|
Originally posted by snipersnake at 2-12-2006 08:33 PM
Berita TV3 : Jakim terima ugutan sms.
harap2 pihak jakim akan dapat menangkap asaari secepat mungkin.
Laporan yang tak masuk akai macam tu pun nak masuk dalam TV 3? Buang karan tengok TV 3
Tugas TV 3 menyampaikan maklumat . Bukan menyebarkan provokasi.
Kalau TV 3 tak reti nak buat liputan, Suruh Gomen buat macam pembesar Cina kat tanah Besar. Ambil tindakan KASI pada pegawai yang tidak cekap, bersih dan amanah.
Baru lepas tu pegawai TV3 dan Jais reti buat kerja.
[ Last edited by janggutmuda at 2-12-2006 08:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2-12-2006 08:33 PM
Berita TV3 : Jakim terima ugutan sms.
harap2 pihak jakim akan dapat menangkap asaari secepat mungkin.
:hmm::hmm::hmm:
mcm ugutan bunuh ko tu ka ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 2-12-2006 08:52 PM
:hmm::hmm::hmm:
mcm ugutan bunuh ko tu ka ???
erm, lebih kurang gitu la.
biasa la manusia, kat depan skrin berani la sampai 40-50 nick name, ajak berjumpa depan2 ketaq lutut |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 3-12-2006 01:06 AM
erm, lebih kurang gitu la.
biasa la manusia, kat depan skrin berani la sampai 40-50 nick name, ajak berjumpa depan2 ketaq lutut
biasa la sembang macam tu ... awat time ang dok dergar ceramah kat shah alam tu ang tak menegakkan kebenaran yg hang dok laung² kan tuu ... nampak sangat hang pengecut ... siap ajak orang teman pi sana takut jadi apa-apa kat hang .. ceh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 3-12-2006 01:06 AM
erm, lebih kurang gitu la.
biasa la manusia, kat depan skrin berani la sampai 40-50 nick name, ajak berjumpa depan2 ketaq lutut
Terpikiaq jugak aku, bila sniper ni berani jumpa pegawai rufaqa masa kat kursus tu? Lepas tu ikut mak mertua dengan bini sekali. sapa yang ketaq lutut agaknya?
Sembang deras boleh ler. Kira ada unsur2 penipuan untuk sniper menegakkan benang basah.
lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 3-12-2006 01:23 AM
biasa la sembang macam tu ... awat time ang dok dergar ceramah kat shah alam tu ang tak menegakkan kebenaran yg hang dok laung² kan tuu ... nampak sangat hang pengecut ... siap ajak orang ...
kalau kau la kan, apa kau dapat kalau soal mesin fotostat?lagik satu aku ada misi aku sendiri. bertindak gopoh akan membahayakan misi itu.itu bukan pengecut, itu tactical espionage. aku nak dgr sendiri apa yg depa ckp, depa buat. cukup bukti, ada gambar, ada rakaman, aku serahkan pada pihak berwajib. rakaman dan gambar itu pulak kene SAMA in sync (hangpa paham ka lao aku taip nih, tak paham sorry la na), baru la authencity dia unquestionable. bukan senang nak buat tau.
ai abu yazid, bengang nampak..hehehe.. kan aku dah cakap, aku setakat dgn macai kelas bawahan mmg aku tak nak ulas, sebab hangpa bukan tau apa yg hangpa buat (taklid buta) aku terkilan sebab tak dapat jumpa asaari. kalo aku dapat jumpa, bertambah la buih mulut dia aku soal. mmg aku nak rakam setiap statemen yg keluar dari mulut dia sendiri. itu misi aku sebenarnya. org kalo dada kosong, tak menyelam ke lubuk syaitan. itu makan diri. berkesan atau tidak, hangpa boleh nilai sendiri,hehehe. sampai berkunci rumah nilai spring villa tuh, hehehehe :pmuka:
kalau pejuang kebenaran, keluaq la jumpa wartawan, kata asaari tuh mmg pbt, sheikh suhaimi mmg imam mahdi. keluar la. apsal depa takut????sampai berkunci dari dalam tuh. kali nih nyuruk bawah katil ka?
ok, contoh AMAT MUDAHutk kau abu yazid, masa aku post thread kursus ikhwan akhir zaman uth, naper mawar merah tak respond? dia cuma respon dlm thread kuliah asaari tuh jer, tak berani masuk thread ku.contoh yg mudah.
kau fikir la abu yazid, kalau la arqam itu betu, ramai ulama negara ini dah masuk.bukan ustaz2 yg dapat 'tauliah' dlm arqam.
silapnya si asaari, suka bertakiyyah.
baca sini:
http://rufaqa-sesat.blogspot.com ... bersama-asaari.html
ada jugak sheikh2 tuh kata masa aku pi, dia kata lepas keluar je dari pagar rumah asaari, yg malas solat akan rajin solat, yg isap rokok akan benrenti merokok.
