|
bila nak ada sambungann nii. dook tunggu dari sebelum cuti sekolah sampai selesai enjoy, dahh masuk kerja balikkk. tadaaa puuuun. maiii laaaa cepat., sabarrrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Caman perkembangan Nini dan Nazril? |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya azure menghilangkan diri...
dah lama nini dan nazrin menyepi.... |
|
|
|
|
|
|
|
xde lg n3 baru.... lama lg ke nk kn tunggu ni?????? |
|
|
|
|
|
|
|
dah ramai yang menanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
nti sambung lg yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Citer ni aku baca sama dengan Mahabbah Terindah, dah ada sambungan pun.
Apa kesudahan hubungan Nini dan Nazrin? |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya dgn nini dan nazrin ....  |
|
|
|
|
|
|
|
salammmm......
tuan umah o tuan umah
ke mana pergi nya tuan umah ni
dh lme sgt menyepi ni
dh naik sawang pom umah ni......... |
|
|
|
|
|
|
|
semua rmh sunyi skrg.... x ada tpt nk release tension... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi....nak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi..
tgh syok ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
:re::re::re::re::re::re::re::re::re: |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrin memegang kejap jejari Nini. Hatinya berlagu riang. Kalau boleh ingin dikabarkan kepada semua orang rasa hatinya. Ah... nampak sangat dia kurang siuman pula! Ia.. hati siapa yang tak girang bila gadis yang dipuja semenjak dahulu lagi kini menjadi miliknya. Kalau dulu dia selalu resah bila ada mata yang melirik ke arah Nini; rasa marah dan cemburu yang berbaur disimpan di dalam hati. Dia tiada hak untuk melarang atau menegur Nini. Dan ada waktunya rasa cemburu tidak dapat ditahan, bila Nini balik bercerita tentang teman-temannya (yang pasti lelaki) yang sama-sama pergi kursus atau seminar. Apa tah lagi bila pulang Nini menunjukkan hadiah yang diterima. Hatinya menjadi bertambah sakit! Kini... rasa itu semakin hilang, digantikan pula dengan rasa bimbang. Risau dengan sikap Nini setelah menjadi isterinya. Pun begitu Nazrin memasang tekad di hati, apa pun yang dugaan yang bakal mendatang; dia akan berusaha menanganinya. Dia akan mempertahankan ikatan yang tersimpul ini sehingga ke akhir hayat.
Nini mengikut langkah kaki Nazrin. Jari jemari yang digenggam Nazrin cuma dipandang. Niat untuk meleraikan tautan jari mereka cuma dipendam saja dalam hati. Sejak awal lagi Nazrin tidak mahu mendengar alasannya yang tidak logik pada fikiran Nazrin.
Mereka tidak sempat menonton wayang kerana tiba agak lewat tadi. Jalan agak sesak. Masa yang biasa diambil hanya setengah jam, meleret hingga ke satu jam. Mungkin waktu begini, masing-masing mencari peluang membawa keluarga berjalan-jalan. Atau berjumpa kawan-kawan untuk melepaskan lelah setelah penat bekerja. Apa lagi di sana sini kedai-kedai menawarkan jualan harga murah!
"Sayang... yang ini cantiklah! Kombinasi warna dia menarik. Kalau kita buat warna ini untuk tema perkahwinan kita ok tak?" Nazrin menunjuk ke arah replika pelamin. Nini bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Nazrin. Tapi untuk apa? Bernikah baru saja lagi. Inai di hujung kuku masih belum hilang; Nazrin sudah pandai mereka-reka..
"Cantik tak?" Nazrin menyoal lagi bila tiada respon dari Nini.
"Cantik.. yang lain kita tak tengok lagi, entah-entah lagi cantik.." Sengaja Nini memberi jawapan begitu supaya Nazrin cepat-cepat beredar. Tidak dinafikan, ramai orang tertumpu di situ, terpesona dengan rekaan pelamin tersebut.
