|
aku tak reti tang nilai2 huruf tu.. berguna ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 adala's post
nilai2 huruf? maksud ko, gematria ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 migdal_bavel's post
tepat. tu la maksud aku.. aku mmg tak pnh belajar jawi or arab.. so susah la skit..
tp aku tau la baca jawi (w/pun tak lancar). sbb apa yg aku baca tu dlm bahasa melayu dan aku tau baca al-quran..
so apa kata ko try tulis artikel atau petikan cerita atau apa2 saja dlm bahasa melayu tp guna tulisan hebrew.. w/pun bunyinya mungkin tak sama ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 adala's post
ak x paham...
ko nak tau pasal gematria ker atau nak suruh ak ajar macam mana nak mengibranikan bahasa melayu (macam jawi)-gunakan huruf-huruf ibrani dalam bahasa melayu?
Kaum Yahudi memang telah membentuk lebih 50 buah bahasa yang diadaptasikan oleh bahasa-bahasa diaspora lain di mana-mana sahaja mereka singgahi.
Maksudnya, mencampurkan unsur-unsur Ibrani ke dalam bahasa2 tempatan tersebut serta menggunakan huruf Ibrani dalam penulisannya.
Bahasa yang paling tinggik pencapaian sasteranya ialah bahasa Yahudi-Arabi (terdiri daripada banyak loghat), bahasa Yiddish (Ibrani-German-Slav) dan bahasa Ladino/Judezmo (Ibrani-Spanish-Turkish)
tapi, x ada lagi lah setakat ini untuk bahasa Ibrani-Melayu ni...ko nak jadi pengasas ker
kalo ada, ko nak letak nama apa? takkan jawi juga![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 8-5-2008 03:30 PM ![](http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
ak x paham...
ko nak tau pasal gematria ker atau nak suruh ak ajar macam mana nak mengibranikan bahasa melayu (macam jawi)-gunakan huruf-huruf ibrani dalam bahasa melayu?
Kaum Yahudi memang ...
aku nk tau pasal gematria dan try guna huruf ibrani dlm bahasa melayu la.. nnt aku reka la nama apa. amik nama kucing jiran sahabat pena biras kawan tok menakan sepupu awek lama aku ke...
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
[ Last edited by adala at 8-5-2008 11:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 adala's post
aku rasa aku paham kot apa hang nak
contohnya macam guna tulisan Hebrew tapi membentuk ayat,artikel dalam Bahasa Melayu..kan nenek kan? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
penah dengar ada komuniti yahudi hidup aman di morocco & egypt.., india & iran pun ada.. diorang guna bhs apa ek? local ke ibrani? |
|
|
|
|
|
|
|
laila tov, migdal![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 adala's post - Gematria
Post Last Edit by migdal_bavel at 29-11-2009 08:42
salaam adala dan sesuka
maaf lambat reply
kita mulakan pelajaran kita dengan bab Gematria dulu erk
Gematriyah ini berasal dari kata Greek yg bermakna numerologi
nilai nombor (Alef=1, Bet=2, Gimmel=3, etc etc) itu memang sudah tersedia wujud dalam bahasa semitik termasuklah bahasa Arab
ia merupakan ilmu penomboran yang menggunakan huruf-huruf Ibrani sebagai nilai nombor untuk memberi jumlah nilai sesebuah perkataan Ibrani.
