Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 21:14
Kisah 3: Perangai pelik aku sewaktu semester 1.
Ok, tadi cerita pasal kawan aku kan? Sekarang ni kita kembali kepada kisah yang aku sendiri alami. Masa baru2 masuk, biasalah ambil masa nak sesuaikan diri dengan tempat baru. Kena pula aku ni jenis lambat nak ‘ngam’ dan sesuaikan diri kat tempat baru sorang2 tanpa family. Ini adalah beberapa kisah pendek yang aku alami masa baru2 masuk kolej 5.
Part 1: Tak suka tarik langsir.
Masa aku kat PJ, asal dah nak maghrib aku nanti tutup tingkap dan tarik langsir.Tapi masa aku kat kolej 5 ni, aku suka biar je langsir tu, bagi nampak pemandangan kat luar. Memang selamba giler la masa tu. Aku pernah kena tegur dengan Nurul sebab tak tarik langsir. Tapi nak buat macam mana, aku rasa nak biar je langsir tu. Nurul selalu tegur aku, katanya tak elok biar begitu. Aku pula malas nak tanya lebih2. Memang masa tu aku rasa macam bengang sangat kat Nurul, kalau dia asyik tegur pasal benda yang sama.
Part 2: Kena tindih lagi.
Masa awal2 masuk bilik ni, ada 2 siri kejadian yang berlaku pada minggu yang sama. Oh ya, lepas kes kat bilik Mia beberapa bulan lepas, aku ada cerita kat kawan aku. Katanya, aku kena tindih masa kat bilik Mia. Sebab aku mengalami situasi seperti tak boleh bergerak, tak boleh bersuara dan sesak nafas. Baru aku tau, sebab tu pertama kali kena tindih. Aku sangka itulah yang pertama dan terakhir, rupa2nya aku kena lagi masa kat kolej 5.
Malam tu aku tidur sambil biarkan langsir tak ditarik, sambil diterangi lampu dari meja study. Aku jenis yang boleh tidur kalau ada cahaya samar2, kadang2 tu buang tebiat tidur dengan pasang lampu bilik. Kali ke-2 aku kena tindih, situasinya sama macam kat bilik Mia. Bezanya, kali ni tidaklah seteruk tempoh hari. Lembaga hitam yang aku nampak kali ni tidaklah setinggi dan sebesar yang aku nampak di rumah angah. Masa kena tindih tu, rasa cramp kat kaki sebelah kiri. Lepas makhluk tu tak ada, aku terus bangun dan pasang lampu bilik. Menggigil aku pagi tu, sampai tak teringat nak tengok jam. Maka tidurlah aku sambil diterangi lampu bilik sampai ke pagi.
Kali ke-3 kena (kali ke-2 la kalau kat kolej 5 ni), kesannya makin kurang. Kali ni aku nampak makhluk ni berdiri jauh sikit dari aku. Tidak seperti yang kali ke-2, betul2 sebelah aku, kali ni makhluk ni berada di hujung kaki aku sahaja. Macam yang kali ke-2, lepas dapat bergerak terus aku bangun on lampu dan tidur dalam terang. Selepas 2 kali terkena, aku mula mencari maklumat tentang kejadian ditindih. Sejak itu aku akan sentiasa tidur mengiring ke sebelah kiri (selesa begini) sampai sekarang. Kadang2 aku tidur mengiring ke kanan. |