|
haha.. blurpp2.. tgh syok2 layan MPS, dtg keje melambak lak.. tu y selesaikan kejeku ittew dlu..
wahh.. kemain sakan korang ek sejak dpt umah baru neh.. makin ligat brsembang.. :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : Barbeque - sumber guru..tenett gak
Kisah terjadi pada tahun 80'an, masa itu aku masih didlm zaman remaja. Peristiwa ini diceritakan oleh kawan aku. Masa itu mereka berada di pantai East Coast di PA campsite berkhemah di situ. Tempat itu memang agak terpencil dan jauh dari pantai tempat selalunya orang berkelah dan beriadah. Kawasan itu memang disediakan untuk org ramai yg suka berkhemah. Mereka menyewa 4 khemah di satu kawasan yg siap dgn 'barbeque pit'.
Pada malam itu mereka ber'baberque' beramai ramai. Ada daging ayam dan ada daging kambing. Daging ayamlah yg paling popular di kalangan mereka kerana daging kambing yg mereka beli dari pasar berbau hamis. Maka terlantarlah daging kambing yg kemerahan itu di dlm plastik beg tanpa ada yg menyentuhnya.
Setelah kenyang mereka duduk beramai ramai bernyanyi dan bersuka ria sebelum masuk ke khemah masing masing untuk tidor. Malam itu angin kencang, seakan akan hendak hujan. Lebih kurang pukul 6:30 pagi kawan aku dikejutkan dengan suara budak budak kecil ketawa dan berbisik bisik. Dia pun menjengukkan kepala dari khemahnya untuk melihat dari mana datangnya suara itu. Alangkah terperanjatnya bila dia melihat sekumpulan budak budak kecil berbogel membaham daging daging kambing yg mereka tinggalkan di babrbeque pit. Mereka memakan daging itu mentah mentah.
Salah seorang daripada budak itu sedar yg kawan aku sedang memerhatikan mereka. Dengan secepat kilat ku pulan budak budak ini terus berlari ke arah pantai dan hilang didlm kepekatan malam. Kawan aku mengejutkan yg lain...mereka dapati babrbeque pit berserak, daging kambing di didalam plastik beg sudah tiada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : pontianak - sumber guru..tenett gak
Malam itu seperti biasa Malek keluar mencari sewa. Hujan gerimis
membasahi jln raya yg kelihatan lengan. Musim hujan begini memang tak ramai
yg keluar. Sebagai pemandu teksi dia terpaksa keluar mencari sewa. Nasib
tidak menyebelahi dia, puas sudah dia pusing keliling bandar tapi tidak ada
seorang pun kelihatan.
Sudah hampir dua belas tengah mlm, matanya sudah mula mengantuk. Dia
ambil keputusan untuk pulang saja ke rumah. Dalam perjalanan pulang hujan
turun dgn lebatnya. Matanya dibuka lebar memerhatikan keadaan jalan di
hadapan, teksi dipandu dgn perlahan. Selepas saja dia selekoh di satu
simpang tiga, dia ternampak ada seorang perempuan sedang duduk di stesen
bas. Perempuan itu sedang berteduh di stesen bas tersebut dan kelihatan dia
seperti sedang mendukung seorang bayi. Malek memberhentikan teksinya
dihadapan stesen bas tersebut.
"Awak kalau nak tunggu bas, dah takder lagik dah, dah jam dua belas
setengah pagi nie....kalau awak nak naiklah, saya hantar pulang" pelawa
Malek kepada perempuan muda itu.
Perempuan itu mendongakkan kepala lalu bangun menuju ke pintu belakang
teksi. Dia mendukung seorang bayi yg diselubung dgn tuala putih..dan
kelihatan begitu asyik mendodoikan bayinya .
"Nak pergi mana?" tanya Malek sambil mendongak melihat cermin belakang
teksi.
" Kranji" jawab perempuan itu dgn nada suara yg halus.
"Wahhhh jauhnya, awak tinggal situ ke?"
Perempuan itu tidak menjawab.
