keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan salawat atas Nabi Ibrahim dan keatas Keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW 9 Zulhijah
HARI ini, 9 Zulhijjah, berlaku satu peristiwa besar dan menjadi catatan yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam. Peristiwa yang dikaitkan dengan sejarah perjuangan Rasulullah saw itu adalah saat berharga dan menyimpan pelbagai teladan bagi umat zaman ini.Ia adalah pesanan terakhir daripada seorang nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk menyebarkan dakwah tauhid serta mengajak manusia mengesakan khalik (pencipta) sebenar yang Maha Agung dan Maha Bijaksana.
Pesanan ini disampaikan dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah.
Isi khutbah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini".
"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu".
"Dia (Syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina".
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku".
"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu".
Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.
MK ~ Rasulullah dah menyampaikan dengan sempurna Risalah Allah SWT. Mana ada fasa-fasa lagi... sebab dah complete.:no::no::no: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 5-7-2006 03:22 PM
Kan senang sikit kalau kita bincang macam ni.
Cuma jawapan Lax ni ada sikit indirect, dan apa yg saya harap sebenarnya secara direct. tapi tak apalah tu. saya nampak kita masih berselind ...
Takde indirect atau kona mana2 Ibnur.. kan jelas tu. Takde selindung apa-apa.. bagi saya memang jelas tak bersetuju Mu'awiyah derhaka dan mahu menghapuskan Imam Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w. Kenapa golongan Mu'awiyah ini tidak dikutuk oleh Ibnur, sebaliknya golongan yang bersedih dengan pembantaian anak cucu Nabi di Karbala terutamanya pula menjadi bahan ejekan dan kutukan mereka yang mengaku diri ASWJ? Astora Jabat pun pernah menulis bahawa 4 mazhab ASWJ adalah semata-mata mainan politik di zaman tu... kenapa 4 mazhab saja tidak dipertikai? Malahan 12 Imam pula menjadi bahan pertikaian utama mereka yang mengaku ASWJ. Saya tidak memberi persetujuan atau sokongan buta tuli atas taksub kepada mana-mana mazhab. Tidak ada guna nya menutup minda dan mengikut hawa nafsu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 6-7-2006 10:02 AM
Takde indirect atau kona mana2 Ibnur.. kan jelas tu. Takde selindung apa-apa.. bagi saya memang jelas tak bersetuju Mu'awiyah derhaka dan mahu menghapuskan Imam Ali dan keluarga Rasulullah s.a. ...
maksud laxamana ni kalau ahli sunnah 'mengata' amalan-amalan ahli syiah tersebut yg tidak terdapat di dalam amalan ASWJ (dan bertentangan dgn ASWJ) maka kami menyokong muawiyah.
tu yg saya katakan, ini lah sebenarnya dlm diri kita masing-masing sebenarnya masih terlalu jauh pemisahan. dan ramai sebenarnya berselindung. samalah macam kita (engkau dan aku) dengan orang hindu, yg kita sama-sama tentang aqidahnya, tapi kita masih berkawan dengan hindu.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
Panglima Hitam This user has been deleted
|
Originally posted by Laxamana. at 6-7-2006 10:02 AM
....... bagi saya memang jelas tak bersetuju Mu'awiyah derhaka dan mahu menghapuskan Imam Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w. Kenapa golongan Mu'awiyah ini tidak dikutuk oleh Ibnur, sebaliknya golongan yang bersedih dengan pembantaian anak cucu Nabi di Karbala terutamanya pula menjadi bahan ejekan dan kutukan mereka yang mengaku diri ASWJ? .........
Ini yanh Pang5 tak 'gemar' bila Lax kata: Kenapa golongan Mu'awiyah ini tidak dikutuk oleh Ibnur?. Adakah sebagai seorang Muslim, Ibnur tidak merasa apa-apa untuk mengutuk Muawiyah dan keturunannya TETAPI Ibnur akan merasa lebih senang dengan membaca salawat kepada Rasulullah SAW, ahlul al-bait Rasulullah dan para-para sahabat.
