CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat China Zaman Silam

[Copy link]
Post time 5-3-2008 02:06 AM | Show all posts
Sewaktu pihak British membawa orang Cina ke Tanah Melayu,masa tu negara China diperintah oleh dinasti mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2008 11:49 PM | Show all posts

Reply #41 jkkkj's post

di akhir Zaman Dinasti Qing dan Permulaan China Menuju ke Zaman Republik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 03:31 PM | Show all posts
Orang Cina ni terbahagi kepada berapa suku kaum yer?

Yang aku tau Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dari suku kaum Hailam.

[ Last edited by  jkkkj at 26-3-2008 03:35 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 26-3-2008 03:31 PM
Orang Cina ni terbahagi kepada berapa suku kaum yer?

Yang aku tau Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dari suku kaum Hailam.





Suku Kaum Cina Dialek  Di Malaysia


Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 07:29 PM | Show all posts

Perahu Bedar terengganu........

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 08:20 PM | Show all posts
Aku dulu suka tengok filem hantu cina yang lompat-lompat tuh.

Boleh aku tau pakaian hantu tu berasal dari era dinasti mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2008 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 16-5-2008 08:20 PM
Aku dulu suka tengok filem hantu cina yang lompat-lompat tuh.

Boleh aku tau pakaian hantu tu berasal dari era dinasti mana?


Sekali lagi aku nak ulang soalan di atas.

Aku dulu suka tengok filem hantu Cina yang lompat-lompat tuh.

Boleh aku tau pakaian hantu tu berasal dari era dinasti mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 4-8-2008 06:34 PM


Sekali lagi aku nak ulang soalan di atas.

Aku dulu suka tengok filem hantu Cina yang lompat-lompat tuh.

Boleh aku tau pakaian hantu tu berasal dari era dinasti mana?




Baju Pegawai Kerajaan Zaman Dinasti Qing (Manchu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #48 HangPC2's post

Ok...terima kasih bro.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 06:13 PM | Show all posts
Second Sino Japanese War (1937 - 1945)





China Nationalist Army (R.O.C) '' Big Sword Unit '' 1933
























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 06:14 PM | Show all posts
Da Dao


1930s-40s Nationalist (Kuomintang) soldier with the "Da Dao"



The new issue of Classical Fighting Arts magazine (Issue number 37) has a piece my wife and I did on the Chinese Big Saber Units of World War Two. It might be of some interest as these units were the last regular military use of a traditional Chinese martial art weapon (the Big Knives/Big Sabers, 大刀 )

Here is a display from a special exhibit put on here in Taiwan on these Big Saber units. Although the exhibit was in the Republic of China Armed Forces Museum, they need a history lesson. The historical mistake is that it is highly unlikely that an actual member of a Big Saber Unit would a. have a nice new uniform and b. have one of the British manufactured helmets. The Big Saber Units were known for being hardscrabble units. Nonetheless it does show a model soldier.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:47 AM | Show all posts
Negara China sebelum jadi republik,mencapai era gemilang di zaman Dinasti Manchu.

Apa pendapat korang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #53 jkkkj's post

Era Gemilang Ketika Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 13-11-2008 01:24 PM
Era Gemilang Ketika Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming....


Hmmm...apa hujah kau pasal hal yang tersebut di atas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2008 10:33 AM | Show all posts
Kubur terpanjang di Bumi




Oleh Azman Zakaria
[email protected]







Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban



BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam.

Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.


Kata orang, tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak ke Tembok Besar China. Justeru, ketika membuat liputan acara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyertai sidang kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ketujuh, baru-baru ini, penulis berkesempatan menjejakkan kaki ke Tembok Besar China itu.

Sebaik tiba, yang terlintas di hati ialah tempat itu amat mengagumkan kerana tembok setegap dan panjang itu dapat dibina merentasi beberapa wilayah negara terbabit mencakupi hutan tebal di puncak pergunungan.

Akibat kesuntukan masa, penulis menaiki kereta kabel dari kaki pergunungan hingga ke kawasan pintu masuk ke Tembok Besar China di Mutianyu itu.






Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu.

Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu.

Penulis juga saya berkunjung pusat beli-belah untuk membeli ole-ole bagi dijadikan buah tangan apabila pulang nanti.