contohnya perkataan אב Av yang bermaksud bapa ini adalah berjumlah 3 sebab (Alef=1 dan Bet=2; 1+2=3)
hal ini penting dalam Midrash (Penafsiran) yang terdiri daripada empat marhalah
marhalah terakhir ialah kaedah Sod (Rahsia) yang mana, salah satu elemen penting dalam kaedah terakhir ini ialah melalui Gematriyah
Para Midrashim (Mufassirin) menafsirkan ayat 3 orang malaikat melawat Ibrahim ialah malaikat Jibrael, Mikael dan Israfel dengan menggunakan kaedah Gematriyah inilah
Hal ini didapati kerana jumlah nilai bagi setiap huruf dalam ayat Taurat yang menceritakan kedatangan 3 orang malaikat semasa menjenguk Ibrahim sebelum mereka menghancurkan kota Sodom dan Gomorrah ialah sama dengan jumlah nama-nama Ibrani bagi malaikat Jibrael, Mikael dan Israfel
beginilah Gematriyah dapat membantu dalam menafsirkan ayat-ayat Taurat yang mana, dalam kes di atas, Taurat tidakpun menyebut nama 3 orang malaikat tersebut tapi melalui kaedah Gematriyah ini, nama-nama mereka diketahui
ada banyak sistem dalam Gematriyah ini bagaimanapun, bagi pembelajaran asas, adalah lebih baik kita mempelajari sistem yang standard
lagipun, sistem-sistem lain adalah bersangkut paut dengan golongan kabbalah (mereka mahir dalah gematria) dan agama Yahudi yang ak yakin, korang sume taklah nak berminat sebab korang kan nak belajar Ibrani, bukannya Yahudi
rujuk Jadual Gematria yang menggunakan sistem yang standard di bawah:
kita dapati, untuk mengelakkan kekeliruan (disebabkan huruf dan nombor kedua-duanya diwakilkan dgn huruf Ibrani), maka tanda Geresh diletakkan di sebelah kiri atas setiap huruf tersebut demi menunjukkan statusnya ialah nombor pada waktu itu dan bukanlah huruf
bagi nombor yg berjumlah lebih dari satu digit, maka tanda Gershayim (jama bg Geresh) diletakkan di sebelah kanan atas huruf terakhir.
contoh, nombor 1 dan nombor 36 di bawah boleh ditulis demikian:
contoh yg lain, nombor 613 ditulis sebagai :
613 ialah bilangan mitzvah (Kewajipan) dalam syariah Yahudi yang mesti ditaati maka ia adalah nombor suci
kadang-kadang, kita boleh membaca nombor-nombor tersebut dengan membaca huruf Ibrani yang terbentuk sebab nombor-nombor itu ditulis dalam huruf Ibrani
dalam kes 613 di atas, kita bolehlah membacanya sebagai Taryag, suatu terma yang baru dan tiada maksudpun hakikatnya
tetapi, lazimnya ditulis TaRYa''G bagi menunjukkan ia adalah nombor dan bukannya perkataan, iaitu dengan meletakkan tanda Gershayim '' sebelum huruf terakhir.
bagaimanakah pula dalam kes nombor yang besar gandaannya?
rujuk Jadual di bawah:
Perhatian, terdapat suatu pengecualian dalam kotak ke-5 dan ke-6 di mana, nombor 15 dan 16 tidaklah ditulis sebagai י''ה dan י''ו sebab Ya"H dan Y"O ini adalah dua suku kata yang membentuk nama YHVH, yakni nama Allah yang suci serta dilarang keras daripada disebut dan ditulis
maka, digantikanlah dengan ט''ו dan ט''ז sebagai wakil kepada nombor 15 dan 16...
ט = 9
ו = 6
ז = 7
maka, 9+6=15 dan 9+7=16
oleh sebab Ibrani didukungi oleh kaum Yahudi, maka ia juga dilingkari dan dipengaruhi oleh agama Yahudi
jadi, hukum Nahu penomboran ini tidak boleh tidak, mestilah menjaga kemuliaan warisan Yahudi ini
bagaimanapun, penggunaan nombor dalam sistem penulisan Ibrani moden menggunakan nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9
penggunaan huruf-huruf Ibrani sebagai nombor hanyalah kekal pada almanak Ibrani serta kitab-kitab suci saja
contoh, lihatlah bagaimana tertulisnya Taurat dalam huruf Ibrani yang ditulis dgn tanda Masorati atau Tajwidnya.
Beginilah khat Taurat tertulis:
dalam gambar di atas, yakni ayat-ayat pertama dalam kitab pertama Taurat, iaitu kitab Beresheit,
kita lihat kesemuanya adalah huruf Ibrani bukan?
tapi, sebenarnya Perek dan Pesukim itu menunjukkan nombor atau bilangan dan ia bukanlah perkataan
Perek maknanya ialah Surah atau Bab manakala Pesukim (jama bagi Pasuk) bermaksud Ayat
kita dapati dalam rajah di atas, tertulisnya א-ד
maksudnya, ialah ayat 1 sehingga 4 (Alef=1, Dalet=4)
jika kita ingin quote kan ayat-ayat daripada Taurat, maka penulisan proper ialah seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Ibrani-Melayu (Jawi-Ibrani) ?
Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 17:33
Permintaan adala adalah sangat unik, dan ak yakin,
jika komuniti Yahudi yang kukuh yang dahulunya pernah wujud di Malaysia dan sekiranya masih kekal terestablished, maka tidak mustahil Ibrani-Melayu ini wujud sejajar dengan bahasa-bahasa diaspora yang diadaptasikan oleh kaum Yahudi di serata dunia.
Bagaimanapun, ak rasa, penggunaan huruf-huruf Arab dalam bahasa Melayu (dikenali sebagai tulisan Jawi) ini bukanlah sekadar main-main.
Ia malah, dipantau oleh suatu badan (adakah DBP?) yang akan mengambil kira perubahan semasa dan penambahan kosa kata dalam bahasa Melayu, justeru menyediakan kaedah khusus dalam mentransliterasikan huruf-huruf Rumi kepada huruf-huruf Arab tersebut
Jadi, ak rasa ak tidaklah boleh memandai-mandai dalam mengasaskan Ibrani-Melayu (dalam erti kata Jawi-Ibrani) sebab kita tiada komiti khusus dalam hal ini.
cuma, ak boleh berikan beberapa syarat khusus yang telahpun ditetapkan oleh Akademi Bahasa Ibrani di Israel untuk pentransliterasian perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang menggunakan huruf Rumi kepada huruf-huruf Ibrani
Bagaimanapun, akanku ubah suai sedikit agar ianya sesuai dengan Jawi (bahasa Melayu banyak dipengaruhi Arabic) sebab huruf Ibrani adalah adik-beradik bahasa Arab.
contoh, huruf K dalam perkataan nikmat tidaklah boleh kita gantikan dengan huruf Kaf כ sebab nikmat adalah pinjaman daripada perkataan Arab نعمة
jadi, huruf 'Ayin ע lah patut ditulis dan bukannya huruf Kaf כ
ok, sekarang kita mulakan pembelajaran kita yer
1. Kesemua perkataan Melayu yang berasal daripada perkataan Arab (tidak kiralah vokal dan konsonan), maka penulisan Ibraninya mestilah sama dengan penulisan Jawinya melainkan huruf (Waw و dan Jeem ج ) sebab Ibrani tiada huruf-huruf tersebut.
contoh perkataan nikmat tadi, patut ditulis נעמת dan bukannya נכמת
lagi, perkataan kalbu, patut ditulis קלבו dan bukannya כלבו
kesimpulannya, ikutlah penulisan Jawi yang sedia ada bagi perkataan-perkataan melayu yang dipinjam daripada perkataan Arab iaitu tukarkan dengan huruf-huruf Ibrani yang setara dengan huruf-hurf Arab
rujuk kembali jadual di bawah![](static/image/smiley/default/smile.gif)
2. Kesemua perkataan Melayu yang bukan berasal daripada bahasa Arab, maka ikutlah kesamaan bunyi konsonannya.
Jika konsonan Rumi itu adalah sama dengan bunyi konsonan Ibrani, maka ia teraplikasi tetapi dengan beberapa pengecualian di bawah:
-setiap huruf V di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Vav ו dan bukannya huruf Vet ב
contoh: vena ditulis וינא dan bukanlah בינא
-setiap huruf T di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Tet ט dan bukannya huruf Tav ת
contoh: tali ditulis טאלי dan bukanlah תאלי
-setiap huruf S di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Samech ס dan bukannya huruf Sin ש
contoh: sari ditulis סארי dan bukanlah שארי
-setiap huruf K di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Qof ק dan bukanlah huruf Kaf כ
contoh: kami ditulis קאמי dan bukanlah כאמי
Inilah sistem yang telah ditetapkan oleh Akademi Bahasa Ibrani untuk mengaplikasikan kepada huruf-huruf Rumi bahasa asing.
3. Kesemua perkataan Melayu yang bukan berasal daripada bahasa Arab dan juga tidak sama bunyi konsonannya dengan konsonan Ibrani, maka ada pengubahsuaian dan penambahan dalam mentransliterasikan kepada huruf-huruf Ibrani
hal ini juga tertakluk kepada pentransliterasian huruf Jawi (Waw و dan Jeem ج ).
