CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Menyangkàl Menteri Pendidikan,Guru Dakwa Tertekan dan Mental Sudah ‘Mati’, Pelajar Jawab Soalan Peperiksaan Acuh Tak Acuh Sebab Tiada Hala Tuju Selepas Pemansuhan UPSR dan PT3.

[Copy link]
Post time 2-12-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat TP TP ni, cikgu nya mesti competent mengajar.
Murid pun pun tak boleh banyak sangat satu kelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 10:26 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 1-12-2024 09:38 PM
Dah guna gred mulai tahun ni.

Tapi gred lulus terlalu rendah la pulok.

markah 20 tu utk subjek add maths aku je..
apa psl subjek lain pun nak ikut.
82 - A.. jd kalo dah ada 80 markah.. baca lagi.. cari lagi markah nk bg lagi 2 tu..
tu yg mcm tak abis2 menanda..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut cikgu tu rasa malu nampak sangat dia x pandai mengajar, jalan mudah upload kt media sosial salahkan tiada exam pelajar jadi macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 2-12-2024 01:07 AM
Dalam dunia ni akan sentiasa ada orang yg malas tapi pandai, orang yg rajin & pandai, orang yg bodoh ...

Exactly. Berbalik pada surrounding kita mcm mana. Sebab tu kalau nak baiki kehidupan kena bercampur dgn org2 berilmu.
Mereka sangat pentingkan education x kisah lah anak tak genius or bukan top 3 kelas. Tapi keep hantat anak2 ke tempat berilmu dan asah skill ni. Sebab parent2 mcm ni nak explore apa yang anak dia lebih dekat mana.

Mmg lain kalau be3campur dgn golongan lower education. Cara berfikir, bercakap. Asal anak lepas spm pon ok. X kisah apa anak belajar dkt sekolah. End up kawan2 anak pun surrounding mcm tu je lahh.. mewarisi lower iq parent.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:03 AM | Show all posts
Nurul8001 replied at 2-12-2024 10:15 AM
Saya rasa mungkin government nak jimat kos.
Kos utk peperiksaan awam ni, dgn kertas, claim cikgu2, c ...

pun ada betulnya jugak,dpt jimat berjuta2 peruntukan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:03 AM | Show all posts
ctushichan replied at 2-12-2024 10:06 AM
Yang ini mcm betul...masa Exam anak sek.men haritu...jawab soalan matematik..hampir 80% jawapam di ...

kalau cikgu tempat lain xkisah jalan kira cmne pun asalkan dpt jawapan yg betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2024 11:16 AM | Show all posts
Ini respon guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pendidikan.

Ya, dulu pun ada, tapi bila guru sendiri komen begini mesti ada asasnya. Jangan fikir shallow sangat. Ini menunjukkan kebimbangan tentang trend baru yang muncul disebabkan dasar kpm.

Maklum balas dari guru itu menunjukkan ada problem yang menonjol. Bukan problem yang biasa mereka hadapi. Aku agak mungkin lebih ramai pelajar yang menunjukkan sikap spt ini...  statement guru mengajar kepada dasar tanpa peperiksaan kpm-finland ialah hasilnya lebih ramai pelajar tak ada motivasi, tak nampak hala tuju, statement pelajar ada masalah 3m semakin menonjol semula, dan pelajar kehilangan minat untuk meneruskan pembelajaran kerana silibus terlalu susah..

Sistem tak ada peperiksaan ini pun bukan tak ada kelemahan, komen biasa guru di media sosial adalah spt ... bias disebabkan emosi, kerja perkeranian berganda, keputusan boleh dipengaruhi oleh perkara tak berkaitan spt parent bagi hadiah ferari dan tak boleh letak tp rendah sgt berbanding peperiksaan yg mana jika dapat 2 markah pun itulah yang tertulis.. hahah

untuk kes budak tak boleh ikut silibes sebab susah... aku nak bandingkan pengalaman syarikat pembuat game sendiri... jika mereka buat game yang terlalu susah, even hardcore gamers pun akan tinggalkan game spt ini, tak boleh jual... sedangkan game pun gamers tolak ini kan pula silibus susah


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:23 AM | Show all posts
anak aku pulak makin ceria takde exam ni. macam macam bakat terpendam dapat dikeluarkan. melukis doodle lah, main bola jaring la, tapi menten je boleh menten dapat UASA top 5 batch.