Memang diakui oleh umat Islam bahawa Saidina Husain r.a. dan sebilangan kaum keluarga dan sanak saudaranya terkorban semasa Trajedi Karbala. Semua umat Islam bersedih dan berduka diatas apa yang telah terjadi cucunda baginda Saidina Hussain dan ahlul al-bait Rasullulah saw. Majoriti umat Islam dizaman tersebut sudah melakukan apa yang terbaik untuk Islam kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW pada zaman tersebut dan mereka juga adalah umat Islam yang terbaik dalam zaman sejarah Islam. Jadi kenapa Lax harus mewaris sifat kutuk mengutuk dan hina menghina hingga masa kini. Adakah anda ingat aruah Saidina Ali dan Saidina Hussain akan bergembira dengan apa yang dilakukan oleh anda dan mereka yang sewaktu dengannya?
Setahu Pang5 Saidina Ali r.a. bukan dibunuh oleh Muawiyah tapi dibunuh oleh seorang dari puak Kawarij... Kenapa ada pesta kesedihan terhadap Saidina Hussain r.a tetapi tak ade pun pada Saidina Ali r.a.... Sapa yang lebih 'power' diantara Saidina Ali r.a. dan Saidina Hussain r.a., anaknya ... Ada muslihat kot? ..atau mana yang paling best untuk dipolitik semoga permusuhan berterusan... berterusan hingga hari Kiamat.
Pang5 - Jadi, ada akai pakai dan jangan buat kerja sia-sia apabila dah terang masih nak bersuluh lagiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 Panglima Hitam's post
P5: Ini yanh Pang5 tak 'gemar' bila Lax kata: Kenapa golongan Mu'awiyah ini tidak dikutuk oleh Ibnur?. Adakah sebagai seorang Muslim, Ibnur tidak merasa apa-apa untuk mengutuk Muawiyah dan keturunannya TETAPI Ibnur akan merasa lebih senang dengan membaca salawat kepada Rasulullah SAW, ahlul al-bait Rasulullah dan para-para sahabat.
Lax: Ianya seperti kata-kata lirik lagu Michael Jackson, "I am a lover, not a fighter". Rasa nak tertawa pun ada bila baca komen Pang5 Hitam. Nak pesan sikit, Kat Gunung Jerai tu, Pang5 Hitam dari kalangan Syaitan pun ada... jangan silap. Tak payah lah jadi tukang jawab atau beralasan... kenapa susah nak nak lahirkan rasa benci kepada Mu'awiyah dan gengnya...?
P5: Memang diakui oleh umat Islam bahawa Saidina Husain r.a. dan sebilangan kaum keluarga dan sanak saudaranya terkorban semasa Trajedi Karbala. Semua umat Islam bersedih dan berduka diatas apa yang telah terjadi cucunda baginda Saidina Hussain dan ahlul al-bait Rasullulah saw.
Lax: Semua? Tak payah lah nak seleweng sejarah... Mu'awiyah dan golongan yang memusuhi Ahlul Bait/ para penyokong Ahlul Bait bersedih kah? Kamu bersedihkah P5? Nampak macam lebih suka mengutuk Syiah yang melahirkan kesedihan mereka saja...
P5: Majoriti umat Islam dizaman tersebut sudah melakukan apa yang terbaik untuk Islam kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW pada zaman tersebut dan mereka juga adalah umat Islam yang terbaik dalam zaman sejarah Islam.
Lax: Jangan stereotype kan semua umat Islam. Kalau semua terbaik maka yang bertetak sakan di Siffin tu pasti ada salah satu nya kufur dan satu nya Islam. Adakah kamu menyokong Mu'awiyah jika berada di Siffin?
P5: Jadi kenapa Lax harus mewaris sifat kutuk mengutuk dan hina menghina hingga masa kini. Adakah anda ingat aruah Saidina Ali dan Saidina Hussain akan bergembira dengan apa yang dilakukan oleh anda dan mereka yang sewaktu dengannya?
Lax: Setiap yang salah tetap salah walaupun dah berzaman. Memang kita kena kutuk perkara keji kerana kita tidak mahu tertarik ke arah mengikuti jalan sesat. Kamu tak kutuk Syiah ke? Kawan-kawan P5 sibuk melebel Syiah sebagai sesat dengan pelbagai kata-kata pedih tu dikira tak kutuk kah? Khalifah Ali dan barisan syuhada anak cucu baginda tahu siapa yang menyokong perjuangan mereka dan siapa yang memilih menyanjungi musuh-musuh mereka... Belajar mana guna perkataan 'Aruah @ arwah' ni.. cuba pi belajaq sikit apa makna sebenaq nya...
