CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irzalanny

mari buat cerita berantai

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2006 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by LLM at 28-11-2006 04:33 PM
Tunang? Syafiq menjadi semakin seronok. Mulut budak ni pun berbuih-buih seperti terkena sawan. Mak Syafiq dengan perasaan yang maha bengang, terus meluku kepalanya. "HOI! Anak bertuah! Kau ni  ...


ff: kenapa yek mak shafiq ni suka panggil anak dia bangsat.. syafiq ni anak pungut ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2006 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by jannahsyazana at 28-11-2006 10:42 PM


ff: kenapa yek mak shafiq ni suka panggil anak dia bangsat.. syafiq ni anak pungut ke...


mak syafiq dulu kahwin masa umur 17 tahun dengan lanun selat melaka. arwah lakinya (mati akibat bot karam ditorpedokan oleh pasukan peronda elit TLDM) bila kat rumah selalu menjeritkan perkataan 'bangsat, laknat, haram jadah' bila dia naik angin. mak syafiq pun terpengaruh dengan penggunaan bahasa itu.. :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:54 PM | Show all posts
"Jangan terlalu gelojoh bila berseronok, Syafiq" ujar mak Syafiq setelah dia kembali bertenang. Dengan penuh rasa taat Syafiq pun menjawap, "Baik mak, saya tak kan cuba buat perangai bangsat lagi hari ni".

Hazliza merasa kagum dengan sifat sabar Syafiq, walaupun memang pada hari itu, mak Syafiq asyik membebel pasal kebangsatan perangai Syafiq. Bertambah rasa sukanya kepada Syafiq. Hilang rasa ragu-ragunya untuk bertunang dengan mamat ni.

Mak Syafiq memandang ke arah Hazliza dan berkata "Makcik harap Hazliza boleh memaafkan mulut makcik yang sedikit laser ni. Dulu mak cik terkahwin dengan arwah bapak Syafiq. Bapak budak ni sebenarnya lanun yang terkenal di Selat Melaka ni. Makcik diculik oleh kumpulan lanun bapak Syafiq. Orang bangsat ni memaksa makcik untuk menjadi isterinya, jika tidak dia akan humbankan makcik ke dalam laut. Jadi kami pun kahwin koboi dinegara jiran. Dahlah tu, pak kadi yang kawinkan kami tu, kerja dia part-time menyantau orang. Tapi at least hasil perkahwinan paksa kami tu anak yang sah"

Berlinangan air mata mak Syafiq menceritakan kisah silamnya itu. "Makcik hidup bercampur gaul dengan lanun-lanun semua terpengaruh dengan bahasa mereka. Sikit-sikit asyik nak kata 'bangsat', anak haram, haram jadah, sial, laknat dan semuanya. Lima tahun makcik duduk atas kapal lanun menjadi isteri paksa bapak Syafiq ni. Suatu malam kapal kami dikejar kapal peronda TLDM. Pecah kapal kami ditorpedokan. Makcik sempat menyelamatkan diri makcik dan Syafiq. Bapak Syafiq pulak kena tembak dengan meriam kapal TLDM tu. Walaupun dia laki makcik yang sah, makcik tetap takkan maafkan dia kerana merampas kehidupan makcik. Kapten kapal TLDM rupa-rupanya orang kampung Makcik. Dia pun bawak makcik dan Syafiq balik ke pangkuan keluarga makcik. Makcik bersyukur kerana ibu-bapa dan sedara-mara makcik menerima makcik dan Syafiq dengan hati terbuka dan gembira.

Lepas tu makcik kahwin lagi dengan kapten kapal TLDM tu. Mula-mula jadi bini lanun. Lepas tu jadi bini kapten tentera laut. Memang jiwa makcik ni sebati dengan pelaut, kot. Lagipun kami dua-dua ada pengalaman laut. Cuma dari pihak yang bertentangan. Abah tiri Syafiq amat bersabar dengan kerenah makcik pasal dia faham akan kehidupan lanun yang makcik pernah lalui. Makcik bersyukur di beri peluang sekali lagi untuk berkongsi hidup dengan dia "

Terharu Hazliza mendengar kisah pilu mak Syafiq. "Nasib baiklah makcik dan Syafiq berjaya lari dari kehidupan melanun ini. Kalau tidak saya pun pasti anak makcik akan jadi lanun jugak macam bapaknya itu."

