|
KOLEKSI CUIT-CUIT RUMAHTANGGA 2006
Cuit-cuit Rumahtangga Part 1
Bertemu lagi kita dalam bicara DI SEBALIK TABIR KEHIDUPAN... lama aniz tidak mengulas & menulis di bawah topik DSTK...sibuk dengan rutin harian kebetulan musim-musim raya ramai pula tetamu berziarah... alhamdulillah bawa "rezeki & berakah' buat kami seisi keluarga...Hee, macam lipas kudung jugalaa buat kerja rumah spashly bab memasak ala-ala CHEF PROFESIONALlaa konon-kononnya ~ bersilih ganti menu utk hidangan tengahari, petang dan malam mujur ayah dan suami sudi membantu...manakala ibu tercinta pula jadi tuan puteri since kurang sihatnie, beliau jadi intruktor shj...masanielaa bakat terendam dan terpendam keluar. Seronok bila melihat juadah yang dihidangkan habis licin dibereskan tetamu...hilang skejap penat & keletihan tapi bila tidur malam ....hee pengsanlaa.
Sambung kembali bicara DSTK , dalam sibuk-sibuk berhari-raya tak sepi juga ngupanya dari kisah-kisah insan yang dilanda stress...kesempatan menjaga ibu di hospital tempoh hari aniz berpeluang bertemu dengan pesakit-pesakit di hospital...pelbagai kaum, agama & budaya..berbagai rencam masalah manusia. Syukur banyak pengalaman yang aniz perolehi, rata-ratanya yang dirawat mempunyai kisah dan rahsia tersendiri dan apabila dikupas tidak dapat terpisah dengan STRESS. Tambah pula bulan Raya segala macam juadah ditelan yang darah tinggi, kencing manis, lemah jantung...astma, pnemonia dan pelbagai lagik
Pelbagai ragam manusia...dalam pada itu tak kurang juga yang dimasukkan gara-gara melakukan PERCUBAAN MEMBUNUH DIRI ~ telan cloroxlaa, pil tidur, racun tikus. Ramai juga yang mengambil ubat anti-depression. Bagi yang Muslim ...nauzubillahminza lik...sebenarnya banyak lagi pendekatan dan usaha yang boleh dilakukan untuk merawat STRESS ini. INILAH MPAK STRESS JIKA TIDAK DIKAWAL BOLEH MENGAKIBATKAN KEMURUNGAN dan AKHIRNYA TIDAK MUSTAHIL TERJEBAK DENGAN MASALAH KESIHATAN MENTAL. Salah-satunya pendekatan adalah menerusi 'komunikasi' , ada masalah usah dibiarkan @ dipendam sampai ianya terendam dan terpendam akhirnya memudaratkan diri...Dalam hidup ini kita dianugerahkan Allah KEKUATAN DALAMAN yang berhubungkait dengan kekuatan FIZIKAL, MENTAL, EMOSI & SPRITUAL ~ aset @ sumber ini ada dalam diri kita untuk dibangunkan. Manakala sumber kedua pula adalah KEKUATAN LUARAN yang berhubungkait dengan insan-insan yang signifikan dengan diri kita iaitu ibubapa, adik-beradik, suami isteri,
anak-anak , saudara-mara mahupun sahabat-handai. KEDUA-DUA SUMBER MEMPUNYAI PERANAN & FUNGSINYA YANG TERSENDIRI ~ namun apa yang lebih UTAMA adalah ASET @ SUMBER YANG ADA DALAM DIRI KITA. Kurangkan pergantungan pada orang lain...bentuklah diri kita menjadi orang yang jiwanya MERDEKA & BEBAS...PUNYA JATI DIRI & SEMANGAT JUANG YANG TINGGI, insyaAllah sekiranya sesuatu berlaku ataupun anda diduga sama ada dari segi perpisahan, pengkhianatan, kesusahan mahupun musibah ~ mudah lagilaa insyaAllah cara anda untuk mengendalikannya.
