CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: catalina

Ilmu Laduni?

[Copy link]
Post time 4-5-2011 05:09 PM | Show all posts
kalau ikut kefahaman aku la, ilmu laduni ni maknanya ilmu yg dipindahkan dari sesaorang yg telah meninggal dunia kepada sesaorang yg lain, biasanya ahli keluarga sendiri.


maksudnya bukan ada perantara jin dsb, hanya ilmu... contoh ilmu mathematik, ilmu merawat(yg tak de dampingan jin), ilmu ilmu dunia yg lain dan ilmu ketuhanan.


Pernah dengar sesaorang budak tiba tiba pandai mathematik tahap u? itulah contoh ilmu yg dipindahkan tu

waulohualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 05:20 PM | Show all posts
Reply 41# hantukiller

udah orgnya dah xde.. cemana plak dwariskan wak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 05:21 PM | Show all posts
kalau ikut kefahaman aku la, ilmu laduni ni maknanya ilmu yg dipindahkan dari sesaorang yg telah men ...
hantukiller Post at 4-5-2011 17:09


dipindahkan dengan cara camner tu bro HK?

tak kan bagi bedebuk gitu jea ker? ker mmg gitu.....

atau ada kitabnya snd yg mesti dipelajari?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

udah orgnya dah xde.. cemana plak dwariskan wak?
halimi78 Post at 4-5-2011 17:20
tu kerja Allah, sebab ilmu tu adalah perbendaharaan Allah, tak kira apapun ilmunya..

Ramai yg dapat ilmu laduni ni, contohnya seorang murid yg paling lemah akalnya tapi amat disayangi guru tersebut, ketika kematian guru tersebut, tiba tiba budak tu boleh pandai dan boleh mengetahui serupa yg ada pada guru tersebut.. pelik tapi benar!




Satu contoh lain, ilmu abu nawas yg pandai kelentong dalam berkata kata tu pun ada warisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 05:27 PM | Show all posts
dipindahkan dengan cara camner tu bro HK?

tak kan bagi bedebuk gitu jea ker? ker mmg gitu.... ...
catalina Post at 4-5-2011 17:21
ye, memang gedebuk terus pandai
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 05:28 PM | Show all posts
kalau ikut kefahaman aku la, ilmu laduni ni maknanya ilmu yg dipindahkan dari sesaorang yg telah men ...
hantukiller Post at 4-5-2011 17:09



   Yeeeessssssssssssssssssssss.....incik HK dah masuk...sesiapa ada persoalan dan permasalah....ini lah orang nya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2011 05:33 PM | Show all posts
Yeeeessssssssssssssssssssss.....incik HK dah masuk...sesiapa ada persoalan dan permasalah.. ...
juragan_malam Post at 4-5-2011 17:28
baik aku larikkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 05:39 PM | Show all posts
ye, memang gedebuk terus pandai
hantukiller Post at 4-5-2011 17:27


gitu ek....maknanya ia ilmu yg boleh diwarisi ker?

tiba2 sy tingat kat highlander lak....biler satu highlander mati, suma ilmu dia trf kt immortal yg bunuh dia ek? gitu ker?  


adakah bermakna ilmu yg ada dlm citer Highlander tu sememangnya ilmu yg benar2 wujud dlm keilmuan islam - andainya kita mau mengkaji?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply 44# hantukiller


    ok.. mesej dterima...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 05:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by catalina at 4-5-2011 17:50
maaf ye tt,mencelah skit..

pak juragan!
sy br je bukak thread kt bod AIM tentang bersuluk, b ...
HambakepadaNya Post at 4-5-2011 17:00


silakan.....



Jika Allah kehendaki, dengan belajar - Allah berikan ilmu...
Jika Allah kehendaki, dengan belajar - tapi Allah tidak berikan ilmu...Jika Allah kehendaki, tanpa belajar pun - Allah berikan ilmu


Laailaha illallah...Belajar itu makhluq, Allah yang kuasa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 05:58 PM | Show all posts
ini hasil drp carian wak gugil ...


Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

Ada riwayat dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

من عمل بما علم ورثه الله علم ما لم يعلم

“Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepadanya ilmu tentang apa yang ia tidak tahu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Anas r.a.. Menurut Abu Nu’aim, hadis ini dhaif. Lihat; Takhrij Hadis al-Ihya’ oleh Imam al-‘Iraqi).