P5: Setahu Pang5 Saidina Ali r.a. bukan dibunuh oleh Muawiyah tapi dibunuh oleh seorang dari puak Kawarij... Kenapa ada pesta kesedihan terhadap Saidina Hussain r.a tetapi tak ade pun pada Saidina Ali r.a.... Sapa yang lebih 'power' diantara Saidina Ali r.a. dan Saidina Hussain r.a., anaknya ... Ada muslihat kot? ..atau mana yang paling best untuk dipolitik semoga permusuhan berterusan... berterusan hingga hari Kiamat.
Lax: Orang yang mencederakan Imam Ali sehingga baginda mendapat syahid sudah pun mendapat hukuman setimpal nya. Mu'awiyah memang ingin sangat membunuh Khalifah Ali di Siffin.. kenapa pula P5 cuba melindungi Mu'awiyah. Nampak sangat menyokong tu, hati kecil tak dapat selindung lagi tu... Saiyidina Hussein r.a. dibunuh dengan amat kejam sehingga tak sampai hati nak digambarkan di sini... habis anak cucu Nabi s.a.w. turut terbunuh seperti nak hapuskan Bani Hashim... semua tahu Arab kuat sentimen berpuak bani-bani ni... Bani Umaiyyah bukankah berdendam sejak Badar lagi? Kamu memilih berpihak kepada agenda siapa? Hindun? Mu'awiyah? Berterusan hingga kiamat atau tidak, itu urusan Allah swt.. namun penyelewengan Mazhab2 dalam Islam wajib diperbetulkan agar kita semua dapat meniti Siratul Mustaqim bersama-sama... itu hakikatnya hamba yang patuh. Bukan kerana melagangkan permusuhan, namun di dalam menegakkan kebenaran pasti ada halangannya kerana Allah swt telah menjanjikan dunia ini sebagai ujuan buat kita semua..
Pang5 - Jadi, ada akai pakai dan jangan buat kerja sia-sia apabila dah terang masih nak bersuluh lagiiiiiiiiiiiiiii
Lax: Memang kena guna akai yang diberi.. tapi kena berilmu.. bukan guna akai tak tentu pasai... Kerja apa yang sia-sia tu? Kerja mempengaruhi kamu dan kawan2? Sori lah, pandangan yang saya beri ikhlas saja sekadar termampu nak taip kat dalam forum ni, sekadar menyampaikan pandangan... orang putih kata " You can bring a horse to a water source, BUT you cannot force the horse to drink.." Ada faham? Apa yang terang sampai tak akan perlu bersuluh langsung tu... Mungkin yang terang bagi kamu adalah betapa berhaknya Kekhalifan dinyahkan dari anak cucu Nabi s.a.w. dan betapa hebatnya Mu'awiyah melagangkan politik hebatnya ke arah keagungan Islam dan umat Islam berada di landasan yang benar sebenar-benarnya melalui Mazhab2 yang dicipta dizaman Bani Umaiyyah dan diguna hingga kini dan meneruskan kerja menolak selain dari nya?
[ Last edited by Laxamana. at 6-7-2006 12:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 ibnur's post
Satu antara dua lah... samada sokong kepimpinan Mu'awiyah melalui kekhalifan Umayyah atau sokong kepimpinan Khalifah Ali yang akhirnya dijatuhkan oleh musuh politik Baginda. Ini bukan syampoo boleh '2 in 1'. Tak payah lah mengelak2 bila diajukan persoalan sokong siapa tu... Pemisahan memang jauh sehingga kemuncaknya seperti terjadi nya Siffin. Jangan tersilap tafsir antara Islam dan Hindu pula... Islam tidak memaksa seseorang memeluk Islam kerana yang Allah swt mahu adalah penerimaan pada hati dan bukannya physical submission... yang dinilai pun hati, namun Islam itu sendiri perlu disampaikan kepada mereka yang belum tahu atau tidak mengenali nya... Namun antara Syiah, ASWJ dll cabang di dalam Islam hanya lah perlu memperbetulkan alignment... tapi kita maklum lah, senang cakap, susah nak buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 6-7-2006 12:19 PM
Satu antara dua lah... samada sokong kepimpinan Mu'awiyah melalui kekhalifan Umayyah atau sokong kepimpinan Khalifah Ali yang akhirnya dijatuhkan oleh musuh politik Baginda. Ini bukan syampoo boleh ...
