CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tokeycarwash

Nak hire penulis/pengarang buku

[Copy link]
Post time 5-3-2009 10:48 AM | Show all posts
sy tak pandai...

tapi... tulislah walau sehari sebaris... lama-lama jadi satu perenggan, satu bab, satu buku...

sy pening nak faham apa yg john cakap, biar cerita itu bercerita sendiri. pakai jin ke apa si john ni, dua tiga hari sy fikir...kemudian baru sy tahu...

nak tahu camne? cubalah menulis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 11:21 AM | Show all posts

Reply #40 nazurah's post

thanks for the tips yaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 11:24 AM | Show all posts
i think yang menyebabkan kita tak reti nak mula cerita tu
becoz kita fikir nak build up jalan cerita, karakter pulak.. for me, i want something different

kalau nak tulis kisah cinta, gimme a different plot. mungkin kisah isteri kedua, kisah perempuan simpanan, kisah janda bernikah semula.. or no happy ending

atau i want a much heavier stuff, pasal abortion, miscarriage, drugs, teenage life (yang bukan ringan-ringan)

or just a memoir of a teenager for light reading.. selalu ku tengok memoir orang dah berumur jer, i want to know what's inside a teenage's mind
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 11:30 AM | Show all posts
for example:

memoir seorang gadis islam yang tinggal di UK. a big decision to don tudung..

[img=89,136]http://tbn1.google.com/images?q=tbn:dAiN6J5lP_9ZeM:[/img]

so maybe kat malaysia ni, boleh tulis memoir teenager yang terasa divided by education, race etc. interesting what?
in malaysia, i love dina zaman's columns (spot on pasal malaysian life and teenagers), brenda benedict's sambal on the side (amusing experience of malaysian living in german) and alexandra wong's navel gazer (she writes with fresh eyes of the things around us.. one story touches me, where a malay pakcik she meets in the hospital told her to hug her parents everyday).

http://thestar.com.my/columnists/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 5-3-2009 11:24
i think yang menyebabkan kita tak reti nak mula cerita tu
becoz kita fikir nak build up jalan cerita, karakter pulak.. for me, i want something different

kalau nak tulis kisah cinta, gimme a  ...


betul tu! tulis sikit rasa macm tak best jer  sudahnya asyik taip sikit, delete berpuluh kali
kalo ada thread utk penulih bagi tips/ kongsi pengalaman kat sini kan best
ala-ala behind the scene cam ner novel ditulis
amacam cik nazurah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 07:08 PM | Show all posts

Reply #42 minahleter's post

minah... sy hanya penulis kecil mungkin kita bleh ajak damya hanna, john atau penulis lain beri tips kat sini...
dorang ada CARI id kan?

sy suka share cerita sy dengan kawan, mungkin minah boleh guna kaedah sama, atau minah boleh menulis di writers room, sy mula menulis dari situ... skali minah tepek, hari-hari orang dok tagih mintak sambung dan dari situ minah boleh tahu dan lihat pengikut cerita minah...

cerita kita sedap atau tidak mungkin kita yang tentukan, kadang saya fikir sedap dah cerita saya tapi ada orang kata rubbish... kita tulis, biar orang nilaikan...

tak dinafikan...sy sendiri pun banyak cantas apa yg saya tulis... tapi saya tak buang, apa yang saya buat.... dari bahagian yang tak sedap tu, saya bina lagi satu plot yang lebih baik...

nanti saya ajak john beri tips dia kat sini, insya Allah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2009 02:31 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 5-3-2009 09:29
saya fikir ramai yang kat sini ada bakat tulis novel... melalui komen-komen yang saya baca kat sini, saya yakin anda semua boleh menjadi penulis yang baik...

