CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acegal

Puasa Enam & Qada' Puasa (merged: reenz)

[Copy link]
Post time 7-11-2007 11:19 AM | Show all posts
alamak....
ku dh bg salah info la nih....

klu xbace artikel ni...mmg ku tatau...

thanks anyway 4 sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pinky13 This user has been deleted
Post time 7-11-2007 11:24 AM | Show all posts
setahu saya, kita tak boleh berniat 2 puasa...

cth: sahaja aku puasa ganti esok hari kerana Allah Taala... lepas tu kita niat pulak
sahaja aku  puasa 6 esok hari kerana Allah Taala..

ini yg tak boleh...

kita hanya perlu niat puasa ganti sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 11:27 AM | Show all posts
hom masih caya puasa Qada Ramadhan ngan Sunat Syawal bleh dibuat 2-in-1..

pasal baru jerk selepas seminggu Hari Raya hari tu..ada Ustaz kat tv beri ceramah mengatakan kedua2nya bleh dibuat bersama.. cuma kalo puasa Qada tu lebih dari 6 hari.. kita kena sambung le puasa Qada tu.. tapi tak semustinya selepas menghabiskan puasa enam hari Syawal tu..buat le sblom next Ramadhan tiba..

sekiang.

[ Last edited by  holmes at 7-11-2007 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #9 holmes's post

hi hom jumpa kat sini yer

reenz pun blur gak... selama hari ni memang buat serentak kedua2 nya... mungkin ada di kalangan ustaz2 pun masih berbeza pendapat mengenai hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 11:34 AM | Show all posts
kalo ikut artikel tu...mmg btolla xleh pose ganti skali ngn pose 6.....mmg kite wajib gantikan pose wajib dulu br blh pose sunat...x kirala pose sunat ape2 pon.......maksudnye...kalo kite nk pose ganti dlm bln syawal xleh niat combine kan skali dua2 mcm yg pinky13 ckp tu...

setakat ni mmg sy ganti pose aje masa bln syawal...tp niatnye mmg utk pose ganti je la....tp sy mengharapkan dr Allah agar dpt pahal pose 6 skali...dulu ustaz/ustazah pnh ckp...pahala pose 6 ni sumenye dr Allah...Dia nk bg ke x bg terpulang......

tp lg bagus pd sape2 yg boleh buat dua2 skali..lps ganti n kalo sempat.....sambung lg 6 hari......

[ Last edited by  izati_abc at 8-11-2007 03:09 PM ]
Reply

Use magic Report

pinky13 This user has been deleted
Post time 7-11-2007 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by izati_abc at 7-11-2007 11:34 AM
kalo ikut artikel tu...mmg btolla xleh pose ganti skali ngn pose 6.....mmg kite wajib gantikan pose wajib dulu br blh pose sunat...x kirala pose sunat ape2 pon.......maksudnye...kalo kite nk pose ...


itu yg saya cuba maksudkan tadi...
pahala puasa 6 atau puasa sunat, Allah sahaja yg mengetahui.

yg penting niat hanya satu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2007 11:38 AM | Show all posts

Reply #12 izati_abc's post

same goes to me... tahun ni sempat puasa enam hari je.. kebetulan pulak mmg nak ganti puasa enam hari.. niat ganti puasa tapi kalau dpt pahala puasa enam tu Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #13 pinky13's post

setuju niat hanya satu..
apapun, semoga amalan diterima Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #11 reenz's post

hai reenz..

pendapat hom tu gak berdasarkan pada fatwa Hukum Mufti Kerajaan Brunei..

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic2_2000.htm

MENYATUKAN PUASA QADA DENGAN PUASA ENAM

Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari 慉yura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 12:20 PM | Show all posts
hmmm
macam2 ilmu btul skg nie
xtau mana satu yg betul mana yg xbetul
sabo je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 12:31 PM | Show all posts
cuba saudara/i muslimin dan muslimat baca thread kat link dibawah... harap boleh membantu merungkai kekeliruan anda..

http://forum4.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D4
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 12:34 PM | Show all posts
masalah yg ditimbulkan ini terdapat dua pendapat.. jadi bincang baik2 ye.. bagi aku 2-2 pendapat ini berlandaskan dalil yg kuat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 12:53 PM | Show all posts
Apa yang saya selalu amal ialah 2 x 1.

Ini adalah kerana ada ulama mengatakan tak usahlah kita pertikai mengenai perkara ini.  Samalah macam kita doh bergaduh fasal sholat terawih, 8 atau 20.  Cuma ingat macam nilah, kalau nak pahala lebih buat asing-asing, kadaqkan dulu puasa yang tinggal dan lepas tu puasa 6 hari shawal, kalau masih ada waktu.  Maklumlah perempuan ni masa terhad, dah datang cuti syarie tu paling tidak pun 7 hari.

Ulamak yang kata boleh 2 x 1 itu atas alasan,  kita buat sesuatu yang baik, terpulanglah kepada Allah untuk memberi ganjarannya.  Lagi pun tidak terdapat di mana-mana mengadakan kita kena kadaq dulu barulah buat yang sunat.  Pendapat-pendapat yang diberi adalah ijtihad ulamak.  Jadi mana yang baik tu buatlah asalkan apa yang kita buat tu tidak melanggar syariat.

Kita sendiri boleh fikir kalau sholat terawih 20 rakaat mestilah pahalanya lebih dari orang yang sholat 8 rakaat.  Itu logiknyalah.  Tapi pahala sebenar kita tak tahu.  Allah sahajalah yang mengetahuinya.  Cumanya dua2 boleh dibuat dan tidak mendatangkan berdosa.  Wallahuwa'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 01:18 PM | Show all posts
kalau puasa qada x banyak boeihlah kita bayar puasa dulu barulah puasa 6.Kalau x sempat saya buat 2 x 1 aje.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 03:00 PM | Show all posts

Reply #16 holmes's post

ok thanx hom..reenz rasa dh semakin jelas skrg
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 03:54 PM | Show all posts

Reply #18 goldraja's post

dah baca dulu...

memang betul le..posa enam syawal tu bleh disekalikan ngan posa Qada Ramadan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 03:58 PM | Show all posts

Reply #22 reenz's post

U welkam reenz...

tak yah fikir sgt pasal mende ni.. pepe pong semuanya antara kita ngan ALLAH swt
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 04:12 PM | Show all posts

Reply #24 holmes's post

agree wif u
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 05:13 PM | Show all posts
ok
selesai masalah
dah paham
dua2 btul la kiranya
nak lebih buat lebih
abis citer
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 05:14 PM | Show all posts
ok paham thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060712 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list