CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Raja Lawak 4 - Kump Kecik Juara!!

[Copy link]
Post time 17-1-2010 10:26 PM | Show all posts
Finally JD tersinggir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 10:29 PM | Show all posts
Bottom 3 Faiz........JD ................Caca

JD ada peningkatan tp mungkin kerna sesuatu yg buat pengundi tak vote dia lg........so feel sorry utk JD
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:17 PM | Show all posts
suka tgk mamu ngan kecik malam ni. alex terlepas plak. takpe, nnti aku tgk alex plak, sbb rmai kata dia besh mggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:04 AM | Show all posts
abang kassim pon,pon best gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:05 AM | Show all posts
Persembahan yg best semalam bg aku ialah Alex, Mamu ngan Kecik je..
Sepatutnya Faiz yang tersingkir sebab JD dah ada kemajuan dalam persembahannya..
Sekurang2nya ada gak aku gelak tgk persembahan JD tu.. Daripada Faiz yang amat2 teruk persembahannya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:57 AM | Show all posts
cian JD dh kuar... tp muka dia bleh jd pelakon la... ade pakej...
bleh jd adik arash... mata lebey kurang same....

tp idea JD xbest pon... apehal la nk perli2 si remy ishak plak...huhu
si faiz plak tetibe lost... muka dia down gile bile org xgelak... pastu terus lost+ nk nangis...

yg byk idea alex je la kot... idea bleh pakai...
yg plg byk idea + lawak menjadik jozan la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2010 11:17 AM | Show all posts
baca kat bod gosip, JD nehh pung leh tahan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:35 AM | Show all posts
47# Syd

leh cayer ke gosip 2? tp kalo tgk muka 2 ade potensi gak...
tp rugi la dia kuar awal sgt... xsmpt gosip psl dia nk berleluasa lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 05:54 PM | Show all posts
Jd terkeluar.. elok sgt la tu...pas ni si faiz then caca...
JD tu mmg xpandai buat lawak.. elok terkeluar awal.. org pun dah tawar hati..semlm pun buat lawak pasal poligami lg la org xundi...

faiz tu apasal down sgt..hp yg dia pegang tu buat hiasan je ke...byanpah lak tgk

yg best kecik, mamu, idlan dan alex je.. 4ni je nampak leh pegi jauh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 01:27 PM | Show all posts
Lambat 'Panas' Punca JD Tersingkir Raja Lawak

Oleh WAHI AZIZ


JD tersingkir pada minggu ketiga Raja Lawak 4. - Foto Utusan

MINGGU ketiga program realiti Raja Lawak 4 (RL4) yang bertemakan 'Tabiat Rakyat Malaysia' telah menyaksikan penyingkiran JD atau nama sebenar Ahmad Zaidi Masri, 30, malam tadi (kelmarin).

Peserta berasal dari Perak itu terpaksa meninggalkan gelanggang (RL4) apabila diumumkan sebagai peserta yang mengutip peratus undian terendah dengan hanya 5.7 peratus, berbanding dua lagi peserta di kedudukan tiga terendah, Caca (7%) dan Faiz (7%).

JD yang mempersembahkan konsep parodi kepada drama bersiri popular Nur Kasih dan imitasi usahawan produk kecantikan, Dr. Rozmey telah memperlihatkan perubahan pada bentuk persembahannya untuk minggu ketiga.

Namun, ia masih gagal memikat undian penonton ekoran kesilapan yang dilakukan di dua minggu pertama persembahannya.

Menurut JD, dia tidak menafikan perasaan kecewa dengan diri sendiri kerana telah salah strategi dan lambat bertindak dalam memikat penonton program itu.

"Jujurnya saya kecewa dengan diri sendiri kerana strategi lawak yang saya cuba ketengahkan tidak menjadi di mata penonton. Memang salah saya kerana lambat 'panas' dan mengambil masa sehingga minggu ketiga baru hendak ubah cara dan stail lawak.

"Saya lakukan kesilapan menerusi persembahan saya dua minggu lalu. Konsep lawak saya tidak dekat dengan penonton kita dan perkara itu secara tidak langsung telah 'menjauhkan' saya daripada penonton.

"Di sudut positifnya, saya gembira kerana sempat ubah persembahan lawak saya untuk minggu ini dan berjaya membuatkan penonton gelak dan terhibur malam ini," kata JD yang menampakkan air muka yang kecewa.

Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan lawak yang diingini oleh peminat (RL4) untuk minggu ini.