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ilmu ada dua jenis;[1]

1. Ilmu Jali (ilmu yang nampak); iaitu ilmu yang terhasil melalui penglihatan, pendengaran (yakni mendengar perkhabaran yang benar) dan akal.

2. Ilmu Khafi (ilmu yang tidak nampak); iaitu ilmu yang tumbuh dalam hati yang suci iaitu hati orang yang bersih dirinya kerana taat kepada Allah dan membesar atas rezki yang halal.

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah.[2]

Bukan sahaja ilmu, malah anugerah-anugerah yang lain juga akan dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa, antaranya dibukakan jalan pengelesaian bagi setiap masalah dan dilapangkan pintu rezki. Firman Allah;

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya (bagi setiap masalah yang dihadapinya). Dan Dia akan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (at-Talaq, ayat 2 dan 3).

Jadi, yang utama bukanlah ilmu ladunni itu, tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis yang menambahkan kesombongan diri dan perasaan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya. Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya dan hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak yang tidak menyedari karamah yang ada pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

Wallahu a’lam.

[1] Lihat dalam Tahzib Madarij as-Salikin, hlm. 486.
[2] Faidhul-Qadier, hadis no. 5711.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 06:02 PM | Show all posts
Reply 39# HambakepadaNya

ni ada org kata.. org la kata.. me pong xtau eh..
bila kita beramal dgn bniat nak dptkan sesuatu ilmu...
insyaAllah.. dr amalan akn dpt ilmu yg dpinta..
tp.. kata org tu la kan.. ilmu itu hanya utk dunia..
x sampai ke akhirat sana sbg bekal..
justeru katanya... beramallah kerana Allah..
kalau ada ilmu dkurniakan.. insyaAllah akn bawa ke akhirat sana..
rengkasnya kata dia.. Allah Maha Mengetahui akn hambaNya..
biarlah Dia yg menetapkan.. mana yg terbaik...

wallahua'lam.. ku cuma menaip semula kata2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 06:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply  HambakepadaNya

ni ada org kata.. org la kata.. me pong xtau eh..
bila kita beramal dgn b ...
halimi78 Post at 4-5-2011 18:02



    beramal dgn bniat nak dptkan sesuatu ilmu dan dr amalan akn dpt ilmu yg dpinta, yang ini memang sy setuju tapi yg sy maksudkan, yang meminta ilmu untuk tujuan keduniaan (anda faham maksud sy kn), yang ini kita boleh tanya diri sendiri.. tapi Allah tu maha memberi dan maha mengabulkan,kalau niat kita ikhlas dan bersih, x mustahil. mintalah dengan jalan sabar dan solat..   btw,ilmu kashaf pun boleh dikategori ilmu ladunni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 09:08 PM | Show all posts
Reply 54# HambakepadaNya

sebenar2nyalah Allah Maha Pengasih dan Maha Memakbulkan segala..
tiada suatu apa jua yg mustahil bgNya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:01 PM | Show all posts
nak tanya lah adakah ilmu laduni nie sama dengan ilham ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 10:07 PM | Show all posts
masuk panggung laennnnnnnnnnnnnnnn... x takut antu dah.. sbb dah jadi antu dlm tu..

ni dok dlm umah.. ttengah mlm.. btemankan cahya suram lampu jln pong tetiba naik serem..
takut antu kekdahnya.. pdhal angkat takbir niat nak mengadap yg Maha Esa...
halimi78 Post at 4-5-2011 16:35



   dok umah pon ketaq lutut ka....??? adussss.... jangan ler nyala lampu tu haa... beli lilin lerr... cahayo lampu ngan cahayo lilin nih tak samo jang... aura "api" tu haa... hehehehe... ko keno blaja ngan wak Ju tu haa....ekekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:10 PM | Show all posts
Reply 57# SangPertala

kek umoh lamo.. malap jah.. lg malap dr bakor lilin..
kek umoh baru ni trang lbh.. dokek dgn branda..
mbazir bako lilin..
aura 'api'? xmo lah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:20 PM | Show all posts
Sedikit pedoman buat saudaraku,


Dan laksanakan perintah-perintah Allah yang berkenaan dengan mereka (manusia),

dan pisahkanlah bahagianmu sendiri dari mereka dengan perintahNya pula, dan jangan

melampaui batas ini, karena hukum Allah itu pasti menentukanmu dan mereka; jangan

menjadi penentu diri sendiri. Kemaujudanmu bersama mereka merupakan takdirNya.