Allah pulak kata dlm quran, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.
ada satu pepatah, selalunya budak darjah tiga sekolah kerajaan tahu menda nih:
berani kerana benar, takut kerana SALAH
abu yazid pernah dgr tak?
yg peliknya, apsal la depa tak guna PAWAH@MAGIC@KAROMAH masa kenarush tu? pelik kan abuyazid? bukan susah, tongkat sakti kan ada:

pelbagai kaler dan rupa. atau kenapa depa tak tepok dan belah bumi? atau tunding dan van jakim meletup? pelik la...dgn jakim pon kantul, nak lawanyahudi?preptepreptpeptpr! :nerd:
[ Last edited by snipersnake at 3-12-2006 08:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pagi2 mcm nih elok tgk akhbar
Dalam Negeri
Pegawai JAIS terima SMS perlekeh usaha perangi ajaran sesat
SHAH ALAM 2 Dis |
|
|
|
|
|
|
dealovaku This user has been deleted
|
Originally posted by snipersnake at 2-12-2006 12:50 PM
:lol
nampak sgt kau berbohong
mana ada 'jemputan' yg boleh masuk dlm rumah, cuma dok kat porch tuh jer. aku duk kat proch tu. kuat sangat menipu la arqam nih. cam asaari gak. :lol
tak ...
hikhikhik....terbongkar rahsia kau....dok kat porch..itulah dier BUKTI yg sahih dari kau bahwa memang KAU TAK BERDAYA MASUK ke dalam rumah tuh...aku nak nasihatkan kau, klau betul2 nak jadi SPY, buat betul2, jgn takut2...ini tak, terketaq2 kat luar...hanya wakilkan isteri dan makmertua masuk...hikhikhik....
dlm pandai kau membelit, terjerat gak dgn soalan aku...hikhikhik....
[ Last edited by dealovaku at 3-12-2006 08:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
dealovaku This user has been deleted
|
Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dalam isu Rufaqa yang semakin hangat diperkatakan melalui media massa dan cetak. Walaupun saya hanya seorang yang sangat bersimpati terhadap Rufaqa dan mengikuti perkembangannya namun saya merasa bertanggungjawab untuk menyatakan perkara ini. Secara ringkasnya, saya dapat membuat analisa begini:
1. Saya kurang bersetuju dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh JAIS terhadap Rufaqa. Sedangkan kehadiran JAIS adalah untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penyelewengan dari ajaran Islam. Saya mengatakan demikian kerana beberapa ungkapan yang kurang menyenangkan dari pihak JAIS yang digunakan bagi mengaibkan kumpulan ini. Antaranya, penggunaan istilah "rekrut" yang melambangkan keganasan kumpulan tersebut. Ini jelas menunjukkan sikap yang kurang senang JAIS dan ingin mengajak masyarakat yang membacanya terpengaruh dengan kenyataan mereka.
2. Saya yakin bahawa masyarakat turut keliru dengan kenyataan akhbar dan media massa berkaitan penyelewengan yang melampau oleh Rufaqa berikutan melampaunya kenyataan yang diperolehi dari JAIS. Sebagai contoh, pengakuan Ustaz Ashaari sebagai Imam Mahdi (walaupun mengaku Imam Mahdi tidak melanggar akta keselamatan dalam Negeri dan undang-undang Syariah di Malaysia). Sedangkan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh pemimpin bekas Arqam ini.
3. JAIS banyak memberi fakta yang berbelit dan berlawanan dengan kenyataan yang berlaku. Sebagai contoh, penahanan ahli Rufaqa di seksyen 13, Shah Alam. Sedangkan mereka bukan ahli Rufaqa tetapi orang awam yang ikuti kursus motivasi yang dianjurkan.
4. Kenyataan JAIS tentang reman yang dikenakan terhadap 40 orang pada kenyataan pertama, 10 orang pada kenyataan kedua dan yang 2 orang pada kenyataan ketiga adalah tidak benar memandangkan kesemua yang dianggap "ditahan" oleh penguatkuasa JAIS (tidak melibatkan PDRM dan KDN) telah berada di pangkuan keluarga masing-masing pada hari "penahanan" tersebut. Ertinya JAIS telah mempergunakan media dalam menjayakan niat buruk mereka terhadap Rufaqa.
