|
Farah Sudah Mengandung Selepas Kahwin.. page #4
[Copy link]
|
|
Reply 17# teky
oppa!!!!!!
minat farah yer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berkekalan jodohnye hingga ke akhir hayat...AMIN... |
|
|
|
|
|
|
|
pebender yg hensemnyer?
maxim Post at 2-5-2011 02:33
heh heh heh.... |
|
|
|
|
|
|
|
tgl dimana2 pn bleh...asalkan bahagia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mixed at 12-10-2011 09:28
Farah rindu suami di Chiang Mai
Oleh Murshid Eunos
[email protected] (yang mengikuti penggambaran Rasa Halal Thailand di Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini)
Farah Diana Anuar PELUANG mendekati jiwa dan personaliti Farah Diana Anuar sepanjang mengikuti penjelajahannya di negara Gajah Putih minggu lalu membuka ruang melihat kematangan dan kebahagiaan yang tidak mampu disorok lagi si empunya senyuman manis ini.
Meskipun bicaranya halus dan sesekali menyusun berhati-hati cerita yang ingin dikongsi, bintang popular yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah berani untuk berkongsi saat bahagianya sejak bergelar isteri, tiga bulan lalu.
TAK TAKUT...Farah membelai gajah.
UNIK...Farah menyusukan sejenis ikan jinak di Zoo Chiang Mai.
DETIK BAHAGIA...Farah dan Johan ketika disatukan tiga bulan lalu.
Belum sempat soal pengalaman dan perkembangan seninya diungkap, lekas episod indahnya memimpin kebahagiaan hidup berumah tangga menjadi topik utama disembangkan terutama apabila terpaksa berjauhan dengan insan tersayang, Johan Johari hampir sebulan bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengantara program Rasa Halal di Laos dan Thailand.
Jelasnya, itulah pengorbanan dan bukti persefahaman antara mereka kerana segala-galanya adalah tuntutan kerjaya yang mustahil diketepikan meskipun jauh di lubuk hatinya, terdetik perasaan rindu yang tidak mampu digambarkan.
Dulu ketika mengendalikan Rasa Halal sepanjang lima musim, saya tidak perlu fikirkan sesiapa kerana masih sendiri. Namun kini apabila mendapat saja jadual penggambaran, saya terus memikirkan suami yang akan saya tinggalkan sementara.
Saya bersyukur kerana Johan sentiasa memahami dan dia sendiri yang menyuruh untuk saya kekal mengacarakan program itu.
Memang saya akui fikiran saya melayang merindui suami namun alhamdulillah setiap hari kami akan berhubung dan berta�nya khabar.
Namun ia bukanlah sesuatu yang baru atau pelik bagi kami kerana sejak bercinta lagi, memang kami berdua jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan kebetulan Johan tinggal bersama keluarga serta bekerja di Pulau Pinang, saya pula di Kuala Lumpur.
Apapun manisnya, Johan datang membuat kejutan kepada saya pada awal Oktober lalu ketika saya bersama tenaga kerja berada di Bangkok. Sempat juga dia meluangkan masa selama tiga hari untuk bertemu saya dan menghabiskan masa bersama. Itu sudah cukup menghilangkan rasa rindu saya kepadanya,?katanya yang menetap bersama suami dan keluarga mentuanya di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Ditanya pula pengalaman dan rutin hariannya sepanjang bergelar isteri, anak ketiga daripada enam beradik yang juga kelahiran Kuala Lumpur ini seronok menceritakan gelagatnya yang kini gigih belajar untuk menyediakan masakan kegemaran suaminya iaitu udang masak sambal.
Meskipun terikat dengan jadual kerja dan percaturan seni yang bagai tiada akhirnya, Farah yang turut mengacarakan program bual bicara Nasi Lemak Kopi O
di TV9 menyifatkan rasa penat yang dirasainya dalam mengukuhkan lagi ikatan
kasih sayang dalam perkahwinan adalah satu kepuasan yang sukar di gambarkan.
Kelakar juga apabila saya mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda seperti ini kerana masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari.
Bagaimanapun, saya tidak menyesal dan suami pula sentiasa di belakang menyokong. Mujur ibu mentua dan keluarga suami juga begitu akrab dengan saya dan mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
Sebenarnya sepanjang bercinta, kami bukanlah seperti pasangan biasa yang setiap hari bertemu sebaliknya hanya beberapa kali saja kami sempat dating kerana begitu sibuk ketika itu.
Pantas keputusan kami berkahwin ini adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan terus menyulam rasa cinta antara kami selain menguatkan lagi keserasian yang ada.
Setakat ini, segala keleng�kapan dan keperluan suami baik untuk kerja dan peribadinya sudah mampu saya uruskan sendiri.
Ialah, saya sendiri sudah cekap menyediakan masakan kari buatnya. Cuma jika ada kelapangan, saya akan duduk bersama ibu mentua untuk belajar cara memasak dan bagaimana untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Sekarang saya memang sedikit sibuk berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur memandangkan saya masih terikat mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O setiap Jumaat dan undangan persembahan,?katanya yang mengakui tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada rezeki.
