|
ingatkan napsu jek leh kunci..jodoh pong sama ke..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan dari pelalau...
*Pinangan
Ketika ditanya apakah punca menyebabkan si gadis menolak pinangan orang
yang hendak mengahwininya, jin yang mengeluarkan suara melalui lidah
gadis menyatakan bahawa dialah yang melakukannya kerana dia terlalu
sayang kepadanya.
Ketika ditanya bagaimana hal ini boleh berlaku, jin itu menjelaskan
bahawa apabila ada orang lelaki datang meminang dia (jin) tadi akan
menjadikan wajah orang yang meminang itu begitu hodoh pada pandangan si
perempuan, jadi timbulnya rasa benci yang bersangatan.
Setelah syeikh tadi membacakan ayat-ayat al-Quran yang terdiri daripada
慳yat-ayat azab |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 pun ikhtiar ler
jumpe org2 pndai tp klu blh jgn r bomoh yg merepek
klu blh, org2 alim ker yg pndai berubat
maybe akn diajar amalan2 surah tertentu
ape2 pun sgala yg tjadi adlh atas kehendak Allah
serahkan sgala ikhtiar itu ke hadrat Ilahi (tawakal)
sebaik2 umat adalah mereka yg percaya tiada kekuasaan mengatasi allah |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ruffleen at 9-3-2010 14:14
sape yg rasa2 mcm trkena sihir ni, gi berubat dgn ustaz kat darussyifa or al-islah
aku dah try...skrg baru habis fasa pertama. moving to the next step. kita berusaha,bertawakal dan berdoa |
|
|
|
|
|
|
|
mcm pernah dgr. tktnya
otakotak Post at 26-12-2008 18:28
aux penh dgr... betul ke ade? kalau ade jumpa le harun din... aku ade jumpa.. n ustaz kat sana check aku xde bende halus tumpang ke org hantar black magic ke.. syukur xde.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh kene knci scara halus kn....aku pnh dgr bnda mcm ni,,,aku cdgkn pegi brubat jmpe ustaz2 mitak air tawar....insyallah dpt bukak nyer mangga tu...tt kene knci ngan sape?
org ckp kalu da kene knci sseorg jd xde nafsu kn nk make love nga bini dia kn wlau blh jek kawen dlm ssetengah kes..ada ssetengah kes tu xdpt kawen trus...xde prasaan nk kawen..ntah btl ke x kementot ni...mitak maaf lau slp..kementot bdk lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
try je dulu jumpa ustaz..darussyifa or al-islah... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm pelalau ler ni... kalo ade yg agak2 terkena.. wat ler solat hajat moga2 dijauhkan mende2 itu sume n bnyk mengaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
DIANTARA TANDA-TANDA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR
Kebiasaannya tanda-tanda dibawah ini adalah tanda-tanda mereka yang mempunyai masalah gangguan jin saka atau keturunan, walaubagaimanapun ini hanyalah panduan semata-mata, untuk mendapatkan kepastian lanjut sila buat pemeriksaan dengan perawat-perawat yang berpengalaman merawat dengan kaedah rawatan Islam.
- Penyakit yang sama menimpa kebanyakan kaum keluarga, seperti adik-beradik, ibu atau bapa, datuk atau nenek, pakcik atau makcik, dan sepupu-sepupu, seperti gatal-gatal, penyakit kulit, asma dan kanser.
- Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk, jatuh yang kuat akibat bersukan)
- Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
- Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
- Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
- Ada yang menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.
- Boleh menghadirkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.
LAGI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR.
TANDA-TANDA KETIKA JAGA :
• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
• Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
• Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur•
TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.
• Mimpi yang menakutkan
• Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
• Bermimpi berjalan di atas air atau darah.
• Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
• Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
• Kerap terjaga tidur di waktu malam.
• Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
• Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
• Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
• Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
Antara penyebab-penyebab seseorang itu disihir ialah:
- Mungkin ada yang dengki dengan perniagaannya yang maju, atau kenaikan pangkat atau kejayaan.
- Memutuskan pertunangan, mengakibatkan pasangannya ingin membalas dendam kerana mendapat malu atau rasa tercabar.
- Rebutan harta pusaka.
- Irihati, cemburu, buruk sangka dan lain-lain yang seumpamanya |
|
|
|
|
|
|
|
ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA:
- Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.
- Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
-Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
-Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.
-Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.
WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.
Kemandulan yang disebabkan gangguan jin adalah kerana, jin tersebut tinggal di dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran.
Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Perlu diingatkan ada diantara golongan jin yang tertarik kepada perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia mengganggunya.
KESIMPULANNYA
Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w serta beramal dengan syariat Islam.
MUTIARA KATA :
" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah " |
|
|
|
|
|
|
|
I pnh dengar sihir pelalau. Tp kdg2 ada mcm2 sbb jodoh x bertemu ni. Ada yg puncanya pembawaan diri dia sendiri. Ada org block jodoh dia sendiri tanpa sedar (mentally). |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni pelik gak la.. aku x suke laki terhegeh2 kat aku.. biar aku yg terhegeh2..
hmmm... dr skool sampai skrg...
dulu ade kawan aku nak kenal2 ngan aku pun aku geli2.. hehehe..
maslaah dunia aku .. laki yg aku nak sume xnak.. n reject.. huhuhuh.. poning.. tp aku xde le burukkkkk.. mcm alienn.. |
|
|
|
|
|
|
|
53# kiki009
sama laa mcm aku..
yg aku x nak tu yg tersua2 depan aku...
aku ni x nak sakitkan hati org...buat apa nak terima kalo hati kita x rela kan...seolah kita x ikhlas menerima org tu...drp kita mislead dia with a lie, better kita hurt dia honestly...
emm susah betul nak cari yg sehati sejiwa kan kiki... |
|
|
|
|
|
|
|
tk phm..cam ne cre die wat kunci jodoh ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
1st. sila ingat, yg ada kuasa nak kunci ke, nak buka ke, hanyalah ALLAH jer. manusia leh usaha, yg kabulkan tu DIA.
apa nak buat kalau jadi?
bermohon dan beramal dengan cara yg betul. percayalah yg semuanya ditentukan ALLAH. kalau rezki, dah suap dlm mulut pun, kalau bukan kita punya, still leh terkeluar. tp kita sndiri wajib utk berusaha suapkan dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
55# Silver_Pearl
mcm jumpa bomoh utk letak jin supaya org yg 'dibuat' tu nmpak buruk dimata lelaki2 yg mungkin akan terminat dgnnya...supaya sape2 je yg berkawan dgnnya akan rasa x selesa, x happy dan akhirnya lari tinggalkan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
emmmmmmmmmm kdg2 pecaya kdg2 pecaya benda2 gini....... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh x kite kunci diri kite sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
59# icamys
boleh..mcm lagu romlah rom tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|