BERSIKAP ASERTIF, TEGAS DIRI, JUJUR, ADIL, BIJAKSANA, HIKMAH DAN TOLERANSI kena pada tempatnya agar hak anda tidak dicerobohi. Senangjer... takde masalah jangan carik masalah...ada masalah jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja, masa baik oklaa namun IMPAKNYA tanpa disedari masalah yg pada mulanya "tidak apa" bakal menjadi PUNCA TERCETUS & MELETUPNYA gunung berapi yang selama ini mungkin pasif tetapi makan hari, makan bulan...makan tahun bisa AKTIF & memudaratkan diri dan hubungannya khususnya hubungan suami isteri dan insan yang signifikan @ rapat dengan kita.
OK KER BERTENGKAR SUAMI ISTERI???
Tidak salah sebenarnya untuk kita menyuarakan rasa hati (nie bahasa baiknyalaa manakala bahasa kurang moleknya 'bergaduhlaa' suami isteri) kerana apa???Haa... ianya ibarat SISTEM PEMBETULAN DALAM RUMAHTANGGA @ HUBUNGAN TERSEBUT.:handshake: :victory: :flower: ..setiap kita dilahirkan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.. .apatah lagi sifat manusia yang mudah lupa maka TIDAKLAH SALAH SEBENARNYA ~ sekali-sekala ribut petir @ hujan melanda kerana apa... PERHATIKAN METAPHOR KEJADIAN ALAM???Lazimnya selepas hujan yang lebat ....cuaca lebih cantik dan mengheningkan, betul tak? Dapat kita langit yang biru, cuaca yang cerah...sungguh cantik kejadian Allah...
Haa begitu jugalaa dalam rumahtangga CUMA PESAN SAYA JANGANLAA PULA SISTEM PEMBETULAN ITU GAGAL BERFUNGSI SEHINGGA PUTING-BELIUNG MAHUPUN TSUNAMI MELANDA...dalam menyelesaikan masalah lakukanlaa dengan cara berhikmah, sabar dan bersikap terbuka. BERI RUANG & PELUANG untuk kalian menikmati perubahan dan mengecapi impian yang diidamkan.
BERSIHKAN HATI...niatkanlah untuk kebaikan dan mencari REDHA ALLAH...buangkanlaa yang keruh ambil yang jernih. BERDOA DAN BERUSAHALAH YG TERBAIK UTK RUMAHTANGGA ANDA....
Pernah satu kes singgah ke teratak kami...(berkat kesabaran seorg isteri)
KISAHNYA MENGENAI KEMURNIAN DAN KESABARAN SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH ~ suami beliau seorang tokoh korporat yang budayanya sering 'makan luar' dan bertukar-tukar pasangan. Namun si isteri ini tidak pernah putus harap terus munjat dan berdoa dan mengharapkan agar suami yang dikasihi kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah AKHIRNYA DOA SI ISTERI DIMAKBULKAN ALLAH ~ hinggalah suatu ketika yang dijanjikan Allah sedang si suami ingin memulakan "ACARA" bersama teman wanita TIBA-TIBA TERBAYANG DI BENAK SUAMINYA ISTERI YANG DIKHIANATI & DIANIAYAI BELIAU SEOLAH-OLAH SEDANG BERZINA DENGAN LELAKI LAIN. Lantas beliau segera bingkas bangun bersiap dan pulang terus ke rumah....DAN ALANGKAH TERSENTUH & TERHARUNYA BELIAU KETIKA ITU SI ISTERI SEDANG BERMUNAJAT MENDOAKAN KEAMPUNAN DAN KEINSAFAN BUAT SUAMI YANG DIKASIHI...Alhamdul illah sejak insiden itu suami beliau terus insaf & bertaubat mengakui kesilapan dan segala perbuatan zalimnya
sebelumnie. Emmm...memang zalim, betul tak? Toksah katakan zalim pada orang lain..ZALIM PADA DIRI SENDIRI kerana apa??? Itu sebenarnya yang lebih utama...berbuat zina, dosa dan melakukan kemungkiran sehingga boleh menjebakkan diri ke NERAKA JAHANAM...ala- ala tempah tiket, gitu?...Hati- hati...KEHADIRAN 3 TA DALAM KAMUS KEHIDUPAN LELAKI ~ harta, takhta & wanita....LAZIMNYA INILAH PUNCA KEJATUHAN ANDA....sejarah dan peradaban manusia telah membuktikannya. ..macam kes yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini...kisah penganalisis politik & model luar negara....HATI- HATI DENGAN TIPU MUSLIHAT SYAITAN DURJANA!!!! Spesisnie memang carik geng lepak dengan diorang kat neraka...Nikmat iman, akal. Al-Qur'an dan Sunnah dan juga anugerah kasih sayang, kesihatan, wang ringgit dan segala macam lagi nikmat pinjamanNYA usah kita CEMARI dengan melakukan kemungkaran dan kekufuran...