Terdahulu, JD dilihat agak asing dengan pendekatan dan konsep lawak yang kurang diterima oleh penonton dalam dua minggu sebelum ini.

Bangkit daripada kesilapannya di dua gelanggang yang lalu, JD cuba membawa kelainan dan nyata mampu menggamatkan studio menerusi persembahannya, malam Ahad lalu.

Namun, ia disifatkan sebagai permulaan yang lambat untuk memancing undian penonton hingga akhirnya jurutera lulusan Jepun itu terpaksa akur meninggalkan program itu.

"Walaupun tersingkir di peringkat awal seperti ini, saya tetap bersyukur kerana sempat juga mengenalkan diri kepada khalayak selama tiga minggu ini.

"Ini merupakan platform terbaik saya untuk kembangkan bakat," kata JD lagi yang turut cenderung dalam bidang nyanyian dan mempunyai sebuah kumpulan muzik, Danji300.

Mengulas penyingkiran JD, Afdlin Shauki yang mewakili dua lagi juri tetap, Bob Lokman dan Din Beramboi, berkata, persembahan JD telah menampakkan peningkatan dan lebih relevan dengan selera penonton program itu.

Namun, Afdlin juga tidak menafikan ia suatu permulaan yang lewat buat JD untuk menarik perhatian dan undian penonton.

"Persembahan JD untuk minggu ini boleh disifatkan sebagai persembahan terbaiknya selama tiga minggu program ini bersiaran.

"Berbanding dengan persembahannya untuk dua minggu lepas, JD telah lakukan yang terbaik untuk malam ini (kelmarin).

"Apa yang kami (juri) boleh katakan mengenai punca penyingkirannya malam ini bertitik tolak daripada mutu persembahannya untuk dua minggu yang lalu.

"Memang dia bagus malam ini, tetapi mungkin ia terlalu lambat untuk pikat undian penonton," kata Afdlin ringkas.

Menutup tirai persembahan minggu ketiga, tiga peserta yang berada di kelompok teratas ialah Idlan (30.3 peratus), Alex (11.7 peratus) dan kumpulan Kecik (10.9 peratus).
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 11:55 AM | Show all posts
aku suka lawak alex tuh.... aku nak declare die jore leh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 10:53 PM | Show all posts
berakhirnya gelanggang 4...
wili terkeluar walaupun ramai lagi yang wat persembahan lebih teruk...

komen aku,
kelemahan RL 4 nie dekat pengkritik bukan dekat peserta...
apa yang aku faham tugas pengkritik ialah memberi tips, nasihat, saranan, cadangan kepada persembahan peserta...
tp utk musim ni perkara tu belum berlaku lagik
sebagai peminat tegar raja lawak aku cam belum dengar pengkritik bg ilmu pada peserta tapi lebih kepada mengulas...
just cakap persembahan best atau tak...lebih baik atau lebih teruk dari minggu lepas...
selebihnya ketawa ternganga2, bergaduh sesama sendiri...aku tgk jozan pun pening tgk diorang...
aku tak faham nape soal kedudukan undian dan siapa terkeluar perlu dibesar2kan...
sbg contoh tindakan bob lokman pakaikan takhta RL tu pada caca amat menghina...
biar la caca buat persembahan hampeh...tugas pengkritik ajar la dia jadi lebih baik bukan hina dia cam sampah gitu...

just pandangan peribadi...
apa pun, aku tak happy tgk gelanggang malam nie...
jozan pun tak byk buat lawak...hrmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 12:18 AM | Show all posts
Aku suka ALEX dan KECIK tahap EXTREME!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2010 10:32 AM | Show all posts
Wili tidak sepatutnya tersingkir?

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]



TIGA peserta yang berada di tiga tangga terbawah (dari kiri) Antu, Caca (tengah) dan Wili.

GELANGGANG Raja Lawak musim keempat, minggu keempat yang berlangsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil, malam Ahad lalu menyaksikan kumpulan Wili tersingkir daripada meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya.

Berada di tangga terbawah dengan memungut undian sebanyak 5.5 peratus, kumpulan yang dianggotai Ismawira Bahdun, 22, atau Wira dan Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, (Ali Black) ini boleh dikatakan tidak sepatutnya tersingkir.

Jika hendak dibandingkan mereka dengan beberapa peserta khususnya Caca dan kumpulan Antu, Wili boleh dikatakan berjaya membawakan persembahan yang cukup menghiburkan.

Perkara itu diakui oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 4 iaitu Afdlin Shauki yang meletakkan Wili sebagai antara pilihan Top 5 sebagai peserta yang harus diberikan peluang untuk terus beraksi untuk minggu seterusnya.

