CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: capiloton

Share pengalaman Nampak UFO, Pendapat dan yg sewaktu dengannya

[Copy link]
Post time 12-2-2012 01:04 PM | Show all posts
Tadi aku cuba search pasal UFO kat Cari ni, tapi takde yg berkaitan..
Tak penah dibincangkan lagi k ...
capiloton Post at 14-2-2011 10:28



   saya pun semasa kecil suka juga baca pasal2 UFO ini namun takat ini tidak pernah lah jumpai UFO ini walaupun pernah wish untuk jumpai sebegitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2012 05:05 PM | Show all posts
Reply 1# capiloton

Pernah reply di thread lepas kamu 'aku nampak "Green Lantern" melintas !' http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=620454&extra=&page=1 dan aku beranggapan ianya ada kaitan, walaupun aku tak pasti sama ada ianya UFO atau sekadar cahaya.

Salam buat encik/cik capiloton, aku juga pernah mengalami perkara yang hampir sama tidak lama dahulu (tahun lepas sekitar 2010). Aku ini sesorang yang gila travel di dalam negara, maka hampir setiap minggu aku akan travel saja di seluruh semenanjung Malaysia ni dan oleh kegilaan itu maka aku perlu berjimat untuk perbelanjaan hotel. Jadi disebabkan itu aku hanya menjadikan kereta aku sebagai 'hotel' dan boleh baca di board Penerbangan & Pelancongan - Kereta Sebagai 'Hotel' http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=526945

Abaikan saja perihal tadi, aku ingin ceritakan semasa aku bermalam di dalam kereta di RnR Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Aku dan 2 rakan aku bertolak sekitar 9pm dari Subang dan kemudian singgah di Petronas Karak disebabkan hujan sangatlah lebat, ketika itu sekitar jam 10pm dan kami merancang untuk tidur di sana saja. Kami lepak di cafe dalam Petronas tu, tapi segan sebab lama sangat lepak di sana kami pun masuk dalam kereta dan tidur berganti-ganti. Terlelap lah juga aku dalam 1 jam lebih maklumlah hujan lebat jadi memang boleh nyenyak tidur, terbangun sekitar 12.00am macam tu hujan dah mula reda dan selepas berbincang kami bercadang nak teruskan perjalanan kami dan tidur di Pantai Telok Cempedak.

Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuantan dan memasuki Lebuhraya LPT, sepanjang perjalanan aman saja dan tiada apa yang ditakutkan disebabkan kami dah pergi banyak tempat dan bermalam di dalam kereta tiada pernah berlaku yang menyeramkan lagi tapi sekadar yang pelik ada lah juga seperti yang aku nak ceritakan ini nanti. Sepanjang perjalanan tu memang memandu perlahan disebabkan jalan yang licin dan gelap, terdapat juga beberapa kawasan yang digenangi air terutama di laluan perlahan sebelah kiri. Dalam jam 2am tiba-tiba hujan lebat berserta seakan angin lintang, aku terpaksa perlahan kereta tapi tetap melalui laluan laju disebabkan risau lalu di laluan tengah atau perlahan takut banjir. Hujan lebatnya sekejap saja dalam 5 minit macam tu tapi sebaliknya lebih pada angin lintang tu.

Disebabkan itu aku lebih berhati-hati dan berwaspada sentiasa, mana tahu ada kereta laju dan tak perasan akan kereta aku yang memandu perlahan sudah tentu berlanggar pula. Tiba-tiba aku perasan seakan ada nyalaan 1 cahaya dari belakang, jadi aku beraleh ke laluan tengah dan aku anggap saja ianya motorsikal berkuasa besar sebab hanya 1 lampu saja kan atau kereta yang mentol lampunya terbakar sebelah ke macam tu. Bila aku beralih ke laluan tengah aku tengok cermin sisi tiada cahayanya bertukar jadi hijau dan dengan kelajuan aku tak dapat nak describe kan ia tiba-tiba mencelah dari laluan laju kemudian ke laluan perlahan selepas memotong kereta aku dalam sekelip mata. Aku tak nampak apa-apa bentuk sama ada ianya kenderaan atau apa, yang pasti ianya cahaya seakan hijau dan ada kelipan cahaya merah yang lalu seakan kelajuan cahaya macam tu. Rakan aku di sebelah perasan akan hal itu, tapi dia tak tahu yang cahaya itu memotong aku dan membuang zig zag sebelum hilang dari pandangan dalam beberapa saat sahaja (tapi dia seram sebab ketanya cahaya tadi hilang tiba-tiba di belakang kereta aku).

