CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2011 10:51 PM | Show all posts
thanx for today.. happy sangat! {:1_137:}
esok balik keja, there'll be a new n3 Insya Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2011 08:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2011 11:15 PM | Show all posts
BAB 8
“Siapa pulak Azmal nih?” tiba- tiba suara itu menyergah dari belakang.

Alisha hampir menjerit kerana terlampau terkejut. Sepantas kilat, dia menutup laptop dan bangun memandang abangnya. Wajah Syafiq dipandang. “Kenapa masuk tak ketuk pintu?!” marah Alisha. Tinggi suaranya.

“Sejak bila kena ketuk pintu, mintak izin ni? Selama ni pun abang redah je kan, Icha tak bising pun?” Syafiq membalas. Terasa hati apabila adiknya itu meninggikan suara. Tak patut punya adik! Rungut Syafiq dalam hati.

Alisha mendengus, marah. “Abang pernah dengar tak perkataan privasi?” Tanya Alisha dengan penuh rasa sebal.

“Siapa Azmal?” Itu yang Syafiq jawab. Wajah Alisha yang masam mencuka itu direnung. Hatinya berdebar, entah mengapa. Jangan Icha... Jangan...

“Kawan,” balas Alisha. Dia berpeluk tubuh. “Abang nak apa?” Tanya Alisha, perlahan. Pandangan mata Syafiq sedaya upaya dia elak.

“Kawan macam mana?” Syafiq bertanya lagi.

Alisha mengerutkan dahinya. “Kawan lah! Abang nak apa?” Alisha tanya lagi, juga dalam bahasa Melayu. Kalau tak faham lagi, tak tahulah!

“Ibu panggil,” kata Syafiq lantas berlalu. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia terus bertanya tapi melihat raut wajah Alisha yang marah, dia membatalkan niatnya. Ada yang tak kena, bisik hati kecilnya. Wajah Najmi muncul di ingatannya.

Alisha mengeluh perlahan melihat Syafiq pergi. Dalam hati ada rasa debar yang menggila. Dia tahu takkan habis setakat itu rasa ingin tahu Shafiq. Entah mengapa, wajah Najmi jua berbayang di tabir matanya...

Ibu sedang ralit mencarik kulit popia sewaktu Alisha menjengahnya di dapur. Alisha segara mengambil tempat di sebelah ibunya.

“Ibu...” seru Alisha perlahan. Arfah menoleh dan tersenyum.

“Buat apa dalam bilik? Senyap je,” balas Arfah.   

“Tak buat apa pun. Ibu tak cakap pun dengan Icha nak buat popia,” balas Alisha.

“Alaa... Bukannya rumit pun nak buat,” balas Arfah. “Mama Jimi ada telefon ibu semalam,” kata Arfah setelah agak lama membisu. Pantas Alisha mengangkat wajah dari gulungan popia.

“Mama telefon kenapa bu?” Dalam cuak Alisha bertanya.

Arfah tersenyum sambil sekilas memandang anaknya itu. “Mama Jimi ajak ibu pergi Bandung,” kata Arfah.

“Pergi Bandung? Buat apa?” Alisha bertanya.

“Dia ajak ibu pergi shopping barang- barang kahwin Icha dengan Jimi,” balas Arfah. Popia yang sudah siap di gulung disusun kemas atas dulang.

“Oh...”

“Ibu fikir, bagus juga pergi Bandung. Kawan- kawan ibu cakap, barang- barang kahwin kat sana memang murah,” omel Arfah. Alisha cuma diam.

Ibu, Icha belum pun bincangkan tarikh pernikahan kami bu, bisik hati Alisha. Icha... bicara hatinya terhenti setakat itu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:21 AM | Show all posts
aduiii jgn la buat tindakan bodoh alisha.....sian najmi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 11:08 PM | Show all posts
BAB 9
Entah sekarang pukul berapa dia tidak tahu. Mana mungkin untuk melihat apa- apa kerana dia telah mematikan semua lampu. Complete darkness! Dia senang begitu. Sekurang- kurangnya untuk saat ini. Najmi berkalih ke kanan. Tangan kanan menampung kepalanya. Seketika, dia memejamkan matanya rapat- rapat. Sakit! Itu yang dia rasa sekarang. Dada terasa sebak. Saat ini, tika ini, sakit itu begitu terasa.