Sedang dia berdiri menanti Nazrin yang entah di mana menghilang (Nini fikirkan Nazrin ada di belakangnya...) ada tangan yang menepuk bahunya.
"Oh... sorry.." Nini mengucapkan kata maaf, mungkin tanpa sedar dia telah melanggar perempuan tersebut semasa menoleh ke belakang.
"Ninikan..." Nini masih memandang perempuan yang berambut 'blonde' yang baru saja menyebut namanya. Dia cuba mengingati di mana mereka pernah berjumpa. Tapi akalnya tidak dapat mencerna.
"Akulah.... " Sah-sah perempuan ini silap orang.
"Akulah Nini.. Sharina, tak kan tak kenal lagi!" Semakin ramah perempuan itu memberitahu. Sharina...Sharina.. tapi Sharina yang dikenali semasa di universiti dulu bertudung; tidak berhias. Yang ini rambut lepas bebas. Berombak dan ala-ala pelakun tv. Nini merasa sangsi!
Setelah menyebut beberapa nama teman-teman mereka baru Nini percaya. Tidak dinafikan Sharina yang baru ini makin cantik dan bergaya. Patutlah... sekarang ini Sharina bertugas sebagai peramugari. Tidak disangka pula Sharina beraleh ke bidang itu. Memang jauh dari bidang yang dipelajarinya dulu.
"Tak sangka jumpa kau kat sini.. Sorang saja?" Mata Sharina liar melihat kiri kanan.
"Tak .. berdua..." Perlahan Nini menjawab.
"Dengan Farid ya... bila majlisnya, mesti dekat dah! Jangan lupa jemput aku. Kalau tak bertugas aku datang..." Tanpa noktah Sharina bercakap. Walau gaya telah berubah tapi yang satu ini tetap tidak berubah.
"Hari itu aku jumpa Farid dalam flight ke Sabah. Nak berbual tapi tak sempat! Dia pun macam tak kenal aku..."
"Bukan tak kenal tapi takut tersilap orang.. dulu lain, sekarang lain..."
"Eh.. Nini itu bukan abang engkau ke?" Nini menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Sharina. Hatinya bimbang, bagaimana untuk memperkenalkan mereka. Ramai juga rakan-rakannya dulu tahu yang Nazrin abang Nini. Tapi sekarang ini tiada siapa antara kawan-kawannya yang tahu bahawa status tersebut telah bertukar.
"Masih lagi jadi 'body guard' kau ya..." Sharina berbisik perlahan lalu tersenyum.
"Nini.... jenuh abang cari tadi, ingatkan Nini dah hilang!" Nazrin bergurau tapi sempat juga tangan Nini dicapai.
"Emm.. abang, ini kawan Nini.. Sharina...."
"Hai... " Nazrin menegur. "Kawan masa di "U"?" Sharina menganggukkan kepala.
"Nini... aku pergi dululah. Itu member-member aku dah tunggu. Kalau naik pelamin dengan Farid, jangan lupa jemput aku tahu? Aku bagi hadiah besar nanti... Eh.. lupa pula, ini kad aku!.." Nini menyambut kad yang dihulurkan Sharina.
"Jumpa Farid nanti kirim salam ya... " Nini hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tidak tahu jawapan apa yang perlu dijawab. Dia juga tidak berani memandang wajah Nazrin yang berdiri di sisi.
Nazrin hanya memandang Sharina yang berlalu. Pandangannya bertukar ke arah Nini yang berdiri bagai patung. Pinggang Nini diraih... "Jom kita keluar dari sini..." Tidak berminat lagi untuk terus melihat pamerah di situ. Hatinya terasa disiat sembilu tatkala mendengar nama Farid. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ya terpaksa mengambil waktu yang lama untuk menyambung cerita. Pelbagai perkara berlaku membuatkan amat sukar untuk menembusi ruangan ini. Miss U all... Terima kasih untuk komen-komen yang diberikan. tak sempat nak menjawapnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin best cite nih... terpaksa la bersabar menunggu... bila free cepat2 sambung ekk... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|