Malek meneruskan perjalanan, hujan semakin lebat. Dari cermin kereta
Malek dpt melihat perempuan muda itu yg terus mendodoikan anaknya walaupun
bayi itu tidak menangis atau tidak mengeluarkan satu suara pun. Tiba tiba
perempuan itu menagis terisak isak.
"Maafkan saya, errrr...awak ader masaalah ke?" tanya Malek
"Hmmm" perempuan itu menganggukkan kepalanya dan terus menangis.
"Sabar, sabar...awak nak ceritakan pada saya? Insya Allah saya dpt
membantu" pelawa Malek ikhlas.
"Saya kena tinggal" jawab perempuan itu sambil mengesatkan airmatanya.
"Kena tinggal?"
"Ye.......sa...saya....saya ditinggalkan oleh seorang lelaki yg tidak
bertanggungjawab...dan sekarang saya tak tahu mana nak pergi"
"Hmmmm...awak tidak cari lelaki itu? Siapa lelaki tu? Suami?" tanya
Malek lagi
"Bukan, dia bukan suami saya, tapiiii...dia dah janji nak kahwin dgn
saya...tapi selepas itu dia menghilangkan diri....puas sudah saya merayau
rayau mencarinya" jeas perempuan itu.
"Hmmmmm dah lama awak ditinggalkan?" tanyer Malek lagi
"Ye...sekarang sudah hampir 50 tahun saya mencarinya"
"APERR??? 50 TAHUN???" Malek memberhentikan teksinya lalu menoleh
kebelakang.
Perempuan itu tersenyum...matanya menjadi merah....senyumannyer
bertukar menjadi ilaian yg amat menggerunkan.
"KIHHHHHHHHHHH KIHHHHHHHHHH KIHHHHHHHHHHHHH KIHHHHHHHHHHHHHHHHHHH"
"YAK ALLAH!!!!!!!" Malek meneriak.
Pontianak itu terus hilang dari tempat duduk...bayi yg berbungkus itu
ditinggalkan di situ. Bila dibuka bungkusan itu alangkah terperanjatnya
Malek bila di dapati sebuah batu nisan lama. Hujan menjadi semakin lebat,
kilat sabung menyabung...Malek terus berdesut dgn pantas di dalam kepekatan
malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-9-2009 14:28
Tajuk : hantu xdak pale - sumber guru..tenett gak
Malam itu hujan gerimis. Khamis bergegas ke sebuah pondok untuk berlindung dari hujan yg semakin lebat. Angin dingin tiba tiba menerpa membuat seluruh tubuhnya menggigil.
"Isshhh...camner aku nak balek nie...."keluh Khamis didlm hati, "dah nak masok pukol 12 nie"
Dia baru sahaja pulang dari pekan menguruskan hasil hasil ladangnya . Lagi lebih kurang satu jam sebelum dia tiba ke kampung tempat dia tinggal. Nampaknya hujan yg turun tidak ada tanda yg ia akan berhenti. Khamis nekad untuk meredah saja didlm hujan itu. Ketika dia hendak lari, dtg seorang lelaki mencari perlindungan di pondok itu. Khamis menoleh ke arah lelaki itu sambil tersenyum.
"Lebat hujan ni" Khamis bersuara
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya dia beraleh ke satu sudut pondok tersebut. Khamis memerhatikannya. Nampak gaya dia bukan org sini, dari cara pakiannya nampak berlainan benar. Tiba tiba dtg sekumpulan manusia berlari ke pondok tersebut. Masing masing membawa sebilah pedang yg panjang seakan akan memburu perompak atau pencuri. Kumpulan itu semakin dekat...Khamis tercegat ketakutan..disangkanya dia akn mati dibunuh. Lebih memeranjatkan lagi bila dia melihat sekumpulan lelaki itu memakai seragam pakaian askar Jepun. Khamis bersembunyi di belakang kerusi kayu di pondok tersebut. Sementara kumpulan lelaki itu terus berlari ke arah pondok sambil meneriak sesuatu yg dia tidak faham. Lelaki yg berada bersamanya tiba tiba cemas sambil meneriak, "Tidaakkkk....tidaaakkkkk!!!!"