Manakala jadi isteri pula...JANGANLAA LUPA JADI KEKASIH, SAHABAT KARIB DAN PENDENGAR YANG SETIA UNTUK SUAMI TERCINTA.... teguran mahupun ingatan dari roomate tersayang ini janganlaa dipandang sepi...takut- takut kurang perhatian dan kasih sayang di rumah...mata- mata yang liar yang disubahatkan syaitan terpaut pula pada yang haram....sian suami kitakan...? Iringilah dengan doa dan wujudkanlah kasih sayang dan binalah "BERAKAH" dalam rumahtangga. ..InsyaAllah jika suami isteri bijak mengendalikan peranan & fungsi...saya percaya apajua masalah yang timbul kita mampu mengatasinya dengan cara yang baik dan berhikmah. Buangkanlah ego dan sikap ingin mencari kelemahan diri pasangan.... after all semua dari kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri CUMA DAH BUAT SILAPTU JANGANLAA DIULANG KESILAPAN YANG SAMA...BELAJAR DR SEJARAH...sebolehny a biarlah sama-sama sejahtera di dunia dan berehat di syurga di akhirat kelak...
Oklaa panjang pula DSTK kita...InsyaAllah ada kesempatan nanti aniz akan sambung tips-tips rumahtangga yang lain...semoga ianya memberi manfaat dan kebaikan buat semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri
Salam Ukhwah ; :flower:
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah...namanya "KEHIDUPAN", betul tak???kalau tidak...tidak bernyawalaa...takde jiwa...suka, duka,menangis, ketawa...tiada bezanya...nak senyum pun dah lupa macam mana :cry: kerana terbawa dgn masalah dan ujian yg dilalui...emm! kalau ada symptom2...hati-hati!!! Reach outtt!!!Luahkan...carilah rakan2, ibubapa...sibling atau golongan profesional untuk dibantu....sebaiknya elakkan berjumpa dgn Doktor bukan apa dgn Doktor kadang bila kita mengadu sakit kepala,tak boleh tidur, darah tinggi nak...darah rendah dsbgnya kadang...dia preskripsikan drug..ubat utk soh pesakit bertenang...tidurrr...bagi pandangan speribadi saya...keadaan ini kurang membantu pesakit @ klien untuk "BERHADAPAN DGN MASALAH"...seolah lari drpd masalah...
Cuba bayangkan hidup anda menjadi PELARIAN...berlarijek memanjang...agak2 nyalaa...penat tak, letih tak, memudaratkan diri tak....MASALAH???Tak kena gaya...bukannya tambah selesai..menambah masalah anda...
Tidak apa...harinie....kita diuji...kita kalah..'looser' TAPI TIDAK DI HARI PENGADILAN DI HADAPAN ALLAH nanti....:flower: :flower: :flower: merayu, sujud dan bermunajatlah padaNYA YANG ESA....memohon keampunan,pipminan...kekuatan dan ketabahan agar dilorongkan jalan penyelesaian yang TERBAIK...