Budak malas belajo ke takde motivasi ni dari zaman dulu dah ade. kalau tak takdelah pencacai PN atau PH wujud kalau semua orang pandai sejak azali

SAMBAL CILILADO
SAMBAL SYUKOR JONGOS
SAMBAL HITAM N9 POWER
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 11:33 AM | Show all posts
Edited by Nfir at 2-12-2024 11:44 AM
LautBiru52 replied at 28-11-2024 11:06 PM
Kesian cikgu yg betul2 nak tengok anak murid berjaya ni. Kami ibu bapa ni pun garu kepala dengan kon ...

"Teringat kita dulu. Nampak la markah tu A ke B ke C ke.Kedudukan dlm kelas, kedudukan dlm darjah."

+ + +

Fokus dekat perkataan DULU.

Bila tentang belajar, mahu ikut cara DULU.

Tapi bila tentang gaji, kenapa tidak mahu ikut gaji DULU?

+ + +

Belajar cara DULU:

1) Nampak markah A, B atau C.

2) Ada kedudukan dalam kelas dan kedudukan dalam darjah.

+ + +

Gaji mimum DULU:

1) Tahun 2014: Gaji minimum adalah RM 900.

2) Tahun 2016: Gaji minimum adalah RM 1,000.

3) Tahun 2019: Gaji minimum adalah RM 1,100.

4) Tahun 2020: Gaji minimum adalah RM 1,200.

5) Tahun 2022: Gaji minimum adalah RM 1,500.

6) Tahun 2025: Gahu minimum adalah RM 1,700.

+ + +

Gaji penjawat awam DULU:

Jururawat Gred U29:
1) Gaji November 2024: RM 2,457
2) Gaji Januari 2026: RM 2,995

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41(T5):
1) Gaji November 2024: RM3,838.00
2) Gaji Januari 2026: RM4,559

+ + +

Apabila otak mak-bapak berfikir tentang pendidikan cara DULU, apa logiknya otak anak boleh maju supaya anak dapat gaji tinggi pada zaman akan datang?

Bila otak kita mundur, siapa yang mahu bagi kita duit yang banyak?

Bila otak anak kita mundur, siapa yang mahu bagi gaji yang banyak kepada anak kita?

Apabila otak mak-bapak berfikir tentang pendidikan cara DULU, secara logiknya tentulah:

1) Otak anak sekadar tahap DULU.
2) Pengetahuan anak sekadar tahap DULU.
3) Kemahiran anak sekadar tahap DULU.
4) Lalu gaji anak juga masih rendah tahap DULU.

Mak-bapak boleh pilih untuk berfikir tentang pendidikan cara DULU. Tapi mak-bapak juga perlu bersedia untuk anak jadi orang miskin tahun 2044 (apabila pelajar sekolah rendah sekarang masuk alam pendidikan 20 tahun akan datang).

+ + +

Kenapa gaji graduan masih rendah sampai sekarang?

Di Malaysia, hanya 20% saja graduan yang dapat gaji tinggi. Maksudnya:

1) Hanya 20% saja graduan yang mempunyai otak, pengetahuan dan kemahiran yang relevan pada hari ini.

2) 80% lagi adalah graduan yang mempunyai otak tahap DULU, pengetahuan tahap DULU, kemahiran tahap DULU. Lalu graduan ini diberi pekerjaan zaman DULU, dengan gaji tahap DULU.

Dalam erti kata lain, ada sijil tidak mencukupi. Pergi sekolah dan universiti saja tidak mencukupi.

Apabila kita pergi sekolah dan universiti pada hari ini ... kita perlu pastikan otak kita, pengetahuan kita, kemahiran kita BUKAN tahap DULU.

Sebaliknya, kita membina otak, pengetahuan, dan kemahiran yang relevan pada hari ini dan akan datang. Hanya orang seperti ini akan diberi gaji tinggi.

