ish ish ish
KUALA LUMPUR – Pengumuman Kementerian Kewangan untuk menggantikan bas pengantara MRT dan LRT dengan Grab bukti selama ini Pakatan Harapan (PH) memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor. Datuk Seri Najib Razak berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, heboh menyatakan Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.
Menurut beliau, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan PH itu semata-mata untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap beliau dan isterinya. “Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab,” kata bekas Perdana Menteri dalam kenyataan di sini. Najib tidak menolak kemungkinan fitnah isterinya adalah pemilik Uber dan Grab apabila beliau mencadangkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk untuk melabur dalam Grab kerana melihat potensi firma itu. “Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka. Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai AS$11 bilion (RM46 bilion),” tambahnya. Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai AS$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia. Jelasnya, Grab bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara. Najib juga memberitahu, beliau sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi selepas PRU dan ada antara mereka meminta maaf kerana terperdaya dengan fitnah ini. Mereka beritahu beliau ramai pemandu teksi yakin bahawa Kerajaan PH akan mengharamkan Uber dan Grab jika menang. “Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang. “Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari,” kata Najib sambil mengakui rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu. Malah, ramai pemandu Malaysia memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber. Jelas Najib, seperti di kebanyakan negara, usaha untuk mengharamkan Uber dan Grab agak sukar kerana ia menggunakan aplikasi telefon pintar. “Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi. Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. “Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat,” katanya lagi. Semasa pentadbirannya, Najib memberitahu, s
elain bantuan kewangan, pemandu teksi juga mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang diwarisi sebelum ini. ”
Hari ini, ramai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
|