|
Melayu peluk babi
Oleh Kasdi Ali
[email protected]
TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utamajudi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.
Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.
Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.
Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cinadan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekorpada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.
Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu programsaluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikanpertambahan pengunjungnya saban hari.
Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membelinombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.
Yang menyedihkan, kepercayaan itu menular di kalangan orang Melayu di daerah ini sebelum merebak ke luar Perak.
Seorang penduduk, Abdul Karim Yusop, 51, ketika ditemui Harian Metro berkata kegiatan itu semakin menjadi-jadi sejak awal tahun ini.
揝aya tidak kisah ia dilakukan golongan bukan Islam, tetapi kesal apabila seorang rakan bukan Islam memaklumkan ada orang Melayu turut melakukannya.
揜akan saya bertanya adakah perbuatan menyentuh babi itu dibenarkan dalam agama Islam dan saya memberitahunya ia perbuatan berdosa bagi umat Islam.
揗endengar jawapan saya, diaterkejut dan memberitahu terdapat ramai orang Melayu menyentuh dan memeluk babi hutan di kuil berkenaan, |
|