5. Saya pelik dengan kenyataan Akhbar yang bersumberkan JAIS bahawa antara kesalahan Ustaz Ashaari adalah dianggap oleh pengikutnya sebagai wali, Sahibuz Zaman dan Putera Bani Tamim. Jika ia memang benar-benar menggugat keselamatan negara, sila buktikan terlebih dahulu. Saya yakin bahawa pihak yang mendakwa Ustaz Ashaari dan Rufaqa sendiri pun tidak faham dengan beberapa istilah pangkat yang disebutkan tadi ekoran menolak meja perbincangan antara JAIS dan Rufaqa hingga sanggup menipu masyarakat dengan ungkapan bahawa mengaku demikian boleh menyebabkan rosaknya akidah umat Islam.
6. Saya juga berkeyakinan bahawa pihak KDN, PDRM sangat tercabar dengan sikap agresif JAIS yang mendesak pihak tersebut untuk bertindak keatas Rufaqa seolah-olah pihak-pihak yang bertanggungjawab ini tidak melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.
7. Perhatian kepada media supaya lebih berhati-hati menerima maklumat dari bekas ahli Arqam yang sangat memusuhi Ustaz Ashaari dan Rufaqa. Masakan musuh tidak mengambil peluang ini untuk menjatuhkan lawannya jika ini dilihat sebagai masa yang paling sesuai disebabkan ada pihak yang menempel kepada kerajaan seperti JAIS yang cuba menjayakan agenda meraka.
8. Pemantauan perlu dibuat oleh KDN, PDRM dan Para Sultan bagi memastikan tiada fahaman Wahabi dan Salafi yang mendalangi pergerakan JAIS yang sangat menentang golongan Tariqat dan Sufi. Mustahil JAIS dan Jabatan Agama Islam yang lain "maksum" dari dosa dan kesalahan dalam membuat keputusan dan tindakan seperti yang diperlakukan keatas Ustaz Ashaari dan Rufaqa. JAIS bagaikan takut dan tiada hujah untuk berdepan dengan Ahli Lembaga Pengarah Rufaqa secara terbuka hingga mengambil sikap "malas"nya hingga memaksa KDN melaksanakan tahanan ISA nya keatas Pengerusi Eksekutif Rufaqa Corp.
Ahmad Bukhari Bin Sulaiman,
KUIM |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dealovaku at 3-12-2006 08:41 AM
hikhikhik....terbongkar rahsia kau....dok kat porch..itulah dier BUKTI yg sahih dari kau bahwa memang KAU TAK BERDAYA MASUK ke dalam rumah tuh...aku nak nasihatkan kau, klau betul2 nak jadi S ...
ish ish ish, nampak sgt kau bertakiyyah, mana ada jemputan masuk dlm rumah asaari semua lelaki duk kat porch, yg pompuan duk kat satu stage di bina bersebelahan porch.sementara menunggu utk ke rumah shiekh2 yg ditugaskan untuk mengambil POWER..hihi

ini lay out rumah asaari.kat nilai :
[ Last edited by snipersnake at 3-12-2006 09:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman
Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman
Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan
Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim Mujaddid akhir zaman
Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang
Ia bermula dari Timur
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan
Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan
Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar
Malam jadi abid, siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan
Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Itulah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan
Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari bin Muhammad |
|
|
|
|
|
|
|
SIFAT-SIFAT PERJUANGAN KEBENARAN
Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari dahulu hingga sekarang. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam atau pejuang-pejuang kebenaran pada setiap zaman juga sama. Ini kerana apa yang diperjuangkan ialah Tuhan yang sama, prinsip yang sama dan syariat yang sama.
Oleh yang demikian perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu, kalau ianya benar-benar mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka sifatnya pasti sama dengan perjuangan Islam di sepanjang zaman. Kalau ini tidak berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala.
Di antara sifat-sifat perjuangan itu ialah:
• Sentiasa diuji
Ujiannya berat. Namun demikian, ia tidak menjejaskan perjuangan. Ia setakat menapis dan menyaring pejuang-pejuangnya untuk menambah kekuatan.