Dia kembali teringat, minggu sudah, dia dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Nina. Tentang Alisha. Dengan rasa cemas yang amat sangat, dia terburu- buru meminjam kereta Azim. Ketika itu, hanya kata- kata Nina yang terngiang- ngiang di telinganya. Icha asyik muntah- muntah, aku rasa gastrik dia datang lagi. Cepat Jimi!

Nina menyambutnya ketika dia sampai di rumah sewa mereka. Alisha di bilik, kata Nina. Dalam rasa cemas yng beraja di hati, Nina memintanya duduk sementara menanti Alisha bersiap untuk di bawa ke klinik.

Dan apa yang dia ‘terdengar’ selepas itu begitu merobek hati lelakinya...

“Nina, kenapa kau bagitau dia?!” Najmi tau itu suara Alisha.

Nina menjawab, “Dia tunang kau! Mestilah aku bagitahu dia!”

“Aku tak suruh pun!” marah Alisha.

“Apa masalahnya Icha? Selama ni pun kalau kau sakit, kau nak Najmi ada kan?” balas Nina. Sebal sungguh dia melihat Alisha yang tiba- tiba naik angin. “Dia nak bawa kau pergi klinik. Siaplah,” kata Nina lagi apabila melihat Alisha yang masih memeluk tubuh.

“Aku tak nak pegi klinik la,” balas Alisha lantas membaringkan tubuhnya ke katil.

“Icha!!” Hampir menjerit Nina mendengar kata- kata Alisha.

Najmi dengar segala- galanya. Each and every single words yang keluar dari mulut Alisha dan Nina. Dia bangun dari sofa. Keluhan dilepaskan dan dia harus sedar diri. Dia tidak diperlukan saat itu. Dia bangun dan melangkah terus ke pintu.

Detik ini, mengenangkan apa yang telah terjadi, Najmi mengeluh lagi. Dia bingkas bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil. Dia meraup wajahnya. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini... Sebak hatinya harus diletak ke tepi. Najmi akur jika ini ujian yang harus dia tempuhi. Aku cuma insan yang lemah, Engkau maha mengetahui segalanya- galanya Ya Allah, bisik hatinya lagi.

Dia bangun dan langkah di atur ke bilik mandi. Dia ingin berwudhuk dan menunaikan solat malam. Ada hikmahnya, itu kata hatinya saat bersedia mengangkat Takbir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 11:11 PM | Show all posts
Reply 44# juliet80


    tu la budak alisha ni..main2 plk.kesian kat Najmi!he3..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2011 11:18 PM | Show all posts
lagi2.....kesian najmi tu...
tp hero sebenar dia najmi ke azmal tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 11:24 PM | Show all posts
Reply 47# adalia


    hehehe..nak tahu kena la stick to the story and the story teller ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 11:28 PM | Show all posts
Reply  adalia


    hehehe..nak tahu kena la stick to the story and the story teller
anakhalal Post at 24-1-2011 23:24



    shhhhhh.....bg najmi  la yek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 11:41 PM | Show all posts
Reply 49# adalia


   nape awk pilih Najmi?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply  adalia


   nape awk pilih Najmi?
anakhalal Post at 24-1-2011 23:41



    sedap nama najmi tu
    najmi tu mcm caring sgt kt alisha tu...nape yg dia dok ingat kt org len lg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:45 AM | Show all posts
kesian NAJMI...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:59 AM | Show all posts
Kesiannya Najmi...nape icha buat dier mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 12:40 PM | Show all posts
tq tq best citer nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 01:06 PM | Show all posts
Najmi tu baik nape la Icha wat camtu...ke si Najmi tu pilihan org tua??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2011 06:03 PM | Show all posts
Reply 54# atahanje


    im the 1 that should say tq for supporting this story
thanx!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2011 06:04 PM | Show all posts
Reply 55# kucingpia


    hehehe..nak tau kena stick to the story and story teller
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2011 11:32 PM | Show all posts
BAB 10
Rumah Najmi...

“Kau boleh ke bawak motor?” Tanya Azim saat Najmi melintas di hadapannya pagi itu.

Najmi berpaling dan duduk di sofa bertentangan dengan Azim.

“Boleh je,” balas Najmi acuh tak acuh sambil dia membetulkan kolar kemajanya.

“Kau tak tidur ke semalam bro?” Tanya Azim lagi.

Najmi diam menekur lantai. “Tidur, lambat sikit. Nyamuk banyak lah,” perlahan Najmi menjawab.

