|
Originally posted by HangPC2 at 24-7-2007 11:19 AM
Pembunuhan dengan gajah.
Begini lah teknik yang digunakan oleh Inggeris dan Thai sewaktu membunuh Sultan Jaafa ...
Jadi memang Datuk Tunku Abdul Rahman dari Thai |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 23-7-2007 07:47 AM
Kalau tak salah aku,Almarhum Sultan Abdul Hamid ni adalah ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia pertama,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.
Almarhum juga adalah nenda kepada Sultan Abdul Hal ...
Ada sesiapa boleh jawab soalan ni tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi Panas balik
Hehehe..kita kasi panas blk ini thread..
Kat bawah ni satu perenggan yang aku petik dari Hikayat Abdullah karya Munshi Abdullah. Ini tentang perangai raja or anak raja zaman tu..
Setelah Sultan Mahmud mangkat, entah dari mana datangnya dalam dua tiga hari singgahlah dua tiga orang anak raja di Padang. Setelah sampai di pantai,disuruhnya orang membawa tombaknya ke darat untuk meminta beras,ayam dan barang-barang lain yang dikehendakinya. Kasihan orang Padang kerana kebodohannya. Apabila mereka mendengar nama raja ataupun anak raja, dihormatinya seperti Allah. Dengan gementar tulangnya, mereka serahkan sebarang kehendaknya tanpa bayaran. Sepuluh lima belas hari kemudian, datang pula empat lima anak raja. Mereka pun meminta juga. Ada yang naik sendiri ke darat. Barang yang ditemui diambilnya seperti hartanya sendiri. Mereka seperti penyamun. Tuan punya harta hanya terkelip-kelip matanya,bodoh sebab takut pada nama anak raja. Diam sahaja . Anak raja yang tidak tahu malu dan takut kepada Allah dan makhluk kerana makan barang haram,berbuat sesuka hatinya. Ada pula berkelakuan seperti binatang, mengejar dan memperkosa anak-anak perempuan. Setelah itu mereka belayar. Kemudian datang pula yang lain. Kehendak mereka tidak boleh dilawan. Jika dilawan, akan dibunuh dan rumahnya dibakar. Pokok-pokok kelapa mereka habis ditebang untuk diambil umbutnya. Demikianlah mereka membinasakan hamba Allah dengan zalim dan aniaya. Mereka meninggalkan kampung halaman dan sawah ladang dengan poran-parik,membawa diri ke tempat lain. Ada yang menjadi hamba orang, beribu-ribu orang,bertaburan sepanjang tempat. Kampung-kampung itu tinggal menjadi hutan rimba tempat harimau dan gajah sekarang ini. Tidakkah mereka sedar segala kezaliman dan aniaya mereka itu akan dibalas oleh Allah ? .. |
|
|
|
|
|
|
m!sT This user has been deleted
|
err...cita dr negri lain xder ker..
aku skang kalo dh baca bab2 sejarah nii rajin plakk..tp nape laa time time skolah dluu malas nak mampos... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana lak ngan sultan kelantan? Bukan ke susur galur sultan kelantan sekarang dari terengganu? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa boleh ceritakan dengan saya sejarah sultan negeri sabah aku lahir-lahir saje dah tak ada raja,bagai mana agaknya rasa hidup rakyat yang ada raja ,macam negeri johor seronok tengok raja dengan rakyatnya.siapa tahu sejarah sultan negeri sabah ni kongsilah ya di sini sekurang-kurangnya nenek moyang aku bersultan juga dan aku tumpang bangga jugalah tapi setakat ini tidak pula ada kesan tinggalan sejarah pemerintaan kerajaan yang terdahulu.saya dah cari dekat perpustakaan tapi tidak ada sebarang buku yang merujuk kearah itu.terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Banyak fakta dan hujah dalam blog "Negara Kedah" itu songsang dan assobiyah, tetapi banyak juga fakta dan hujah juga benar dan "align".