• Mendapat bantuan ghaib
Berlaku berbagai-bagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut seperti Firasat, Yakazah, Hatif dan sebagainya yang berbentuk Khawariqul `adah (perkara yang mencarik adat atau di luar logik). Bagi para rasul dinamakan mukijzat, bagi para wali dinamakan karamah dan bagi orang-orang soleh dinamakan maunah. Maunah selalunya disandarkan kepada karamah. Bantuan-bantuan inilah merupakan hiburan di dalam menempuh ujian yang menimpa.
• Berlaku tapisan dan saringan
Pada pertengahan jalan dalam perjuangan, akan terdapat ramai pengikut. Pengikut yang ramai ini akan tertapis dan tersaring hingga tinggal sedikit. Kemenangan akan berlaku selepas saringan ini. Perjuangan kebenaran tidak pernah menang ketika mereka ramai.
• Tuhanlah yang mengalahkan musuh
Yang mengalahkan musuh bukan para pejuang tetapi Tuhan sendiri. Tuhanlah yang mengalahkan musuh supaya rasa kehambaan tetap kekal di hati para pejuang, dan Allah itu nampak Hebat dan Penuh Berkuasa.
• Faktor kemenangan adalah iman dan taqwa
Dalam perjuangan Islam atau kebenaran ada usaha lahir dan ada usaha rohaniah. Usaha lahir ialah seperti menggunakan tenaga, mencari kekuatan kewangan dan aset. Ini dinamakan "quwwah". Tetapi ini hanyalah sepuluh peratus 10% dari usaha keseluruhan. Usaha rohaniah, iaitu mengusahakan iman dan taqwa adalah 90% dari usaha keseluruhan. Iman dan taqwa inilah faktor utama bagi kemenangan perjuangan kebenaran.
• Mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa
Dalam perjuangan kebenaran ada nisbah kelebihan kekuatan 1:10. Di dalam Al-Quran ada disebut nisbah 1:20. Ini melibatkan tenaga manusia, masa, modal dan wang ringgit. Seorang pejuang kebenaran mampu melaksanakan kerja sepuluh kali ganda melebihi seorang pejuang kebatilan. Kalau pejuang kebatilan mengambil masa setahun untuk membuat sesuatu kerja, pejuang kebenaran hanya perlu satu bulan sahaja. Kalau pejuang kebatilan memerlukan modal RM100,000, pejuang kebenaran hanya memerlukan RM10,000 sahaja untuk menegakkan projek yang sama.
• Jalannya tetap dan jelas
Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Justeru itu, sejarah perjuangan kebenaran mesti digunakan sebagai panduan kerana ianya sentiasa berulang. Kalau perjuangan kita tidak mengikut sifat-sifat perjuangan kebenaran seperti yang dipaparkan oleh sejarah dan oleh Al Quran itu sendiri, maka tahulah kita bahawa kita sudah banyak tersasar dari perjuangan yang sebenar sama ada pada niatnya, pada perlaksanaannya, pada natijahnya, ataupun kita telah mengabaikan perkara-perkara yang pokok dan asas di dalam agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani
SURAT TERBUKA UNTUK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Assalamu抋laikum wbt.
Kepada tuan-tuan yang dimuliakan dan didoakan, ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kami pohon ampun maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini mempunyai kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan.
Dengan bersaksikan Allah dan Rasul, kami minta diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan rasa hati yang terpendam selama ini berkait dengan isu 慉rqam vs Majlis Fatwa Kebangsaan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dealovaku at 2-12-2006 03:42 PM
Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dalam isu Rufaqa yang semakin hangat diperkatakan melalui media massa dan cetak. Walaupun saya hanya seorang yang sangat bersimpati terhadap Rufaqa dan mengikuti perkembangannya namun saya merasa bertanggungjawab untuk menyatakan perkara ini. Secara ringkasnya, saya dapat membuat analisa begini:
1. Saya kurang bersetuju dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh JAIS terhadap Rufaqa. Sedangkan kehadiran JAIS adalah untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penyelewengan dari ajaran Islam. Saya mengatakan demikian kerana beberapa ungkapan yang kurang menyenangkan dari pihak JAIS yang digunakan bagi mengaibkan
Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dalam isu Rufaqa yang semakin hangat diperkatakan melalui media massa dan cetak. Walaupun saya hanya seorang yang sangat bersimpati terhadap Rufaqa dan mengikuti perkembangannya namun saya merasa bertanggungjawab untuk menyatakan perkara ini. Secara ringkasnya, saya dapat membuat analisa begini:
1. Saya kurang bersetuju dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh JAIS terhadap Rufaqa. Sedangkan kehadiran JAIS adalah untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penyelewengan dari ajaran Islam. Saya mengatakan demikian kerana beberapa ungkapan yang kurang menyenangkan dari pihak JAIS yang digunakan bagi mengaibkan kumpulan ini. Antaranya, penggunaan istilah "rekrut" yang melambangkan keganasan kumpulan tersebut. Ini jelas menunjukkan sikap yang kurang senang JAIS dan ingin mengajak masyarakat yang membacanya terpengaruh dengan kenyataan mereka.