Sekumpulan lelaki yg berseragam pakaian askar Jepun memegang lelaki yg sedang meronta ronta ketakutan. Seorang daripada mereka memukul kaki lelaki itu hingga dia terlutut ke tanah. Dengan secepat kilat seorang lagi daripada askar itu mengangkat pedangnya dan ZUUUUUUSSSS! menetak leher lelaki itu hingga terputus kepala dari badannya. Khamis begitu terkejut dgn apa yg baru disaksikannya. Banyak darah mengalir melimpah keluar dari leher lelaki itu. Kepalanya terguling betul betul di hadapan Khamis.
"Haaa..haaa,,haaa,,haaaa...haaaa...haaa!" sekumpulan lelaki itu ketawa lalu beredar tanpa seorang pun yg perasan Khamis disitu.
"Tolongggggggg" tiba tiba satu suara halus kedengaran
Khamis yg dlm keadaan terperanjat mencari cari dari mana arahnya suara itu. Alangkah terperanjatnya bila dia melihat kepala itu bergerak sambil mulutnya terkumat kamit berkata sesuatu.
"Tolongggggg...kebumikan aku....tolongggggggg"
Badan yg tidak berkepala tiba tiba berdiri sambil tunjuk ke arah semak samun di belakang pondok itu
"Tolonggggg...kebumikan aku....tolongggggggg"
Khamis lintang pukang lari dari situ meredah hujan lebat dgn sekuat hatinya.
"Tolongggggggg...kebumikan aku....tolonggggg" suara itu terus mengekorinya
Sambil berlari Khamis toleh kebelakang dan dapati hantu tidak berkepala terus melayang layang mengejarinya.
"Tolongggggggggg...kebumikan aku....tolongggggggg"
"Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!" Khamis terus berlari sambil menjerit sekuat hatinya.
Orang kampung menjumpai Khamis pengsan di sebuah parit berdekatan dgn kampungnya pada pagi esoknya. Dia menceritakan apa yg telah terjadi. Orang orang kampung semua pergi ke pondok itu. Mereka menggali tanah dibelakang pondok itu di mana hantu itu tunjuk. Mereka terjumpa rangka manusia tanpa tengkorak. Hanya rangka badan kaki dan tangan yg telah reput. Rangka tersebut pun ditanam semula mengikut cara Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
40# UnicornBerapi
makcik tu marah kot sebab ada org parking kat rumah dia kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : ciklang menyerang - sumber guru..tenett gak
Jam ditangan menunjukkan dua setengah pagi. Kereta Datsun yg dipandu oleh Hasan meluncur laju meredah kepekatan mlm. Baru pulang dari kerja shift petang, pertama kali dia bekerja di shift itu . Selalunya dia bekerja waktu pejabat, kerana kekurangan kakitangan, Hasan ditugaskan untuk bekerja 'shift'.
Kereta kecilnya baru saja melepasi Pandan Loop, Hasan membuka tingkap kerana ingin menghirup udara malam yg segar dan dingin. Hidung nya tiba tiba terhidu bau pacai. Semakin kuat bau itu. Dia menoleh ke tempat duduk belakang untuk melihat jika ada apa - apa yg tertumpah. Tidak ada apa yg dilihatnya selain dari fail-fail yg bertaburan memenuhi ruang tempat duduk keretanya. Bau itu semakin kuat. Hasan memperlahankan keretanya...keadaan jalanraya lengang tanoa sebuah kereta pun yg lalu. Tiba -tiba.....
"Kih...kih...kih...kih...kih....kih...kih....kih!!" suara perempuan mengilai .
Kuat suara itu seakan -akan datangnya dari sebelah kereta kecilnya. Hasan tersentak, jantungnya mula berdegup pantas, bulu tengkuknya meremang.
"Yak Allah....bunyik aper tu?" katanya dalam hati.