Mak Syafiq menjawab " Walaupun Syafiq ni hasil anak kawin paksa, makcik tetap sayangkan Syafiq. Walaupun makcik asyik terjerit-jerit bangsat dan laknat kat dia. Makcik masih lagi terikut dengan bahasa lanun makcik ni. Syafiq ni anak yang baik dan taat. Walaupun jenuh mulut makcik memaki hamun dan kaki tangan makcik mengkaratekan dia, dia faham akan sebab dan asal usul sifat lanun makcik ni. Makcik harap sangatlah supaya Hazliza akan bantu makcik dalam menangani masalah ciri kelanunan makcik yang susah nak lekang ni.."

Dengan nada yang sebak, Hazliza memeluk mak Syafiq dan berkata "Baiklah makcik, Hazliza akan membantu makcik walaupun saya cuma akan berada di Malaysia ni sekejap aja"

Syafiq melihat kedua-dua wanita tu dengan perasaan hairan. Dia pun berasa bingung dan merenung ke arah mereka. Mak Syafiq menyedari perkara itu, dan secara automatiknya membengis umpama puaka hutan, "ANAK BERTUAH! Apa tengok-tengok. Mulalah nak membangsat lagilah tu. Ish kenapa kau ni asyik nak buat perangai jin afrit, toyol dan lakna..." "MAKCIK..tolong sensorkan mulut makcik ni. Tak baik membangsat dan melaknatkan orang. Lebih-lebih lagi anak makcik sendiri" tegur Hazliza dengan halus. Mak Syafiq tersipu-sipu dan berkata "Maaflah nak,makcik ni bila naik angin mudah nak auto-pilot ke mod lanun makcik. Orang lanun dulu bagi makcik gelaran jelmaan Nyi Blorong Kidul.."

Mak Syafiq meluru ke arah Syafiq dan berkata "Nak, maafkanlah mak. Mak ni susah nak control mulut mak. Syafiq anak baik. Syafiq tak pernah menjawab balik bila mak tengking Syafiq buat perangai bangsat, laknatlah..Mak tau Syafiq tak tesengaja melepaskan berak di atas katil walaupun mak ni bengang tahap gaban melihat. Mak jugak berjanji akan menurunkan bendera lanun cap tengkorak yang mak selalu kibarkan di halaman rumah bila mak tengah temper.."

Syafiq menjawap dengan penuh ikhlas "Saya faham mak. Mak masih lagi trauma dengan kehidupan lanun mak. Syafiq masa tu baru umur 5 tahun tapi Syafiq ingat sikit kehidupan jelek kita yang lampau itu."

Hazliza menitiskan air mata bak Azean Irdawaty melihat betapa teguhnya kasih sayang Syafiq terhadap ibunya merangkap bekas bini paksa lanun Selat Melaka. Oh Syafiq, betapa tulus hati kau merintangi kehidupan dengan ibu kau ini.."

[ Last edited by  LLM at 29-11-2006 02:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 01:35 PM | Show all posts
sedang Shafique bersarapan pada suatu pagi yang dingin seorang diri (masa tu ibu dan teman wanitanya lambat bangun) tiba-tiba dia teringatkan cadangan pertunangan yang diusulkan oleh ibunya pada beberapa hari yang lalu.

"wajarkah aku bertunang..aku bukannya ada masa depan. teman wanitaku itu lebih berjaya daripada aku, dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oh Tuhan.. apa nak jadi diri ku ini"

Hati Shafique menjadi dingin, lebih dingin daripada kedinginan pada awal pagi itu. Dia berjalan semula ke kamarnya sambil membawa secawan kopi, dan apabila dia tiba di hadapan komputer peribadinya...dia tiba-tiba berfikir untuk mencari maklumat melalui laman web mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di dalammnya...oleh itu...tanpa perlu membuang masa lagi, lantas dia meletakkan kopi yang dibawanya di atas meja, memasang suis dan melayari internet.

Shahfique menaip www.jobstreet.com dan melihat peluang pekerjaan yang ada dan sesuai dengen kelulusan dirinya.

"Aku belajar setakat diploma saja..agak-agaknya apalah pekerjaan yang sesuai untuk diriku"

Tiba-tiba dia berasa teruja, seperti mendapat satu akal. Dia meneguk kopi yang panas itu dan tersenyum tiba-tiba.