John Norafizan kata dia tak ada dr ...


betul tu, John mmg pernah cakap mcm tu. dia tak boleh ikut apa yg dia draf. ramai juga penulis yg membiarkan cerita bergerak sendiri, malah penulis sendiri pun tak tahu macam mana endingnya. ada yg menulis sampai beratus2 muka surat tp masih tak sampai2 lg endingnya. tiap2 kali dia menulis mesti watak2nya semakin berkembang n idea makin laju dan jln cerita jd makin complicated (ini dh jadi kes naik seh kot).

setiap pengarang ada cara masing2 utk berkarya. semuanya ikut kpd keselesaan sendiri. ada yg hanya berkarya pd waktu yg sunyi. sebtg jarum jatuh pun blh buat dia terganggung. ada yg suka mengarang sambil mendengar lagu2 kegemaran atau lagu yg berkaitan dgn apa yg ditulis. ada juga yg blh menulis tgh2 hari buta dlm keadaan bising.

bercerita mengenai ilham, ia sebenarnya blh dtg pd bila2 masa. ketika mengupas bawang, membasuh kereta, menonton berita. Azizi Hj Abdullah sendiri mendapat ilham utk novel Seorang Tua di Kaki Gunung apabila beliau membaca satu berita kecil mengenai seseorang di luar negara yg kakinya terhimpit oleh sesuatu yg berat. Oh, lg satu, dengar khabarnya Azizi suka bertapa di bilik hotel sehingga karyanya siap. siang mlm x berhenti menulis, melainkan berhenti utk berkara2 wajib.  

Faisal Tehrani sendiri mendapat ilham utk plot Tunggu Teduh Dulu ketika beliau sedang jogging di lake garden apabila melihat monyet2 di sana.

masalah yg selalu menjadi alasan kita utk menulis ialah MASA. sebenarnya semuanya terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana utk mengurus masa. Anis Ayuni suka menulis pd waktu awal pg sambil dia menyiapkan sarapan utk keluarganya. hujung minggu dia x menulis kerana bgnya waktu itu ialah hak keluarganya.

Gaya penulisan pula, itu satu hal yg bukan mudah diperoleh. bg penulis baru, hal itu takkan disedari pd karya pertama. penulis2  baru masih tercari2 identiti pd karya sulung. tetapi semakin byk dia menulis, semakin terserlah bagaimana gaya penulisan dan signaturenya. Gaya penulisan juga berubah2 mengikut tema dan genre karya. Adakah ia karya komedi, romantis, serius, thriller. Hal ini memang mempengaruhi gaya penulisan seseorang.

Penulis yg bagus ialah apabila org blh mengenal tulisannya tanpa perlu melihat nama si pengarang.

mood menulis blh dipujuk2 dan dipupuk melalui byk cara. cthnya klu nak tulis karya fiksyen sains, tontonlah atau baca bahan2 yg berkaitan spt star wars, terminator. Klu nk tulis kisah2 komedi, tontonlah filem2 komedi atau anime dan membaca manga. itu sbgi cthlah. byk lg cara lain yg blh kita buat.

Memulakan sesuatu lebih sukar drpd meneruskan sesuatu yg sudah bermula. Jadi, apa-apapun terpulang kepada diri sendiri sama ada MAHU atau TAK MAHU. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Lain2 perkara tu cuma alasan. Ops!

[ Last edited by  omei at 8-3-2009 02:52 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 02:58 AM | Show all posts
Originally posted by minahleter at 6-3-2009 15:02


betul tu! tulis sikit rasa macm tak best jer  sudahnya asyik taip sikit, delete berpuluh kali
kalo ada thread utk penulih bagi tips/ kongsi pengalaman kat sini kan best
ala-ala behi ...


kena yakin. ini mmg dh jadi penyakit bagi mereka yg baru2 nak mencuba. penulis biasanya mmg tak tahu tulisannya sedap atau tak. bila kita beri org baca, baru kita tau sedap atau tak. ada seorg penulis yg pd mulanya malu nak beri org baca. tp dia nekad hantar pd penerbit dan rupa2nya karyanya dipuji editor. lepas tu dia terus naik semangat dan yakin utk terus menulis. So jgn malu beri org baca n kritik. Kritikan tu penting utk memajukan diri, utk menilai sejauh mana kemampuan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 11:15 AM | Show all posts

Reply #44 omei's post

menarik....

omei penulis juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 10-3-2009 11:15
menarik....

omei penulis juga ke?