1. perkataan rekrut tu satu alasan saja. kalau JAIS tugasnya menyelamatkan manusia, perkataan apapun yang diguna hanya boleh jadi tepat atau kurang tepat saja. Kewajiban JAIS adalah membenteras Arqam dan Rupakak yang menyeleweng.
kumpulan ini. Antaranya, penggunaan istilah "rekrut" yang melambangkan keganasan kumpulan tersebut. Ini jelas menunjukkan sikap yang kurang senang JAIS dan ingin mengajak masyarakat yang membacanya terpengaruh dengan kenyataan mereka.
1. perkataan rekrut tu satu alasan saja. kalau JAIS tugasnya menyelamatkan manusia, perkataan apapun yang diguna hanya boleh jadi tepat atau kurang tepat saja. Kewajiban JAIS adalah membenteras Arqam dan Rupakak yang menyeleweng.
2. Saya yakin bahawa masyarakat turut keliru dengan kenyataan akhbar dan media massa berkaitan penyelewengan yang melampau oleh Rufaqa berikutan melampaunya kenyataan yang diperolehi dari JAIS. Sebagai contoh, pengakuan Ustaz Ashaari sebagai Imam Mahdi (walaupun mengaku Imam Mahdi tidak melanggar akta keselamatan dalam Negeri dan undang-undang Syariah di Malaysia). Sedangkan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh pemimpin bekas Arqam ini.
2.Itu tak jadi masalah, buaya Assari boleh betulkan semula kalau dia berani. Kami orang2 Islam Malaysia percaya kesesatan Buaya saari bukan hanya pada kenyataan (jika benar) dia mengaku jadi Imam mahdi.
3. JAIS banyak memberi fakta yang berbelit dan berlawanan dengan kenyataan yang berlaku. Sebagai contoh, penahanan ahli Rufaqa di seksyen 13, Shah Alam. Sedangkan mereka bukan ahli Rufaqa tetapi orang awam yang ikuti kursus motivasi yang dianjurkan.
3. semua orang boleh cakap suka hati. Tapi kita mana nak tahu dia ahli rufaqa ke tak? Dia boleh kata dia tak ikut rupakak walaupun dia sebenarnya ahli rupakak. ari ni dalam suratkabar, kumpulan nasyid mawaddah pun ngaku dia bukan ahli rupakak.....ingat orang islam malaysia ni budak kecik ke nak tipu2?!! macam kau lah, konon sangat bersimpati, sampai taknak ngaku ahli rupakak. pigi dah
4. Kenyataan JAIS tentang reman yang dikenakan terhadap 40 orang pada kenyataan pertama, 10 orang pada kenyataan kedua dan yang 2 orang pada kenyataan ketiga adalah tidak benar memandangkan kesemua yang dianggap "ditahan" oleh penguatkuasa JAIS (tidak melibatkan PDRM dan KDN) telah berada di pangkuan keluarga masing-masing pada hari "penahanan" tersebut. Ertinya JAIS telah mempergunakan media dalam menjayakan niat buruk mereka terhadap Rufaqa.
4- JAIS 'bersalah' kalau ada laporannya salah. Korang rupakak pulak bersalah sebab telah tersesat dan melanggar fatwa mufti2. deii...mana ada ajaran Islam scan2 orang, macam bomoh lakk boleh panggil2 duit.,. apa raaaa
5. Saya pelik dengan kenyataan Akhbar yang bersumberkan JAIS bahawa antara kesalahan Ustaz Ashaari adalah dianggap oleh pengikutnya sebagai wali, Sahibuz Zaman dan Putera Bani Tamim. Jika ia memang benar-benar menggugat keselamatan negara, sila buktikan terlebih dahulu. Saya yakin bahawa pihak yang mendakwa Ustaz Ashaari dan Rufaqa sendiri pun tidak faham dengan beberapa istilah pangkat yang disebutkan tadi ekoran menolak meja perbincangan antara JAIS dan Rufaqa hingga sanggup menipu masyarakat dengan ungkapan bahawa mengaku demikian boleh menyebabkan rosaknya akidah umat Islam.
