CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abahmung

[Tempatan] Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

[Copy link]
Post time 24-12-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ... tahniah kepada rerakan yang berterusan melabur dan menyimpan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 10-12-2024 02:51 PM
aku rasa dalam 5.5% je

Tak sangka, main teka teka je sekali betul sangkaan ku
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 12:53 PM | Show all posts
2024 memang tahun cemerlang buat pasaran kewangan...
s&p500 naik 20%+
crypto bitcoin naik 100%+
KLCI 10%+


btw pelaburan ASB ni portfolio dia ada melabur ke bank juga kan? masih patuh shariah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 12:54 PM | Show all posts
asamfish replied at 19-12-2024 11:27 AM
tu i saja sambung berangan.....kalau ikut logic paling kuat pun dalam 5.5%...

Memang pun dah kuar kan..5.5%+0.25
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:02 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-12-2024 12:12 PM
Alhamdulillah ... tahniah kepada rerakan yang berterusan melabur dan menyimpan

alhamdulillah.. lepas dah nak buat plaster ceiling rumah baru kohkoh.. i tunggu dividen epf pulak harapnya tinggi tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 24-12-2024 01:02 PM
alhamdulillah.. lepas dah nak buat plaster ceiling rumah baru kohkoh.. i tunggu dividen epf pulak  ...

Aamiiin....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. selalunya dividen asb2 rendah dari asb1. tp rasa nya thn lepas sama.
risau kena tax je ni. kena baca balik bajet ari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:12 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-12-2024 12:12 PM
Alhamdulillah ... tahniah kepada rerakan yang berterusan melabur dan menyimpan

thank you for putting it here....saya pun dah terlupa pasal asb sbb excited nak sambut new year...mengharapkan 2025 lebih cemerlang gemilang dan tak terbilang segala jumlah yang ada utk kita semua....amin amin amin ya rabb

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 02:14 PM | Show all posts
Samerosie replied at 24-12-2024 12:54 PM
Memang pun dah kuar kan..5.5%+0.25

alhamdulillah....syukur dgn apa yang diterima.......semoga sentiasa bertambah dari setahun ke setahun....amin amin amin ya rabb...

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:16 PM | Show all posts
honam replied at 24-12-2024 12:42 PM
Tak sangka, main teka teka je sekali betul sangkaan ku

teka berlandaskan logic akan betul or hampir betul....inshaallah....pandai you buat kira-kira

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....walaupun masih belum dpt mengatasi dividen di zaman BN...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 10-12-2024 04:26 PM
Jgn bg harapan palsu blh x? Bnd ni memainkan emosi pelabur. Kalo x spt yg diramalkan apa cer?

Ape cer sissy? Bunuh diri la kot sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 10-12-2024 05:28 PM
kena ingat bag penyimpan yang kena bayar zakat

2.5% kena tolak dari dividen

Macam tu ke sissy? Kau kata 2.5% dari dividen sissy. Bukannya 2.5% dari keseluruhan simpanan kan sissy?

Makna kata kalau dividen tu RM15,000, RM375 kena bayar zakat kan sissy?

Ke akak yang blur sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:51 PM | Show all posts
maaf tanya forumer semua, berbaloi tak kalau nak terminate asb loan, sbb mcm tak boleh nak teruskan, buat under cimb
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
byz_87 replied at 24-12-2024 02:51 PM
maaf tanya forumer semua, berbaloi tak kalau nak terminate asb loan, sbb mcm tak boleh nak teruskan, ...

Cimb amek bpe %
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 24-12-2024 03:27 PM

Dividen ASB tahun ini dijangka lebih tinggi - Penganalisis

Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Disember 10, 2024 @ 10:57am
[email protected]


ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 - NSTP/GHAZALI KORI


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Bumiputera (ASB) berpotensi mengumumkan jumlah dividen yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 , disokong prestasi pasaran saham global dan domestik yang positif.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata rata-rata pasaran saham utama seperti Nasdaq, S&P 500, Nikkei 225 dan Hang Seng, termasuk Bursa Malaysia masing-masing meningkat, justeru kenaikan harga saham seharusnya menterjemahkan dividen yang lebih baik pada tahun ini.