Saya menulis sejak tadika. Siapa saya tak penting. sama mcm awak juga, suka berkongsi dengan kawan2 di sini.

seperkara lagi, rajin2 lah mengikuti mana2 bengkel penulisan tak kira sama ada sudah ada karya, sedang menuliskan karya, atau baru belajar-belajar. Ada bengkel2 percuma, dan ada yang berbayar. Rajin2lah tengok jadual aktiviti Perpustakaan Negara Malaysia, DBP dan web page beberapa penerbitan. adakalanya mereka buat bengkel percuma dengan menjemput penulis2 tersohor. :victory:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 08:48 PM | Show all posts
azz letak dalam blog ja, xpun dalam forem, tp bukan forem ni...

hehe, start tulis masa darjah 6, tah nape tah, bole tulis, tapi masa tu tulis dalam buku tulis ja... xtau kemana peginya...

pastu lama dah stop, masa kat U ni baru start balik, tapi sskrg da stop balik, xde idea pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:30 AM | Show all posts

Reply #36 nazurah's post

Salam,
Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diambil kira jika benar-benar mahu menulis

1) Masa
Tak boleh cakap tak ada masa, lima minit setiap hari juga adalah masa, sekurang-kurangnya menulis satu perenggan satu hari juga lama-lama akan dapat menyudahkannya, bukan?

2) Mungkin masa sudah ada, idea pula jadi buntu. Untuk menyelesaikan masalah ini, yang paling penting adalah menulis dan terus menulis, walaupun begitu 'hampeh' sekali cerita yang ditulis. Tidak mengapa, jangan berputus asa, ramai penulis termasuk saya yang mengalami waktu-waktu sebegini. Tetapi saya tidak berhenti menulis, saya teruskan sehinggalah idea yang baik pula datang. Nanti, ketika kita mengedit/membaca semula karya kita, mungkin pada masa itulah idea yang canggih akan terbit untuk menggantikan idea yang 'hempeh' itu. Perkara penting yang selalu orang lupa adalah, mengedit karya mereka sendiri berkali-kali. Seorang penulis yang baik, setelah selesai menulis, tidak terus menghantarnya pada penerbit. Ada yang memeramnya, dua tiga minggu sebelum proses 'penulisan' kedua atau seterusnya, sehinggalah karya itu digilap sepenuhnya. Barulah waktu itu ia dihantar pada penerbit (hantar pada penerbit juga akan diedit lagi).

3) Perlu diingat, untuk dua perkara di atas ini, kesungguhan dan usaha bersungguh-sungguh adalah yang paling utama. Kena tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar mahu jadi penulis, jika YA maka pengorbanan itu diperlukan. Menulis itu sama sahaja dengan perkara lain - macam mahu lulus periksa, kita tak boleh teguk air jampi bergelen-gelen tanpa membaca buku tetapi berharap akan dapat lulus dengan cemerlang

Tentang cara menulis pula, ada 'dua sekolah pemikiran' yang biasa

Pertama - menulis dahulu draf rangka dari bab pertama sehinggalah yang terakhir. Saya rasa ini adalah yang paling selamat agar jalan cerita relevan, tidak merapu-rapu dan 'solid' untuk diterima penerbit menjadi novel yang ada di pasaran.

Kedua - menulis aja - dan biarkan cerita itu bergerak dengan sendirinya. Saya termasuk dalam golongan kedua ni, saya sendiri tidak tahu bagaimana jalan ceritanya akan berakhir. Susah untuk menerangkan metoda ini, mungkin sesiapa yang mahu menjadi penulis cuba menulis dahulu menggunakan metoda pertama, nanti mereka akan faham apa yang saya maksudkan.

Itu sahajalah yang dapat saya kongsi buat setakat ni...

P/S: Jangan lupa dapatkan Odisi Bulan Biru nanti

salam!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:36 AM | Show all posts
tahniah bagi yang dah jadi penulis. saya memang tak boleh nak menulis novel. boleh menulis artikel berbentuk fact sahaja. kalau nak berimaginasi memang tak boleh. sebab masa sentiasa penuh. tak sempat nak berimaginasi hehehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:07 PM | Show all posts
samalah kita...............saya pernah menulis......................hmpr separuh buku...........lepas 2 saya mcm hilang semngt.............

entahlah xada org tahu sy menulis dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:44 AM | Show all posts

Balas #51 otakotak\ catat

otakotak..