5. kau ahli rupakak kau mesti lagi mahir kan pasal pangkat2 ni. ... mengancam keselamatan negara tak semestianya dengan angkat senajata saja. gerakan subversif, dan perangs araf pun boleh mengancam negara. Takkan nak tunggu bila dah angkat senjata baru nak benteras? Aku langsung tak nampak salah bila guna istilah mengancam keselamatan negara sebab saari and the geng sebenarnya buat lebih teruk iaitu mengancam kemurnian agama.
6. Saya juga berkeyakinan bahawa pihak KDN, PDRM sangat tercabar dengan sikap agresif JAIS yang mendesak pihak tersebut untuk bertindak keatas Rufaqa seolah-olah pihak-pihak yang bertanggungjawab ini tidak melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.
6. pandai2 je kau ni...suka hati je nak cakap apa ye...Aku rasa polis lagi suka sebab senang kerja diorang sebab dah ada yang tolong. Aku pun kalau boleh nak pegi tangkap geng2 sesat rupakak yang sombong dan takabbur ni....
7. Perhatian kepada media supaya lebih berhati-hati menerima maklumat dari bekas ahli Arqam yang sangat memusuhi Ustaz Ashaari dan Rufaqa. Masakan musuh tidak mengambil peluang ini untuk menjatuhkan lawannya jika ini dilihat sebagai masa yang paling sesuai disebabkan ada pihak yang menempel kepada kerajaan seperti JAIS yang cuba menjayakan agenda meraka.
7.abih nak ambik kenyataan dari ahli rupakak sendiri yang taksub buta? apa kau merepek ni jaaangggg...
8. Pemantauan perlu dibuat oleh KDN, PDRM dan Para Sultan bagi memastikan tiada fahaman Wahabi dan Salafi yang mendalangi pergerakan JAIS yang sangat menentang golongan Tariqat dan Sufi. Mustahil JAIS dan Jabatan Agama Islam yang lain "maksum" dari dosa dan kesalahan dalam membuat keputusan dan tindakan seperti yang diperlakukan keatas Ustaz Ashaari dan Rufaqa. JAIS bagaikan takut dan tiada hujah untuk berdepan dengan Ahli Lembaga Pengarah Rufaqa secara terbuka hingga mengambil sikap "malas"nya hingga memaksa KDN melaksanakan tahanan ISA nya keatas Pengerusi Eksekutif Rufaqa Corp.
8. mengaku sufi lak? kepercayaan korang dah tersalah, tak payah tunggu wahabi masuk jarum, aku dan orang2 Islam lain pun naik menyampah tengok aksi korang yang dah lah tersesat, perasan best lak tu.
Ahmad Bukhari Bin Sulaiman,
KUIM
tunggu lah daulah kau tu sampai saari masuk lubang kubur |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 2-12-2006 08:51 PM
Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani
SURAT TERBUKA UNTUK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Assalamu抋 ...
Rupakak yang kaki menipu nak memujuk orang dengan kata2 manis dan penuh belas kasihannya tu?? kalau dah penipu, tipu ajelah yang keluar dari mult korang...wahai Saari al-Kazib dan para pengikutnya yang buta hati. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi pi la apapun ... mesti maki hamun puya laa ... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ye Islam akhir zaman ni, yang menghancurkan tetap orang Islam gak. betul ke jabatan agama Islam negeri ni mengikut landasan islam yg sebenarnya? Kalau akidah yang silap kenapa kaitkan dengan ekonomi yg mereka jana?
Sapa2 yang suka menghina tu, satu soalan, awak semua tak berdosa? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fiktee at 3-12-2006 03:06 PM
kesian ye Islam akhir zaman ni, yang menghancurkan tetap orang Islam gak. betul ke jabatan agama Islam negeri ni mengikut landasan islam yg sebenarnya? Kalau akidah yang silap kenapa kaitkan dengan ...
islam pada diorang hanya bertindak pada individu atau kumpulan yg diorang sendiri rasa tidak senang,
maksiat tmpat sendiri pun tak selesai ... tgk ni >>> www.floatparty.com
selesaikan masalah tu dengan global, jangan sempitkan islam ... baru dikatakan pemyelamat ...
[ Last edited by Abuyazid at 3-12-2006 04:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
penyelamat?
kalo penyelamat pon cabut larik guane demo :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 3-12-2006 09:47 PM
penyelamat?
kalo penyelamat pon cabut larik guane demo :lol
www.floatparty.com :nerd::nerd: :
[ Last edited by Abuyazid at 3-12-2006 10:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|