CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinguin

Kisah hantu menyerupai manusia + hantu jelmaan

[Copy link]
Post time 18-8-2010 03:14 PM | Show all posts
pehh milera.. sume bende yg kaco ko tu sume jelmaan kwn2 ko ek?
tapi nasib baik jelma rupe kwn2 ko di bueknyo rupe asal 'mereka' mau pengsan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2010 04:34 PM | Show all posts
boleh buat cerita bersiri ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 05:25 PM | Show all posts
bila pinguin nak update story ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 06:35 PM | Show all posts
maceh2.. patutla cekgu BM masa form 5 pernah bg karangan saya 96/100
pinguin Post at 18-8-2010 12:16


Erk...napa nak nanges plak? Kan ke high distinction tu? Patutnye TT buat mcm ni --->

Saya ada jugak ceta pasal hantu jelmaan ni. Pakcik saya yang baru balik dari kerja pernah nampak "makcik" saya keluar dari bilik, muka marah2 pastu hentak2 kaki gi dapur. Selang seminit kemudian, makcik saya yang sebenar jenguk kepala dari bilik yang sama tanya kenapa pintu bilik dia terbuka sendiri. Sorrylah kalau tak seram sangat. Saje nak share.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 10:07 PM | Show all posts
pasal hantu @ penjaga burung wak2 tu mmg benar...ade 2 jenis 1 burung wak2 dan 1 lg yg berpuaka tu b ...
kamarz Post at 18-8-2010 14:16


wah maksudnya apa yg berlaku pd pakcik aku tu mmg betul2 ada la.. mesti ada org lain dah kene benda sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 10:15 PM | Show all posts
Reply 40# milera

seramnyer baca cerita hantu jelmaan nie..

OK.. ni satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengurus satu kem motivasi di Kem Kaizen Gunung Pulai JB. katanya semasa beberapa siri kem motivasi yang lepas, ada hantu yang ikut sama nak berkursus. Kisahnya begini.. semasa berkumpul ramai2 kat tapak perhimpunan si pengurus nak pastikanlah yang bilangan peserta mencukupi. namun, apa yang peliknya, bilangan peserta bukan tak cukup, tetapi melebihi sepatutnya, kalau xsilap lebih 3 org. biasanya sukar nak detect sapa sebenarnya yang menyamar sbb kem tu disertai oleh pelbagai latar belakang peserta dr pelbagai tempat. of courselah hanya kawan terdekat je yang dapat cam kawan mereka. beberapa hari berlaku perkara sama kerana bilangan peserta lebih dr asal.

nak dijadikan cerita diorg check la nama peserta sorg2.. then dia dpt detectlah sapa yang terlebih.. kalau tak silap aku peserta yang lebih tu sengih and lari masuk hutan...... xtahu mereka tu benar-benar manusia atau hantu.. lbh kurang begitulah kisahnya..  detail aku xberapa ingat sbb dah 10 tahun benda ni diceritakan pd aku.. huu mmg ingat2 lupa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2010 12:17 AM | Show all posts
Menarikla cite en.pingu ngan miera..sila sambung lg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 12:19 AM | Show all posts
Ayah aku selalu jugak tangkap burung wak wak masa aku kecik-kecik dulu..tp x penah pulak dia citer pantang larangnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2010 05:54 AM | Show all posts
Ayah aku selalu jugak tangkap burung wak wak masa aku kecik-kecik dulu..tp x penah pulak dia citer p ...
piyes Post at 19-8-2010 00:19


mungkin ayah ko tangkap xbanyak.. sekadar perlu je.. nie bg yang "tamak haloba" punyer kes.. ahakss... aku pun selalu tangkap dlu2 tp xdela byk.. sehari paling byk pun 3 ekor.. now aku da xtangkap dh.. katanya burung wak wak nie dh digolongkan dibawah haiwan perlindungan kan.. dengar2 la.. maksudnya bersalah kalau kita tangkap dr segi undang2.. xtahulah.. sapa leh pastikan kebenarannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 06:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinguin at 19-8-2010 06:01

