CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Mohamed Ya'cob kekal digantung atas kesalahan membunuh Along SPOON!!

 Close [Copy link]
Post time 6-1-2015 03:34 PM | Show all posts
lorr aku igtkan dh lama kne gantung...idop lg ropanya..
kalo ye pon jeles x yah la smpi bunuh2 bagai...
last2 diri sendiri yg rugi....bini pon x dpt blk...
mamat ni polis kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 03:41 PM | Show all posts
bini jalanggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 03:55 PM | Show all posts
bahaya 3 ta... takhta, harta, wanita.. 3 ta ni boleh membuat dunia berantakan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
suyfea replied at 3-11-2010 01:47 PM
dalam islam membunuh orang yang berzina & mengacau isteri kita .... adakah berdosa dan di perlu di h ...

Yg sudah berkahwin berzina kena rejam sampi mati..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh 11thn makan free....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan skrg pon dah xmalu nk berzina sana sini... Bukn laki jer..nauzubillah.....

Adilnya islam merejam org gini... Biar yg ada hati tu da xberani buat dah.... Ini skrg pompuan tu mn..lepas bebas? bhgia ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2015 04:20 PM | Show all posts
solstice replied at 3-11-2010 03:11 PM
Bini dia gak yg untung. dah puas ngan laki dia dah. Dpt rasa skandal ngan along, penyanyi trkenal wo ...

itu lah kekuasaaan faraj.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:22 PM | Show all posts
apasal org panggil dia along spoon? bukan along sudu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 04:24 PM | Show all posts
betina bini die tuh taklak di bunuhnya skali?????

dalam halneh..betina gak senang lenang...

walhal..die pon galak memuki ngan jantan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:30 PM | Show all posts
apa punya bini daa...


ARKIB : 29/07/2000
'Along pernah ucap setakat cium sahaja'

SEREMBAN 28 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, diberitahu bahawa penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik atau Along pernah memberitahu Lans Koperal Mohd. Ya'cob Demyati mengenai perhubungannya dengan isteri tertuduh yang hanya 'setakat cium sahaja.'

Perkara itu ditimbulkan oleh seorang saksi utama, Lans Koperal Mohd. Fadzli Mohd. Yatim, 33, yang bertugas sebagai petugas am di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Menurut Mohd. Fadzli, dia mendengar perbualan antara tertuduh dan Along ketika mereka bertiga dalam perjalanan dengan sebuah kereta dari bangunan Wisma Tani, Kuala Lumpur ke Kuala Klawang, Jelebu pada malam 25 Disember tahun lalu.

Menurutnya, selepas itu dia terdengar bunyi orang ditampar di kepala beberapa kali dan kemudiannya mendengar suara Along meminta maaf.

''Selepas jawapan (setakat cium sahaja) daripada Along, saya dengar orang ditampar beberapa kali diikuti oleh kata-kata minta maaf daripada Along,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah, dalam prosiding hari keempat perbicaraan Mohd. Ya'cob, atas tuduhan membunuh Along dan perbicaraan itu didengar di hadapan Hakim Muhamad Ideres Muhamad Rapee.

Mohd. Ya'cob yang bertugas sebagai pengawal pengiring dituduh membunuh Along di tepi jalan Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada pukul 1 pagi pada 26 Disember tahun lalu.

Tertuduh yang beralamat di 52-1-11, Kelompok Cempaka, Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, anggota polis terbabit memberitahu mahkamah, tertuduh telah menghubunginya pada pukul 8.30 malam pada 25 Disember tahun lalu ketika dia sedang bertugas di Istana Selangor dan memintanya datang ke Lorong 3 Pandan Jaya kerana ada hal mustahak.

Katanya, selepas menerima panggilan dia telah menaiki kereta Proton Saga berwarna coklat gelap untuk berjumpa dengan Mohd. Ya'cob.

Saksi ke-13 itu memberitahu, Mohd. Ya'cob yang berdiri di tepi jalan tersebut terus menaiki keretanya serta duduk di sebelah pemandu dan pergi ke pasar malam.

''Selepas itu, Ya'cob telah meminta saya ke Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya dan kemudiannya dia menunjuk sebuah kereta berwarna merah yang berada di petak meletak kereta kira-kira 50 meter dari kereta saya.

''Ya'cob memberitahu saya bahawa kereta merah itu kepunyaan penyanyi kumpulan Spoon, Along,'' ujarnya.

Dalam perbualan mereka, saksi berkata, tertuduh ada mengesyaki isterinya telah keluar dengan Along dan mengajak dia menunggu di situ kira-kira 20 minit untuk kepastian.

Semasa di dalam kereta, tambahnya, tertuduh memberitahunya dia ada masalah rumah tangga dan isterinya selalu keluar rumah serta balik lewat.

Tertuduh juga memberitahu yang isterinya telah tinggal di rumah mertuanya di Cheras Baru.

Ketika berbual, katanya, sebuah kereta Proton Wira biru melintasi jalan tersebut dan Ya'cob memberitahu kereta tersebut dipandu oleh isterinya selepas menurunkan Along di belakang kereta penyanyi berkenaan.

''Kira-kira lima minit kemudian saya nampak kereta merah melintasi kereta saya dari arah kiri ke kanan dalam kadar kelajuan biasa dan tiba-tiba Ya'cob beritahu saya 'OK jalan','' ujarnya.

Beliau memberitahu mahkamah, dalam perjalanan ke Jalan 3, Mohd. Ya'cob ternampak kereta Along semasa melintasi Jalan 3/9 dan mengarahkannya supaya berpatah balik kerana tertuduh ingin mengenal pasti kereta yang dilihatnya.