mengenai persepsi di dalam diri masing-masing tu agaknya pandai-pandai lah kita uruskan. sya sebenarnya cuma nak tahu samada dari pandangan syiah, sunni ni dikira penyokong muawiyah. jawapan lax bagi lebih detail lagi. maksud saya, bagi syiah hanya ada 2 pilihan seperti mana yg saya paham dari posting lax. bukan sahaja setakat penyokong muawiyah malah lebih lagi.
saya ingat nak paste sesuatu yg lax boleh renungkan pula dimana terdapat lebih dari 2 option seperty yg lax sebutkan.... berikut petikan sahaja... kalau nak pengetahuan lebih lanjut, sila daftar ke forum di sana...
==============================================================
http://www.asyraaf.com/v2/artikel.php?op=2&id=15
Risalah ini adalah cuplikan (fragmen) dari kitab sejarah dan biografi, ditulis oleh seorang ulama besar, mantan Mufti Kerajaan Johor Baharu Malaysia Allamah Sayid Alwi bin Thahir Al-Haddad. Buku ini membahas tentang sejarah, biografi dan perilaku guru beliau AlHabib Al-Imam Ahmad bin Hasan Al-Athas dengan judul: "Uqud Al-­Almas" (Untaian-untaian intan), Kutipan ini adalah dari jilid I P.65 - 75, terbitan tahun : 1368 H./1949 M.
Pada masa hidup penulis, mulai tersebar di tengah golongan Alawiyin faham Syi'ah Imamiyah, dan mereka menuduh bahwa pendahulu-pendahulu Alawiyin adalah penganut Madzhab Syi'ah Imamiyah.
Oleh karena itu, maka penulis di dalam kitabnya itu merasa perlu membahas dengan agak luas, dasar-dasar Aqidah Alawiyyin sejak nenek moyang mereka hingga sekarang, ..................
AQIDAH DAN THARIQAH SALAF AL-ALAWIYIN
Habib Alqutbh Abdullah bin Alwi Al-Haddad, berkata:
"Hendaknyalah anda membentengi aqidahmu (imanmu), memperbaiki dan meluruskannya sesuai dengan jalan yang ditempuh oleh golongan yang selamat di Akhirat (Al-Firqah An-Najiah). Golongan ini terkenal di kalangan kaum muslimin dengan sebutan golongan "Ahlus Sunah Wal-Jamaah". ...........................
Diriwayatkan pula dengan sanadnya dari Syu'bah Al-Khayyath, bekas sahaya (maula) Jabir Al-Ju抐i,katanya:
"Abu Ja抐ar Muhammad bin Ali Zainal Abidin berkata kepada saya ketika kami sedang berpamit kepada beliau. Sampaikan kepada penduduk negeri Kuffah (salah satu kota di Iraq) : "Sesungguhnya aku berlepas diri terhadap mereka yang tidak mengakui kebenaran Abu Bakar Ash-Shiddiq dan Umar Radhi Allahu A 'nhuma".
Diriwayatkan pula dengan sanadnya dari Abu Ishaq dari Abu Ja抐ar Muhammad bin Ali Zainal Abidin, katanya:
"Orang yang tidak mengakui jasa Abu Bakar dan Umar sesungguhnya orang ini tidak mengakui sunnah".
Ibnu Fudhail meriwayatkan dari Salim bin Abi Hafshah, katanya : "Saya bertanya kepada Abu Ja抐ar Muhammad Al-Bagir dan putranya (Ja抐ar Asshadiq) tentang Abu Bakar dan Umar. Mereka menjawab:
"Akuilah dan cintailah keduanya serta berlepas dirilah dari musuh-musuh mereka, sesungguhnya keduanya adalah Imam-imam yang mengikuti kebenaran". Al Hafidh Ad-Dzahabi menyatakan bahwa sanad riwayat ini shahih. Ibnu Fudhail dan Salim adalah tokoh-tokoh Syi'ah yang benar.