Renung2kan sejenak...:re:
[ Last edited by Aniz at 5-11-2007 10:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
trimas pn aniz.....kalu baca sini x larat tp kalu ada yg rajin print kan tuk saya....insyaAllah mlm2 nak tido tu saya baca sampai tertido....:re: |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih utk tip yg panjang lebar yg dikongsi bersama kat sini. insyaallah sy akan print utk bagi hb baca skali. mmg mcm tulah lazim nya, apa2 yg saya baca kat sini akan sy kongsi ngan hb dan berdiskusi secara sihat apa agaknya peyelesaian yg baik utk masalah tersebut.
selain tu sy selalu print apa2 perkara yg baik utk share ngan hb so xder lah sy jer yg dapat ilmu, insyaallah sy bagi bingka skali ye . |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih pada semua yg sudi mengikuti bicara ilmu PERCUMA dr saya...
Maklum shj kadang yg PERCUMA jarang-jarang sekali yang menghargai...sebabnya TIADA NILAI pengorbanan diberikan...begitu jugalah dalam kehidupan yg dilewati...selalu saya perhatikan sebahagiannya masalah rumahtangga tercetus disebabkan oleh suasana perhubungan seblm berkahwin lagi...TENGOK SHJLAA BUDAYA hari ini...belum lagi halal dah diusung kesana ke sini...pak long, nek long, pak ngah, tok cik, makcik kiah, pakcik hassan semuanya dah kenal belaka...tak cukup dgn itu...tido bermalam di rumah bakal mak mertua...kalau org dulu-dulunie PANTANG!!! Tak manis katanya...MEMANG ADA KEBENARAN!!!
Itu tak masuk lagi....yg masuk panggung..keluar love bite sana-sini..itu yg tak masuk lagi belum nikah dah kahwin pasti pie buat abortion...itu tak masuk lagik yang kahwin mak ayah SPONSOR...itu tak masuk lagi belum jadik isteri @ suami dah boleh ditengking herdik sepak tendang sesuka hati....abih camno...KALAU SEDARI AWAL PERHUBUNGAN TELAH DIDIDIK PASANGAN TIDAK MENGHORMATI & MENGHARGAI DIRI...murah...senang dapat...maka tidak msutahillaa di kemudian hari dibuatnya pasangan macam 'habis madu sepah dibuang'....tiada nilai pengorbanan diberikan, macam mana DIA nak belajar erti menghargai...nampak saja ISUNYA macam secubit kecil shj tanpa disedari ianya memberi kesan yg besar dlm corak perkahwinan yg bakal dilewati...
Sebelum kita ingin orang lain MENGHARGAI & MENGHORMATI DIRI KITA...kita dululaa terlebih DAHULU KENA BELAJAR MENGHORMATI DIRI KITA...TAKUTKAN ALLAH SWT... :re:
Yes!!! Mungkin kesilapan semalam kita tidak boleh undur ke belakang...tapi dengan detik hari ini dan insyaAllah esok lusa dan seterusnya...BERUSAHALAH MEMPERBAIKI DIRI...MOHON TAUBAT & KEAMPUNAN DARI YANG ESA...insyaAllah Allah itu MAHA MENDENGAR...sabar, cekal, tabah...pasti ada hikmah di sebalik ujian ini...mungkin selama ini kita banyak alpa, leka dan lalai dari mengingatinya gara-gara semua yg kita inginkan semuanya mampu kita miliki...harta, pangkat, kesihatan, kecantikan, kehandsoman dll...tapi bila Allah ujia kita???Sebab DIA SAYANGKAN KITA...DIA TAK NAK KITA TERUS TERBUAI DLM NIKMAT DUNIAWI YANG PENUH DGN TIPU DAN HELAH...
Carilah ilmu....mantap dan perkemaskanlah iman, insyaAllah moga-moga TERJANA AURA DIRI...tak mudah syaitan mencerobohi dan menghuru-harakan hidup anda...
Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution
|
|
|
|
|
|
|
|
TIPS BUAT MEREKA YANG MENJALANI KEHIDUPAN BERMADU...
Bebaru ini saya telah ditemuramah utk slot di majalah karangkraf tentang isu MEMINANG MADU SENDIRI...
Beginilah adakalanya tidak semua yang kita suka itu baik di sisi Allah dan juga tak semua yang tidak baik itu...tidak baik di sisi Allah...
Bersangka baik pada Allah , bersangka baik pada persekitaran...MOHONLAH KEKUATAN & BANTUAN ALLAH dlm melewati hari-hari yg mencabar dlm meneruskan kehidupan bermadu. Bukan semua wanita sanggup menerima keadaan ini.Tinggi makam 'mereka' yang dipilih Allah dengan redha menjalani kehidupan bermadu.
Sbg isteri yang solehah adalah menjadi peranan kita untuk mengingatkan suami yang dikasihi AGAR berlaku adil dalam pemberian "HAK"NYA almaklum esok-esok kat akhirat kena jawab...KAT DUNIA KENA TANGGUNG KAT AKHIRAT KENA JAWAB..tak kena gaya dibiarkan ketidakadilan berlaku...neraka jawabnya tempat suami tercinta beristirehat!!!
Carilah PENGIKTIRAFAN ALLAH dlam setiap tindak-tanduk kita, insyaAllah nikmat iman dan kelazatan bermadu itu mampu dilewati... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 Aniz's post
Bersambung....:pompom: :pompom:
TIPS BAKAL PENGANTIN :
1) Daripada awal didik bakal suami menghormati anda!!!Menghormati keluarga anda...jangan pulak jualan murah sepanjang tahun yer!!! Akibatnya....tak kena gaya berlarutan hingga beranak pinak silap aribulan tak sempat beranak dah berpisah...
2)Sekali-sekala BERIKAN SOALAN CEPU EMAS berkaitan isu tanggungjawab, pengurusan kewangan, pentadbiran rumahtangga, jaga anak, urusan kerja rumah...dsbnya...Lazimnya jawapan yg spontaneous itu mencerminkan peribadi dia...kalau dah siang banyak yang FAIL buat apaer buang masa...sbg isteri ada cita-cita nak didik suami???Emm!Nanti dulu ada baiknya Fikir-fikirkan dahulu ...letih nanti...
Sayang macam mana sekalipun kalau ciri-ciri pemimpin, penyelamat, pelindungtu dah tak nampak bayang...pulaktu kaki temberang penuh alasan...ada baiklaa cari calon lain...tak semstinya handsome, gaji lumayan...gitu gini YANG PENTING PERIBADINYA,AGAMA,KETURUNAN BARULAH AKHIR SEKALI WAJAH...tak handsome pun tak apa asal sedap mata U pandnag udahlaa...kalau dah handsome tak siuman...tak sedar diri buat apa...lama-lama U pula yang tak siuman nanti...
3) Mohonlaa restu ibubapa...insyaAllah mata hati mereka "KENAL" insyaALLAH apa yang terbaik untuk anaknya
4) Keliru..was-was...MUNAJAT MOHON PETUNJUK..solat istiharah...(nak tahu caranya boleh hubungi saya...selain mimpi ada cara lain utk melihat jawapannya melalui Al-Qur'an)
5) Nampak ada yang tak cantik dalam perhubungan jujur suarakan pandnagan & pendapat...cara yang sopan, berhikmah...jangan menyinggung perasaan pasangan pula..(nie kalau dah sure pasangan yang bakal anda berpaut kalau belum berapa sure tu...belasahjerlaa ..nak tengok sejauhmana keikhlasan dia.)
SEbagai wanita JAGA...JAGA ADAB...JANGAN MURAH!!!
