CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang^hati

Dayang Nyanyi Lagu Negaraku

[Copy link]
Post time 23-8-2006 10:27 AM | Show all posts
aku pun tak dpt menengok...TV anak2 aku conquer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 23-8-2006 10:27 AM
aku pun tak dpt menengok...TV anak2 aku conquer



cam gitu plak. ko pegang ar remote, mesti diorang x bley conquer. :pmuka:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2006 12:33 PM | Show all posts

Harian Metro 25 Ogos 2006



Negaraku ke peringkat dunia
Oleh Mohd Nasif Badruddin

MENJELANG sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-49 Khamis ini, pelbagai acara menarik dirancang bagi memeriahkan perayaan itu. Tidak ketinggalan golongan artis tampil menghangatkan lagi kemeriahannya dengan cara mereka tersendiri.

Bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung pelancaran Kempen I Am Malaysia Negaraku dan penerbitan tiga versi lagu kebangsaan hasil kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan Saluran Ceria Anda, ntv7.

Susunan gubahan bertaraf antarabangsa ini amat unik dan berlainan daripada sebarang gubahan yang pernah diterbitkan atau disiarkan di televisyen Malaysia.

Projek ini sebahagian kempen sambutan Merdeka di ntv7 yang motifnya untuk menanam semangat lebih menyentuh peribadi, berwawasan dan bermakna di kalangan masyarakat.

Rakaman lagu ini menampilkan barisan penyanyi terbaik Malaysia termasuk nama besar seperti Syafinaz Selamat, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Hazami, Vince dan Reshmonu yang diterajui Ketua Konduktor MPO dan Penasihat Artistik terkenal, Matthias Bamert.

Menekankan keupayaan vokal, koir dan susunan muzik, usaha ini dikontemporarikan selari dengan kedudukan ntv7 yang mempunyai sasaran penonton urban.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MPO/DFP, Juniwati Rahmat Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Amrin Awaluddin; Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Airtime ntv7, Shariman Zainal Abidin dan Pengurus Pengisian Rancangan ntv7, Kamarul Zamli Ramly.

Menurut Amrin, Kempen I Am Malaysia Negaraku ini sebahagian aktiviti sosial dan pembangunan serta rancangan berterusan untuk memberi nafas baru kepada stesen ntv7.

?ami amat berbangga dengan kerjasama bersama MPO, sebuah kumpulan pemuzik yang mantap dan bertaraf antarabangsa dengan peralatan terkini.

?dalah amat penting untuk memahami kepentingan lagu kebangsaan dan sempena sambutan kemerdekaan, kami mahu mengingatkan rakyat Malaysia untuk menghargai khazanah negara yang memupuk nilai perpaduan ini. Malah, ntv7 dan MPO bukan saja akan meningkatkan martabat lagu Negaraku, tetapi membawanya ke peringkat dunia,? katanya.

Juniwati pula menyifatkan, MPO amat bangga dan bertuah kerana dapat berkerjasama dengan ntv7 buat pertama kali.

?nilah tempat terbaik dan masa yang paling sesuai untuk menghayati erti kemerdekaan. Tambahan pula lagu versi baru Negaraku ini dinyanyikan enam artis popular tanah air yang terdiri daripada pelbagai kaum,? katanya.

Sebelum ini, ntv7 menerbitkan dua versi lain lagu Negaraku iaitu nyanyian akapella oleh enam penyanyi terkenal dengan kekuatan vokal masing-masing di Malaysia, manakala versi kedua menambah alunan muzik serta dendangan koir.

Kedua-dua persembahan ini ditayangkan pada 1 Ogos dan 15 Ogos di ntv7. Sementara versi terakhir pula yang akan ditayangkan pada 30 Ogos ini menggabungkan persembahan vokal dan koir. Ia juga menonjolkan ?enterpiece? dengan iringan muzik orkestra oleh 105 ahli MPO yang terdiri daripada 25 negara.

Pemilihan artis untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam tiga versi baru ini dibuat berdasarkan komitmen mereka sebagai artis kontemporari yang mempunyai kuasa vokal yang tinggi dan terdiri daripada pelbagai kaum. Malahan mereka turut menjadi guru vokal serta pernah menerima pelbagai anugerah.

Sebagai artis paling muda terpilih menyanyikan lagu Negaraku versi baru, Dayang menyifatkan ia sebagai satu penghormatan. Malah dia tidak menyangka diberi peluang sebegitu tinggi menyanyikan lagu kebangsaan yang menjadi nadi utama muzik tanah air.