+ + +

Ini mesej untuk mak-bapak yang TIDAK MAHU berfikir tentang pendidikan cara DULU. Sebaliknya, mak-bapak mahu berfikir tentang pendidikan cara SEKARANG dan MASA HADAPAN.

Apabila kita ubah pendidikan, sepatutnya kualiti otak berubah juga.

Ini tujuan sebenar kita ubah sistem pendidikan: Supaya kualiti otak dapat ditingkatkan.

Jadi, untuk mak-bapak yang mahukan perubahan, mak-bapak bukan sekadar perlu fokus terhadap perubahan dalam sistem pendidikan.

Apa yang lebih penting, mak-bapak perlu fokus terhadap perubahan dalam kualiti otak anak. Specifically, mak-bapak perlu fokus supaya kualiti OTAK anak MENINGKAT.

Jangan fokus kepada gred A, markah 90, atau nombor 1. Sebaliknya fokus kepada KUALITI OTAK yang MENINGKAT.

+ + +

Apa maksud kualiti otak yang meningkat?

1) Pengetahuan otak itu meningkat

2) Kemahiran berfikir otak itu meningkat – analytical thinking, critical thinking, creativity, reasoning, problem-solving, decision-making

3) Kemahiran insaniah (soft skills) atau kemahiran sosial (social skills) otak itu meningkat – communication skills, collaboration, management, leadership

4) Emotional intelligence otak itu meningkat – empathy, emotional regulation, self-awareness

Ini yang dimaksudkan dengan holistic development. Ia merangkumi:

1) Perkembangan dalam aspek IQ
2) Perkembangan dalam aspek sosial
3) Perkembangan dalam aspek emosi

+ + +

Orang zaman sekarang bukan bercakap tentang peperiksaan, gred A, markah 90, atau kedudukan nombor 1.

Orang zaman sekarang bercakap tentang:

1) Holistic development
2) Deep learning
3) Thinking skills
4) Soft skills / social skills
5) Emotional intelligence

Jangan kita jadi mak-bapak yang sekadar tahu main handphone. Tapi hakikatnya, otak mak-bapak itu mundur. Sekadar standard otak mak-bapak zaman British.

Apabila kita tahu guna Internet, pastikan otak kita sebagai mak-bapak turut maju. Otak kita selari dengan otak mak-bapak zaman AI.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:43 AM | Show all posts
DULU
1 + 1 = 2

SEKARANG
1 + 1 = 4 - 2 = 2 , Terangkan jawapan anda.....

Apooooo????? nyahh ooooiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 11:50 AM | Show all posts
soalan senang jer tuh... awat ko pi salin soklan balik dik. at least cuba lah menjawab walau sekadar ikut logik akal sahaja. nih jenih ketegak tak nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:33 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 2-12-2024 12:45 PM

DULU
1 + 1 = 2

SEKARANG
1 + 1 = 4 - 2 = 2 , Terangkan jawapan anda.....

Apooooo????? nyahh ooooiiiiiii

+ + +

Ini adalah tulisan untuk mak-bapak yang mahu mempunyai otak yang maju supaya otak anak turut menjadi maju.

Case study yang dinyatakan di atas adalah contoh orang dewasa / mak-bapak yang mempunyai otak yang mundur pada hari ini.

+ + +

Ada beberapa cara untuk kita menganalisa dan menilai jika seorang mempunyai otak yang mundur atau otak yang maju:

1) Kita nilaikan dalam aspek pengetahuan. Apa yang otak itu tahu?

2) Kita nilaikan dalam aspek pemikiran. Bagaimana cara otak itu berfikir?

3) Kita nilaikan dalam aspek sosial. Bagaimana cara otak itu berkomunikasi?

+ + +

1) Tentang soalan Matematik

Keutamaan silibus Matematik zaman sekarang bukan seperti apa yang dinyatakan: 1+ 1 = 4 - 2 = 2 , Terangkan jawapan anda.

Kenyataan seperti ini adalah FITNAH.

Keutamaan silibus Matematik zaman sekarang adalah untuk MENGAPLIKASIKAN pengetahuan Matematik dalam konteks kehidupan seharian.

