|
kalaulah aku dpat rumah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan Chow it Tak Berapa Selamat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 HangPC2's post
hang.. ko snap gambaq2 tu dari dalam bas ker?? aku tgk kawasan cam tak selamat langsung.. spooky!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 amazed's post
Memang Tak Selamat Kalau first time kat sana belakang rumah nih gelap macam lorong haji taib....
[ Last edited by HangPC2 at 2-12-2008 01:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 2-12-2008 01:33 PM
Memang Tak Selamat Kalau first time kat sana belakang rumah nih gelap macam lorong haji taib....
aku rasa lelaki ker pompuan ker mmg tak selamat... pompuan senang2 ajer nanti kena colek / cabul.. yg lelaki kena samun belasah enitaim ajer tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuihkoci at 29-4-2008 06:27 PM
tahun 70an 80an, kawasan jln chow kit, jln mat taib, jln abd rahman, terkenal dan penuh dengan peniaga-peniaga melayu teruatama daripada kelantan setanding dengan kawasan perniagaan org cina di j ...
bro.. now kalu lu p ps street....................lu akan nmpk pertambahan bangla yg niaga
bukan melayu jer laa yg sub meja dorg kat warga luar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maxx at 29-4-2008 07:19 PM
boleh la cerita sejarah camana lak chowkit nih boleh bertukar milik
aku rasa sbb perubahan tempat.... daripada meniaga tepi jln dorg dipindahkan ke lorong
maybe masa pindah tempat ni laa kot... sapa cepat dia dpt
so pertukaran peniaga pong berlaku...& ganerasi yg dapat sudah sub ke org luar.. jual table |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Opah saudara saya sejak zaman 60 an sampai 90 an dah berniaga di Chow Kit mula kereta tolak kecil sampailah dapat kedai makan. Zaman gemilang tahun 80an. Selain sudirman buat konsert, dia ada buat video klip dengan atai lagu "kau buatku berpusing-berpusing-pusing macam gasing gasing"
Artis pun selalu datang makan kat kedai dia. Sekarang dia dah pencen balik kampung. pekerja2 dia pun dah ada kerja dan kerjaya masing2.
Kalau masa kecil dulu bila singgah KL mesti makan satay kat kedai dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 usahaone's post
jadik... dah tak dak ke kedai opah sedara ko tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau cakap pasal chokit, aku teringat Hangkiu Jaya.
Tempat shopping dolu-dolu! |
|
|
|
|
|
|
|
Hankyu Jaya sudah Menjadi Sejarah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 6-12-2008 08:48 AM
Hankyu Jaya sudah Menjadi Sejarah......
hankyu yang terakhir saya tengok kat - bangsar
dekat masjid tu la -
now jadi bangsar village tu -
yang kat chow kit tu... dulu hankyu tu kira grand la juga
teringat beli 'tingkap' masa balik tution dulu - |
|
|
|
|
|
|
|
Bundle Chow Kit pilihan ramai
Oleh AQMAR ALLADAD
Sehingga kini, kawasan sekitar Chow Kit di Kuala Lumpur tidak putus-putus dikunjungi ramai meskipun ia pernah dilabel sebagai kawasan hitam.
SEJAK memulakan perniagaan barangan bundle di Chow Kit hampir 20 tahun lalu, lokasi strategik itu masih menjadi lubuk rezeki bagi Taharuddin Abd. Rahman, 50. Walaupun tanggapan masyarakat terhadap Chow Kit tidak pernah positif tetapi ia tidak mematahkan semangat peniaga gigih itu untuk terus kekal di lokasi tersebut.
Malah kerjaya sebagai peniaga barangan bundle sejak dua dekad lalu tidak pernah membuahkan perasaan kesal di dalam jiwa Taharuddin. Beliau bersyukur dengan rezeki yang diraihnya itu.
Apa yang menariknya membuka perniagaan di kawasan Chow Kit? Menurut Taharuddin, beliau berasa selesa berniaga di situ kerana lokasi itu mempunyai daya tarikan tersendiri meskipun sesetengah golongan memandang rendah terhadapnya.
"Sejak dahulu, Chow Kit sentiasa dikunjungi ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan sama ada barangan basah seperti ikan dan sayur di pasar atau periuk belanga, barangan runcit dan pakaian bundle.