BAGAIMANA U NAK ORANG LAIN MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI U!!! KALAU SEDARI AWAL U SENDIRI YANG TIDAK MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI U!!!....SENANG-SENANG BAGI ORANG LUAR CEROBOH HAK U, JANGAN SALAHKAN KAUM LEALKI SEPENUHNYA BILA ANDA SENDIRI "MENGUNDANGNYA"..
TIPS PERKAHWINAN:flower: :flower: :flower:
1) Bila dah masuk gerbang perkahwinan pula...BERHATI-HATI DALAM MEMBERIKAN HAK YOU YANG "TERBAIK" bukan apa sekarangnie ramai spesis suami kurang prihatin dan bertanggungjawab...NIAT YANG IKHLAS PADA AWALNYA UTK MEMBANTU SUAMI JANGAN AKHIRNYA JADI JERAT UTK IANYA MEMUDARATKAN PERKAHWINAN U!!!
BErkorban perlu pada hak dan tempatnya...Jaga diri U!Kita tak nak kebaikan..pengorbanan yang diberikan ISTERI YANG TERCINTA ini akhirnya membuka ruang JALAN-JALAN KE NERAKA BUAT SUAMI YANG DIKASIHI...ingattu!!! (dalam maksudnya)
BERHATI-HATI...bila kebaikan yang diberikan menyebabkan suami alpa dan leka daripada tanggungjawab...TIDAK ADA MAKNANYA PERKAHWINAN...adakalanya sekadar bertahan kerana MALU, ANAK-ANAK..dsbnya...hidup sanggup menderita...
Jangan biarkan keadaan ini melewati kehidupan kita...usahakan pemantapan iman..ilmu...hubungan dgn Allah...suburkan kasih sayang...BERDOA utk kebahagian berkekalan...insyaAllah Allah akan makbulkan...sungguhpun dugaan tetap hadr lebih mudah kita menanganinya BILA MASINg-MASING PASANGAN KENAL DAN TAHU MATLAMAT PERKAHWINAN...saling mengharga, tolenransi, menyayangi insyaAllah jodoh akan berkekalan hingga ke akhir hayat...
Semoga tips ini membantu...
Pn Aniz Hj Anwar
Master In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution
[ Last edited by Aniz at 7-11-2007 07:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah nanti kita akan share lagik ilmu perspektif dan kaunseling rumahtangga yer...
Semoga ianya memberi manfaat....
Terima kasih pada Pn Noor tas kiriman SMS semlm...yg memberi sokongan utk saya meneruskan perkongsian ini....
Antara komennya "buat hati saya kuat sikit"...InsyaAllah, jangan PUTUS ASA...berjuang...jangan mudah mengaku kalah...sampingtu munajat pada Allah moga dilorongkan penyelesaian YANG TERBAIK di sisiNYA....
Salam Ukhwah;:handshake:
Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution
[ Last edited by Aniz at 7-11-2007 08:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pn. aniz,
good info... tq for sharing.. |
|
|
|
|
|
|
|
tq Pn Aniz
byk pengetahuan yg dapat di kutip |
|
|
|
|
|
|
|
kandungan artikel: faktor menarik.
font dan persembahan: faktor menolak.
Bagi yg mengamalkannya, pasti mendapat nikmat. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ini thread..
biasa klu nk dgr bicara drp kaunselor,kene byr duit la, dgr drp radio, klu terlepas nganga ajekk
ni dh kira rezeki ilmu, jgn tk ambik rugi..
terima kasih puan aniz..moga Allah memberi ganjaran atas sumbangan anda..
sy teringat satu kata2 drp org berilmu, apabila hati kite dgn terbukanya menerima sesuatu kebaikan, itu adalah hidayah drp Allah.