Dulu, kita belajar pengetahuan tanpa aplikasi. Contonya: 1+1=2.

Sekarang, kita belajar dua perkara:

1) Kita belajar tentang pengetahuan Matematik. Lebih dikenali sebagai teori Matematik.

2) Kita belajar bagaimana untuk mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam kehidupan seharian.

Sekarang pelajar diberi masalah. Dan pelajar perlu menggunakan pengetahuan Matematik untuk menyelesaikan masalah itu.

Contoh masalah:

A school is planning to organize a charity event. The organizers need to purchase 100 t-shirts for the event. They have a budget of RM 1,200.

The original price of each t-shirt is RM 15. However, the supplier gives a discount of 20% on each t-shirt.

1) How much will the school save on each t-shirt after the discount?
2) What is the total cost for 100 t-shirts after applying the discount?
3) If the school ends up saving RM 200 after the discount, what percentage of the original budget does the school save?

+ + +

2) Tentang soalan Matematik dalam bentuk masalah

Kenapa belajar Matematik sekarang tidak boleh straightforward macam dulu? Sebaliknya, pelajar perlu selesaikan masalah.

Apabila kita buat soalan straightforward seperti 1+1=2, ini adalah low-order thinking skills. Pelajar sekadar faham (UNDERSTAND) dan ingat (REMEMBER).

Tetapi, apabila pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan Matematik untuk selesaikan masalah, otak pelajar dilatih untuk membina kemahiran berfikir. Specifically, high-order thinking skills atau dikenali juga sebagai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Contoh high-order thinking skills: ANALYZE, EVALUATE and CREATE.

Kita boleh nilaikan perbezaan pada mental aktiviti dalam otak untuk soalan 1+1=2. Berbanding mental aktiviti apabila menyelesaikan soalan dalam bentuk masalah seperti yang dikongsikan di atas.

Apabila kita perlu menyelesaikan soalan dalam bentuk masalah, otak kita perlu bekerja dengan lebih keras, lebih mendalam, lebih teliti, lebih menyeluruh. Ini adalah latihan mental untuk memperkasakan kemahiran berfikir.

Apabila otak kita menguasai kemahiran berfikir dengan baik, lama-kelamaan otak itu akan membina kemahiran berfikir problem-solving dengan baik.

+ + +

3) Tentang kemahiran berfikir problem-solving

Majikan mahukan pekerja yang mempunyai kemahiran berfikir problem-solving yang baik. Buktinya:

According to the latest World Bank Malaysia Economic Monitor (MEM) report released last month, the rate of skills-related underemployment in the country rose to 37.3 percent in 2022, compared to 27.2 percent in 2010.

She added that a study by the Human Resources Development Corporation also showed that about 82 percent of employers reported that their current employees lacked sufficient skills or experience.

"A World Bank study in 2020 also reported that more than 40 percent of companies in the manufacturing and services sectors were struggling to find workers with leadership, communication, problem-solving, and general IT skills," she said.

+ + +

4) Tentang age-appropriate questions

Soalan menyelesaikan masalah lebih tertumpu kepada pelajar sekolah rendah Tahap 2 (Darjah 4, 5, 6) serta pelajar sekolah menengah.

Soalan menyelesaikan masalah tidak menjadi tumpuan untuk pelajar sekolah rendah Tahap 1 (Darjah 1, 2, 3).

Sewaktu Tahap 1, pelajar perlu fokus kepada social skills. Contohnya, kemahiran berkomunikasi.

Pelajar Tahap 1 juga perlu fokus kepada emotional intelligence. Contohnya, emotional regulation.

Leadership and communication adalah dua elemen utama dalam aspek social skills yang diperlukan oleh majikan seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 12:48 PM | Show all posts

naper ko layan weii? next time skipppp , tergelak aku baca niway


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 2-12-2024 02:26 AM
markah 20 tu utk subjek add maths aku je..
apa psl subjek lain pun nak ikut.
82 - A.. jd kalo da ...