Selain Wili, pilihan Top 5 Afdlin adalah Alex, Idlan, Mamu dan Kecik.

Kata Afdlin, jika dinilai persembahan di minggu keempat, apa yang dihidangkan Wili tidaklah seteruk persembahan beberapa peserta lain.

Bagaimanapun ujarnya, Wili perlu memikirkan lawak semasa kerana lawak yang dibawakan agak kurang sesuai untuk zaman ini.

"Wili adalah pilihan Top 5 saya. Peserta lain, bila-bila masa sahaja boleh tersingkir.

"Namun, antara Top 5, saya melihat persembahan Mamu, Alex dan Idlan cukup konsisten. Tiga peserta ini sudah berada di kedudukan mereka tersendiri.

"Lawak Wili adalah lawak lama. Orang yang berusia memang suka gaya persembahan sedemikian. Mereka harus mencuba elemen-elemen baru," katanya tatkala ditemui sejurus selepas pengumuman penyingkiran Raja Lawak 4 minggu keempat, baru-baru ini.

Berada di tangga tercorot, dua peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah adalah Antu dengan undian sebanyak 5.7 peratus dan Caca (8.3 peratus).

Ini merupakan kali keempat Caca diumum berada di tiga tangga terbawah.

Minggu keempat juga menyaksikan Kecik berada di tangga teratas dengan memungut 22.9 peratus undian diikuti Idlan (18.8 peratus) dan Alex (16.4 peratus).

Mengulas lanjut, Afdlin berkata, berdasarkan pemerhatiannya, apa yang dipersembahkan oleh peserta untuk minggu lalu akan memberi kesan kepada mereka bagi minggu seterusnya.

"Komen juri juga boleh dikatakan membantu peserta. Kadang-kadang kami akan meminta penonton untuk mengundi peserta-peserta tertentu.

"Kepada Wili, berakhirnya mereka di pentas Raja Lawak 4 bukan bermaksud tiada peluang untuk masa depan.

"Mungkin selepas ini mereka boleh jadi pelakon atau pengacara di samping pelawak," jelasnya.

Ada undi masuk?

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Wili sememangnya telah berjaya membawakan persembahan yang cukup bagus.

Katanya, meski tersingkir, pihak Astro Prima telah pun meletakkan nama mereka dalam senarai pendek untuk dimasukkan ke dalam beberapa program televisyen.

"Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Mereka ada bakat. Tidak semestinya juara sahaja yang akan dapat 'kerja' di Astro Prima,'' ujarnya.

Ditanya apakah akan ada undi masuk diwujudkan bagi membolehkan peserta tersingkir diberikan peluang untuk beraksi semula, Nizam menjelaskan bahawa perkara itu belum ada lagi dalam perbincangan Astro Prima.

"Kami belum berbuat apa-apa atau berbincang mengenainya kerana ia tiada di dalam format program.

"Kalau hendak diwujudkan, kami perlu berbincang dengan pemilik format program tersebut,'' kata Nizam.

Mengenai komen dan gelagat juri yang mendapat kritikan sesetengah pihak, Nizam berkata, komen juri dilihat cukup ikhlas.

"Saya ada juga mendapat emel daripada ramai pihak yang mengatakan juri kali ini sangat menarik dan kelakar. Mereka cukup spontan," tegasnya.

Bukan rezeki kami - Wili

Dalam pada itu, Wira yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, dia tidak kecewa disingkirkan kerana telah membuat persembahan yang terbaik dan menghiburkan penonton pada malam tersebut.

"Ini bukan rezeki kami meski berada dalam Top 5 pilihan juri.

"Sememangnya bidang ini amat kami minati. Selepas ini, kami berdua akan berusaha untuk menempatkan diri dalam bidang seni," katanya.

Apa yang diperkata Wira turut disokong teman seperjuangannya iaitu Ali Black.

Ali Black yang berasal dari Perak menambah, perjuangan mereka tidak akan berakhir walaupun Wili disingkirkan sahaja.

"Saya berterima kasih kepada Afdlin dan juri kerana telah memberi kami banyak ilmu untuk kami gunakan pada masa akan datang,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 09:50 AM | Show all posts
Tak tahan aku tgk persembahan Mamu malam tadi.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 01:07 PM | Show all posts
55# mushroomsup

yup2...first tyme tgk RL...mamu best...camne ley bottom 3 ntah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2010 12:52 PM | Show all posts
Bahana Faiz terlupa lirik
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
2010/02/03

TERSINGKIR atau bertahan memang adat pertandingan. Ini kerana hanya juara yang dicari.