Candi di Kedah pada asalnya juga adalah candi-candi Buddha yang di bina oleh Sailendra Srivijaya. Tetapi sejarah tulisan Jewish British lah yang merujuk kepada candi-candi itu sebagai candi Hindu.
|
|
|
|
|
|
|
|
setahu sy sabah pernah diperintah oleh kesultanan brunei dan kemudian kesultanan sulu....sejak abad 15 kot....sblm2 tu x tau la pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Abdullah Munshi menulis tentang sosok anak2 Raja2 Melayu sebagai penyamun. Tidakkah dia ketahuan bahawa tuannya yang membayar gajinya itu bapak kepada segala penyamun yang membolot segala hasil pribumi seluruh Nusantara Melayu. Almaklum yang ditulis cuma perihal yang dijajah walaupun ada kebenarannya. Wallahuallam. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamigonzales at 8-1-2016 08:16 AM
Bermula dari Segenting Kra hinggalah kawasan Lembah Krian Perak,penduduknya adalah orang Melayu yang bertutur dalam dialek Kedah. Secara etnologi kerana pertuturan dan budaya mereka yg sama maka iklasifikasikan sebagai orang Kedah.Sempadan negara moden diwujudkan hanya sekitar tahun 1909/10.
Kurun2 sebelumnya membawa ke kurun 20,kawasan ini dihimpit oleh "Super Powers";Thailand,Buma dan British Sejarah yg tragis,pengkhianatan dan pertumpahan darah.(Sila baca Blog Minda Ahad Pembunuhan yang tidak direkodkan Sejarah).
Sila juga baca Blog Berkat Ayahnda yang menceritakan sejarah peperangan dan penjajahan Siam keatas Kedah. Etnic cleansing bukanlah baru. Kerajaan Siam Budha berusaha menghapuskan Melayu Siam Islam dari Segenting Kra,Phuket (yang dikala itu juga berajakan Siam Islam) membawa ke Langkawi,Perlis dan Kedah.Genocide (pembunuhan beramai2) dan ethnic cleansing ini benar terjadi dan akan terus terjadi di Burma dan Segenting Kra. Burma juga terenter frame jugaklah sebab merekalah yg menyerang Langkawi di era Mahsuri isteri Wan Darus cucu kepada Paduka Seri Sultan Bisnu, Raja Satun.
Pada tahun 1876M tentera Raja Buddha Thailand telah membunuh Raja Melayu Siam Kedah di Gurun,5 tahun kemudian mereka mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik menjadi Sultan Kedah Darul Aman yang pertama di tahun 1881M dan dipaksa oleh penjajah Thailand supaya menceraikan dan membunuh isteri pertamanya yang bernama Nai Sofea @ Syarifah Sofea yang merupakan anak saudara Maharaja Islam Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah.Untuk mengetahui pengkhianatan penyerahan Pulau Pinang dan pembunuhan selanjutnya dan kisah Sultanah Syarifah Sofea silalah baca blog tersebut.(Sumber Blog Ahad dan Blog Berkat Ayahnda)
Tidak ada yang tepat dalam sejarah,cuma yang paling terhampir tepat. Yang tepat cuma apa yang disampaikan Jibrail kepada Rasullullah (saw),tentang kisah silam di dalam Alquran.
Jadi kalau sejarah salasilah dan pemerintahan tempatan ni kita ambil dari perbagai sumber dan cuba menghargai usaha ahli2 pengkaji sejarah ni. Boleh jadi silap ,takper la,lihat sumber lain. Sejarah Kedah Darul Aman teramatlah complex dan caca marba,nama2 pulak tu Siam purba belaka.Tempat2 pula berterabur serata alam.Cuba juga fahamkan kerana ceq ni anak Kedah asal Patani. Have fun buat research semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yustan replied at 7-1-2016 03:03 PM
setahu sy sabah pernah diperintah oleh kesultanan brunei dan kemudian kesultanan sulu....sejak aba ...
Ya saya tahu tentang itu malah sabah pernah diperintah oleh dua kesultanan,bahagian pantai barat sabah di perintah oleh sultan brunai manakala bahagian pantai timur sabah diperintah oleh kesultanan sulu tetepi apa yang saya musykil dari tuaran hingga kotabelud tidak pernah pula atuk nenek aku cerita pasal sultan -sultan sebelumnya,malah tidak ada warisan sejarah tinggalan kesultan ini yang dapat saya lihat pada hari ini.sama ada dari segi bahasa pertuturan,seni bina,cara berpakaian dan banyak lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|