CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
Post time 3-10-2010 11:56 PM | Show all posts
cantik tulip tu marcell...
bunga dari rmh mummy marcell ke?
qimi08 Post at 3-10-2010 16:49


nope... tulip curik.. hehehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 07:06 AM | Show all posts
Di manakah blings terbaca nama Zafira tu??
cmf_blingblings Post at 3-10-2010 13:50


Tak sure plak Blings baca kat mana tapi Zafira tu nama someone very dear to me
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:15 AM | Show all posts
tahniah detox utk karya terbaru....
pasti cerita nya semanis chocolates dan seindah bunga......
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:15 AM | Show all posts
Reply 42# detox


   morning n salam kak..wah awal arini muncul... baby imran dah bangun ker?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:58 AM | Show all posts
morning semua...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:08 AM | Show all posts
blum ada n3 dari detox.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2010 10:11 AM | Show all posts
next......next..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:56 AM | Show all posts
SALAM .....

coklat dan bunga adalah satu gabungan yang indah kan.......
detox Post at 3-10-2010 10:17



    buah tangan baru... yes!!!!!;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 11:04 AM | Show all posts
tinggal jejak dlu...tahniah detox buah tangan baru lg...
susah hati betul byk sungguh citer belum khatam....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:17 AM | Show all posts
Tahniah detox

Seronok tul Allah anugerahkan detox dengan ilham
yg xpernah putus.  

Uda sentiasa simpan cokelat dlm laci pejabat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:49 AM | Show all posts
nak lg akak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 12:03 PM | Show all posts
sayaaaaaaang detox yg tahu sgt kita rindduuuuu cerita cerita dia

btw Zafira nama my daughter...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 12:09 PM | Show all posts
salam....

aku tggal jejak dulu...sat g lunch baru baca


aku suke cokelet
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 01:02 PM | Show all posts
lum ade n3 nyer???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 01:19 PM | Show all posts
salam semua...sorry lambat n3nya..now kita sambung sambil lunch
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 01:21 PM | Show all posts
RUNGUTAN dan bebelan Zafira macam tidak ada penghujung. Naik bengkak telinga Zoe. Perkataan ‘drill dahi si Gondol’ pula sudah sepuluh kali di ulang-ulang. Memang Zafira tengah geram sangat.

“Fir, relakslah, kalau betul you nak drill mamat tu, jom..I temankan…”

“Hmm…ada ke patut Zoe, dia pergi jahanamkan my tulips !” katanya dengan mata bulat.

Zoe angguk, selain dia sudah nampak sendiri perbuatan Husin, Zafira juga sudah mengulang cerita tulips itu dekat tujuh kali. Aduh Fir…..pening aku camni !

“What we should do is…., emmmm….” Zoe berhenti di situ dan merungkaikan mawar merah dari kotak panjang. “Kita patut pergi minta ganti rugi….5 tulips tu….takan nak biar camtu je !” sambungnya lalu meletakkan mawar merah itu ke dalam baldi.

“Should I ?”

“YES …of course ! Pergi sekarang……at least minta dia chocolates yang paling mahal kat kedai dia tu….”

Zoe sangat teringinkan Macadamia Choc Praline. Dia pernah mencuba sekali dan dia mahukan lagi.

“His Macadamia Choc Praline sangat sedap….and MAHAL…you should go there and demand 2 dozens of those….” Sambung Zoe beria-ria.

Mula-mula Zafira mengangguk, setuju sangat dengan usul yang dibuat. Kemudian dia merenung Zoe, ternyata ada niat di sebaliknya.

“Huh…..kalau nak makan FREE chocolates si BITTER tu TAK payah !” jerit dia sambil menampar lengan Zoe.

Terkekek-kekek Zoe, dia terus bangun membawa baldi yang terisi mawar merah ke rak di bahagian hadapan.

Zafira tak habis jeling lagi, dia dengan muka cuak terus ke kaki lima kedai dan mula menyusun bunga-bunga yang terletak di kiri pintu. Sibuk sahaja nampaknya si penjual bunga yang manis itu. Matanya tiba-tiba tertumpu pada sepasang kasut kulit yang sedang di jemur di antara kedainya dan kedai orang sebelah. Zafira tersengih-sengih sendirian. Baldi yang ada air kotor  dan sedikit berbau masam di tangan sudah tahu hendak di curahkan ke mana. Dia mengendap kedai sebelah, tiada orang. Sepantas kilat dicurahnya satu pertiga air dari baldi itu ke dalam longkang (untuk cover yang dia masih innocent) dan selebihnya pada kasut kulit berwarna coklat tua. Puas hatinya melihat loafer sudah lembik macam coklat tak jadi ! Padan muka.

“Cik…!!”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 01:32 PM | Show all posts
Baldi di tangannya terus terlepas lantaran terkejut dengan sergahan itu. Ops mampus ! Ingatkan si Bitter Gondol (nama yang baru terlintas dalam fikirannya).

Seorang posman mengangkat tangannya dari atas motor, hon di bunyikan selepas itu. Zafira berjalan lambat-lambat mendapatkan Encik Posto di atas motor  yang menahan sabar untuk merempit ke tempat lain pula. Cepat dia selesai menghantar surat, lagi cepat dia boleh balik dan lepak di stor sambil layan lagu dangdut. Ah Asyik !

