Post time 14-10-2025 02:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Abahmung replied at 14-10-2025 01:31 PM
PM tegur sistem pendidikan negara.
Setuju. Penekanan moral, agama, nilai baik selain anti buli, mental health juga patut diberi penekanan. Cikgu kaunseling mcm x cukup utk cater smua murid skolah. Tu pun bila ada kes baru nak kawal, kaunseling. Cegah lebih baik dari mengubati. Persekitaran skolah yg sihat pentingg utk bentuk diri murid.
aiols dah tgk gambar clear ya...pelaku tu chinese. mangsa pun aiols rasa chinese melihatkan bajunya tu mcm panafore..kulit putih
yg pelaku tu muka mmg mcm ada something wrong. dah tu rambut pun mak bapak tak reti potong ke? boleh ek g skolah rambut panjang melanjut mcm gitu? sekolah pun select2 ya nak bg tindakan disiplin...
Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2
Oleh Safeek Affendy Razali dan Ilah Hafiz Aziz - Oktober 14, 2025 @ 12:14pm
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi.
Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain dan pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
BH sedang berusaha menghubungi polis, namun difahamkan butiran penuh kejadian dijangka diperoleh pada sidang media di lokasi kejadian.
Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat dilaporkan berada di lokasi.
Kejadian tikam berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah - KPN
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian tikaman membabitkan mangsa, pelajar Tingkatan Empat, dan suspek Tingkatan Dua di sebuah sekolah d Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah.
Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.
"Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif sebenar kejadian ini.
Polis telah merampas dua senjata tajam dipercayai digunakan oleh suspek, pelajar Tingkatan Dua menikam sehingga maut pelajar perempuan Tingkatan 4. - Foto NSTP/Amirudin Sahib
Suspek sudah ditangkap
"Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.
Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.
BH sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi, apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Mangsa bunuh ditikam beberapa kali di badan
Di lokasi, Wartawan BH - Ercy Gracella Ajos melaporkan dua senjata tajam dipercayai digunakan oleh suspek, pelajar Tingkatan Dua berkenaan telah dirampas polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata siasatan awal mendapati terdapat beberapa tikaman di bahagian badan mangsa.
"Kita ada rampas dua senjata tajam yang kita percayai digunakan dalam kejadian ini. Kita akan sahkan kemudian (jenis senjata digunakan) nanti.
"Kecederaan tikaman (didapati di bahagian badan (mangsa). Apabila laporan postmortem (bedah siasat) keluar nanti, kita akan tahulah berapa jumlah tikaman yang sebenar," katanya.
Polis sahkan tiada unsur buli
Shamsudin juga mengesahkan tiada unsur buli dalam kejadian itu. Siasatan awal menunjukkan terdapat beberapa tikaman di badan mangsa yang dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran tandas perempuan.
"(Setakat siasatan yang sudah dibuat) saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.
"Tetapi siasatan lanjut kita akan jalankan kalau timbul perkara-perkara lain," katanya.
Beliau turut memaklumkan mayat perempuan tingkatan empat yang dibunuh sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk bedah siasat.
Katanya, motif kejadian juga masih dalam siasatan pihak polis.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan 2. - Foto NSTP/Amirudin Sahib
Sekolah kerajaan.
Sekolah ni just seberang dengan Ikea, The Curve and IPC tu.
Latarbelakang sekolah ni mixed antara T20 from BU house income dan Sg Penchala pun ramai juga sekolah kat sini.
Cuma tak pasti kenapa student ni pakai seluar hitam.