CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maklukpenggoda

[Jenayah] Presiden NGO Palestin dicekup khalwat

[Copy link]
Post time 31-7-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sape????
main teka teki ni yg meluat
depa susun2 pitih dlm bilik tu kot, dah settle terus onz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 31-7-2024 10:57 AM
XFOX tu apa sis. Skim cepat kaya ke

Skim ponzi
Skrg dah nk tersontot boleh baca kat page scam no one tu

Nak tau pasal xfox ni jap iols share status dr penasihat kewangan syariah Abdel Rahmanov


Semalam saya terkejut membaca berita penajaan pasukan bola sepak Terenganu.

Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC) mendatangani MOU penajaan musim 2024/2025 dengan syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd.

Menurut website Terengganu iDirektori, TFC ialah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

XFOX sebagai penaja utama bersetuju untuk menaja RM 1.5 juta kepada TFC.

Lantaran itu, logo XFOX akan dipamerkan pada jersi TFC.

XFOX adalah satu nama yang perlu berhati-hati.

XFOX ialah skim pelaburan yang didakwa patuh syariah.

Dana dilaburkan dalam pelbagai bentuk perniagaan seperti XFOX Mart, XFOX Coffee, XFOX Jewel, XFOX Frozen, XFOX Construction, XFOX Wellness, XFOX Seminar & Convention dan Sue & Thuya Shell-Laut dan sebagainya.

XFOX menawarkan hibah bulanan 5% hingga 30%. Kalah ASB dan Tabung Haji.

XFOX juga menawarkan hibah harian. Jika anda masuk hari ini, esok sudah mendapat hibah harian. Ajaib sekali.

Sistem pulangan pelaburan XFOX mengalahkan bank pelaburan besar.

XFOX mendakwa menggunakan konsep Mudharabah. Mereka memaparkan video kuliah Prof Dr. Ustaz Abdus Somad tentang Mudharabah.

Memang konsep Mudharabah wujud dalam syariah tetapi adakah XFOX melaksanakan mudharabah dengan betul? Siapa yang memastikannya?

Siapakah Penasihat Syariah XFOX?

Malangnya perkara ini tidak dinyatakan di website mereka.  

Pengasas XFOX mendakwa gerai nasi lemak tiada tanda halal. Saya berasa hairan dengan kenyataan pengasas XFOX yang cuba mengelirukan orang ramai.

XFOX adalah perniagaan besar dan melibatkan pelbagai bentuk perniagaan. Sudah tentu memerlukan panel syariah untuk memastikan perjalanan syarikat mematuhi syariah.

Jika tiada penasihat syariah nescaya mana-mana syarikat boleh mendakwa mereka patuh syariah.

XFOX menyatakan Capital Guaranteed iaitu jaminan modal.

Sebenarnya perkara ini tidak dibenarkan dalam Mudharabah. Ini adalah perkara asas.

XFOX tidak menetapkan kadar hibah bulanan tetapi  menjamin keuntungan setiap bulan. Perkara ini juga tidak dibenarkan dalam Mudharabah.

Istilah hibah adalah istilah yang biasa digunapakai oleh syarikat scam untuk mengaburi mata masyarakat seolah-olah pelaburan yang dilakukan adalah patuh syariah.

Daripada aspek komersial, XFOX memberi hibah bulanan 5% hingga 30%.

Angka ini adalah luar biasa. PNB pun tidak dapat memberi keuntungan sebesar itu.

XFOX diterajui oleh dua adik beradik iaitu Datuk Suraya binti Semaru dan Datuk Suhaila binti Semaru.

Saya semak tiada info tentang anugerah Datuk berkenaan di laman rasmi Istiadat.

XFOX membuka dana pelaburan dan menerima dana daripada orang ramai.

Perkara ini dinamakan pengambilan deposit secara haram (illegal deposit taking) kerana XFOX tidak mempunyai lesen di bawah BNM atau SC.

Pengambilan deposit secara haram adalah satu kesalahan dari segi undang-undang di Malaysia.

Pada 14 Jun 2023, BNM telah senaraikan XFOX di dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Kebiasaannya apabila sebuah syarikat disenaraikan dalam senarai ini. Ia menunjukkan syarikat itu mempunyai masalah dari segi undang-undang.

Lambat laun akan berlaku gejala tersontot. Masa akan menentukan.

Saya mendapati banyak sangat red flag pada XFOX.

Dengan itu, status patuh syariah yang diwarwarkan oleh XFOX adalah too good to be true.

TFC ialah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Malangnya pihak TFC tidak melakukan due diligence dengan sebaiknya.

Perkara due diligence tidak memerlukan ilmu roket sains.

Ada orang mengatakan bahawa syarikat yang menaja TFC ini ialah XFOX Market Holdings. Sdn. Bhd. Ia bukan syarikat yang disebut oleh Bank Negara Malaysia.