"Kenapa aku tidak sambung belajar saja lagi, at least ke luar negara...sama level ngan teman wanitaku itu"

Dia berfikir, universiti luar negara manakah yang menjadi pilihahnya..adakah dia patut bersama dengan teman wanitanya itu....ahhh!! Susah juga Shafique memikirkan...bersama teman wanitanya itu sudah tentu akan mengongkongnya..lagipun dia ni tak tahan tengok gadis kepala licin sikit nak di sapu habis, lagipun kat negara orang putihnya, aweknya cun-cun, mungkin dia patutsambung degree kat U tempatan sajalah. sebenarnya..... dia tidak pasti sama ada dia cintakan teman wanitanya itu lagi atau sekadar untuk berseronok sahaja.

Dia terus melayari internet, dan terus berfikir tentang impian pada masa depan, dan hubungan sebenarnya dengan Iza ini, adakah membawa makna apa-apa?

"Aku...aku perlu memikir kan masa depanku, itu yang lebih penting"

[ Last edited by  irzalanny at 29-11-2006 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:15 PM | Show all posts
"Aku...aku.." tiba-tiba mak Shafique menjerkah "HOI ANAK BERTUAH! Bangun awalnya kau pagi ni. Bagus anak mak. Tak buat perangai membangsat hari ini!!!"

"MAKCIK!!" Hazliza melaung dari arah dapur. "Sensor tapiskan mulut makcik ni. Kesian Shafique, awal-awal pagi dah terkena 'bangsat' makcik.."

Mak Shafique tersenyum kemaluan mendengar kata-kata Hazliza. Rupa-rupanya mereka berdua sudah bangun ketika Shafique tengah menyibuk melayari laman web.

Sahfique tersipu-sipu. "Apa yang kau menungkan tu, Shafique?" tanya mak Shafique. "Saya sebenarnya tengah berfikir pasal isu tunangan saya dengan Iza. Saya tak pastilah mak"

Mata mak Shafique menjadi merah menyala umpama jembalang hutan "APA!!!! Aduh, tiba-tiba pulak kau membangsatkan mood mak pagi ini. Aieeeeeoowww..."
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 03:40 AM | Show all posts
"awatnya hang tak pasti afiq", tanya mak afiq. "hang dok ingat marka hang yang satu lagi tu ka?" hang habag kat mak, hang pikiaq elok2, hang jangan nak buat mak pak hang malu", kata mak syafique sambil mengunyah sirih.

"dak aih mak, afiq cuma tak sure lagi samada nak iza tu dah buat blood test ke dak, kot2 nanti berpenyakit plak dia, naya gak afiq nanti.  mak pak jugak yang malu nanti," kata syafique ngan confident level yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2006 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by sarahj at 30-11-2006 03:40 AM
"awatnya hang tak pasti afiq", tanya mak afiq. "hang dok ingat marka hang yang satu lagi tu ka?" hang habag kat mak, hang pikiaq elok2, hang jangan nak buat mak pak hang malu&qu ...


"Hang tenang ok Shafiq, nanti mak bawak budak Liza tu gi check up kat Doktor Bakar", kata mak Syafiq . "Baiklah Mak", kalau begitu,nie syafiq lagi fikir nak kalau ikutkan rasa hati ini, nak juga Syafiq ikut Hazliza gi Perth sambung belajar, boleh Syafiq tolong tengok-tengokkan Hazliza tu mak,sambung syafiq lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 06:42 PM | Show all posts
Australia ok jugak tempatnya, fikir Syafiq.

"Mak, apasal mak cakap dengan saya guna loghat utara? Kitakan asal dulu orang Kuching?" tanya Syafiq dengan penuh kebingungan.

Mak Syafiq menjawap "APA NI?? Suka hati akulah nak cakap guna apa-apa loghat. Janji aku tak guna ayat-ayat bangsat dan haram jadah" Dengan perasaan geram sayang mak Syafiq meluku kepala Syafiq. "HOI anak bertuah kesayanganku!! Pandai anak mak tanya soalan yang gampang ni"

Kalaulah Hazliza mendengar kata-kata mak Syafiq masa itu, pasti dia akan kepitaman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 09:20 PM | Show all posts
jgn kan hazliza, aku pun nak pitam baca posting ko LLM
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 05:36 AM | Show all posts

Reply #49 noraidil_06's post

ina da pengsan..apa kata kasi jer dia citer sorang2..mana tahu kuar novel sndiri yer dak..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 02:51 PM | Show all posts
masalahnye ina, semua org yg baca akan kepitam-pitaman. klu pitam kat ofis, dah kantoi dgn boss
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 05:24 PM | Show all posts
"ADUHHH!!!AIEEE!!!" Dengan perasaan cemas Syafiq menjerit bak kuntilanak disembelih buat kali kedua dalam minggu ini.

