|
Reply #41 jezz12's post
jez lah....
bila cuti....? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 indah1285's post
tak nak tnya ke bila t cuti |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu ber'CINTA' kerna CINTA itu adalah NAFSU... dan dalam NAFSU itu ada CINTA!
dan pabila NAFSU disatukan dengan CINTA ia mula menjadi NISTA!
[ Last edited by Amiin_al_Kalam at 6-10-2007 05:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 athieyra's post
t dh cuti lama dah.... hehee...
beraya kt mana nnti t... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 Amiin_al_Kalam's post
awat bang amin...? marah nmpak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 indah1285's post
beraya kat umah ler.. jemput2 sume dtg
In lak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 6-10-2007 05:42 AM
awat bang amin...? marah nmpak....
yer ker?
lu nampak wa marah ker??
hahahahahaa.... wa baca sajak la bebb...
mesti ler kena siyess... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 Amiin_al_Kalam's post
ya ka cinta tu NAFSU... bukan naluri ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 Amiin_al_Kalam's post
terpost 2x... begong server nie... |
|
|
|
|
|
|
|
KENALI CINTA...
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi
salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang
dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi
krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk
mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur
nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan
cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu.
Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu
sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir
ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta
bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta
kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan
cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat
dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan
menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa
itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa
kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling
memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk
menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah
dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia
cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari
diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat
yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling
sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu
timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya
menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya
khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang
lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam
pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta
tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia
boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang
cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu
bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan
panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh
layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar
cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang ,
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai
orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap
hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci
mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan
nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda
dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah
sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia
senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja
ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana
sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap
bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh
kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun
itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga
yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang
bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu
ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda
mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak
tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia
mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda
bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang
dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan
anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan
anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku, cinta wujud dari akal, hati dan nafsu. Kalau tiada cinta dan hanya wujud nafsu...dah nak sama dengan haiwan. Kalau tiada cinta, maknanya kita ni tak berperikemanusiaan. Cinta ini tak semestinya antara 2 insan sahaja tetapi merangkumi semua. Tapi tu semua pendapat aku je.:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
sbb dea beshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....knp perlu bercinta..............
to love someone deeply gives u strength and being loved by somone deeply gives u courage.............. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah jatuh cinta.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|