Katanya, Mohd. Ya'cob keluar dari kereta sebaik sahaja sampai ke tempat berkenaan dan datang semula dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai penyanyi kumpulan Spoon iaitu Along sebelum masuk dan duduk di belakang kereta.

Mohd Fadzli menambah, tertuduh kemudian memintanya menuju ke Kuala Klawang melalui Pekan Batu 9, Hulu Langat sehingga sampai ke satu tiang yang dipacakkan di tepi jalan bertanda 28.

''Ya'cob kemudiannya mengarahkan saya pandu dua hingga tiga kilometer ke hadapan dan kedua-dua mereka turun dari kereta lalu ke belakang keretanya.

''Ya'cob telah meminta saya tinggalkan mereka berdua di situ dan datang selepas 30 hingga 45 minit kemudian. Pada ketika itu jam menunjukkan pukul 12.50 malam,'' katanya.

Selepas tempoh masa itu, saksi memberitahu, dia ke tempat tersebut semula dan mendapati hanya Mohd. Ya'cob sahaja berdiri di sebelah kanan jalan dan Along tidak ada bersamanya.

''Sebaik sahaja memberhentikan kereta, Ya'cob masuk lalu saya bertanya kepadanya di mana Along dan dia menjawab balik, biarkanlah dia,'' ujarnya,

Ketika menjawab soalan Othman, Mohd Fadzli memberitahu, pada malam tersebut Along memakai baju T dan seluar jean berwarna gelap dan Mohd. Ya'cob memakai jaket hitam dan seluar jean berwarna gelap.

Anggota polis itu berkata, dia pernah berjumpa dengan tertuduh di pejabat selepas membaca tentang berita penculikan Along dalam sebuah surat khabar berbahasa Melayu.

''Saya tanya kepada beliau dan beliau tidak memberi jawapan dan hanya beritahu (jika terjadi) apa-apa hal, saya bertanggungjawab,'' katanya.

Mohd. Fadzli juga memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah diminta melakukan pemerhatian terhadap Salina pada awal tahun 1999 di kawasan Pekeliling (Kuala Lumpur).

''Semasa itu, saya nampak isteri Ya'cob bersama seorang lelaki, setelah ditunjukkan pada majalah hiburan, saya pasti lelaki itu Along.

''Saya melihat mereka pada pukul 9 malam ketika mereka di dalam kereta yang sedang bergerak di kawasan Hotel Vistana,'' ujarnya.

Perbicaraan disambung pada 31 Julai ini.

Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 5.htm#ixzz3O1nvGsso
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaaah ni kes kacau bini orang ek? Yang bini menggatal dia tak sumbat dalam guni jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:46 PM | Show all posts
Jika dilaksanakan hudud, tak perlu la brader ni nak ambil tindakan sendiri setelah dikhianati ... tak puas hati betul phantat birah itu masih bebas ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:46 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-1-2015 03:31 PM
this guy msh boleh buat rayuan di mahkamah rayuan rite?

dah takde da.. mahkamah persekutuan.. mahkamah terakhir rasanya

yg ada pun pengampunan agung.. tu aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:51 PM | Show all posts
tentera_laut replied at 6-1-2015 04:46 PM
dah takde da.. mahkamah persekutuan.. mahkamah terakhir rasanya

yg ada pun pengampunan agung..  ...

klu pengampunan agung tu maybe senyap2 je kan

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 04:56 PM | Show all posts
kupkapp replied at 6-1-2015 02:51 PM
kes bunuh gak ke tu kak?

Ye...kes bunuh...suami bunuh isteri masa bulan puasa tiga tahun lepas, ingat tak? Then suami kata bini gantung diri.

Cuba tgk page 2 or 3 CI, ade tajuk KES BUNUH SYALEZA.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 05:00 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-1-2015 03:31 PM
this guy msh boleh buat rayuan di mahkamah rayuan rite?

Memang boleh...maybe akan ke mahkamah rayuan, tapi kalo kekal sabitan, die still boleh ke mahkamah federal, the last chance.

Normally kalo mahkamah rayuan kekal hukum bunuh, selalu kes tu kukuh. So just he can delay and hidup lebih lama la seblom federal court jatuh hukum.

Untuk fight tu yg perlu detail n makan tahun tahun. Tapi bukti forensik Sgt strong ..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 05:07 PM | Show all posts
mr_mrs_smith replied at 6-1-2015 05:00 PM
Memang boleh...maybe akan ke mahkamah rayuan, tapi kalo kekal sabitan, die still boleh ke mahkamah ...

ni mahkamah rayuan la u.. so takd epeluang lagi.. hanya pengampunan agung aje..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 05:09 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-1-2015 04:51 PM
klu pengampunan agung tu maybe senyap2 je kan

tak la senyap.. dpt liputan berita gak.. kalau wartawan nak buat liputan.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 05:17 PM | Show all posts
solstice replied at 3-11-2010 03:11 PM
Bini dia gak yg untung. dah puas ngan laki dia dah. Dpt rasa skandal ngan along, penyanyi trkenal wo ...

Itulah power seorang wanita.  Boleh menghancur leburkan hidup ramai org hanya dgn jelingan2 manja, liuk lentuk badan aje...

Bab akhirat belum cerita lagi.  Berapa ramai lelaki masuk neraka pasal mereka?

No wonder dlm neraka ramai wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 05:26 PM | Show all posts
Esperanza replied at 3-11-2010 12:59 PM
asal aku tak tau pasal kes ni ekk

adik baru keluar hibernasi dari dlm gua...?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.670423 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list