huruf-huruf atau bunyi-bunyi tersebut adalah J , CH, NY, NG, W dan X (tolong tambahkan kalau ak tertinggal sebab ak lupa bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu)
-setiap huruf J di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Gimel 'ג yang bertanda geresh
contoh: jari ditulis ג'ארי
-setiap bunyi CH di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Tsadi 'צ yang bertanda geresh
contoh: cara ditulis צ'ארא
-setiap bunyi NY di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Nun 'נ yang bertanda geresh
contoh: nyanyi ditulis נ'אנ'י
-setiap bunyi NG di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf 'Ayin 'ע yang bertanda geresh ataupun ditransliterasikan kepada gabungan huruf Nun dan Gimel נע
contoh: helang ditulis 'הלאע atau הלאנע
alternatif kedua bagi bunyi NG lebih lazim digunakan untuk bahasa asing yang tiada kaitan dengan bahasa Semitik seperti bahasa Inggeris sementara alternatif pertama selalunya digunakan untuk bahasa asing yang terpengaruh dengan bahasa Semitik (Arabic) seperti bahasa Parsi dan Urdu
-setiap huruf W di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada huruf Vav וו yang digandakan
contoh: wah ditulis וואה
-setiap huruf X di dalam bahasa Melayu, mestilah ditransliterasikan kepada gabungan huruf Qof dan Samech קס
contoh? ak tak dapat fikirkan mana2 perkataan melayu yang terdapat di dalamnya huruf X![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
4. Kesemua perkataan Melayu yang bukan berasal daripada bahasa Arab, maka ikutlah kesamaan bunyi vokalnya.
-Vokal A diwakili oleh huruf Alef א
-Vokal O dan U diwakili oleh huruf Vav ו
-Vokal E dan I diwakili oleh huruf Yod י
selamat belajar semua ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 sesuka jer's post
diorang guna bahasa adaptasi yang seolah-olah kita dengar seperti loghat bahasa arab tetapi sebenarnya adalah bahasa Yahudi-Maghribi, Yahudi-Misri,Yahudi-Parsi yang mana, digabungkan unsur-unsur Ibrani dan bahasa lokal tersebut.
tetapi dalam penulisan, tetap ditulis dengan huruf2 Ibrani..
Sifrut CHaZa''L (Kitab2 Agung Para Pendeta) tertulis dalam bahasa Yahudi-Arabi yang menggunakan huruf-huruf Arab dan juga Ibrani
maka, untuk mempelajari kitab2 tersebut, bahasa Arab sangat penting...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 16-5-2008 10:40 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
contoh: helang ditulis 'הלאע
kalo nk eja 'halang' camni? 'האלאע
[ Last edited by adala at 20-5-2008 12:02 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 adala's post
betul!
ko tulis la apa2 artikel dalam Ibrani-Melayu (nama apa ni?) dan marilah kita tgk macam mana![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 migdal_bavel's post
maknanya masih ada la huruf vokal yg kita akan abaikan... contohnya dlm ejaan 'helang' tadi la... ( י ) - tak ada....
[ Last edited by adala at 21-5-2008 01:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 adala's post
Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 17:47
oh, huruf Yod י itu untuk vokal E yang berbunyi seperti Enak bukanlah E yang berbunyi seperti Emak
dalam Ibrani, vokal E yang berbunyi seperti Emak ini tidak diwakili oleh mana-mana huruf tetapi ia dikenali melalui Tanda Sheva (tanda mati) iaitu dua titik berganda seperti ini ְ yang terletak di bawah huruf-huruf Ibrani yang mati (silent)
Sebab itulah ia tak wujud dalam kes helang di atas...kerana kalo kita letakkan titik-titik Nequdot, barulah wujud pembacaan E itu
contoh, perkataan ברכה Berachah (Barakah) apabila diletakkan titik-titik Nequdot, maka ditulis בְּרַכַה
lihat, huruf Bet itu mati sebab itulah kita membacanya Berachah dengan bunyi sepeti vokal E dalam Emak, bukannya Enak
mungkin ak patut bagi pelajaran pasal vowels atau sistem Nequdot (Sistem Titik) yang memberi bacaan kepada huruf-huruf Ibrani tersebut..