TakdirNya merupakan 'kegelapan', maka masukilah 'kegelapan' ini dengan pelita

sekaligus penentu; yaitu Kitab Allah (Al Qur'an) dan Sunnah Rasul. Jangan tinggalkan

kedua-duanya. Tapi bila di dalam pikiranmu melintas suatu suruhan, atau kau

menerima ilham, maka tundukkanlah mereka kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul.


Bila kau dapati larangan dari Al Qur'an dan Sunnah Rasul tentang yang terlintas pada

benakmu dan yang kau terima melalui ilham, maka kau mesti menjauhi suruhan dan

ilham semacam itu. Yakinilah bahwa suruhan dan ilham itu berasal dari syaitan yang

terlaknat. Dan jika Kitab Allah dan Sunnah Rasul membolehkan suruhan dan ilham itu -

semisal pemenuhan keinginan-keinginan yang dibolehkan hukum, seperti makan,

minum, berpakaian, menikah, dan lain-lain - maka jauhilah pula suruhan dan ilham itu,

jangan menerimanya. Ketahuilah, hal itu merupakan dorongan hewanimu, karenanya,

tentanglah dan musuhilah hal itu.


Bila kau dapati tiadanya larangan atau pembolehan di dalam Kitab Allah dan Sunnah

Rasul, tentang yang kau terima, dan kau tak mengerti -semisal kau diminta pergi ke

tempat tertentu, atau menemuhi seseorang yang soleh, padahal melalui karunia ilmu

dan pencerahan dari Allah kepadamu, kau tak perlu pergi ke tempat itu, atau menemui  

orang soleh itu maka bersabarlah, jangan dulu melakukan sesuatu, dan bertanyalah

kepada dirimu sendiri: "Benarkah ini ilham dari Allah dan mesti aku laksanakan ?"

Adalah Sunnah Allah, mengulang-ulang ilham semacam itu, dan "memerintahkanmu"

untuk segera berupaya atau menyibakkan isyarat semacam itu bagi para ahli hikmah -

suatu isyarat yang hanya boleh difahami oleh para wali yang arif dan para badal yang

teguh. Karena itu, kau mesti tak segera berbuat, sebab kau tak tahu akibat dan tujuan

akhir urusan, cobaan, bahaya dan sesuatu rancangan ghaib dariNya.

Maka bersabarlah, sampai Allah sendiri melakukannya bagimu. Bila tindakan itu atas

kehendakNya, dan kau dihantarkan ke maqam itu, maka bila ujian menghadangmu,

kau akan melewatinya dengan selamat, karena Allah takkan menghukummu atas

tindakan yang dikehendakiNya sendiri, namun Ia akan menghukummu atas keterlibatan

langsungmu dalam kemaujudan suatu hal.


Mentaati perintah itu meliputi dua hal. Pertama, mengambil dari sarana penghidupan

duniawi sebatas keperluanmu, dan mesti menghindari segala pemanjaan kesenangan

jasmani, rampungkanlah semua tugas-tugasmu, dan ikatlah dirimu kepada

penghalauan segala dosa, yang nyata dan yang tersembunyi. Kedua, berhubungan

dengan perintah-perintah-perintah tersembunyi, yakni Allah tak menyuruh hambaNya

untuk mengerjakan sesuatu, dan tak pula melarangnya. Perintah seperti ini berkaitan

dengan hal-hal yang padanya tak ada hukum yang jelas; yakni hal-hal yang tak

tergolong terlarang dan tak terwajibkan, dengan kata lain 'tak jelas', yang di dalamnya

manusia diberi kebebasan penuh untuk bertindak, dan hal ini disebut mubah. Dalam

hal ini tak boleh mengambil prakarsa, tetapi "menunggu perintah" yang bertalian

dengaNya.

"Bila menerima 'perintah' itu, ia taati." Dengan demikian semua gerak dan


diamnya menjadi demi Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:23 PM | Show all posts
kek umoh lamo.. malap jah.. lg malap dr bakor lilin..
kek umoh baru ni trang lbh.. dokek dgn branda..
mbazir bako lilin..
aura 'api'? xmo lah..
halimi78 Post at 4-5-2011 22:10



   hahahahahaha.... ekau ingat 'api' tu api apo jang...??? api tu hak Allah juo jang... tp yg mensucikan api itu siapo... jika tidak masakan Nabi Ibrahim 'disejukkan' api jang.... hehehehehe..... apokah sifat api itu hanya 'menzalimi'...?? oh tidakkkkkk.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.456898 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list