KAWASAN pokok kekabu ini didakwa pocong sering kelihatan di Kampung Baru Sungai Ara, Bayan Lepas.
BAYAN LEPAS - Dalam keadaan semakin ramai warga Lembah Klang bimbang dan demam kerana wabak influenza A (H1N1), situasi yang sama dialami penduduk dua buah kampung di sini, bezanya mereka bukan takut virus selesema babi itu tetapi lembaga putih yang didakwa pocong.
Beberapa penduduk mendakwa pocong itu mula dilihat di Kampung Masjid di Teluk Kumbar, di sini dan Kampung Baru Sungai Ara yang terletak kira-kira 15 kilometer dari situ sejak bulan lalu.
Kisah pocong itu tersebar cepat dan meluas sehingga orang ramai mula fobia untuk keluar malam, baik di kalangan pekerja yang tamat syif dikilang-kilang berdekatan mahupun remaja bermotosikal yang dulu selalu berkonvoi ke Pekan Bayan Lepas.
Di Kampung Masjid, pocong itu didakwa pertama kali muncul bulan lalu tidak jauh dari kawasan kubur kira-kira pukul 3 pagi.
Ia disusuli dengan cerita penduduk lain yang turut ternampak lembaga yang sama di sekitar kawasan itu pada lewat malam dan awal pagi.
Antara yang mendakwa ternampak lembaga itu dekat perdu buluh dikampung tersebut pada kira-kira 1 pagi, 28 Mei lalu ialah Azril Idris,25.
Pada waktu itu Azril berehat bersama rakannya, Syed Fadzil Syed Mohdin sebelum dikejutkan dengan kemunculan seorang jiran wanita menjerit-jerit mengatakan terserempak lembaga dekat rumahnya