Bertabah la weols kak. Sebab rendah nau markah lulus aiols kasik susah Paper 1, haha. Ikut JSU juga tapi susah la huntok level students meols. :lol; Tapi kalau yang high proficiency tu, dalam 20-30 minit atau kurang dari tu, boleh siap jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 01:18 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 2-12-2024 01:20 PM
plywood replied at 2-12-2024 11:16 AM
Ini respon guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pendidikan.

Ya, dulu pun ada, tapi bila g ...

"Maklum balas dari guru itu menunjukkan ada problem yang menonjol. Bukan problem yang biasa mereka hadapi."

+ + +

Mana kita tahu ini ada masalah yang baru wujud pada hari ini?

Untuk kita yakin bahawa ini adalah masalah yang baru wujud pada hari ini, kita perlu melihat kepada data peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun di peringkat sekolah.

Minta sekolah di Malaysia reveal data peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun sewaktu tahun 1990an.

Minta Lembaga Peperiksaan reveal data peperiksaan UPSR dan SPM pada tahun 1990an.

Jika pelajar tahun 1990an menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan, baru kita boleh simpulkan bahawa ini adalah masih baru.

+ + +

Persoalannya sekarang, sejak bila pelajar di Malaysia adalah pelajar yang pandai?

Kalau betul pelajar zaman tahun 1990an adalah pelajar yang pandai, tentulah ekonomi Malaysia sekarang sudah setara seperti Singapore, Shanghai, Korea and Japan. Kerana ekonomi itu dipacu oleh masyarakat otak hebat.

Hakikatnya adalah ... pada tahun 1990an, sistem pendidikan Malaysia tidak produce pelajar pandai dalam jumlah yang besar pun.


Kalau betul sistem pendidikan zaman dulu menghasilkan pelajar cemerlang dalam skala besar, tidak ada keperluan untuk kita ubah sistem pendidikan yang terbukti efektif.


Disebabkan sistem pendidikan zaman dulu bermasalah, kita ubah kepada sistem sekarang. Kita mahu bina sistem yang menekankan kepada kemahiran berfikir. Sebab itu perkataan KBAT diutamakan dalam pendidikan zaman sekarang.

Apabila pelajar lemah KBAT, secara automatik pelajar lemah STEM. Tidak ada cara untuk hebat dalam STEM jika otak pelajar lemah berfikir.

Di kalangan pelajar Malaysia, mereka cukup sinonim dengan kelemahan dalam STEM. Sebagai bukti bahawa pelajar Malaysia lemah dalam KBAT.

Setelah kita ubah kepada pendidikan berasaskan KBAT, baru kita nampak dengan sangat jelas bahawa pelajar Malaysia mempunyai macam-macam masalah:

1) Masalah sosioekonomi ibu-bapa
2) Masalah parenting
3) Masalah early brain development
4) Masalah lack of resources di sesuatu tempat seperti urban - rural divide
5) Masalah motivasi pelajar
6) Masalah kualiti guru
7) Masalah kualiti pembelajaran
8) Masalah menghafal untuk peperiksaan

Setelah kita remove UPSR dan PT3 supaya guru dan pelajar boleh fokus membina kemahiran berfikir, baru kita nampak dengan sangat jelas segala cacat-cela dan caca-merba dalam sistem pendidikan dan sistem parenting di Malaysia. Caca-cela yang sudah berusia puluhan tahun. Mungkin lebih daripada 50 tahun.

Mungkin untuk sesetengah keluarga, kualiti otak mereka sewaktu zaman British tidak banyak beza dengan kualiti otak mereka pada zaman sekarang.

+ + +

Kenapa dulu guru tidak upload tentang kelemahan pelajar?

Pertama, tahun 1990an tidak ada social media. Jadi susah untuk rakyat tahu prestasi pelajar di seluruh negara.

Kedua, pada tahun 1990an, guru hanya fokus supaya pelajar menghafal untuk peperiksaan. Supaya pelajar boleh dapat A dalam UPSR dan PMR.

Ketiga, pada tahun 1990an, syllabus dan soalan tidak menekankan kepada KBAT. Jadi kita tidak nampak bahawa pelajar Malaysia lemah berfikir.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 01:36 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 2-12-2024 10:15 AM
Saya rasa mungkin government nak jimat kos.
Kos utk peperiksaan awam ni, dgn kertas, claim cikgu2, c ...