Lebih kurang macam Sistem Baris dalam bahasa Arab lar ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 migdal_bavel's post
tanda sheva tu camna? kalo nk tulis emak mmg wajib boh nequdot ke?
huruf B lak nk ganti ngan apa? kalo yg perkataan yg berasal dr arab kena guna huruf Vet.. bahasa melayu guna Vet gak ke? kalo nk boh beit gak, ada ke huruf tu kt keyboard? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 adala's post
nanti ak buat artikel pasal nequdot
agak panjang pelajaran nequdot, titik2 tu bukan setakat titik sheva jer..ad titik2 lain lagi...jd tunggulah yer
tp, titik2 tu, termasuklah titik sheva, tak adapun dalam mana2 bahan bacaan Ibrani
ia hanya wujud dlm kitab2 Ibrani Bible, mcm Taurat, Zabur etc dan juga kitab2 keagamaan yg lain mcm kitab sembahyang, blessings, zikir etc
penggunaan titik2 tu hanya berlaku secara occasionally jer..maksudnya utk elakkan kekeliruan...bnd ni slalu ad dlm kamus Ibrani..
kekeliruan ni maksudnya, kalau ad dua perkataan Ibrani yg berlainan sebutan, tp huruf2 konsonan yg membentuknya adalah sama, maka agak susah bagi kita untuk mengenal pasti sebutan yg sebenarnya (melainkan dgn merujuk konteks ayat keseluruhannya, dan ini memerlukan kebiasaan dan pembelajaran yg tekun)
jadi, memang kita tak akan sertakan titik2 nequdot tu dlm penulisan kita...termasukla dlm penulisan Ibrani-Melayu ko ni..
dan utk pembelajaran Ibrani, seseorang kene rajin2 la menambahkn kosa kata kalau nk bezakan perkataan2 yg sama ejaan tapi berlainan bacaan...sbb kalau bc surat khabar Ibrani ker, pergi ke restoran2 Ibrani ker, mana dia tulis berserta titik2 nequdot utk memudhkan pembacaan kita
sama la mcm bahasa Arab...korang baca al-Qur'an dgn huruf2 Arab yg berbaris dan bertanda bacaan kan? Bahasa Arab mana ad baris sebenarnya...tp sebab org Muslim yg bukan berbahasa Arab mungkin pyh nk baca, sbb x dpt bezakan mana satu yg dibaca baris atas, depan dan bawah, maka dibuatlah baris2 tu utk memudahkn pembacaan
tp kalo gi kt negara2 Arab, mmg xder tanda baris2 tu..kene pandai2 dan paham2 sendiri...berusaha dan rajin la maksudnya
mcm Perang (War) dgn Perang (Brown) la..sebutan lain kan?ak mula2 pening jgk perkataan2 melayu yg mcm ni..tp sebab dh biasa, maka kita pun dah paham bila tiba perkataan tu (berdasarkan ayat keseluruhannya yg mengandungi perkataan tersebut)
huruf B lak nk ganti ngan apa? kalo yg perkataan yg berasal dr arab kena guna huruf Vet.. bahasa melayu guna Vet gak ke? kalo nk boh beit gak, ada ke huruf tu kt keyboard?
huruf B dan huruf Ba ب ganti dgn huruf Bet la...mana ad huruf Vet![](static/image/smiley/default/titter.gif)
ko dah keliru ni adala, rujuk balik erk...
ak rs, dlm artikel psl huruf2 Ibrani tu ak dah ckp yg huruf Vet tu hanya pada nama jer bagi menunjukkan bahawa huruf Bet itu tidak bertitik di tengah-tengahnya..
hakikatnya ia adalah huruf yg sama..hanya huruf Bet ב sama ada bertitik dagesh di tengah2nya atau tidak
titik2 dagesh dlm huruf2 dwikonsonan (huruf yg boleh berbunyi dua jenis) BeGeDKePa''T ב ג ד כ פ ת ni adalah termasuk dlm titik2 nequdot yg mana, tidak akan ditulis dlm penulisan yg biasa
korang kene biasakan diri la, bilakah huruf Bet itu berbunyi seperti B, bilakah huruf Bet itu berbunyi seperti Vet
jangan risau, sebab pelajaran mengenai vowels aka titik2 nequdot ni agak panjang juga..
ada tips utk korang kenal pasti sama ad huruf Bet itu berbunyi B atau V...begitu jug huruf2 dwikonsonan yg lain: ג ד כ פ ת
[ Last edited by migdal_bavel at 23-5-2008 12:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 adala's post
ak nak tanya adala, ad ker bahasa Arab huruf Vet?penggunaan huruf waw yg diubahsuai menjadi sebutan seperti huruf v ada rasanya
maka, kalau perkataan arab tu ada huruf Arab waw yg berlagak seperti huruf v, kita akan trasnliterasikannya kepada huruf Ibrani vav lah sebab mmg Ibrani ada huruf vav kan![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 migdal_bavel's post
shuib
שעיב = Shu`eiv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|