"Ampun mak. Jangan luku kepala Syafiq, mak. Kalau mak nak sumpah Syafiq jadi batu macam Tanggang merangkap Malim Kundang, Syafiq rela dengan hati terbuka..Tapi jangan meluku kepala Syafiq yang sudah banyak ketulan benjol ni..Ampun..." Syafiq merayu dengan harapan penuh menggunung.

Mak Syafiq ketawa umpama jin afrit dan menjawab "HAHAHA..Hoi anak bertuah, pandai pulak engkau membuat lawak tahap bangsat dan onar ni!!"

Kebetulan Hazliza berada di luar rumah ketika itu dan mendengar suara mak Syafiq yang umpama puaka Betara Guru. "Aduh..makcik, Liza sakit kepala..Nak pitam.. Cukup makcik..Cukup. Hentikanlah perkataan 'bangsat' dan 'laknat' yang makcik gemari itu" katanya dengan penuh gentar sebelum jatuh terkulai berdekatan pintu rumah.

Syafiq dan emaknya terdengar bunyi Hazliza terjatuh dan segera mendapatinya. Dia sudah pitam..
Mak Syafiq meraung-raung kekesalan "Liza, bangun nak, makcik mintak maaf. Mulut makcik memang bangsat  sampai terkena bangsat tu kat Liza pulak..Jangan kojol dulu, nak..Awooohuhuhuhu...Maafkanlah mulut makcik yang suka membangsat ni...Awoohuhuhhuhu!!"

Syafiq menenangkan emaknya "Mak, Liza cuma pengsan. Dia terkejut sawan mendengar perbualan kita kot. Mari kita bawak dia masuk rumah.." Mak Syafiq menganggukkan kepala tanda setuju

Mereka berdua pun memapah tubuh Hazliza dan meletakkannya di atas sofa panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 1-12-2006 04:51 PM
masalahnye ina, semua org yg baca akan kepitam-pitaman. klu pitam kat ofis, dah kantoi dgn boss


hazliza pun dah kepitaman. bila pula giliran anda?:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 07:18 AM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 1-12-2006 14:51
masalahnye ina, semua org yg baca akan kepitam-pitaman. klu pitam kat ofis, dah kantoi dgn boss

ff:ahahhhaahahxszx...nor..klakar...mm nor..jgn lupa jln2 kat rantai 'diari seorg lelaki' kay..best ghak rase buat diari org ni..ahahahxsx.ff:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by LLM at 1-12-2006 05:24 PM
"ADUHHH!!!AIEEE!!!" Dengan perasaan cemas Syafiq menjerit bak kuntilanak disembelih buat kali kedua dalam minggu ini.

"Ampun mak. Jangan luku kepala Syafiq, mak. Kalau mak nak sum ...


Tidak berapa lama kemudian, Hazliza pun mula sedarkan diri, dia bertanya kepada Mak Syafiq " Makcik What telah happen to me ", Mak Syafiq Pun menjawab " Kao pengsan tadi Liza".
Syafiq agak perihatin terhadap Hazliza dan bertanya "Are you ok Liza", "I rasa pitam tadi dan sekarang kepala masih pusing",jawab Hazliza.Syafiq pun mengangkat ganggang telefon dan dengan segera menelefon doktor keluarga meraka, doktor Bakar. Doktor Bakar pun tiba tidak lama kemudian dengan menaiki kereta Proton Wajanya yang berwarna hijau.

Doktor Bakar pun bertanya kepada Maknya Syafiq, "Makcik siapa yang sakit" ? "Anak Makcik ke si Syafiq ini yang sakit"?
"Bukan si Syafiq ini lah doktor" tetapi ini si Hazliza, tiba-tiba dia pengsan tadi.