Ning Baizura yang mempunyai suara soprano pula berkata, dia amat berbangga kerana dipilih menyanyikan lagu Negaraku versi baru ini. Ia diharapkan dapat menaikkan martabat negara di mata masyarakat Malaysia dan negara luar.


[ Last edited by  bintang^hati at 25-8-2006 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 05:08 PM | Show all posts
aku baru dgr versi acapella...dah keluar ke versi yg lain2 tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2006 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 25-8-2006 05:08 PM
aku baru dgr versi acapella...dah keluar ke versi yg lain2 tu???



ntah...aku langsung x dgr versi yg diorang buat tu. :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 26-8-2006 10:07 AM



ntah...aku langsung x dgr versi yg diorang buat tu. :geram:


same2 ar... aku pun tak dpt tgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2006 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 25-8-2006 05:08 PM
aku baru dgr versi acapella...dah keluar ke versi yg lain2 tu???


hah????
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 12:38 AM | Show all posts
tadi aku dah tgk versi bersama koir dan iringan music tu, sama je vc dia...so sapa dah tgk versi acapella tak rugi sgt la...ehhheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2006 10:36 AM | Show all posts
aku baru tengok sekali...........
tapi ntah la...mungkin aku teruja sangat atau terlalu konsenteret nak dengar sora dayang atau apa, tak pasan lak aku tu version acapella atau dengan iringan muzik...
mmmmmm...macam mana aku leh terleka sebegitu skali ek??
tetiba aku konpius.... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 05:51 PM | Show all posts
aku pon baru tgk sekali jek...aku nak tunggu tgk 'd making of ...'30/8 nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 27-8-2006 05:51 PM
aku pon baru tgk sekali jek...aku nak tunggu tgk 'd making of ...'30/8 nih



BH, tolong remind ek!!
he he....miss call pun cukup la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 28-8-2006 09:44 AM



BH, tolong remind ek!!
he he....miss call pun cukup la....



nak remind ko??? aku pun x ter "remind". skali pun, aku x pernah tgk lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 28-8-2006 01:19 PM



nak remind ko??? aku pun x ter "remind". skali pun, aku x pernah tgk lagi.



remind yang 30hb tu la....
yang tiap2 ari tu selalu dia tunjuk time lepas berita nt7 kul 7 tu...
around 8.30 la maknanya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 29-8-2006 09:40 AM



remind yang 30hb tu la....
yang tiap2 ari tu selalu dia tunjuk time lepas berita nt7 kul 7 tu...
around 8.30 la maknanya....



tgk ar kalau aku teringat 30hb. tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 06:43 PM | Show all posts
dah tengok....best
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:59 PM | Show all posts
pagi td tertengok iklan kat NTV7 pasal lagu NEGARAKU ni...

esok pkl 8-00 pagi ada disiarkan lagu NEGARAKU versi bersama orkestra PHILHARMONI PETRONAS...lebih kurang cam tu la tak silap aku...nampak cam ada Dayang tadi...

kalau sesapa sempat tgk citer ek...:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2006 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 30-8-2006 03:59 PM
pagi td tertengok iklan kat NTV7 pasal lagu NEGARAKU ni...

esok pkl 8-00 pagi ada disiarkan lagu NEGARAKU versi bersama orkestra PHILHARMONI PETRONAS...lebih kurang cam tu la tak silap aku...nam ...



erk...8 pagi??? baru terniat nak bangun lewat. nampak gayanye, kena bangun awallah pagi esok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 30-8-2006 04:35 PM



erk...8 pagi??? baru terniat nak bangun lewat. nampak gayanye, kena bangun awallah pagi esok.


aku rasa ini pogram khas sempena merdeka...bleh la aku tgk sementara bersiap nak pi kije esok...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 49!!!...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:08 PM | Show all posts
malam ni jgn lupa tgk kat ntv7..aku x ingt plk nak konpem skali lg kat paper td...tp ada kot...kalo takut x ingt,set la kat alarm hp korang..aku dah buat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 30-8-2006 03:59 PM
pagi td tertengok iklan kat NTV7 pasal lagu NEGARAKU ni...

esok pkl 8-00 pagi ada disiarkan lagu NEGARAKU versi bersama orkestra PHILHARMONI PETRONAS...lebih kurang cam tu la tak silap aku...nam ...


besar kan lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061214 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list