|
khidupan jd artis ni mmg tak normal....tu sbb tak leh idup mcm bese... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 dayangku_suria's post
betul
sbb skang org dah tak peduli, bini orang , laki orang...sama sama mengorat dan kena ngorat![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah min zaliq..
Klu zaman couple2 dulu leh clash/ break sesuke ati..
Dah kawen pun bley senang2 bercerai..
Klu norish bercerai, title datin burn la ek?
So tak bole la masuk gusip kenamaan? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 hal skang ni.... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
skrang nie org besa pon byk dah..
ape bleh buat klu dah itu jln yg terbaik utk 2 pihak |
|
|
|
|
|
|
|
aku updatekan lagi..ahli kumpulan VE cham-cerai talak 3..kerana GRO..anak2 yg kecil lagi pon ader3..cedih aku ngn ANK2 dorang nie..![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 skicysonic's post
|
|
|
|
|
|
|
Hakim lulus permohonan fasakh Hawa
KUALA LUMPUR: “Perbuatan defendan memudaratkan plaintif dan anaknya,” kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammed di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.
Wan Mahyuddin berkata demikian ketika membaca penghakimannya sebelum membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan penyanyi Hawa atau nama sebenarnya Wan Salmiah Meor Abdul Rashid, 29, (plaintif) terhadap bekas suaminya Izzat Abdul Malek, 42, (defendan).
Beliau berkata, perbuatan defendan gagal memberi nafkah sejak empat tahun lalu menyusahkan plaintif dan matlamat perkahwinan tidak tercapai berikutan Izzat gagal menjaga bekas isterinya itu.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan dua saksi plaintif iaitu bekas bapa mentua, Datuk Abdul Malek Ahmad, 70, dan bapa kepada penyanyi terbabit, Meor Abdul Rashid Meor Abdul Rahman, 60, yang konsisten.
“Berikutan itu, mahkamah mensabitkan defendan dengan cuai menyediakan nafkah yang cukup terhadap plaintif tanpa memberi alasan munasabah antara 1 Januari 2004 sehingga kini.
“Selain itu, perbuatan defendan mendatangkan kesusahan kepada bekas isterinya dan plaintif tidak pernah diisytiharkan nusyuz di mahkamah syariah sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, mahkamah membenarkan permohonan fasakh itu mengikut Seksyen 53(1)(B) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Sebelum mahkamah membenarkan permohonan fasakh itu, Wan Muhyuddin memerintahkan penyanyi yang popular menerusi lagu Bisa Semalam membuat sumpah istizhar mengikut peruntukan hukum syarak.
Selain itu, Wan Mahyuddin memerintahkan Hawa beredah tiga kali suci dan mendaftarkan perceraian di mahkamah serta membatalkan surat akuan pernikahan pasangan terbabit.
Sementara itu, Hawa ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan kembali dalam dunia hiburan dan akan berduet dengan seorang artis lelaki dalam penghasilan album.
Dia memakai baju kurung dan bertudung hitam kelihatan ceria dan ditemani bapa serta peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan, manakala bekas suaminya tidak hadir ke mahkamah.
Adik kepada penyanyi Wann itu diijabkabulkan di Masjid Setapak Jaya, dekat sini pada 7 Ogos 1998 ketika dia berumur 19 tahun, manakala bekas suaminya berusia 32 tahun.
Perkahwinan hampir 10 tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berumur lapan tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai SMS Raja Azhar sah
Oleh NURUL IZZA ROSLY
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1119/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg)
RAJA AZHAR dan Charmaine semasa saat bahagia.
GOMBAK - Lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pelukis dan artis terkenal, Raja Azhar Raja Lop terhadap isterinya, Charmaine Winifred Idris pada Ogos lalu diputuskan sah oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam penghakimannya menyatakan bahawa SMS bertarikh 6 Ogos 2008 itu merupakan lafaz cerai berbentuk tulisan iaitu secara lafaz kinayah (tidak jelas) telah ditulis sendiri oleh si suami kepada isterinya.
"Talak dalam bentuk tulisan oleh suaminya secara khusus kepada isteri merupakan lafaz kinayah yang sah jika ia disertakan dengan niat.
"Mahkamah mendapati bahawa defendan (Charmaine) telah melanggar taklik dalam tempoh 48 jam. Plaintif (Raja Azhar) pula ada niat untuk ceraikan defendan pada 8 Ogos 2008 berdasarkan pengakuannya bahawa dirinya dalam keadaan sedar dan tidak dipaksa oleh sesiapa ketika mengirimkan SMS tersebut," katanya.
Pasangan suami isteri itu telah tinggal berasingan sejak 22 Disember 2007 dengan defendan pulang ke Australia.
Rentetan daripada itu, Raja Azhar, 56, yang diwakili peguamnya, Rubiah Jaafar menghantar SMS kepada isterinya yang berusia 53 tahun pada 6 Ogos lalu yang berbunyi:
"Jika kamu, Charmaine Winifred Idris tidak kembali ke rumah kelamin di Malaysia, Bukit Antarabangsa sejak kamu pergi lapan bulan lepas dalam tempoh 48 jam dari tarikh hari ini, saya akan ceraikan kamu dengan talak satu". |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Azhar Raja Lop ni yang ade kecacatan di kaki tu ke?
teringat dulu penah bc mag mana ntah, dia ni kalo kuar oversea mana2 akan belikan lingerie as ole2 kat bini dia tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
tak nampak tua dorang nih |
|
|
|
|
|
|
|
hutang kawen ratus ribu tak abis lagik dah cerai2...ghasa2 depa ni rasa ralat tak bagi mas kawen ploh2 ribu tapi kawen setaun dua jek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 19-11-2008 11:57 AM ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Cerai SMS Raja Azhar sah
Oleh NURUL IZZA ROSLY
[email protected]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1119/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg
RAJA AZHAR dan Charmaine semasa saat bahagia. ...
takut aku tgk muka depa berdua nih...cam injek je |
|
|
|
|
|
|
|
bini raja azhar ni dulu eksiden lepas tu lumpuhkan?
dah ok ke belum ekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|