Klu kite berpaling maka kite sesungguhnya kite drp golongan yg rugi..
bolehlh sy bc sikit2, nk bc sekaligus rasa cepat sgt habis..
simpan2...klu mknn yg sedappun suka mkn skit2..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mutiara NQ ~ Rahsia Doa, Meditasi dan Kehebatan Sains Minda Part 3
Alhamdulillah dapat kita bertemu dlm bicara ilmu bersama NQ...terima kasih krn terus setia mengikuti perkongsian ini
Saya bersyukur dalam diam tak diam, tidak pernah menyangka sebenranya perkongsian yg dibawakan telah banyak membantu memberi suntikan semangat dan tak kurang juga keinsafan dan kesedaran buat rakan-rakan di luar sana. Sebenarnya setiap kali saya menarikan jari-jemari untuk membawakan perkongsian ilmu buat rakan-rakan, PERINGATAN ini juga untuk diri saya...maklum sifat kita memang MUDAH LUPA DAN ALPA...kesempatan dan keizinan Allah meluangkan waktu untuk menulis menemukan saya...mengingatkan saya sebetulnya untuk terus berusaha memantapkan dri, menghampiri kesempurnaan dalam memburu REDHA ILAHI.
Sukar Melakukan Transformasi Diri???Ini rahsianya...
Pasang surut kehidupan, ujian hidup...adakalanya kekuatan jasmani, ruhani, fizikal dan mental turut terkesan...saat inilah KEKUATAN DALAMAN amat penting untuk membantu diri agar KUAT & TABAH dan bangkit dari kegagalan dan kekecewaan mahupun ujian yg melanda. Remember Allah takkan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mengubahnya...Jangan salahkan TAKDIR andai hidup anda dirasakan terjebak dalam bebanan emosi serta tekanan yang menyesakkan dada...hidup lesu, pilu, sedih, berduka, putus asa, hilang semangat, buntu...IS YOUR CHOICE, right???Ingin berubah...PERLU IKHLAS,BERANI & JUJUR dengan diri sendiri....di hati mahu berubah, di minda mahu berubah, di lisan mahu berubah ~ sekiranya energy ketiga-tiga aspek ini BERES & SERENTAK barulah IANYA MAMPU MENYUNTIK SEMANGAT UTK DIZAHIRKAN melalui tindakan dan tingkahlaku kita.
Yang menjadi cabarannya adalah tiga aspek yang disebutkan diatas...keikhlasan, keberanian dan kejujuran diri...sekiranya hasrat di minda, hati, lisan sendiri BERCELARU maka nescaya....itulaa yang nanti mengakibatkan perjalanan transormasi diri mahupun hasrat untuk merealisasikan IMPIAN anda akan tersangkut-sangkut ~ kurang energy...
Kuasa Niat & Doa...
Ini penting sebenarnya...DOA ITU SENJATA MUKMIN....namun masih ramai yang terlepas pandang...adakalanya kita berdoa, bermunajat....memohon kepada Allah...tetapi kenapa yer doa kita tidak dimakbulkan? Apa silapnya, kenapa aku yg dipilih untuk melewati ujian ini...terkadang mungkin pernah terdetik juga di hati ....Allah tidak adil...(bukan sekali dua saya mendengar ayat ini dilafazkan...)Nauzubillah...
Ada tertib dan seninya...
1) Muhasabah diri ~ bagaimana pengisian dan hubungan kita dengan Allah. Adakalanya macam-macam kita MOHON PADANYA tapi cuba check semula bagaimana kita mensyukuri nikmat dan anugerah yang Allah amanahkan pada kita...paling mudah solat??Ada tak tertinggal mahupun sengaja dilewat-lewatkan gara-gara mengejar dunia...(hemm, padahal rezeki pangkat, harta atau apa shj Allah yang bagik pinjam and yet...PERINTAHNYA dipermain-mainkan...maka agaknya ADIL tak ALLAH BELUM MENJAWAB DOA KITA...kerana apa??? Allah ada perancangan yang LEBIH HEBAT ~ nak bagi kita 擫ESSON |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 Aniz's post
Info sharing lagik...mungkin boleh membantu kekawan yang berada dalam tertekan
Things You Can Do To Take Care of Yourself
~ Appropriate physical exercise, alternated with relaxation will alleviate some of the physical reactions.