"Hazliza jangan takut ok,mari doktor periksa" doktor Syafiq pun berkata, dengan nada yang sayu Hazliza menjawab "baiklah doktor". Doktor Bakar pun memulakan pemeriksaan dan setelah selesai memeriksa Doktor Bakar berkata, "Makcik Liza nie kita kena hantar dia pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur parah juga keaadannya". Mak Syafiq bertanya kepada Doktor Bakar, "kenapa dengan si Liza ini Doktor"?, "Liza mungkin menghidap penyakit Annemia, iaitu penyakit kekurangan sel darah merah, mungkin pemindahan darah perlu dilakukan segera", jawab Doktor Bakar.
Hazliza pun dibawa ke Hospita Besar Kuala Lumpur menaiki kereta Proton Waja Doktor Syafiq.

Setiba mereka di Hospital Besar Kuala Lumpur Hazliza dimasukan ke ward rawatan kecemasan dan diberi pemeriksaan lanjut sepeerti "Ct Skan",rupa-rupanya keadaan kesihatan Hazliza lebih teruk dari yang dijangkakan,tempurung kepala retak daripada kesan hantukan kepalanya dilantai semasa dia terjatuh rebah pengsan, dan Hazliza perlu dibedah dengan segera, Mak Syafiq membisikan kata perangsaan kedalam telinga Hazliza" Sabar Liza ini semua ujian Allah banyakkan beristighfar ye ",air mata kelihatan jatuh mencurah membasahi pipi Hazliza.

[ Last edited by  SQ154 at 7-12-2006 11:57 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2006 12:37 PM | Show all posts
Satu jam kemudian, seorang jururawat yang memakai name tag "Haslinda" mendatangi ibu Shafik dan anaknya yang sedang menunggu di luar wad. Mereka berpandangan buat seketika. Haslinda berasa serba salah, bagaimana dia kan memaklumkan berita yang dukacita ini.

"Makcik, Hasliza telah meninggal dunia"

Ibu Shafiq seperti tidak percaya. Tanpa meminta kebenaran daripada doktor dan jururawat dia terus meluru ke bilik wad...dan seperti tidak percaya dengan apa yang disaksikannya: Hazliza telahpun diselimuti dengan kain cadar berwarna putih. Wajahnya kehijauan seperti tidak berdarah lagi.

"Innalillah.."ucapnya..dia tidak menyangka begini ajalnya..baru semalam dia berborak-borak dengan Hasliza. Dan...dia telahpun pergi untuk selama-lamanya...

Shafik turut bersedih sama. Bakal tunangnya itu telah turut pergi meninggalkannya bersama perasaan cinta yang tidak akan luput. Doktor dan jururawat hanya diam membisu...seakan-akan berkongsi kesedihan bersama dua beranak yang meratapi pemergian orang yang disayangi.

Tiba-tiba kedengaran pintu wad dibuka...hadir seorang yang tidak dijemput...apabila Shafik berpaling ke muka pintu...dia terpana seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya..

"Eh..?Aznil Nawawi...apa dia buat kat sini?"

Ya, memang benar wajahnya seakan-akan Aznil Nawawi, pengacara dan celebriti yang popular di Malaysia dengan rancangan Akademi Fantasia dan Macam-Macam Aznilnya itu.  Ibu Shafik turut mengangkat kepala dan turut bertemu mata dengan ppengacara terulung itu.

"Eh apa dia buat kat sini"

"Hello!! Anda berada di dalam Rancangan Kamera Tersembunyi. Rancangan terbaru terbitan Astro!!!! Kematian Hazliza adalah lakonan semata-mata"

Doktor dan jururawat yng turut berada di situ turut bertepuk tangan. Tetapi ibu Shafik masih terkejut walaupun anaknya, Shafik turut tergelak sama seakan-akan tidak percaya.

Hazliza yang berpura-pura mati, bangun semula dan menanagkan ibu Shafik dengan selambanya

"Senyumlah Makcik, makcik dalam T.V sekarang ni..he..he"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 08:30 PM | Show all posts
Mak Syafiq dengan perasaan maha bengang mula melolong kemarahan "Haram jadah, tolak tuah!!!! Hoi hoi hoi!! Memang sungguh membangsatkan!!!"

Dengan mata yang merah menyala mak Syafiq menerkam Aznil dan meluku kepalanya dengan penuh syahdu "Bab mati ni jangan main mainlah, anak bertuah!!"

Semua orang terperanjat melihat mak Syafiq. Aznil terkial-kial memohon ampun "AMPUN Makcik. Ampunnnn...Adoi sakit. Sakit...Maaf-maaf!!!TOLONG!!!"

