CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: HAPPY CHINESE NEW YEAR

[Copy link]
Post time 17-2-2026 08:45 AM | Show all posts
Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun bersempena zodiak Cina (berdasarkan haiwan). 12 haiwan yang termasuk dalam kalendar lunar Cina ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Mengikut kepercayaan kaum Cina, setiap haiwan akan melambangkan personaliti sesiapa yang lahir pada tahun itu. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2026 08:46 AM | Show all posts
Bilakah Sambutan Raya Cina 2026 atau dikenali sebagai CNY 2026?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:46 AM | Show all posts
Tahun Baharu Cina 2026 atau Raya Cina 2026 jatuh pada hari Selasa, 17 Februari, dan tahun 2026 merupakan Tahun Kuda mengikut kalendar lunar Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:47 AM | Show all posts
Apakah sejarah Tahun Baru Cina?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:47 AM | Show all posts
Tahun Baru Cina berakar umbi daripada legenda Cina lama. Seekor binatang purba dikenali sebagai “Nian” akan bangun setahun sekali untuk membuat huru-hara di Tanah Besar China. Nian akan memusnahkan harta benda, memakan ternakan, dan juga menyerang anak-anak penduduk jika dan tercedera sekiranya terkena cakarnya!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 17-2-2026 08:14 AM
Habis tu mak hang katne

Kat umah.. iols yg pi balik kg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2026 08:49 AM | Show all posts
Kerana ketakutan, penduduk kampung akan bersembunyi di pergunungan sehingga "Nian" meninggalkan kawasan itu. Pada suatu hari, seorang lelaki yang berani bertekad untuk menakutkan “Nian”, dan tampil memberanikan diri untuk menentangnya. Mereka telah menghiaskan sebuah rumah dengan kertas merah dan lilin serta memasang mercun dan bunga api siang dan malam, menyebabkan “Nian” takut dengan bunyi dentuman yang kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:49 AM | Show all posts
Setiap tahun selepas itu, untuk memastikan kampung mereka selamat dan maju, penduduk kampung memasang sepanduk merah, menyalakan tanglung yang terang, dan menyalakan mercun yang bising! Begitulah asal perayaan Tahun Baru Cina mengikut lagenda lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2026 08:50 AM | Show all posts
Bagaimanakah Sambutan Tahun Baru Cina Diraikan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:50 AM | Show all posts
1. Tahun Baru Cina merupakan simbolik kepada titik permulaan dalam nasib dan kehidupan setiap tahun. Salah satu upacara terbesar pada Malam Tahun Baru Cina adalah acara makan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:51 AM | Show all posts
2. Malam jamuan makan besar dipenuhi dengan hidangan tradisional dan semua ahli keluarga akan pulang ke kampung untuk menghabiskan masa bersama saudara-mara yang lebih tua. Pada detik tengah malam, mercun akan dibakar menjadi tanda bermulanya sambutan Tahun Baru Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:51 AM | Show all posts
3.  Selain itu, adalah penting bagi mereka untuk membersihkan rumah dan menghiaskan rumah dengan hiasan berwarna merah yang dikatakan akan membawa tuah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:51 AM | Show all posts
4.  Di Malaysia, ucapan “Kong Hee Fatt Choy” yang bermaksud "semoga tahun ini akan membawa kebaikan" akan sering didengari sepanjang musim perayaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:52 AM | Show all posts
5.  Masyarakat Malaysia akan menziarahi antara satu sama lain dan selalunya aktiviti yang ditunggu-tunggu adalah pemberian “Ang Pow” kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:52 AM | Show all posts
6.  Satu lagi tradisi popular semasa Tahun Baru Cina ialah Tarian Singa. Menurut sejarah, tarian ini bertujuan untuk menakutkan roh jahat dan membawa nasib baik pada tahun baru yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:52 AM | Show all posts
7.  Di Malaysia, kemeriahan Tahun Baru Cina sangat dirasai kerana hiasan di kompleks membeli-belah serta Tarian Singa yang boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti di rumah persendirian, pejabat-pejabat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2026 08:53 AM | Show all posts
8.  Penutup perayaan Tahun Baru Cina adalah hari “Chap Goh Mei” pada hari ke-15 atau lebih dikenali sebagai “Pesta Tanglung/Lampu”.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:54 AM | Show all posts
12 Haiwan Zodiak Cina
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:55 AM | Show all posts
Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri dan keunikan mereka tersendiri yang mempengaruhi nasib dan keperibadian seseorang bagi masyarakat Tiongha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2026 08:55 AM | Show all posts
Tikus: Simbol kecerdasan, ketekunan, dan nasib yang baik. Tikus juga dianggap sebagai simbol kekayaan karena kemampuannya mengumpulkan makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.252256 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list