Walaupun syarikat yang berbeza tetapi jika ia masih induk yang sama maka ia tidak mengubah apa-apa seperti duit masuk ikut poket kiri, duit keluar ikut poket kanan.

Apatah lagi, nama yang dipromosi masih sama iaitu XFOX.

Kesan kepada penajaan ini ialah XFOX akan menjaja cerita Kerajaan Negeri Terengganu sahkan syarikat mereka adalah sahih dan tidak menipu.

Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Terengganu bersekongkol dengan XFOX.

Jika berlaku XFOX mengalami gejala tersontot  maka Kerajaan Negeri Terengganu akan terpalit bersama.

Saya sarankan kepada TFC agar membatalkan dengan segera MOU dengan XFOX. Banyak lagi syarikat lain yang boleh menjadi penaja TFC.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Salam hormat.

Dr. Abdul Rahman A Shukor
10 Jun 2024
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Who is that? (Baca ala2 ning baizura)


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 31-7-2024 08:15 AM
Hilton garden inn harga marhaen jahh.. Tu pun tak gheti.. Choii

Hilton garden inn tu low tier. Tu mcm motel level je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:44 PM | Show all posts
"Lelaki itu pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

Yang ini wakil felestin cari forum tak kan takde clue
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:47 PM | Show all posts
_blackbird replied at 31-7-2024 12:28 PM
Hilton garden inn tu low tier. Tu mcm motel level je

much2 better than oyo dan seangkatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 12:48 PM | Show all posts
Rule of thumb #1: Tunggang bangsa dan agama? Scam!

Jauhi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:48 PM | Show all posts
_blackbird replied at 31-7-2024 12:28 PM
Hilton garden inn tu low tier. Tu mcm motel level je

Macam di US. Hilton ni biase2 ja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-7-2024 11:08 AM
dah bau2 hancing laaa nak sontot tuuuu

sama la mcm ketum metal,  pelebur2 dah bawak kes pi mahka ...

Nini comot tu kena terminate pastu account ketum metal kena freeze, dia claim dlm tik tok kena terminate sbb tolong investor follow up payment sangkut haritu

To Nini, anggap sajalah kifarah sbb scam org

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:58 PM | Show all posts
_blackbird replied at 31-7-2024 12:28 PM
Hilton garden inn tu low tier. Tu mcm motel level je

Sib baik bukan hotel potato.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:00 PM | Show all posts
hmmm siapaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-7-2024 11:25 AM
Skim ponzi
Skrg dah nk tersontot boleh baca kat page scam no one tu


Thanks chuolls sudi share info..

Wah, tak agak agak yer return 5-30% monthly.
Kalah EPF punya investment portfolio padahal kalau tgk company yg di invest tu semua kategori SME je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:54 PM | Show all posts
arareez replied at 31-7-2024 12:55 PM
Nini comot tu kena terminate pastu account ketum metal kena freeze, dia claim dlm tik tok kena ter ...

kannn

ritu masa kena kecam kata ketum nak bungkuih, asyik la up unboxing brg2 branded

koser sangat.. moga mereput la ngan mak dia tu depa anak beranak

sedari dulu pun taik mlm.... kenyang dah makan duit harommm
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:27 PM | Show all posts
arareez replied at 31-7-2024 12:55 PM
Nini comot tu kena terminate pastu account ketum metal kena freeze, dia claim dlm tik tok kena ter ...

just in


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:35 PM | Show all posts
Samerosie replied at 31-7-2024 04:58 AM
Sib baik bukan hotel potato.

weyyy.. aku biasa lepak hotel potato ni.. kat tepen. bilik dia besar muat 1 famili 5 pax. mmg klu balik tepen dulu, hotel potato ni lah kitorg check-in. yg lain2, kitorg buat xtau je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:38 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 31-7-2024 02:35 PM
weyyy.. aku biasa lepak hotel potato ni.. kat tepen. bilik dia besar muat 1 famili 5 pax. mmg klu  ...

dalam banyak2 nama apalah nama kan potatoe lak...tak glemer langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 02:46 PM | Show all posts
Samerosie replied at 31-7-2024 06:38 AM
dalam banyak2 nama apalah nama kan potatoe lak...tak glemer langsung.

kannnn.. masa mula2 keluar nama hotel potato ni kat acik gugel.. kitorg gelak sampai berair mata, mmg x menahan. tapi jari ni still tekan cari info dia apa semua. end-up ke situ jgk kitorg pegi hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:59 PM | Show all posts
Ni mesti ada yang pecah lobs. Hotel plak murmur.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 03:09 PM | Show all posts
kalau tengok body nya, terus ingat burung nuri
tapi umur tak match pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-7-2024 01:54 PM
kannn

ritu masa kena kecam kata ketum nak bungkuih, asyik la up unboxing brg2 branded

Ayyo anak beranak ke taik MLM
I guess it runs in the blood gituhhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071410 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list