"Nasdaq, S&P 500, Nikkei 225 dan Hang Seng, termasuk Bursa Malaysia masing-masing meningkat 32.3 peratus, 27.7 peratus, 16.8 peratus, 16.5 peratus dan 10.9 peratus. Justeru, memandangkan sebahagian besar daripada kelas aset pelaburan ASB adalah pasaran ekuiti, jangkaan terhadap dividen dilihat setidak-tidaknya sama dengan tahun lalu ataupun lebih.

"Berdasarkan laporan tahunan ASB, pendedahan pasaran ekuiti oleh ASB adalah 83.13 peratus pada 2023. Oleh itu, kenaikan harga saham seharusnya menterjemahkan dividen yang lebih baik pada 2024," katanya kepada BH.


Akhir tahun lalu, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.


Dividen yang diagihkan tahun lalu juga lebih baik berbanding tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang membabitkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Mohd Afzanizam berkata, pasaran menyaksikan syarikat seperti Maybank Bhd, Sime Darby Bhd (Sime) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan prestasi yang baik pada 2024, yang memberi impak positif kepada pergerakan harga saham, sekali gus mampu untuk memberikan pulangan yang baik kepada dana ASB.

"Pendedahan ASB terhadap sekuriti pendapatan tetap adalah 7.45 peratus pada 2023. Pengaruh kadar faedah secara langsung adalah tidak sebesar pasaran ekuiti, Namun, sentimen kadar faedah di luar negara terutamanya kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi kesan yang lebih besar disebabkan ia boleh memberi impak kepada pegerakaan harga saham global dan tempatan.

"Suasana kadar AS dilihat memberi kesan kepada aliran dana asing. Kita telah menyaksikan dana aliran keluar bersih oleh pelabur asing pada Oktober dan November yang berjumlah RM1.8 bilion dan RM3.1 bilion," katanya.

Beliau menjelaskan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan purata sekitar 5.1 peratus bagi tiga suku 2024.

Katanya, pertumbuhan ekonomi yang baik akan diterjemahkan kepada keuntungan yang tinggi dalam kalangan syarikat disenaraikan dan ia sudah pasti memberi impak positif kepada pergerakan harga saham.

"Strategi pelaburan utama ASB berdasarkan asas syarikat yang baik, penyelidikan makroeknomi yang menyeluruh serta disiplin yang tinggi," katanya.

Mohd Afzanizam bagaimanapun berkata, ketidaktentuan ekonomi global seperti perang perdagangan atau ketegangan geopolitik akan memberi impak kepada sentimen pasaran dan menyumbang kepada turun naik harga saham.

"Di sini peranan penyelidikan pelaburan membantu dalam keputusan pelaburan kerana ia akan dapat mengekalkan disiplin pelaburan selain daripada mengenal pasti peluang pelaburan.

"Ia bertindak sebagai pelindung modal pelaburan kerana pelaburan pendapatan tetap mempunyai risiko yang rendah dan sentiasa memberi pulangan yang konsisten," katanya.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham, berkata sebagai antara dana pelaburan terbesar di Malaysia, ASB yang mempunyai sebahagian besar portfolionya dalam ekuiti tempatan dan berpotensi mendapat manfaat langsung daripada prestasi pasaran saham Malaysia yang mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 15 peratus setakat suku ketiga 2024 dengan permodalan pasaran keseluruhan kini mencecah RM2.05 trilion.

Katanya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal menjadi faktor penting dalam menentukan hasil pelaburan ASB, sekali gus memberikan ruang untuk instrumen pendapatan tetap dalam portfolio terbabit mengekalkan hasil yang stabil.

"Dengan pasaran saham yang mencatatkan peningkatan nilai dan prestasi syarikat tersenarai menunjukkan pemulihan dalam sektor utama, terdapat jangkaan bahawa dividen ASB untuk 2024 berpotensi lebih tinggi berbanding tahun lalu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully next year boleh dpt 6%
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 24-12-2024 02:34 PM
Ape cer sissy? Bunuh diri la kot sissy?

Cernya simple je. Kerajaan gagal 2.0 la. Kasi tukar
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 04:29 PM | Show all posts
zehra2 replied at 19-12-2024 10:20 AM
dpt dividen lebih dari $100,000 kena tax la plak.  mcm gaji ler.. naik 8%, potong pcb kena tax mcm²

kayanya chuols sis.....dividen lebih 100,000  dekat 2 juta ke simpanan asb chuols
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ado le juga kenaikan tahun ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.167881 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list