Aku abaikan saja peristewa tadi dan anggap ia hanya halusinasi saja, sampai di kawasan Temerloh tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan aku terpaksa berhenti di RnR Temerloh tu. Disebabkan kawasannya terang jadi terpaksa cari kawasan yang jauh sedikit dari blok kedai dan aku parking berdepan dengan gerai menjual kerepek tu (waktu tu dah tutup gerai) dan menghadap jalan besar, disebabkan penat dan hujan lebat kami semua pun tidur dengan mematikan engin kereta dan menghidupkan kipas rechargeable. Sehinggalah sekitar jam 5am aku terjaga disebabkan terasa panas sangat, hujan dan reda dan kemudian kipas tu pun tak menghadap aku buatkan aku berpeluh atau dah penuh karbon monoksida mungkin?.

Aku buka tingkap sedikit bagi udara masuk kemudian aku letak filter jaring tu di cermin yang terbuka sedikit supaya nyamuk tak masuk maklumlah awal pagi tu kan nyamuk berpesta. Aku sandarkan kepala aku ke kerusi yang terbaring sedikit tu sambil memandang ke langit, hujan dah reda tapi keadaan sekeliling rasa sejuk mungkin disebabkan embun dan angin pagi mungkin. Terkebil-kebil aku lama nak paksa mata tidur balik, tapi tak boleh jadi aku plan nak teruskan saja perjalanan tu tapi rakan aku tak setuju sebab katanya selepas subuh baru gerak dan terpaksalah aku berkhayal keseorangan sambil melihat langit gelap lepas hujan (berawan). Tak lama kemudian aku perasan seakan ada cahaya bewarna merah pekat dan bergerak laju di langit dan balik awan. Aku terkejut dan kejutkan rakan aku yang lain, tunjuk dan kami siap keluar kereta nak tengok tapi sayangnya member aku tak nampak dan mula lah kata aku mengigau. Tapi dalam pertikaikan aku tu diorang sanggup pula masuk kereta dan mengintai di celah cermin iyalah mereka sudah kenal akan perangai aku, jadi sudah tentu ingin tahu tu tetap ada.

Tak lama kemudian dalam 10 minit macam tu rakan aku kat belakang katanya nampak cahaya laju, apa lagi aku pun terus keluar dari kereta sebab masa tu dia baring kepala di sebelah kiri kereta dan aku di sebelah kanan (pemandu). Kali ini teruja sangat sebab seakan cahaya tu berkejaran dengan kelajuan susah aku nak describe, seakan dari hujung sebelah kanan ke hujung sebelah kiri langit tu dia bergerak dalam 10 saat sahaja. Di depan cahaya merah dan di belakangnya ada 3 cahaya lain tak ingat warnanya tapi seingat aku ada warna hijau berkelip seakan mengejar cahaya merah tu ataupun cahaya merah tu ketuanya dan yang lain mengekori? tidak lah aku tahu. Rakan aku sempat mengambil gambarnya masa dah jauh tapi maklumlah kamera tidak baik walaupun 5 mp guna Nokia X2 yang lama itu jadi tak nampak apa, nampaknya hanya langit gelap gelita saja di awal pagi. Tidak lah menyeramkan pun pengalaman ini tapi sekadar pelik dan misteri saja sebab kami sampai sekarang tertanya-tanya apakah bendanya itu?.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 06:18 PM | Show all posts
ni plak pengalaman i..
masa tu dah tengah malam, tengah driving balik rumah dr kampung.
kereta lain pulak, masih ada tapi jarang2 la...then tengah best dengar
radio,i tengok la langit dr cermin kereta tu,the sky was clear malam tu.
then tiba2 nampak macam ada satu benda merah kat langit. mula2
ingat kapal terbang tapi benda ni static. i hairan la, takut kapal terbang
ada masalah nak jatuh ke...but as i drove ahead,baru nampak clear benda
tu bulat and macam ada ekor bentuk cangkuk kat bawah dia. boleh imagine tak?

