jika mahu menghilangkan bulu kaki memlih secara neural...so mesti ada sebab kenapa memilih neutral ???...manusia yg dicipta pon mempunyai elemen2 neutral bukan...sebab itu neutaral dekat pada manusia....tapi kenapa kaedah yg dikatakan neutral digunakan untuk menghilangkan sesuatu yg neutral pula...yg dicipta tuhan dan mempunyai fungsi tersendiri......jika sesuatu yg neutral itu hodoh pada tanggapan kamu....jadi kenapa memerlukan kaedah neutral untuk menghilangnya...???
buat sugaring.. tanak gula dengan air dan limau.. buat mcm wax tu.. kulit jadi halus... tak sakit pun.. kat bahagian bawah tu pun saya buat sugaring jugak... tak sakit sangat.. dan part yang paling best.. tak de lah kerja mencukur aje.. bulu yang tumbuh pun lebih lembut.. org ckp tak elok cabut.. tapi saya tak sanggup nak cukur hari2.. sebab saya suka bersih... nampak cumil di situ...
Buat sendiri ke mixture tu? Boleh explain lagi tak? Minat plak
Pasal yg spearmint tea tu, peppermint tea pun bagi effect yg sama & rasanya peppermint tea lagi senang nk cari. Dkt Giant selalu ada, klu nk class sikit Marks and Spencer's punya pun okay gak.
masuk semua bahan.. kacau dulu sebelum masakkan.. akk buat pakai api perlahan.. takut over cook.. bila dah agak2 dah hangus sikit.. (warna karamel).. tutup api.. kacau lagi.. sampai rasa dah selamat utk berhenti.. periuk panas lagi masa kita tutup api tu..
tunggu suam.. baru buat.. jgn colek2 ngan jari.. kang kuk melecur jari jemari tu kang.. anak2 jgn biar duduk kat dapur.. benda ni sangat2 panas..
kalau tak pandai pakai yang bebola tu.. guna kain.. lepas sapu kat area yang nak kita buat tu.. tampal ngan kain.. sebelum dia melekat.. gerak atas bawah.. bagi bulu2an tu lekat betul.. tarik napas panjang2.. tarik cepat2 tapi jgn lah melampau sangat.. kang tersiat lak kulit..
Auntie suka sesangat your petua sugaring. Auntie dah discussed dgn pembantu rumah. Dia kata mem dia dulu kat timur tengah selalu buat. Auntie pun periksa di YouTube. Senang nak buat dan bahan mmg ada kat dapur.
So auntie berkobar2x nak mencuba petua zaman berzaman ni.
nak try lah. tp kalau ada wax strip tu lg senang kan? em, kalau guna kain, kena yang kain nipis kan? td tgk videos, ada yg tak guna kain, dia biar jap sugar tuh, pastu dah kering sket tarik terus....kalau ikut recipe tuh.. yg 2 cawan gula..dpt banyak ke eh? cukup tak cover kaki and armpits?
Auntie dah buat. Siap beli muslin cloth utk buat "tarik" wax tu. Ala2x mcm buat waxing kat salon tu... cuma tak der patient's bed tu jer....
Cubaan pertama memberansangkan tetapi kurang berjaya.... Hahaha...{:4_233:}
Pertanyaan:
1. Kena tunggu sugarin tu sejuk dulu ker baru boleh buat wax?
2. Kalau sejuk, dia jadi beku dan tak boleh dilumurkan ke kaki. So mcm mana yer?
3. Kalau panas, "menggelegak" pulak kaki auntie. When is the best time to use it?
4. Bila sugaring tu dah sejuk, nak kena panaskan balik ker? Sbb bila dipanaskan semula, auntie dapati kepekatannya berkurangan.
5. Auntie baru buat threading kat kaki, so bulu2xnya sgt pendek dan halus. Adakah sugaring ini hanya berkesan jika bulu2x kaki panjang dan kasar sahaja?
6. Kalau yg buat mcm bebola tu, mcm mana pulak yer.... Boleh kongsi tips tak?
Sorry soalan bertubi2x mcm nak ambil peperiksaan pulak ni hah... makcik/ahso/auntie senja nak belajar buat sugaring.....
Maid auntie tolong auntie buat sugaring ni, dia syorkan auntie beli "halawa". Katanya halawa tu digunakan di Timur Tgh utk menanggalkan bulu. Auntie pun pegilah ke kedai Iran mencari "halawa". Elek = takder....
Ada sesiapa tahu pasal "halawa" ni tak? Jika tau, kat mana nak beli?
Auntie will try the sugaring thingy a few times more. Akan mencuba sehingga berjaya... tapi.... kena tunggu bulu kaki tumbuh dulu lah....
kalau dah sejuk kena panaskan dalam microwave seminit camtu.. kalau nak buat kat pubic hair (segitiga bermuda... ).. kena guna yang suam lebih mudah.. dan tarik dengan kain.. tak pe.. dia lekit sikit.. tunggu dia melekat.. lepas tu tarik napas panjang2.. dan tarik secepat yang mungkin... tapi jgn ganas2.. lemah dan lembut.. pastikan kulit kat situ tegang..
kat kaki.. biasanya saya pakai bebola.. ambil yang suam.. buat mcm kita buat kuih bom tuh.. auntie tengok kat sini.. senang aje dia buat..
Lepas dah tanggal.. auntie.. letak kunyit dengan kapur..(celup kunyit kat kapur makan tu.. lepas tu gosok).. buat sampai bulu tu tak tumbuh lagi dah...
aku pun buat sendiri cam ko jugak.. tp xpenah try buat cam bebola tu... kalau buat tu kena pakai sarung tgn ke? nak try la pasni xyah nak pakai kain lg...
tak pakai sarung tangan pun.. bulu sendiri.. org salon pakai glove sebab geli bulu org kot.. suka pakai bola tu sebab mudah.. tapi sesuai utk kaki.. tangan.. kalau sensitif area rasanya tak sesuai sebab susah nak buat...