"Begitu juga, sejak dahulu sehingga sekarang, Chow Kit begitu terkenal dengan jualan barangan yang murah harganya. Sudahlah murah, pengunjung yang bijak masih boleh tawar menawar harga barangan yang mahu dibeli," katanya kepada Kosmo!. Beliau menjalankan perniagaan jaket kulit terpakai yang diimport khas dari luar negara seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.
Tinjauan Kosmo! di kawasan Chow Kit tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana kebanyakan peniaga enggan 'membuka mulut' bagi berkongsi cerita mengenai pengalaman pahit dan manis sepanjang mereka berniaga di situ.
Alasan yang diberi adalah kedai yang menjadi tempat mereka meraih rezeki bukan milik sendiri, sebaliknya disewa daripada orang tempatan. Malah, kebanyakan yang ditemui Kosmo! juga mengakui mereka adalah pekerja yang 'makan gaji' daripada tuan punya kedai.
Namun begitu, masih ada peniaga yang sudi berkongsi cerita termasuklah Taharuddin dan beberapa rakannya. Menurutnya, persaingan peniaga di Chow Kit boleh dikatakan begitu mencabar.
"Tempat ini besar dan ada banyak kedai yang menawarkan barangan serupa. Misalnya, saya terpaksa berhadapan dengan kira-kira 20 gerai yang menjual jaket kulit terpakai seperti yang saya usahakan ini.
"Namun begitu, saya tidak berasa tertekan. Ini kerana setiap peniaga mempunyai gaya dan kelebihan sendiri untuk memujuk pengunjung agar singgah dan membeli sehelai dua barangan yang dijual," ceritanya panjang lebar.
Konsep yang digunakan oleh Taharuddin yang juga merupakan antara peniaga bundle paling lama di Chow Kit begitu mudah iaitu tidak berlagak sombong dengan pengunjung.
TAHARUDDIN (kanan) bersama seorang rakannya menunjukkan
antara jaket kulit yang dijual di kedainya di Chow Kit.
"Layanan saya terhadap semua pengunjung adalah sama. Walaupun pengunjung kelihatan selekeh dan tidak terurus, saya tetap layan mereka seperti pengunjung biasa. Ini yang seronoknya berniaga di Chow Kit kerana saya boleh lihat pelbagai ragam manusia," katanya.
Ditanya adakah jaket kulit yang dijualnya mampu memberi pulangan yang besar serta menyara kehidupannya?
Taharuddin berkata, beliau mempunyai pelanggan tetap dan kebanyakannya adalah pelancong dan pekerja asing yang makan gaji di Malaysia.
Menurutnya, pakaian yang dijualnya mempunyai peminat sendiri dan mereka mampu menilai kualiti dengan harga yang ditawarkan.
"Memang benar, mereka boleh mendapatkan barangan yang sama pada harga yang lebih murah. Namun disebabkan mereka bijak menilai harga dan kualiti, mereka tidak keberatan untuk berbelanja lebih bagi mendapatkannya di kedai saya.
"Lagipun, saya begitu menitikberatkan kualiti pakaian. Setiap kali saya menerima jaket atau pakaian dari luar negara, saya akan membersihkan dan menggilap barangan tersebut terlebih dahulu," katanya sambil menjelaskan kesemua pakaian bundle yang diterimanya itu diisi di dalam guni dan setiap guni mengandungi jenis pakaian tertentu.
"Sebab itulah, pakaian ini dinamakanan pakaian bundle," ujarnya.
Menyentuh tentang pengunjung, Taharuddin memberitahu, kedainya didatangi oleh pelbagai lapisan dan kelas masyarakat.
"Kedai saya pernah dikunjungi oleh selebriti terkenal seperti Rosyam Nor.
"Kebanyakan jaket yang digunakan oleh Rosyam Nor dalam filem Castello dibeli di kedai saya. Malah pelakon itu sendiri yang datang mencuba dan memilih jaket yang sesuai," dakwanya.
KEBANYAKAN kasut yang dijual oleh Suhaimi diimport
khas dari Jepun dan Korea.
Mengulas lanjut tentang minat masyarakat terhadap pakaian bundle, Taharuddin berkata, ia tidak lagi dikaitkan dengan faktor kewangan semata-mata.
Ini kerana selain harga murah yang menjadi keutamaan pembeli untuk memilih pakaian bundle, faktor lain yang mendorong masyarakat menggemarinya adalah jenama yang ditawarkan.
