Normalisasikan dosa adalah apabila kita buat dosa tetapi tidak rasa apa-apa.
Sama seperti yang berlaku kepada artis ini dan juga peminat dia apabila berpegangan dan menggosok perut.
Peminat pula lebih-lebih, siap peluk artis kesayangan.
Dalam masa yang sama, PU Syed turut menegaskan tentang batas pergaulan seorang Muslim yang perlu dituruti.
Hidup kita sebagai umat Islam ada batasan, ada benda boleh buat dan ada benda yang tak boleh buat.
Nasihat kepada Jefri Nichol, awak kena jaga tatasusila, kita ini orang Islam. Kena berhati-hati.
Justeru, PU Syed menggesa pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan satu garis panduan berkenaan perkara larangan dalam Islam sebagai rujukan.
Pihak berwajib perlu meletakkan garis panduan walaupun ada Al-Quran dan sunnah kerana mereka mungkin tidak merujuknya.
Ia juga supaya mereka tidak terjerumus dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang kafir.
Gaya hidup sudah tak seperti orang Islam, ini masalah besar dan perlu beri peringatan.
Dalam pada itu, PU Syed juga menasihati para artis supaya menjaga tingkah laku mereka agar tidak melanggar syariat agama.
Peringatan juga harus diberikan secara tegas kepada para artis supaya menjaga tingkah laku mereka kerana mereka diminati ramai.
Jangan mudah melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa.
Sumber: IG PU Syed, Oh Bulan