masa tu takde rasa takut or whatsoever. just so amazed looking at the thing. nak
amik gambar pun tak terlintas. ingat nak berhenti tepi jalan, tapi takut lak kena
rompak ke aper... so i drive la slow2 sambil tengok benda tu. tak lama, benda tu
hilang..ive told others before and memang the first thing diorang tanya ialah:
apesal tak amik gambar???
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 06:35 PM | Show all posts
terpulang la samada nak percaya atau x. tp ni adalah gambo betul, tarikh dh lupa tp masa ambil antar ...
kucingkarate Post at 14-8-2011 09:33



   penampakan sebegitu mmg normal, banyak di report di tempat2 lain juga.dan jika kamu search di youtube mmg banyak penampakan UFO yg bergerak haphazard sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 06:37 PM | Show all posts
Reply  Vokuro



mungkin benar ia adalah 'bintang' atau setepatnya Planet.. kerana ada masa ter ...
AbukRokok Post at 11-2-2012 17:34



   sejak bila jupiter menjadi sangat dekat dgn bumi?
jikalau kamu katakan marikh dan venus saya boleh terimai but not jupiter.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 09:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2012 09:24 PM | Show all posts
Reply 37# nour2001

malangnya saya tertinggal mobile phone saya dlm keta, nak lari ambik


siapa mau purcaya dengan bideo sukarang iney???? bideo hanyalah besi ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 12:53 AM | Show all posts
Aq pn penah nampak cahaya banyak2 terbang kat langit bekawan2. Rupenye cina pasang tanglung terbang ha ha ha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 12:01 PM | Show all posts
Reply 34# kucingkarate


   aku penah nmpak bnda ni...wktu tu 90's nak msuk 2000..aku kecik lg..darjah 6 kot..mse tu bru lik mengaji ke pegi kdai..malam...nmpak bnda ni terawang2...pstu cm pelahan je die jalan...aku ralit tgk bnda tuuu..truja..lps aku tgk je..die terbang laju g manee ntahhh...mmg aku yakin tu ufo..hehehee..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:28 PM | Show all posts
pernah nampak ketika penghujung 90an

masa tu hari malam,teman mak kunci pintu pagar kat depan umah.
umah kitorang lak masa tu sekeliling tu takde umah orang lagi,kira kitorang la yang pertama wat umah area situ.
malam tu sangat cantik,langit cerah dan bintang pun banyak nampak.

pastu nampak satu cahaya cam titik terbang laju.
kitorang pun layan la tengok kapal terbang tu...
pastu ada lagi satu cahaya terbang laju kejar yang cahaya depan tu.
dorang bersaing sesama dorang n cam berlumba2.
pastu tiba2 dorang berhenti kat langit.
kitorang pun dah terkedu dan dah lost yang mana satu bintang,yang mana sati dorang.

last2,aku ngan mak aku lari le masuk umah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:40 AM | Show all posts
Reply 51# tajul186


    itu starship enterprise tu bro..hahaha lawak jer :p tp best kalu tgk ngan org lain, kalau tgk sorang sure kata kita reka2...



my story

waktu tu tahun 2002 - 2003 camtu, g umah kekawan memalam sbb dia stay out of campus. best sket lepak luar, taklaa boring sgt. dia drive, aku stay kat sebelah. keta tu keta lama, aircon pun dah kong. so bukak tingkap and amik angin malam..

sampai satu area tu , around melawati, ada bukit bukit sket tak ingat laa aarea spesifik sgt. aku terperasan ada satu objek cahaya kecik, memula ingat lampu tanglung. layan je laa kan. duk bgtau kawan aku. tetiba dia brek keta, ajak turun tgk...

lama kitorg perati benda tu 'menari2' di langit. jauh.. tp bila pikir2 balik, takkan tanglung bleh pusing 360 darjah berkali kali kan....pastu ada satu group plak tu...macam ada formation..last last kawan ajak chow, dah sampai umah baru dia suarakan beberapa kemusykilan...

- movement benda tu sgt sgt un-natural. bukan bawaan angin
- musim tu, is farrr from musim tanglung
- terlalu asyik perati benda tu, langsung tak pikir sebenanya kitorg tgh park tepi kawasan hutan yg jarang org lalu...kalau 'paranormal' lain yg join camno?