Matanya terus berlegar mencari arah suara ilaian yg berterusan...kedua tangannya memegang steering kereta dgn kuat...kereta dipecut deras. Mulutnya kumat kamit berzikir dan membaca ayat ayat Al-Qur'an yg dia tahu. Dia terus pandang ke hadapan ke arah jalanraya yg lengang.
Kreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkk!
Tiba-tiba satu bunyi yg amat menyilukan kedengaran dari atas bumbung keretanya....seperti bunyik benda tajam yg dicarik di atas besi.
"Arghhhhhhhhhhhhh!!!! Apa tuuuuuuu!!!! " Hasan menjerit di dlm hatinya.
Dia semakin cemas...dia tahu ada sesuatu yg berpaut di atas keretanya. Perasaan panik mula dtg bila suara ilaian semakin kuat. Hasan membenamkan kakinya ke pedal brek....kereta nya berhenti dgn serta merta...dan kelihatan satu lembaga berpakaian serba putih bergolekkan jatuh ke depan keretanya. Lembaga itu berdiri dgn pantas menghadap kereta itu. Hasan meihat seorang perempuan berambut panjang dgn mata merah menyala merenung ke arahnya. Kukunya panjang dan tajam. Tanpa berlengah lagi Hasan menekan minyak dgn niat untuk melanggar lembaga yg berdiri lebih kurang lima meter di hadapan keretanya. Belum sempat keretanya mencecah tubuh lembaga itu, ia tiba tiba menghilangkan diri, kereta dipandu terus meluncur tanpa melanggar apa apa.
Hasan menarik nafas lega.....keringat sejuk membasahi dahinya.
Kih...kih...kih...kih..kih..kih...kih....!!!!
Lembaga itu berada di belakang tempat duduk keretanya...Hasan terperanjat, kereta yg dipandunya tidak dpt di kawal...terus meluncur menghentam besi penghadang jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
40# UnicornBerapi
makcik tu marah kot sebab ada org parking kat rumah dia kot..
ketotmerah Post at 15-9-2009 14:27
tu bukan umah dia tu.. dia tumpang je tu.. sewa tak bayar pun... mana buleh marah2 org... tapi.. dia tak marah.. dia tengok je... |
|
|
|
|
|
|
|
yey dh ade rumah baru....
kenapa jam dia awal sejam pu3...???
jam rosak atau hantu yg kenakan dia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : ciklang menyerang - sumber guru..tenett gak
Jam ditangan menunjukkan dua setengah pagi. Kereta Datsun yg dipandu oleh Hasan meluncur laju meredah kepekatan mlm. Baru pulang dari kerja shi ...
pu3_fiona Post at 15-9-2009 14:27
benda2 ni menyebabkan kemalangan.....
hape la:@ |
|
|
|
|
|
|
|
tgk jer tak pe kot..ye la mana tau kot2 dia cakap sape lak nak share dgn aku sekali ni..tu sebab dia tgk jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
yeah.. kita lepak kat sini pulak.... ini ada 1 cerita..
cerita ni diceritakan oleh kawan seofis abe unic. Abe unic panggil dia Z je, sbb mula huruf nama dia ialah Z. Dulu Z keja kat RHB bank yg kat ...
UnicornBerapi Post at 15-9-2009 14:04
agaknya dia tak paham bahasa 'penduduk' tempatan..tu yang tak boleh nak geng.. |
|
|
|
|
|
|
|
52# yenil95
abe unic wat spoil jer..ada cite..ending tadak..tertanya gak ..dpt geng ke atau kena antar balik China |
|
|
|
|
|
|
|
Yeay..rumah baru sempena nak raya..:pompom:
tahniah pu_3..
dari semalam yenil perasan pu_3 dah produktif.. |
|
|
|
|
|
|
|
hani bz sikit laaa ketot... |
|
|
|
|
|
|
|
w'salam gen..
wah baru nampak dia
ketotmerah Post at 15-9-2009 14:14
hye ketot..
anak bluss sehat?? |
|
|
|
|
|
|
|
58# genchi
mcm mana tgk avvy..mcm tu la sihatnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
59# ketotmerah
heheheh... sudah bek la demam selesema tuhh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|