~ Structure your time - keep busy.
~ You are normal and having normal reactions - don't label yourself crazy.
~ Talk to people - talking is the most healing medicine.
* macam yg kekawan lakukan sekarang...BAGUSS!!! salah satu cara coping mechanism yang membantu menangani stress @ tekanan sebenarnya..
~ Reach out - help others, ask for help - people do care.
~ Maintain as normal a schedule as possible.
~ Give yourself permission to feel and share your feelings with others.
~ Keep a journal; write your way through those sleepless hours.
~ Do things that feel good to you.
~ Realize those around you are also under stress.
~ Don't make any big life changes.
~ Do make as many daily decisions as possible that will give you a feeling of control over your life, i.e., if someone asks you what you want to eat - answer them even if you're not sure.
~ Get plenty of rest.
~ Recurring thoughts, dreams or flashbacks are normal - don't try to fight them - they'll decrease over time and become less painful.
~ Eat well-balanced and regular meals (even if you don't feel like it).
Semoga impian dimakbulkan Allah...amin..insyaAllah
Salam Ukhwah:
Aniz Hj Anwar
Counsellor/ Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution
HP : 0123915362
Email : [email protected]
YM : [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ringkaskan ? ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Pn. Aniz...ilmu yang baik utk panduan sy yg tengah walang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
waa...bagusnya perkongsian ilmu ni...terima kasih kak aniz..
kalau tanya pendapat luf sendiri, wajarkah kita mengalah...jawabnya TIDAK PATUT SAMA SEKALI...
bukan maksudnya kita kena cari gaduh atau meroyan, tapi jangan kalah pada perasaan sendiri yang melemahkan kita. kita kena KUAT dan bangkit penuh semangat untuk perbaiki kelemahan diri...
kita kena belajar menghargai dan menyayangi diri kita sendiri. takkan kerana ujian cinta kasih ni kita nak rosakkan hidup/diri sendiri sedangkan pihak yang satu lagi seronok melihatkan kelemahan kita...no way..
belajarlah menangani stress dan bina keyakinan diri sendiri. buat sesuatu yang memberi impak baik untuk diri kita sendiri..berhias, bersukan, mengisi masa dengan aktiviti berfaedah baik untuk meningkatkan level of confident kita..:flower:
kita hanya diuji dengan ujian yang kita mampu lalui.. so yakinlah pada Tuhan..dan dekatkan diri padaNya..Dia sumber kekuatan utama manusia...:time:
kak aniz...sori la, kalau luf menyibuk mengalahkan pakar motivasi lak...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aik mana page hilang nih...
taip panjang2 ilang laks...![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waa...bagusnya perkongsian ilmu ni...terima kasih kak aniz..
kalau tanya pendapat luf sendiri, wajarkah kita mengalah...jawabnya TIDAK PATUT SAMA SEKALI...
bukan maksudnya kita kena cari gaduh atau meroyan, tapi jangan kalah pada perasaan sendiri yang melemahkan kita. kita kena KUAT dan bangkit penuh semangat untuk perbaiki kelemahan diri...
kita kena belajar menghargai dan menyayangi diri kita sendiri. takkan kerana ujian cinta kasih ni kita nak rosakkan hidup/diri sendiri sedangkan pihak yang satu lagi seronok melihatkan kelemahan kita...no way..
belajarlah menangani stress dan bina keyakinan diri sendiri. buat sesuatu yang memberi impak baik untuk diri kita sendiri..berhias, bersukan, mengisi masa dengan aktiviti berfaedah baik untuk meningkatkan level of confident kita..:flower:
kita hanya diuji dengan ujian yang kita mampu lalui.. so yakinlah pada Tuhan..dan dekatkan diri padaNya..Dia sumber kekuatan utama manusia...:time:
kak aniz...sori la, kalau luf menyibuk mengalahkan pakar motivasi lak...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|