Adapun Imam Ja抐ar Asshadiq, maka Al-Hafidh Ibnu Hajar menyatakan, dalam menulis riwayat hidupnya:
Ali bin Al-Ja抋d meriwayatkan dari Zuhair berkata kepada Abu Abdillah Ja抐ar bin Muhammad:
揝esungguhnya aku mempunyai seorang tetangga yang beranggapan bahwa engkau berlepas diri (tidak mengakui dan tidak mencintai) Abu Bakar dan Umar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 ibnur's post
"...mengenai persepsi di dalam diri masing-masing tu agaknya pandai-pandai lah kita uruskan" Jawapan yang sebegini leceh ni. Mengapa nak berahsia? Cuba jawab, siapa yang Ibnur sokong? Saya bukan jurucakap Syiah mahu pun jurucakap sesiapa... saya bercakap dari pemahaman sendiri saja.. siapa yang melagangkan agar kita berpuak-puak di sini?
Jelas sekali, bukan sekadar Mu'awiyah... Abu Bakar dan Omar juga diminta dikenang jasa ye? Kalau betapa besar jasa pun, bukan lah harga nya dikenang budi dengan membelakangkan Saiyidina Ali, Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dll tu... Islam sejati, tak makan rasuah...Kenapa tak minta Abu Jahal sekali yang ada juga jasa nya, iaitu mengadakan kenduri besar kerana kelahiran anak saudara nya Rasulullah s.a.w. kalau tak silap pada satu ketika dulu.? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 6-7-2006 04:41 PM
"...mengenai persepsi di dalam diri masing-masing tu agaknya pandai-pandai lah kita uruskan" Jawapan yang sebegini leceh ni. Mengapa nak berahsia? Cuba jawab, siapa yang Ibnur sokong? Say ...
kenapa perlu ada sokong dengan tak sokong? 2 option sahaja tu lax. bagaimana dengan thariqah salaf al-alawiyyin? kira dia orang sokong mana tu?
saya tak sembunyi apa-apa. cuma biarlah laxamana sendiri nilaikan macamana saya ni.
ada orang islam melihat sejarah dan membuat pilihan, ada yang melihat feqah, ada yang melihat tauhid, ada yg melihat usul dan lain-lain. ada yang melihat lebih dari satu. saya cuba melihat yang lain dari sejarah, sebab bagi saya sejarah boleh dimanipulasi oleh manusia. sedangkan feqah, tauhid, itu semua berdasarkan quran dan hadith. tapi itu terpulang pada laxamana, mungkin laxamana melihat sejarah dahulu kemudian membuat penilaian. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pandangan saya, sejarah terhebat kemanusiaan iaitu Rasulullah, keluarga Baginda, para sahabat dan umat dizaman itu tidak dapat dipisahkan dari Islam itu sendiri Ibnur di dalam memilih Hadith yang kita yakini serta panduan Tauhid termasuk Fekah. Ianya kerana telah berlaku perpecahan dan percanggahan pendapat sejak peninggalan Rasulullah s.a.w. Percanggahan ini bersusur galur dari sejarah kepimpinan dan politik sehingga terbentuknya pelbagai cabang di dalam Islam. Mana boleh kita menutup mata kepada penyelewengan Mu'awiyah dll kerana itu antara punca besar masalah... Kenapa berat hati nak menyentuh bab Mu'awiyah ini... mana kan mungkin mengakui menyintai Ahlul Bait tetapi menyokong Mu'awiyah.. Syampu lain lah... 3 in 1, 5 in 1 pun ada...
Kita akui 4 mazhab adalah dari imam2 besar yang cukup alim tentang Islam.. namun adakah kita menilai mereka atau menelan saja dengan yakin kerana dilahirkan di dalam Mazhab Shafi'e? Itu satu persoalan, maka saya memilih untuk tidak bias dan menilai juga siapa itu Imam2 di dalam Syiah... sekurang2nya saya menambah ilmu.
Berbalik kepada persoalan Imam Ghaib Syiah dll tu... tentu lah kita tak tahu setakat mana benarnya kerana tak berlaku lagi datang nya Imam Mahadi tu... Lain lah berkenaan Nabi Isa a.s. yang akan datang semula tu... Namun, itu hanya satu perkara subjektif yang tak menyebabkan kita menjadi kafir jika meragui Imam ke 12 Syiah itu siapa... Dua kalimah syahadah kita jelas Allah dan rasulNya. Jangan pula perkara sebegitu yang berupa sejarah dinilai oleh Ibnur untuk menolak mentah-mentah Tauhid kepada Allah, Fiqh dll Mazhab Assyariyah tu... Tak perlu taksub mana2 mazhab.. Islam tu asal nya satu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 7-7-2006 10:44 AM
Pada pandangan saya, sejarah terhebat kemanusiaan iaitu Rasulullah, keluarga Baginda, para sahabat dan umat dizaman itu tidak dapat dipisahkan dari Islam itu sendiri Ibnur di dalam memilih Hadith ...