Justeru, untuk kekal bertahan setiap minggu peserta harus menunjukkan potensi. Namun, khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton juga memainkan peranan.


Apapun, pada minggu kelima di gelanggang Raja Lawak musim keempat yang berlangsung Ahad lalu, nasib nyata tidak menyebelahi peserta berusia 19 tahun, Khairul Faiz Sulaiman atau Faiz. Pemuda ini diumumkan tersingkir di akhir rancangan.


Menyahut cabaran tugasan bertemakan muzikal komedi, persembahan Faiz gagal menambat hati penonton untuk mengundinya. Sekali gus, Faiz tersenarai dalam tiga kelompok peserta yang meraih undian terendah SMS penonton untuk disingkirkan.


Ditemani Mamu yang dianggotai Wan Azrul Azizan dan Abu Musarrif Abu Bakar dan Caca atau nama sebenarnya, Abdul Halim Abdul Malek, dua peserta itu nampaknya masih terselamat terutama, Caca yang masih diberi peluang untuk berentap.


Walaupun setiap minggu nama Caca diumum naik ke pentas penyingkiran, undian SMS penonton tetap menyelamatkannya. Bermula dengan Aman sehingga giliran Faiz, rezeki Caca dalam Raja Lawak 4 tidak tergugat disebabkan pilihan penonton.


Berbicara mengenai penyingkiran itu, Faiz berkata, dia sudah dapat merasakan persaingannya dalam gelanggang Raja Lawak berakhir pada Ahad lalu. Menurutnya, barangkali terlupa lirik lagu, Cari Jodoh yang dipersembahkan menjadi antara faktor membawa kepada penyingkirannya.


"Saya menganggap kekurangan pada persembahan dilakukan menyebabkan penyingkiran ini. Apapun, mungkin sudah rezeki saya hanya sampai di minggu kelima saja. "Dalam soal ini, saya reda menerimanya kerana semua itu ditentukan Tuhan .


"Biarpun sudah tersingkir, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk terus aktif dalam bidang seni yang diceburi ini. "Penyertaan dalam Raja Lawak adalah sebagai pendedahan untuk mencari ruang dan mengenal pasti kebolehan diri.


"Jika diizinkan Tuhan saya merancang untuk berusaha menonjolkan bakat lawak sebenar. "Mana tahu, peluang untuk saya membuat persembahan pentas ada dengan menerima undangan. Apapun, yang pasti saya sedar perlu lebih berusaha," katanya.


Faiz berkata keluarganya juga memahami minatnya dan memberikan sokongan. Selain itu, dia pun masih muda dan banyak yang harus dipelajari. Justeru, bagi memastikan dia meraih kejayaan dalam diri, Faiz tahu tidak harus baginya berputus asa.


Prestasi persembahan peserta setiap minggu diadili juri tetap iaitu Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki. Selepas penyingkiran Faiz itu, kini tinggal lima peserta iaitu tiga solo dan dua berkumpulan bersaing di minggu keenam.


Antara peserta yang kekal berentap pada minggu ini ialah Caca, Mamu, Antu yang dianggotai oleh Rosshahrizal Bachok dan Raja Nor Shafiq Azraie Shah, Khairul Idlan Abdul Razak atau Idlan dan Kecik (Mohd Ilham Rusdy dan Safuan Madeaming).


Oleh itu, siapakah antara peserta yang berentap ini layak kekal untuk dipilih sebagai juara Raja Lawak 4? Apapun, persaingan kian terserlah pada persembahan Alex dan Idlan. Kedua-dua peserta ini dilihat mempunyai potensi untuk mara ke peringkat akhir.


Terutama, Alex yang sebelum ini pernah dikatakan oleh Bob Lokman bahawa kemungkinan juara Raja Lawak 4 menjadi milik peserta dari Sabah itu. Namun, persembahan Caca, Mamu dan Kecik juga tidak kurang mantapnya kerana masing-masing punya peluang yang sama cerah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:35 AM | Show all posts
aku suka tgk zizan ngan johan jer..kiikikikkikk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:48 AM | Show all posts
Bagus Faiz keluar, pas nie nak tgk An2 lak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 02:01 PM | Show all posts
bg an2 plak kuar..rungsing aku dorg lama2 dlm tu...
aku suke alex n abg kasim...

tugas saya adalah menyandar di mana2 kawsan di sekolah

jozan pun bes..x tahan tgk johan wat moonwalk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.098846 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list