Jangan putus semangat.. teruskan menulis.. mana tau itulah buku best seller yang semua orang tunggu selama ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:17 PM | Show all posts
masih banyak yang saya perlu bljr john

saya xsebest john zura hlo dan yang lain2.

bagaimana pun trm ksh....bg smngt pd saya...insya Allah ada masa, ada idea, ada ilham, ada rajin   saya akan menulis lagi.

itu je cara saya nak ckp apa yang xterluah.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 03:29 PM | Show all posts

Reply #53 otakotak's post

saya setuju dengan john...

menulis tu satu proses yang panjang... kalau kita menulis hari ni, esok kita baca balik apa yang kita tulis... nnt kita jumpa bahagian-bahagian yang kita rasa perlu diperbaiki...

otak2 cuba sediakan sinopsis dulu... cerita apa yang otak2 nak tulis... setidak2nya bila dah ada jalan cerita, senanglah nak mengarang... coz yang menjadikan kita lost time menulis ni... bila mana kita sendiri tak tahu hala tuju apa benda yang kita tulis tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 17-3-2009 15:29
saya setuju dengan john...

menulis tu satu proses yang panjang... kalau kita menulis hari ni, esok kita baca balik apa yang kita tulis... nnt kita jumpa bahagian-bahagian yang kita rasa perlu  ...



terima kasih kak zura....

terim kasih bnyk2

mcm sy ckp...bila ada idea mood @ masa xada....

bila ada masa otak plk jem xtentu hala

saya kana gunakan 2 org sifu yang bg suppport kat sy ni sbg dorongan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:26 AM | Show all posts
ni bagi saya la..
nak menulis ni perlukan satu rasa...
cubalah menulis walau dgn masa yg byk sekali pun..
kalau 'rasa' tu tak ada atau belum datang..mmg tak boleh nak jalan..
apa yg saya tulis ni berdasarkan pada diri saya sendiri..
mungkin juga penulis lain, setiap masa yg ada cerita perlu 'jalan'
serupa juga mcm john, biarkan cerita tu bergerak dgn sendirinya
dari situ insyaAllah akan datang idea yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:58 AM | Show all posts

Balas #56 lobakbiru\ catat

Salam,
Betol apa yang dikatakan lobakbiru tu.. mungkin itu yang diperlukan.. satu rasa

Contoh ketika saya menulis garis-garis deja vu, saya boleh menggunakan metoda menulis rangka perjalanan cerita, apa yang terjadi pada Ashraf, Nini, Suraya dan Damien.

Tapi saya tidak membuatnya seperti itu, tetapi 'membiarkan' ia bergerak dengan sendirinya.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan membiarkan jalan cerita itu bergerak dengan sendirinya?
Dengan menjadi watak dalam cerita itu, jika ia watak lelaki maka saya jadi lelaki (ehehe.. memang sudah sedia semulajadi lelaki pon!

Bila tiba watak perempuan, saya 'akan menjadi' watak perempuan itu, mendalaminya - segala resah dan pengharapan, mimpi, impian dan ketakutan.

Begitu juga dengan watak kanak-kanak, maka saya akan menjadi kanak-kanak (walaupun dari segi zahirnya saya takla terlompat-lompat macam bebudak umur 5 tahun uhuhuhu!)

Seorang penulis harus 'neutral' - harus menjadi watak dalam cerita itu walau ia seorang lelaki atau perempuan atau anak-anak kecil agar cerita itu menjadi 'dipercayai' - bukan menulis dari perspektif lelaki atau perempuan, tetapi perspektif watak itu sendiri. Tidak ada penulis perempuan atau penulis lelaki sebenarnya. Cuma penulis yang memberikan cerita pengajaran kepada masyarakat.

P/S: ada juga teman penulis yang membuat draf novel terlebih dahulu HANYA sebagai guidance, dan kemudian menulis sehingga novel itu jadi sedikit lain dari kerangka asal.

Tetapi yang penting bagi saya ialah sentiasa minta pada Allah untuk bagi kita idea yang dapat memberikan teladan dan ilmu berguna bila orang membaca buku-buku kita. Supaya orang menyukai cerita yang kita persembahkan.

Insya Allah, Yang Di Atas Sana tak pernah menghampakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.253404 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list