"Minat masyarakat terhadap pakaian bundle semakin meningkat. Ini kerana barangan bundle yang dijual mempunyai jenama mahal yang tidak mampu dibeli mereka pada harga asal," ujarnya.
Sementara itu, seorang peminat barangan bundle yang mahu dikenali sebagai Din, 27, memberitahu, ada juga pakaian bundle yang dijual tidak mempunyai kualiti, misalnya warna yang luntur.
"Walaupun pakaian yang dijual sudah agak lusuh, namun masih ada pihak mahu membelinya kerana harga yang ditawarkan sesuai dengan kualiti.
"Faktor inilah yang mendorong ramai remaja membeli pakaian bundle," katanya sambil memilih sehelai baju-t.
Tambahnya lagi, keseronokan membeli pakaian bundle juga disebabkan oleh keasyikan ketika memilih. Jika pengunjung teliti membuat pilihan, pasti mereka akan menemui pakaian berjenama yang masih kelihatan baru.
"Kadangkala, saya menghubungi peniaga bundle yang biasa dengan saya untuk mendapatkan pakaian bundle yang baru dibawa masuk dari luar negara. Sebaik sahaja saya tahu perkara itu, saya akan 'serbu' ke kedai mereka," jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung kedai bundle di Chow Kit, Mohd. Yusof Ismail, 51, berkata, beliau sering berkunjung ke Chow Kit, sekurang-kurangnya seminggu sekali.
PELANCONG asing turut tertarik dengan pelbagai barangan yang
dijual pada harga yang murah di Bundle Chow Kit, Kuala Lumpur.
"Dari muda lagi, saya suka beli barangan bundle dan saya tak kisah apa tanggapan orang lain," katanya.
Dalam pada itu, seorang peniaga kasut terpakai, Suhaimi Abd. Hamid, 31, pula menyifatkan, setiap peniaga bundle mempunyai risiko apabila menerima guni-guni berisi barangan terpakai yang baru tiba dari luar negara.
Katanya, guni-guni itu belum tentu dipenuhi dengan pakaian terpakai yang baik dan berkualiti.
"Itu semua nasib. Di dalam satu guni, pasti terselit beberapa helai pakaian yang kurang bermutu. Terpaksalah kami menjualnya pada harga yang rendah," ujarnya.
Menceritakan pengalaman lain pula, katanya, ada juga pengunjung yang berpura-pura mencuba kasut yang dijual tetapi setelah dicuba, mereka cabut lari.
"Perkara ini lumrah bagi para peniaga di Chow Kit. Sebab itulah, saya akan susun dan pamer barangan berharga di bahagian belakang kedai untuk mengelakkan kecurian," jelasnya.
Bundle Chow Kit dibuka dari pukul 4 petang sehingga 1 pagi, setiap hari di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur.
*****************************************************************************************
dah banyak saya beli baju bundle kat chow kit ni... BEST....
dapat yang brand dan murah.... jeans 501 pun hari tu dapat 5 bucks aje
jeans ada lah dalam 4 dah beli bundle... semua best2 comfy -
kena pilih baju2 bundle ni... lama juga... - most of my stuff memang
bundle aje... jimat... lagi pun sengkek sokmo... so beli bundle tak
la mahal sangat... dari beli liz clairborne blouse harga rm200+ baik beli
kat bundle paling mahal pun rm10 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cap_ayam at 5-12-2008 13:05
kalau cakap pasal chokit, aku teringat Hangkiu Jaya.
Tempat shopping dolu-dolu!
sama dengan saya...siap ada kad HJ lagi [ ada lagi simpan buat koleksi antik hehehehe ] |
|
|
|
|
|
|
|
ingat nama kedai mamak tuh ? |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah aku x pi chow kit
kalo dedulu memang selalu aku kuar g carik brg
maklum la....tempat belajo dekat ngan chow kit
~~still ingat, beli kek murah kat cni......ntah ada lagi ke x.....
ingat muda2 dulu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 2-4-2009 16:03
ingat nama kedai mamak tuh ?
dey....
takder nama kedai r..tak nampak..masa tu kecik2 lagi..
mana la aku kesah nama kedai tu..
tapi yg pasti kat coket dulu cuma 2 saje kedai mamak...1 kedai mamak kat sederet bangunan ngan mydin+maybank skang..
yg kedai mamak kene bunuh tu betol2 kat tetengah lorong pasar bundle coket skang nih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|