Kalau kita fikir kita remove peperiksaan supaya budget peperiksaan dapat dikurangkan, secara logiknya ... tentulah budget pendidikan akan turut berkurang. Sebab budget peperiksaan di bawah budget pendidikan.

Tetapi, in reality, budget pendidikan tidak pernah berkurang. Jumlah budget pendidikan semakin besar dari tahun ke tahun. Peratusan budget pendidikan berbanding GDP Malaysia juga tidak pernah berkurang.

Kenapa budget pendidikan tidak berkurang walau kita remove perbelanjaan untuk peperiksaan?

Kita guna duit tersebut untuk perbelanjaan lain di bawah pendidikan.

Ada banyak lagi perkara di bawah pendidikan yang perlukan budget yang besar:

1) Perlu upgrade keadaan sekolah di luar bandar kerana kita mempunyai banyak sekolah luar bandar yang daif.

2) Perlu bina banyak sekolah baru di kawasan bandar kerana kepadatan penduduk bandar semakin tinggi. Jadi jumlah kelas semakin padat.

3) Perlu banyakkan latihan untuk guru-guru kerana kita mahu mengubah cara guru mengajar dalam kelas dan cara pelajar belajar.

4) Pernah dicadangkan wujudkan jawatan Teaching Assistant (TA) untuk membantu guru. Tetapi sampai sekarang masih tidak ada feedback daripada Kementerian Pendidikan. Mungkin tidak ada budget tambahan.

Jadi, remove exam bukan usaha untuk berjimat. Sektor pendidikan di Malaysia mempunyai banyak masalah besar yang memerlukan duit yang banyak untuk diselesaikan masalah itu. Contohnya, pembinaan sekolah baru dan menaik-taraf sekolah daif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 01:47 PM | Show all posts
Nfir replied at 2-12-2024 01:18 PM
"Maklum balas dari guru itu menunjukkan ada problem yang menonjol. Bukan problem yang biasa mereka  ...

uols punya hujah ni tak boleh pakai dalam konteks ini... sebab ianya berbentuk exam vs tak ada exam. ketika mula-mula pelaksanaan dulu, bolehlah..

konteksnya ialah pendekatan terpakai adalah empirikal.

now... dah ada dapatan-dapatan oleh guru-guru tu, sepatutnya kpm kena respon kepada dapatan2 tersebut. .. sekiranya nak kekal kenapa, dan apa yang dia nak buat dengan masalah2 tersebut.. bukan bagi hujah-hujah pendekatan exam vs pendekatan tak ada exam.. salah besar ni



Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:06 PM | Show all posts
plywood replied at 2-12-2024 01:47 PM
uols punya hujah ni tak boleh pakai dalam konteks ini... sebab ianya berbentuk exam vs tak ada exa ...

setuju yg ni nyah...panjang berjela hujahnyer...macam cytrop pun ader jugak stylenyer......
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-12-2024 01:04 PM
Bertabah la weols kak. Sebab rendah nau markah lulus aiols kasik susah Paper 1, haha. Ikut JSU jug ...

menengah rendah dengan menengah atas, lain grading nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:23 PM | Show all posts
Nfir replied at 2-12-2024 11:33 AM
"Teringat kita dulu. Nampak la markah tu A ke B ke C ke.Kedudukan dlm kelas, kedudukan dlm darjah." ...
1) Hanya 20% saja graduan yang mempunyai otak, pengetahuan dan kemahiran yang relevan pada hari ini.
yg ni ko kene tapis lagi. tak semestinya 20% tu yg ada otak, pengetahuan dan kemahiran tu. kekadang sebab kabel makbapak.  open secret la skrang ni ko nak keje di syarikat besar ko kene ada referee, sape yg nak dirujuk tu mestilah someone yg company tu kenal.  aku kasi contoh mcm anak najib yg jadi ahli lembaga GLC tu. umur dia brape apa pengalaman keje die sampai bleh jd board member tu? also open secret company yg favour bangsa die je macam kajian ni

https://www.researchgate.net/pub ... _hiring_in_malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071103 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list