Sedikit masa yang terluang hanya mengizinkan penulis ke pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District yang jauhnya kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan. Cuaca sejuk mengizinkan penulis berjalan kaki meskipun pada tengah hari.





Penulis ketika berada di Tembok Besar China.


Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa.

Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli.

Saya dimaklumkan penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual.

Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar.

Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah.

Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.



FAKTA: Tembok Besar China


# Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)

# Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.

# Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

# Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:

# 208 SM (Dinasti Qin)
# Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
# Abad ke-7 (Dinasti Sui)
# 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)
# 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

# Ia digelar 'kubur terpanjang di Bumi' kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.

# Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei

# Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

# Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.



- Berita Harian -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 12:24 AM | Show all posts
HangPC2,

Memandangkan kau ni aku tengok banyak faham pasal sejarah China,maka aku nak tanyakan kat kau satu soalan yang aku dah lama simpan sebab aku tak tau jawapannya.

Soalannya camni : Selepas disingkirkan dari takhta pada tahun 1911,apa yang dah terjadi pada Maharaja terakhir China iaitu Aisien Goro @ Henry Puyi?

Betul ke orang kata dia jadi sekutu pihak Jepun masa Perang Dunia Kedua?

Harap kau dapat jawab soalan aku ni.Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #57 jkkkj's post

Post Last Edit by HangPC2 at 19-10-2009 10:50











Dinasti Qing berakhir dengan Revolusi 1911-12 dan penubuhan Republik China diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau memberikan beberapa keistimewaan kepada Maharaja terakhir Qing, Pu Yi. Antaranya, baginda masih boleh tinggal di Istana Imperial (Gugong) selama hayatnya. Pegawai Republik China akan tinggal di bahagian hadapan istana tersebut.

Maharaja Pu Yi tinggal di istana tersebut sehingga 1926, dengan harapan dapat mengembalikan Dinasti Qing kepada zaman kegemilangannya. Namun baginda hidup dalam keadaan tertekan dan ketakutan sekiranya dibunuh oleh general republik. Baginda meninggalkan istana pada 1924 dan berlindung di Kedutaan Jepun (berhampiran Qianmen) kerana tiada kedutaan yang mahu menerima baginda.

Sejak itu baginda menjadi tawanan Jepun (secara paksa). Baginda dijanjikan oleh Jepun untuk ditabalkan di Utara China. (Pemerintah yang sedia ada diculik oleh Jepun). Namun begitu, Pu Yi tidak ditabalkan tetapi menjadi Presiden Republik Manchukuo (hanya sebagai boneka, tanpa kuasa sehingga akhir Perang Dunia 2).

Selepas kekalahan Jepun, Pu Yi ditangkap oleh askar Rusia di Shenyang semasa melarikan diri ke Korea. Selepas beberapa tahun dipenjarakan di Rusia, Pu Yi dihantar semula ke China pada 1950 dan dijatuhkan hukuman kerana kekejaman ketika menjadi Boneka Jepun. Selepas pengakuan terhadap semua Jenayah Peperangan, Pu Yi akhirnya dibebaskan oleh Kongres Parti Komunis pada 1965.

Baginda menjadi rakyat biasa tetapi berkahwin (kali ini atas dasar cinta). Baginda tidak mempunyai anak lelaki dan kematiannya pada 16 Oktober 1967 mengakhiri Dinasti Qing. Namun begitu baginda sempat merekodkan pengalaman perihal Dinasti Qing (Pencapaian Seni, Sastera dan Budaya).


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 07:56 AM | Show all posts

Balas #58 HangPC2\ catat

Owh gitu kisahnya.

Terima kasih HangPC2
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 05:44 PM | Show all posts
Dalam sejarah China,aku hanya tau bahawa Perang China-Jepun yang kedua iaitu mulai 1937 sampai tahun 1945.

Tapi aku tak tau langsung pasal Perang China-Jepun yang pertama.

Aku nak tau bilakah perang tu terjadi,apakah punca-puncanya,siapa tokoh yang terlibat,macamana perang tu tamat dan apa akibat perang tu?

Harap HangPC2 dan rakan-rakan yang lebih arif dapat menceritakan kat sini.

Tengkiu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090382 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list