“Untuk Encik Husin Ahmad ..” katanya sambil memberikan surat berdaftar, “Sign sini ye…taruk nama dan no kad pengenalan…” dia memberi pula sekeping kertas tapi tidak di sambut Zafira.

Zafira meneliti alamat, oh Husin Lempoyang rupanya nama si Bitter Gondol sebelah ni.

“Sini tak de…kat sebelah…” jawab Zafira, menyerahkan semula surat berdaftar itu dan menjeling maut pada posto. Dia mengangkat baldi dan terus berlalu sambil mengerling ke arah loafer tadi.

Encik Posto menggeleng-geleng kepala, tak pasal dia pun sama kena jeling. Apa angin da !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 01:39 PM | Show all posts
HUSIN membaca sekali lagi surat berdaftar yang baru diterimanya. Dia terduduk di salah sebuah kerusi di dalam bilik dingin itu. Surat di lipat dan dia tersenyum lebar. Dia berangan sekejap sebelum bangun dan menyambung kerja-kerja yang terbengkalai tadi. Surat itu sedikit sebanyak meredakan hati yang panas. Nasib baik bunyi yang menyakitkan telinga dari kedai sebelah sudah tidak kedengaran lagi. Paham bahasa pun.

Dia mengambil sebiji coklat yang telah siap dari dalam freezer. Resipi ilham baru dan tidak sabar-sabar hendak di cuba. Gigitan pertama membuat kening Husin terangkat-angkat. Gigitan kedua membuat bibirnya tergerak-gerak. Gigitan ketiga membuat dia melompat dan berkata YES !

“Sudah dapat mixture yang tepat ka ?” tanya Mojo dari balik pintu.

Husin menggamit suruh masuk. Sebiji coklat di letakkan di atas meja dengan permukaan marmar hijau tua. Mojo meneliti rupa bentuk coklat itu. Menarik. Dia terus masukkan kesemuanya di dalam mulut. Kedua-dua ibu jari menunjukkan Best ! Best ! Matanya terkelip-kelip menikmati sedapnya hasil terbaru itu.

“Cam Godiva’s Dark Choc Raspberry ? KAN ?” tanya Husin dengan wajah berseri.

“Close to, but not exactly yet….tapi meh sebiji lagi ….” Katanya tersengih.

“Hampeh ! Betul tarak rasa ?” tanya Husin kecewa.

“Sikit la….the raspberry tu rasa cam..emm cam ubat !”

Husin menarik nafas. Macam ubat ? Dia telah melaburkan duit agak banyak untuk membeli Raspberry paling enak. Takkan lah rasa macam ubat. Satu dulang Dark Choc Raspberry di keluarkan dan dia mencuba sebiji, kali ini menggunakan cara Mojo.

“Tak rasa ubat lah….lidah kau tu yang kena makan ubat !” geram Husin bertambah apabila melihat tiga biji sudah langsai di baham Mojo.

“Best brader. Aku rasa this masterpiece akan menang !” pujinya lalu mengambil satu lagi. SEDAP tak terkata. Memang best. “Godiva pun kalah, yang ini ada it’s own taste…marvelous !”

“Kau rasa boleh menang ?”  keningnya bertaut, matanya mengecil.

“Boleh….don’t worry…” Mojo memberi harapan pada Husin. Tangannya menepuk-nepuk bahu kawan merangkap bossnya.

“Tapi aku rasa ada sikit kurang….i will improvise…aku akan tambahkan my secret recipe !” Husin cepat-cepat angkat tray yang sudah suku habis itu. Kalau lagi lama, boleh habis satu tray.                                         

“You and your secret recipe….apa la yang secret tu ?” tanya Mojo , matanya teralih pada surat yang terlipat.

Tanpa meminta izin dia membuka lipatan itu dan matanya terjojol. Memang kena la nama gelaran Mojo denga mata yang terjojol !

“Secret tak akan jadi secret bila aku bagi tahu kau !” dia kembali ke meja kerja dan menuang cairan coklat di atas permukaan marmar hijau tua itu. Menggunakan scraper dia menipiskan coklat untuk di buat Chocolate Twigs.

“Esok ?” tanya Mojo merujuk pada surat itu, dan Husin mengangguk.

“Jangan lupa kat aku nanti !” katanya, Husin hanya senyum senget.

Mojo tinggalkan bilik dingin itu, kalau Husin sudah mula menuang coklat di atas meja bererti Mojo kena keluar. Dia tahu sangat kalau Husin tidak suka masa ‘datingnya’ dengan coklat di ganggu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_blingblings at 4-10-2010 13:54
HUSIN membaca sekali lagi surat berdaftar yang baru diterimanya. Dia terduduk di salah sebuah kerusi ...
detox Post at 4-10-2010 13:39
Cara detox describe bertapa asyiknya Hussin dgn cokelatnya... blings terbayangkan iklan ferraro roche....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 01:50 PM | Show all posts
t/kasih daun keladi, kalau ada letaklah lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.434610 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list