Jika ada yang tertanya mengapa si pemilik wajah manis dengan raut pesona anggun masih kekal mengendalikan program Rasa Halal sepanjang enam musim, mungkin perlu memberi peluang memerhati komitmen dan kesungguhannya di lokasi penggambaran.
Letak ke tepi soal penat dan letih kerana sentiasa terkejar-kejar dengan ke�suntukan masa, Farah hanya menyifatkan disiplin adalah kunci utama bagi menghidupkan apa saja tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Bayangkan saya terpaksa menyiapkan semua 13 episod Rasa Halal dalam masa kurang dari sebulan dengan menjelajah beberapa negara yang tidak semudah ditonton di televisyen.
Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tenaga kerja program ini sudah bagaikan keluarga yang mana saya tidak berasa janggal untuk berbincang atau memberi pandangan.
Sudah enam musim Rasa Halal bersama saya dan memang dapat saya rasakan hubungan itu. Ia begitu dekat kepada saya dan sentiasa memberikan pengalaman baru.
Tidak setakat berpeluang pergi melawat ke negara orang, malah saya juga
punya ruang terbaik bagi mengenali budaya, masyarakat dan jenis makanan mereka.
Bagi musim keenam, saya akan menyuntik beberapa pembaharuan dan kelainan. Saya akan cuba berkongsi maklumat secara santai dan bersahaja selain lebih cenderung mempamerkan budaya dan komuniti Islam di sana. Insya Allah, penonton akan melihat perbezaan dan kelainan bagi musim baru ini,?katanya.
Selepas mengembara mengenali pelbagai cara penyediaan makanan halal dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ke beberapa negara termasuk Hong Kong, China dan Vietnam, Rasa Halal Laos dan Thailand. Musim baru ini akan disiarkan setiap Selasa, jam 7.30malam mulai 6 Disember di Astro Oasis.
PROFIL:
NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
UMUR: 26 Tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak ketiga dari enam adik-beradik
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Johan Johari
PENDIDIKAN: Jurusan Seni Persembahan (Muzik dan Vokal) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) Di Astro Ria, Rasa Halal Orient (Astro Oasis) Musim 1 Hingga 6, Generasi Asli @ 1Malaysia dan Nasi Lemak Kopi O
ALBUM: Antara Dua dan Fantasia
DRAMA: Popular dan Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM ke-12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize Di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2005 |
|
|
|
|
|
|
|
untung farah .. allah permudahkan jodohnya .. |
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah..niat baik, cara baik..ALLAH akan permudahkan segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 48# samshik
muka somi farah dr sisi ne nmpk cam muka pelakon sharnaaz yg berlakon dlm ceta kasih alia...
sharnaaz .........ada sama sikit
cute berseri muka farah pas kawen |
|
|
|
|
|
|
|
awat lak rambut sharnaaz camtu gaya nyerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Farah memang budak baik...ayah die jaga baik punye. aku kenal die dari masa habis AF2 lg. mcm kanak2 ribena je dulu...kalau die gelak besar adoiyaii hahaha! now dah jadi bini orang dah...semoga berbahagia selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
elOk lah tU...
jgn nk ikOt nafsU retis jek..
kang sOwang sna sOwang sni..kecOh lak..gOsip bagai
dOk dkat2 wat ank lg bagUs...
hihi.. i like |
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
muka somi farah dr sisi ne nmpk cam muka pelakon sharnaaz yg berlakon d ...
mixed Post at 12-10-2011 09:34
haah .. versi gelap siket .. sharnaz kalu kat luar cerah mixed .. |
|
|
|
|
|
|
|
wah...bestnyer..dapat husband romantik..siap buat suprised gi Bangkok..waaa..ai jeles you...tapi ai tumpang happy dengan kebahgiaan derang..
moga kekal bahagia hingga ke akhirnya...
farah pun makin berseri2 lepas kawen..
by the way bukit jmbul area mana?kaw tu ada yg stail elite punya rmh..huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
wah...bestnyer..dapat husband romantik..siap buat suprised gi Bangkok..waaa..ai jeles you...tapi ai tumpang happy dengan kebahgiaan derang..
moga kekal bahagia hingga ke akhirnya...
farah pun makin berseri2 lepas kawen..
by the way bukit jmbul area mana?kaw tu ada yg stail elite punya rmh..huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
muka somi farah dr sisi ne nmpk cam muka pelakon sharnaaz yg berlakon d ...
mixed Post at 12-10-2011 09:34
betul2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 40# maxim
nie gambaq masa farah bertunang ka?laki dia agak gumuks ms nie tp awat ms nie gelap,..bila dh kurus nampak cerah SIKIT....patutnye ..org gemuk la cerah skit sebab cekang |
|
|
|
|
|
|
|
x kenai farah ..tapi kat penang tu kan selalu jalan jem |
|
|
|
|
|
|
|
moga berbahgia Farah & suami.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|