Kisah dr arwah datuk: Hantu Pokok Getah

kisah nie diceritakan oleh arwah datuk.. aku panggil Hntu pokok getah je la.. kisahnya begini. datuk aku penoreh getah dahulu kala. one Day dia gi menoreh la pepagi. dalam kol 7-8 dia start menoreh. then tiba2 ada satu pokok getah tu bergoyang2 dengan kuat sedangkan pokok2 lain xbergoyang pun.. malahan xde angin bertiup pun pagi2 tu. disebabkan goyangan pokok tu sgt kuat and tiada apa-apa kelihatan pd pokok tu, atuk aku pun cuak la katanya.. then terus balik umah.. hehe.. so korang agak apa ada kat pokok getah tu ek? mmmmmm musykil.. nak kata ada beruk xde sbb mmg atuk aku kata xde apa2 pun kat pokok tue..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:00 AM | Show all posts
huhu..cuak2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:34 AM | Show all posts
aku rasa penah citer kat sini dulu psl burung wak wak nih..
dulu ms mak/ayah aku baru kawin, mak aku tgh preggy along aku waktu nih.. ayah mengajar kat klang.. satu ari tu ayah bawak balik burung wak wak nih sekor jer.. katanya ayah student dia bagi.. ayah letak burung tu dlm sangkar/ikat kaki ke aku dah tak ingat lah.. letak kat dlm umah..
mlm tu dia buat kacau... dari dalam bilik, mak ayah aku dok dgr perabot nih kena seret alih tempat.. kalau nak kira bisingnya cam dah berubah tempat langsung lah perabot tu seme.. tapi bila ayah kuar bilik, tgk, satu apa pun tak beralih tempat.. sepanjang mlm gitu.. sok pas subuh jer ayah kuar bawak burung tu lepaskan ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:41 AM | Show all posts
psl menyerupai org pun aku sendiri selalu kena - masa tu aku di sekolah rendah.. kitaorg dok kat setapak - tmn bunga raya.
umah teres setingkat nih ada 3 bilik.. bilik depan - bilik mak ayah aku, bilik tengah - bilik study/workarea ayah aku/tempat solat, bilik belakang - bilik kitaorg 3 beradik.
mmg selalu lah nampak either cam mak aku berjalan dari bilik dia terus ke dapur, atau pakcik aku (tinggal dgn kitaorg kengkadang) kuar dari bilik tengah ke bilik belakang.. mmg takkan berbunyi atau jawab kalau ko tegur dia pun.
even bulan puasa pun ada gak aku nampak.. aku terbangun, aku jenguk kat dapur (bilik ni mmg sblah dgn dapur so xperlu kuar nak nampak dapur) aku tgk mak aku cam tgh siapkan sahur.. aku landing ler balik.. jap agi tu aku terbangun balik, cam pelik ler naper mak aku tak kejutkan aku sahur - sbb masa dah tinggal sikit dah.. aku tgk dapur xde apa apa, aku gi ketuk pintu bilik mak aku, rupanya mak aku tak bangun langsung pun before that.. so ari tu kitaorg sahur dgn susu jer lah.
along aku lak dia kena kejut sahur dgn suara nenek aku... padahal nenek aku tak de pun kat umah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 01:12 PM | Show all posts
wah bulan pose pun ada ek.. ni la misteri yg xterungkai lg.. hantu di bulan posee
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 01:40 PM | Show all posts
Reply 45# pinguin


    yap tepat sekali...jelmaan burung besar rempuh jaring tu mmg itu lah yg dialami oleh pemanggil2 burung wak2 / sitar ni....taw tak burung sitar ni...(bukan wak2) x dapat di lihat pada waktu siang hari ...mane burung2 ni pergi waktu siang ye....

selain dari berhati2 dgn jelmaan burung besar..para pemanggil burung ni gak kena berhati2 dgn harimau..menurut sumber harimau juga berkebolehan memanggil burung2 ini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 01:44 PM | Show all posts
Reply 49# pinguin


    yap betul..burung wak2 adalah dibawah kawalan...salah di cc undang2 menangkap dgn ape jua cara sekali pon...menggunakan jaring burung yg hitam tu jugak salah...denda nye adalah 30 sen satu mata jaring (lubang jaring)....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 01:47 PM | Show all posts
Reply 36# sw00sh

hantu raya sambut raya kat balai raya dekat subang jaya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 01:49 PM | Show all posts
Reply  pinguin


    yap tepat sekali...jelmaan burung besar rempuh jaring tu mmg itu lah yg dia ...
kamarz Post at 19-8-2010 13:40



    mak ooiiii....

kalo burung cenderewasih tu macamana pulak? adakah burung cenderewasih tu pon ada kisah misteri juga?
sbb bapak aku kene sakit buatan orang ni sejak burung cenderewasih ni wujud dalam rumah aku....

ada org ckp burung cenderewasih ni kalo ada dia adalah cik pon ni.. aku pon x pasti betul ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 02:03 PM | Show all posts
Reply 58# babette



Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.  Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.




Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah. [Phoenix/infokito]
ni teori nye plak:


Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanye turun ke dunie untuk mati sebenarnye tidak betol...kerane burung tersebut memang wujud didunie ni...kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung Kl pun ade dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies  Paradise Apoda tahun 2001.
       
Kajian juge mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeze mengikut beberape ciri...antarenye saiz dan warne bulunye...spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakale paling kecik 16 sentimeter panjang.       
Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerane memiliki warne bulu yang lebih menarik dan kembang...mereke juge akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betine dalam tempoh mengawan...ia mampu bertelur antare 1 hingge 3 biji sebelum mengeramnye dalam tempoh 14-16 hari.
               
Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurge juge didapati auta! kerane burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatekan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! gak kerane bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimane-mane pameran.

macam mane kisah dongeng ini bole start??


       
Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19...iaitu ketike zaman penjajahan  British dibeberape pelosok dunie...bangse barat itu tibe disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepale yang cantik dan menarik...hiasan kepale itu diperbuat daripade bulu cenderawasih jantan...lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknye...make masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah sekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepade penjajah British...kaki burung tersebut turut dipotong.       
Selepas beberape lame...penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerane mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput...make mereke mule menganggap bahawe burung itu ajaib dan berasal dari kayangan seterusnye...fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu.       
Macam mane plak dakwaan bahawe burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawe keuntungan berlipat kali gande??       
Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris...sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antare bahan dalam upacare kurafat tersebut...hakikatnye perniagaan dan usahe itu menjadi laris bukan berpunce dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. (RedFa Pet)
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply  sw00sh

hantu raya sambut raya kat balai raya dekat subang jaya...
kamarz Post at 19-8-2010 13:47



lagi tepat : hantu raya sambut raya kat balai raya dekat melaka raya !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063065 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list