sbb till ke sudah takleh indentified benda tu tanglung ke, jet ke, hantu ke, kitorg classified it as Unidentified Flying object"...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:57 AM | Show all posts
pernah nampak ketika penghujung 90an

masa tu hari malam,teman mak kunci pintu pagar kat depan uma ...
tajul186 Post at 13-2-2012 22:28



eh..pengalaman aku sama dgn ko..tp time tu aku tgh lepak kat balcony dgn kawan aku..tgh duk soksek2 citer pasal boypren sambil tgk2 bintang..tup2 cahaya tu bergerak laju..then dia berhenti..3-4 kali laa jugak dia jalan then berhenti lepas tu dia bergerak lagi cuma this time keluar lampu2 kaler biru pulak,blinking2 then trus terbang laju..sampai ternganga aku dgn kawan aku time tu..terkejut punya pasal ktorg jerit lari masuk dalam rumah tutup sliding door cepat2..hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:23 PM | Show all posts
Reply 52# hitamputih

tam,tu tah2 hantu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:26 PM | Show all posts
UFO  x mustahil
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by hitamputih at 15-2-2012 08:41

Reply 54# tajul186


    hahahah tu yg aku terpikir jgakkk,,, yg ko nampak tu pun ntah ntah hantu tgh belajar terbang, bila perasan ada org tgk, dia stop.

still, yg 'ntah2' tu laa considered as 'Unidentified' kan...


gambar hiasan:
http://www.nowpublic.com/strange/ufo-news-huge-disk-ufo-filmed-over-malaysia-beach-resort-0
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 11:55 AM | Show all posts
masa aku skolah rendah, dlm tahun 1991-92, aku slalu tgk bintang d langit (dok kat kampung, xde pencemaran cahaya)..so, bintang2 mmg jelas kelihatan, terutama skali lengan sagitarius... mmg nampak bintang2 kecil...lama jugak aku buat aktiviti tgk bintang ni (baring atas tanah, senang nak tgk....hehehe) ... then di suatu mala yg gelap, aku terperasan, ada pergerakan di celah2 bintang2 yg halus tu....mcm bintang kejar mengejar..n mengelak2 dr terlanggar bintang lain....lama aku tgk...pastu aku ingatkan mata aku dah letih...so, masuk rumah...esok nya benda sama berlaku, lagi byk sbb aku alih2 kan perhatian kat bahagian bintang yg lain....aku berfikir sendiri...apa benda yg aku tgk tu...UFO?....hmmmm...sudah semestinya..tapi apa dan dari mana asalnya?...aku pun x pasti...skrg aku dah x buat aktiviti merenung bintang d langit..sbb dok kat taman, kalo baring atas jalan nanti ada plak masuk paper, ORANG GILA MATI DILANGGAR KETIKA TIDUR DI ATAS JALAN,....hehehe.... tp, insiden ni mmg menambah minat aku nak jadi astronomer....tp cita2 x kesampaian..family susah, adik2 ramai... nak sambung study pun amik kat UNIMAS..sbb aku asal sarawak.... kat unimas xde kursus falak...so.terkubur la minat tu...skrg ni sambil2 aje....ada la bli teleskop murah satu...mana tau, dapat tgk lagi...hehehehe....sekian cerita pengalaman aku dengan Unidentified Flying Object...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 12:05 PM | Show all posts
dan aku suka nak ingatkan...UFO tu maksudnya Unidentified Flying Object....Benda Terbang yang Tidak Boleh Dikenalpasti (BTTBK)..hehe...kalo ada org cakap UFO is not UFO tp bila d tnya balik apa benda nya kalo bukan ufo dan jawapannya entah, maksudnya mmg la benda tu UFO!...... hehehe...kalo dah dikenalpasti, mcm polong ke, penanggal ke, dia dah x jadi UfO...hehehe...sekian..terbebel pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 07:59 AM | Show all posts
Reply  tajul186


    hahahah tu yg aku terpikir jgakkk,,, yg ko nampak tu pun ntah ntah hantu t ...
hitamputih Post at 15-2-2012 08:40



    Gambar UFO ni nampak mcm lampu ceiling..yg tukang Ambik Gambar ni mesti dok dlm high rise building , apartment..so bila Ambik gmbr awan melalui tingkap kaca dlm bilk sure boleh dpt effect mcm ni..Cuba ah buat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:39 AM | Show all posts
Tadi aku cuba search pasal UFO kat Cari ni, tapi takde yg berkaitan..
Tak penah dibincangkan lagi k ...
capiloton Post at 14-2-2011 10:28



   huihhh..nasib baik alien2 tu x kidnap ko ngan adik ko time tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:21 AM | Show all posts
Reply 59# nour2001


    .. awak mmg pandai.. tepat sekali.. amik gambar tru cermin.. imbasan luaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list