Padan muka Aznil...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 08:39 AM | Show all posts
Aku dah seriau dgn cerita ko la LLM
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 08:24 PM | Show all posts
Aznil terus melolong kesakitan.

Mak Syafiq terus-menerus meluku kepala Aznil. "Bab mati ni JANGAN main-mainlah, hoi! HOI! Pandai ye ko buat  main-main bab mati ni!! Bertuah..memang berTUAH!! Arr!! Arrr!! Sampai makcik naik amarah!!"

Kepala Aznil semakin membenjol. Syafiq segera menenangkan emaknya itu. "Sabar mak. Sabar..Silap haribulan Aznil pulak yang mati nanti. Ampunkanlah lawak gampangnya itu.."

Mak Syafiq mula menyejuk dan melepaskan cengkaman mautnya. Aznil segera lari dan menyorok di bawah katil hospital..

"Memang suka bikin onar budak artis ini.." mak Syafiq menjerkah dengan perasaan geram bercampur lucu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by LLM at 10-12-2006 08:24 PM
Aznil terus melolong kesakitan.

Mak Syafiq terus-menerus meluku kepala Aznil. "Bab mati ni JANGAN main-mainlah, hoi! HOI! Pandai ye ko buat  main-main bab mati ni!! Bertuah..memang berTUAH ...



Semenjak kejadian tersebut, hubungan emak Shafik dan Hasliza tidak begitu baik. Hasliza mula menginsafi perbuatannya dan meinta maaf kepada ibu Shafik. Tetapi wanita separuh umur itu tidak akan mempedulikannya. Hasliza cuba mengambil hati ibu Shafik dengan membuatkan makanan yang enak-enak seperti nasi ayam dan tempoyak, iaitu makanan kegemaran ibu Shahfik itu tetapi dia tidak sesekali akan menjamahnya.

"Bagaimanalah aku akan memperbaiki keadaan ini?" fikir gadis itu lagi.

Tinba-tiba datang seorang lelaki yang aneh, dia muncul dari tingkap yang tidak tertutup semenjak tadi dan berkata, " HAI Hasliza,  saya adalah peminat anda..saya menyukai anda semenjak cerita ini masih di permulaan" kata lelaki aneh itu dengan hati yang bukan calang-calang gembiranya.

Hasliza yang terkejut dengan kehadiran orang asing itu memekik-mekik ketakutan.

"Tolong!!Tolong!!Tolong Shafik!! Ada orang yang mahu mencabul kehormatanku"

Shafik yang kebetulan mendengar jeritan itu terus pergi ke tingkat ats sambil membawa senapang patahnya. Tanpa berkira lagi dia memetik picu dan tembakannya betul-betul mengena ke dahi lelaki itu. Lelaki yang tidak dikenali itu mati katak pada itu juga. Darah mengalir di segenap ruang. Peluh menitik-nitik di dahi Shafik, dan Hasliza seakan-akan kebingungan.

"Tidak!! Aku tidak terlibat sama!! Kau yang bunuh dia, Shafik! Kau yang bunuh dia!! Kau yang bertanggungjawab, bukan aku!!"

Shafik terpegun dengan kata-0kata kekasihnya itu, tanpa berfikir panjang lagi Shafik memetik picu sekali lagi dan sasarannya betul-betul mengena ke dada Hasliza. Hasliza akhirnya mati serta merta pada ketika itu juga.

Ibu Shafik yang sedang berada di tandas ketika itu menyangkakan ia adalah bunyi dari drama di televisyen. Tetapi dia fikir dia patut memeriksa apa sebenarnya yang berlaku dan apabila ia membuka pintu kamar Hasliza, dia terpana melihat darah yang terpercik di sana-sini. Dia menyaksikan Shafik sedang memeluk tubuh dan tunduk seperti orang yang kerasukan, tiba-tiba Shafik menembak dirinya tanpa sempat ibunya menghalang dari berbuat sesuatu.

Ibu Shafik segera memberikan rawatan kecemasan kepada anaknya. Namun Shafik telah pergi untuk selama-lamanya.

Ibu Shafik meraung kesedihan. Dia jatuh pengsan, dan apabila dia sedar semula dia masih tidak menyedari dirinya vewrada di Hospital Tanjung Rambutan.

[ Last edited by  irzalanny at 19-12-2006 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052937 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list