“Yela tu, nyamuk banyak. Tu mata tu, dah macam mata panda aku nampak,” kata Azim. Najmi kelihatan tersenyum. Senyum itu hambar, Azim yakin tentang itu.

“Kalau nak aku hantarkan pun boleh bro,” pelawa Azim. Najmi sekadar menggeleng.

“Tak payah lah. Dengan motor lagi senang,” balas Najmi. “Okay la, aku gerak dulu. Assalamualaikum,” kata Najmi lantas bangun. Azim hanya melihat langkah Najmi ke pintu dan seketika kemudian, jentera Naza Blade 250R mengaum pergi.

Azim mengeleng. “God bless you, bro.” Azim benar- benar ingin membantu tapi bagaimana? Najmi sendiri tidak meminta sebarang pertolongan cuma kebetulan, dia berada di rumah saat Najmi tergesa- gesa ingin meminjam keretanya dan tidak sampai satu jam kemudian, Najmi sudah kembali semula ke rumah. Secepat itu dia menghantar Alisha ke klinik? Namun Najmi sekadar membisu, langsung tidak membalas sapaan Azim.

Panggilan telefon dari Nina menjawab segala persoalan. Saat itu, segala rasa marah terasa ingin dilambakkan kepada Alisha! Sungguh, dia tidak pasti kenapa Najmi boleh setenang itu. Jika dia di tempat Najmi, mungkin habis semua diamuknya. Haish... sebab tu la agaknya Nina tak pandang aku, Azim berlucu sendiri.   

Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2011 11:34 PM | Show all posts
Ini sambungannya..

Pejabat Azmal Zakwan...

“Kau nampak lain 2,3 hari ni Mal,” kata Amir kepadanya pagi itu. Rahman yang ralit mengutil kacang Pistachio turut sama bersetuju.

Azmal tersengih. “Lain lagu mana? Macam- macam la hangpa nih,” balas Azmal. Senyum manis masih menguntum di bibirnya.

“Tak.. tak... Mesti ada something nih,” kata Amir.

Azmal bingkas bangun menghidupkan komputer ribanya yang terletak elok di atas meja. “Aku macam biasa je lah. Takkan aku nampak makin kacak kot?” seloroh Azmal. Amir dan Rahman sama- sama mencebik.

“Muka kacak tapi takde girlfriend buat apa Mal?” usik Rahman. Amir tergelak kecil.

“Aku ada girlfriend la. Korang je yang tak tahu,” selamba Azmal menjawab. Botol air mineral di capai dan dia sempat mengangkat keningnya sekali sebelum meneguk air. Amir dan Rahman berpandangan.

“Biar benar?” Rahman bertanya.

“Awat? Muka cheq ni hangpa kata tak laku ka? Ni, kalau jual kat night market ni, mau beratuq orang nak beli!” kata Azmal dalam tawa yang masih bersisa. Rahman dan Amir sama- sama ketawa mendengar kata- kata Azmal.

“Dah la! Asal nampak aku happy sikit, cakap ‘semacam’. Sat lagi aku buat empat- lima macam, entah apa hangpa cakap kat aku!” kata Azmal. Dia berdehem sekali. “Nih, malam ni jadi a?” Tanya Azmal.

“Aku ON,” balas Amir. Rahman sekadar menunjuk isyarat ibu jari.

“Baguih! Aku dah gian nih!” balas Azmal riang.

“Gian? Parah la kita Mir... Lagu apa yang kau nak bawak?” Rahman bertanya.

Azmal kelihatan berfikir sejenak sebelum berkata, “Yang pasti, lagu Jamal Abdillah mesti masuk list!”

Amir dan Rahman berpandangan seketika. “Jamal wannabe!” kutuk Amir.

Azmal sekadar ketawa. Lagu Penghujung Rindu lagu kegemaran Alisha. Dia senyum lagi.

“Nih, hangpa ni tak dak keja ka? Pi balik bilik hangpa, buat keja. Aku sibuk nih!” Selamba dia mengusir dua kawannya itu dari bilik. “Jangan lupa bawak gitar malam nih!” sempat dia jerit ketika Amir dan Rahman sudah melepasi pintu.

Ok Azmal, baru pukul 845 pagi. Masih ada 15 minit sebelum pukul 9. Hmm...Masa untuk Facebook!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by juliet80 at 26-1-2011 08:55

ni dah start tak suka dengan alisha....mudahnye nak bralih hati tu

ni ape kes plak azmal ckp dah ade girlfrend ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.467038 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list