itu yg saya nak tanya dalam soalan tambahan... adakah setiap sunni dikira oleh syiah sebagai menyokong muawiyah?
melihat dari apa yg lax tulis tu macam mangatakan, menyokong ahlul bait hanya melalui syiah. itu kalau diikutkan sejarah, begitulah besar kemungkinan akan terjadi. saya pernah dengar hujah mengatakan berbincang bab sejarah sahaja belum cukup menentukan aqidah mana yg menepati alquran dan rasul. kalau bncang sejarah saja, sampai 1400 tahun lagi sekali pun tak habis sejarah mana yg betul.
dalam perbincangan dalam bod ini saya selalunya akan response kepada dakwaan syiah mengenai amalan sunni. saya cuba kaji samada dakwaan ahli syiah adakah benar atau tidak, dan setiap kali saya dapti dakwaan syiah tu hanya dakwaan sahaja. setiap dakwaan dari syiah ada jawapan dari sunni, kalau bukan di forum ini ada di website lain. jadi mana mungkin saya nak ubah amalan saya atas dakwaan-dakwaan sahaja?
berkenaan imam mahadi tu, saya nak tanya lax samada beriman kepada imam 12 adalah salah satu rukun dalam syiah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 ibnur's post
Ibnur bertanya hukum di dalam Syiah kepada saya? Setahu saya, Figh dan Tauhid di dalam Syiah tidak mengatakan wajib beriman kepada Imam 12 sebagai sebahagian Rukun Islam, malah rukun Iman pun masih sama 6.. Dua kalimah syahadah Syiah sama saja sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Allah dan RasulNya. Manakala salawat juga sama iaitu Rasulullah s.a.w. dan Ahlul Baitnya (yang mana ASWJ memasukkan isteri2 sekali dan mengatakan ahluk kisa' tu certita lain pula..). Tak pernah lagi saya mendengar atau membaca orang Syiah meletakkan beriman kepada Imam 12 sebagai syarat wajib seseorang menjadi Islam. Mempertikai kesahihan sejarah Imam 12 memerlukan kita mengkaji nya. Adakah itu alasan untuk Ibnur meremehkan Syiah? Namun biasa lah kita kena belajar siapa dia yang dikatakan Imam2 anak cucu Nabi tu... kalau Imam 4 tu kita boleh kaji, mengapa tidak Imam Syiah?
Tak terkeluar jugak ye nak mengutuk Mu'awiyah? Tak tergamak kot... Bagaiman pula sejarah perebutan kuasa Abu Bakar, Omar dll.. adakah Ibnur menolak versi Syiah dan menerima versi ASWJ yang mengatakan memang patut benar Ali dibelakangkan...? Mana boleh menyintai Ahlul Bait jikalau merestui musuh2 mereka... Saya tak nampak logik nya di sini..
[ Last edited by Laxamana. at 7-7-2006 11:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 7-7-2006 11:52 AM
Ibnur bertanya hukum di dalam Syiah kepada saya? Setahu saya, Figh dan Tauhid di dalam Syiah tidak mengatakan wajib beriman kepada Imam 12 sebagai sebahagian Rukun Islam, malah rukun Iman pun masih ...
betul ke tidak wajib beriman kepada imam 12? yang ni kita boleh tengok dailog antara shaikh dan sheir dimukasurat pertama thread berkenaan.
utk pengetahuan lax, muawiyah tak termasuk senarai khulafah rashidin. antara sebab-sebabnya ialah dia masuk islam 2 tahun sebelum baginda nabi wafat. pada saya tak perlu saya nak kutuk atau nak sanjung muawiyah ni. biarla lax sahaja (antara kita berdua yg berbuat demikian).
sampai sini dulu. minta maaf, dah tengahari hari jumaat. (yang ni pun interesting juga kalau nak tanya... kalau lax ni betul-betul bermazhab syiah, lax sembahyang jumaat di mana?) |
|
|
|
|
|
|
| |
|